Buyaathaillah's Blog

Januari 14, 2020

Bayan Masyeikh : Maulana Ibrahim Dawla

Filed under: Tidak Dikategorikan — Buya Athaillah @ 4:47 am

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(nizamuddin – 07/09/98). Maksud kita membuat usaha agama ialah bagaimana kita dapat menghayati amalan agama dan hati kita condong kpd Allah. Seperti doa Baginda Rasulullah s.a.w, “Ya Allah condongkan/tundukkan hati saya kpd agama”. Sebenarnya hari ini kita telah bnyk mendengar bayan, ttpi masih tidak dpt mengamalkan kerana apa yg didengar tidak dimasukkan dlm hati, dan tidak menyediakan org lain untuk membuat usaha ini. Sesungguhnya Allah menetapkan tidak ada kejayaan tanpa mengamalkan agama. Walaupun seseorg itu mempunyai pangkat, takhta, kuasa ttpi ia tidak mengamalkan agama ia tidak akan mendapat kejayaan.  Keyakinan ini perlu kita tanamkan dlm sanubari kita. Apabila agama ada dalam kehidupan seseorg, Allah s.w.t akan membaiki dunia seseorg ttpi apabila ia tidak amal agama kesusahan dan penderitaan akan berlaku ke atas dirinya.

 

Alam ini akan hancur apabila tidak ada agama seperti badan manusia akan hancur apabila roh seseorang itu keluar dari diri seseorang. Sifat-sifat mulia manusia seperti belas kasihan, kasih sayang akan keluar dari dalam diri seseorang apabila ia tidak mengamalkan agama. Agama adalah “Addin nul nasiha”. Apbi seseorg tidak amal agama akan wujud sifat buruk iaitu hasad dengki. Org yg mempunyai sifat hasad tidak akan mendoakan kebaikan org lain.  ika kita hendak mengeluar hasad  diri dlm seseorg, ia perlu banyak mendoakan org yg dihasadkan itu. Tanpa agama dunia akan rosak. Dunia adalah ladang untuk menuju akhirat, tetapi jika ladang kita telah rosak bagaimana hendak digunakan untuk membina kehidupan akhirat. Hasad dengki adalah haram. Apb manusia rosak, tidak amal agama, maka keyakinan kepada Allah s.w.t akan rosak. Oleh itu agama sangat penting, peniaga yg tidak amal agama ia akan memberati timbangan, jikalau ia menjadi pemerintah ia akan menzalimi orang lain/rakyat. Jikalau manusia melakukan kerosakan dipermukaan bumi, Allah akan turunkan azab.

 

Agama adalah satu amanah. Apa kemanafaatan jika amal agama dan kerugian jika tidak amal agama. Utk mendatangkan agama dlm kehidupan kita sendiri perlu amalkan agama. Org Islam perlu faham akan kepentingan amal agama. Jika tidak amal agama, bantuan Allah s.w.t  tidak akan bersama. Sebaliknya syaitan akan bersama mereka. Org yg tidak beriman, syaitan akan bersama2 mereka. Syaitan akan sediakan rombongannya utk bersama2 org yg tidak amal agama supaya bersama2 dgnnya masuk ke dlm neraka Allah. Secara Ummumiyat kita perlu bawa agama dalam kehidupan kita, kerana tanpa amal agama tidak akan wujud kejayaan. Untuk dunia sebenarnya Allah s.w.t yang menetapkan bahagian2 seseorg itu. Ttpi untuk akhirat perlu kita usaha.

 

Oleh itu perlu buat usaha sungguh2 untuk mendapatkan peningkatan agama seperti meningkatkan penghayatan solat dgn mendapat takbiratul’ula, tunggu solat, saf pertama. Begitu juga amal2 yg lain perlu ada peningkatan. Agama yg sempurna akan membawa kemenafaatan. Kita perlu majukan agama dengan bantu membantu satu sama lain (ta’un) atau kita bersama orang lain dan sediakan org lain itu dgn bantu membantu dalam kembangkan agama. Agama akan tersebar apabila adanya bantu membantu, contohnya satu batu bata tidak boleh menjadi dinding ttpi apabila batu bata diikat satu sama lain barulah ia akan menjadi dinding. Anak akan menjadi penyejuk mata keluarganya jika ia amal agama. Org yg amal agama jika kesusahan dtg, itu bukan kesusahan ttpi itu adalah pengorbanan (korban). Contohnya Nabi Ibrahim tinggalkan anaknya Nabi Ismail dan Siti Hajar dikawasan padang pasir di Mekah.  Isterinya tanya adakah perintah Allah. Ternyata org yg ditinggalkan itu dapat banyak keberkatan seperti Allah keluarkan air zam-zam berkat pengorbanan tiga beranak itu.

