Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ibrahim Dawla

BAYAN MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia 1994).

 

Dlm diri kita ada kelebihan yg berbeza antara satu dgn lain. Segalanya adalah utk tunaikan tggjwb kita iaitu tgggjwb agama. Apakah anugerah kelebihan yg Allah s.w.t beri itu? Ia adalah kebolehan dan kekuatan. Maksud hadith: “Setiap insan ada nilai seperti nilai emas dan perak dlm tanah”. Ini adalah satu amanah dari Allah s.w.t. Utk tunaikan amanah itu Al-Quran diturunkan. Ia merupakan satu panduan utk menggunakan amanah tersebut. Bagaimana dan di mana amanah itu boleh digunakan? Ia juga ceritakan kudrat dan kebesaran Allah s.w.t. Bagaimana utk dptkan bantuan Allah s.w.t ? Ia mestilah mengorbankan keinginan kita. Yakin atas kudrat Allah s.w.t itu fardhu. Untuk zahirkan kudrat Allah s.w.t kadang kala Dia gagalkan asbab dunia. Nabi Isa a.s hidupkan org mati. Agar manusia dpt keyakinan kudratNya.

 

Utk ketaatan manusia pada Allah s.w.t. Allah s.w.t tidurkan Asyhabul-Kahfi selama 309 tahun baru dibangkit kan. Allah s.w.t tidurkan mereka kerana agama. Tapi ummat ini dibangkitkan utk hidupkan agama. Pernah para sahabat Nabi s.a.w ditidurkan dlm suasana perang. Kudrat Allah s.w.t amat sempurna. Ia akan bersama dgn mereka yg amalkan Al-Quran. Kudrat itu tertunggu2 utk mereka. Ia merupakan hidayat bagi kita. Dlm diri manusia wujud dua unsur iaitu kebaikan dan kejahatan. Al-Quran adalah panduan pada unsur ini. Ia merupakan hidayat bagi manusia. Kebolehan Nabi s.a.w digunakan melalui panduan Al-Quran. Tertib Nabi s.a.w mesti di contohi utk menarik bantuan dari Al-Quran. Nabi s.a. w mempunyai dlm dirinya supaya semua org dlm dunia ini selamat dari Jahannam, walaupun musuhnya. Perasaan Nabi s.a.w, semua org adalah dirinya dan perhatiannya tertumpu pada yg lemah. Nabi inginkan semua manusia berjaya dan kejayaan yg sebenarnya di akhirat.

 

Sebuah hadith: “Nabi s.a.w pergi jumpa seorg pemuda Yahudi yg hampir mati. Di dakwahnya pemuda itu pada kalimah. Pemuda tersebut berpaling pada ayahnya tanda minta restu. Ayahnya terus mengangguk tanda setuju. Akhirnya pemuda itu mati dlm kalimah syahadah”. Apa yg dilakukan oleh musuhnya tetap diterima dgn lapang dada kerana ia inginkan kebaikan dari musuhnya, iaitu selamat dari Jahannam. Pernah Allah s.w.t beritahu Nabi s.a.w: “Walaupun kamu istighfar 70 kali Aku tetap tidak akan mengampun kan mereka”. Kata Nabi s.a.w: “Jika aku difahamkan bahawa istighfar lebih dari 70 kali, Allah s.w.t akan ampunkan nescaya pasti aku akan lakukannya”.

 

Satu semangat Nabi dlm buat usaha agama tiada satu kepentingan lain. Begitu juga kita, hanya kejayaan di akhirat sahaja tiada kepentingan lain. Nabi s.a.w akan ambil sesuatu darinya untuk ummat ataupun dari Allah s.w.t untuk umat ini. Sahabat r.a pernah berjanji tidak akan menerima atau meminta dari org lain. Bila perintah membelanjakan harta di jalan Allah diturunkan, mereka yg miskin atau yg kaya berlumba2 terus amalkannya. Balasan akan turun bila hidayat diterima melalui belanjakan harta di jalan Allah s.w.t. Hidayat tidak akan tersebar melalui sikap meminta kepada orang lain. Sebuah kisah: Sahabat r.a bertanya kepada Nabi s.a.w: “Jika seorg itu belanjakan harta dijalan Allah di samping inginkan redha Allah mereka juga inginkan nama”. Nabi s.a.w jawab: “Ia akan tertolak”. Sahabat Nabi s.a.w bertanya dua kali dan jawapannya tetap sama. Sabda Nabi s.a.w: “Hanya redha Allah s.w.t sahaja”.

 

Kata Maulana Yusuf rah., “Ikhlas adalah tujuan tapi bukanlah mudah. Hanya amalan berterusan sahaja akan menghasilkan keikhlasan”. Satu contoh: Untuk dapatkan buah dari satu pokok, ia memerlukan proses yang berterusan iaitu dari mula menanam biji benih hingga beberapa peringkat lagi barulah buah itu akan terhasil. Bila ada sifat ikhlas ia akan buat usaha berterusan walau apa keadaan pun. Bila sahabat r.a berjanji setia dengan Nabi s.a.w, mereka buat keputusan akan buat usaha dalam apa keadaan pun. Iaitu mereka dengar dan terus amalkan. Inilah ketandaan mereka buat usaha kerana Allah s.w.t. Satu hari Nabi s.a.w telah memuji kaum Ansar dan bersabda, “Akan sampai satu masa nanti kamu tidak akan dipedulikan lagi dan mereka akan datang menonjolkan dirinya di depan kamu. Ketika itu tetaplah buat kerja dengan sabar. Balasannya akan aku beritahu di telaga Kauthsar nanti”. Ini adalah satu usul dalam kerja kita. Buat kerja, jangan jadikan kita menyebabkan org lain terpaksa sentiasa bersabar dgn diri kita.

 

Satu kisah: Seorang sahabat dari kaum Ansar yang unggul yang bernama Mohammad Salmah r.a. Suatu hari telah bertakbir dengan kuat dalam masjid Nabi s.a.w. Biasanya takbir akan diucapkan dengan keras apabila sesuatu yang ganjil berlaku. Umar r.a telah memanggilnya, ia minta tangguh sebentar untuk solat. Selesai solat, Umar r.a bertanya tentang takbir tadi. Mohammad Salmah r.a bercerita dlm perjalanan tadi beliau telah terserempak dgn pemuda Quraish yg berpakaian begitu indah dan mahal lalu di depan org Ansar yg begitu sederhana dan tua tanpa mempedulikannya. Jadi ia kagum dengan sabdaan Nabi s.a.w. Perkara yang disebutkan itu berlaku dalam masa yg amat singkat. Umar r.a minta maaf kerana salah fahamnya tentang keributan yang timbul. Kadangkala org tggjwb khilaf dan org yg mendengar pun salah faham. Satu kisah: Satu masa Khalifah Umar r.a berdiri utk berkhutbah tapi ia diminta berhenti dahulu dan disoal oleh seorg: “Mengapa tuan ada dua selimut sedangkan org lain diberi hanya satu selimut?”  Umar r.a terpaksa memanggil anaknya utk menjelaskan yg satu lagi itu adalah kepunyaan anaknya. Kita kadangkala lupa diri, buatlah usaha walau apa keadaan pun sama ada kita dihormati atau tidak.

 

Blog di WordPress.com.