Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Khubaib Hafizahullah

BAYAN MAGHRIB HAZRAT MAULANA KHUBAIB HAFIZAHULLAH NIZAMUDDIN

4 okt 2017

Setiap manusia di dunia mengimpikan kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup mereka masing-masing. Dan mengejar kejayaan manusia menyangka bahwa kebahagian tersebut akan ditemui dalam apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka dengar, dan apa yang mereka lihat.

Hakikat sebenarnya Allah yang merupakan zat yang menciptakan manusia juga ingin mengurniakan kejayaan kepada mereka.

Namun demikian, perbezaan antara kejayaan yang dikejar oleh mau dengan kejayaan yang diinginkan oleh Allah swt untuk para hambanya bahawa kejayaan duniawi ini hanyalah bersifat sementara saja, kerana selepas mengecap kejayaan boleh jadi mereka akan bertemu dengan kegagalan pula.

Adapun kejayaan yang Allah inginkan ke atas manusia merupakan kejayaan yang abadi yang sesudahnya tiada lagi kegagalan buat selama-lamanya.

Sebagai mana firman Allah swt:

“Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya”.

Untuk memastikan hambanya mencapai kejayaan tersebut maka Allah swt mengutuskan para anbiya as untuk menunjukkan kita apakah jalan menuju kebahagiaan sebagaimana yang dikehendakiNya.

Dalam menjalani kehidupannya manusia di takdirkan untuk menempuhi 4 buah alam yang berbeza.

Pertamanya ialah alam rahim ibu yang merupakan tempat untuk Allah swt membentuk jasad manusia.

Di sanalah Allah swt menciptakan rupa paras manusia beserta potensi diri masing-masing (seperti kaya miskin, cerdik atau bodoh dll).
Malahan alam rahim juga merupakan tempat untuk Allah swt menentukan nasib (takdir) manusia di dunia ini.

Dari setitis air yang kotor lagi hina maka diciptakan manusia dengan sebaik dan seindah penciptaan. Tujuannya adalah supaya manusia mengenali Qudratullah.

Perhentian kedua yang ditentukan Allah swt kepada manusia adalah alam dunia. Allah swt mengutuskan mereka ke dunia hanya untuk sementara waktu saja. Dunia merupakan sebuah alam yang di dalamnya Allah swt menguji keimanan manusia.

Dalam keadaan mereka taat kepada Allah atau mereka durhaka kepadaNya mereka tetap saja diberikan rezeki oleh Allah.

Cahaya matahari tetap di berikan oleh Allah swt kepada setiap yg taat atau derhaka kepadaMya.

Dan di dalam Al Quran Allah swt berfirman: “Barangsiapa yang ingin beriman maka berimanlah, dan barangsiapa yang ingin memilih kekufuran maka kufurlah kalian”.

Para pendurhaka tetap diberikan rezeki oleh Allah swt kerana di sisi Allah swt sesungguhnya seluruh dunia ini tiada nilai sama sekali di sisi Allah walaupun senilai sebelah kepak nyamuk.

Kerana seandainya dunia serta isinya ini ada nilainya di sisi Allah swt walau seberat sayap nyamuk nescaya Allah swt tidak akan memberikan kepada orang-orang kafir untuk menikmati satu pun dari nikmat dunia ini walau seteguk air.

Dan antara dosa yang paling dibenci oleh Allah swt di dunia ini adalah menyengutukan sesuatu dengan Allah (syirik). Dosa selain syirik pasti di ampunkan oleh Allah swt.

Di kalangan manusia yang hidup di dunia ini Firaun lah manusia yang paling sombong hingga mengaku sebagai tuhan bagi sekelian manusia.

Namun demikian, Allah swt tidak langsung mengazab musuhNya itu. Bahkan Allah swt mengutuskan Musa as untuk mendakwahkannya.

Ketika Firaun menentang Musa as maka Allah swt datangkan berbagai azab kepadanya mudahan dia kembali kepada Allah swt. Bahkan di dalam Al-Quran Allah swt menerangkan bahkan 9 bentuk bala yang diturunkan ke atas Firaun laknatullah. Tetapi Firaun tetap berdegil akhirnya Firaun mencabar Musa as untuk berhadapan dengan tukang sihir yang diundang khusus untuk menewaskan Musa as.

Namun dengan kehendak Allah swt maka ular Nabi Musa as telah menelan kesemua ular tukang sihir tersebut, maka setelah sekelian tukang sihir tersebut menyedari bahawa yang kami tentang disaat ini bukanlah sihir sebaliknya merupakan mukjizat seorang Nabi, akhirnya mereka semua tersungkur bersujud kehadrat Allah swt dan beriman dengan Musa as.

Melihat keadaan ini maka Firaun menjadi begitu murka dan akhirnya menuduh bahawa Musa as telah berpakat dengan tukang sihi

r untuk menggulingkan dirinya. Lalu mengancam untuk menyalib serta memotong anggota kesemua anggota tukang sihir tersebut.

Tukang sihir tersebut tetap ingin mempertahankan keimanan mereka, sekalipun nyawa mereka akan melayang kerana setelah hakikat iman meresap ke dalam hati mereka, mereka telah memahami bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara. Kejayaan kami yg hakiki untuk kami adalah di alam akhirat nanti.Adapun kehidupan dunia ini kami hanya hidup untuk sementara sahaja.

Blog di WordPress.com.