 

Apabila kesusahan dtg kita perlu berpegang teguh dlm agama. Kesusahan itu bukan bahaya, sebaliknya Allah hendak memberi nikmat. Kesusahan yang datang dalam mentaati perintah Allah, bukan kesusahan namanya. Allah s.w.t meletakkan dalam ketaatan mentaati perintah Allah s.w.t, dlm kesusahan itu menjadi rahmat. Dalam kesusahan agama akan cepat dapat dihayati. Org yg membuat usaha agama dlm susah payah ia akan merasa nikmat atau kemanisan. Abdul Rahman bin Auf memberitahu ‘Segala kebaikan ia memperolehi dgn susah payah’. Org yg membuat pengorbanan atas agama maka agamanya akan mantap. Apabila kita amal agama dunia akan datang dengan keberkatan. Seterusnya dalam kehidupan akhirat juga dapat dibina dengan penuh kejayaan. Muhabbat/kasih sayang wujud kerana adanya amal agama. Apabila wujud pergaduhan bagaimana hendak membawa agama kepada orang lain. Jika orang cinta kepada agama dia tidak ada masa untuk bergaduh.

 

Org yg membawa pergaduhan dikatakan dia tidak faham agama. Org Ansar yg mengamalkan agama dan berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w telah menyebabkan peperangan yang mereka lakukan bertahun2 lamanya telah selesai. Rahmat telah datang dalam kehidupan mereka. Dengan pengorbanan, asbab akan berkat, rumah menjadi berkat. Berkat biasanya dikaitkan dengan agama. Sesungguhnya kita samada taat atau tidak dengan perintah Allah s.w.t, kebesaran Allah s.w.t tidak akan berkurang atau bertambah. Ketaatan kita kepada perintah Allah s.w.t, sebenarnya Allah hendak memberi nikmat kepada kita. Kesusahan dan kesenangan datang dari Allah s.w.t. Allah maha besar dan tetap besar sampai bila-bila. Dalam mentaati perintah Allah s.w.t jika tidak dapat apa-apa natijah itu pun Allah s.w.t akan beri ganjaran. Dalam mentaati perintah Allah s.w.t dengan susah payah, dosa kita akan diampun. Kesusahan yang kita hadapi di dunia ini dalam membuat usaha agama seperti mengalami hutang, sakit, Allah s.w.t akan mengampunkan dosa kita. Pada masa zaman Rasulullah s.a.w dahulu, semua orang Quba’ telah ditimpa panyakit. Mereka meminta Rasulullah s.a.w berdoa supaya musibah penyakit dihindar kan. Rasulullah s.a.w memberitahu org Quba bahawa penyakit dtg kpd mereka untuk Allah ampunkan dosa mereka. Apabila penyakit itu dtg pada tahap tertentu barulah ia akan menjadi asbab Allah s.w.t akan memberi pengampunan.

 

Mereka menyatakan kpd Rasulullah biarkan mereka sakit asalkan dosa2nya diampun. Abdullah bin Umar masuk bazar dan membaca doa masuk bazar maka ia mendpt ribuan pahala, jaga mata dapat kemanisan dlm ibadat, beri salam kpd peniaga maka peniaga itu mendpt kebaikan. Setiap org Islam boleh menjadi asbab menyebarkan kebaikan, apabila ia berada di landasan maksud sebenar ia dihantar.  Apabila kita gunakan diri dan harta dgn cara yg betul, keberkatan hidup akan berlaku. Kita perlu berikan diri dan harta utk kebaikan org lain. Dalam memberi kebaikan orang lain, perlu cari harta dahulu dan jangan meminta kpd org lain, sebagai contoh dalam zaman khalifah Umar seorang telah datang berjumpa beliau utk keluar ke jalan Allah s.w.t. Hadrat Umar memanggil seorg Ansar dan meminta tetamu itu bekerja dgnnya. Setelah mendapat upah, upah itu diberikan oleh orang Ansar tadi kepada khalifah Umar dan khalifah Umar memberikan kpd tetamu tadi dan mengatakan dgn wang ini kamu boleh keluar ke jln Allah atau balik ke rumah.

 

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan komentar

Blog di WordPress.com.