Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ahmad Lath

BAYAN MAGHRIB MAULANA AHMAD LAT

(nizamuddin – 06/09/98). Maulana Ahmad Lat menyatakan muzakarah seperti ini (memanggil org tggjwb dari sesebuah negara datang ke Nizamuddin)  pada peringkat awal dahulu di adakan dengan menjemput orang tggjwb dari kalangan kawasan di sekitar India sahaja, tetapi kemudian telah dikembangkan dgn memanggil orang tggjwb dakwah dari seluruh dunia.  Tujuannya adalah untuk meyelaraskan kerja supaya kerja dakwah ini dapat dilakukan dengan satu cara yang sama seluruh dunia. Malfuzat/kehendak Maulana Ilyas rah. dalam membuat kerja ini ialah beliau mahukan 6 sifat sahabat dapat diamalkan oleh setiap orang yang membuat usaha dakwah ini. Mengikut Maulana Ilyas rah. kerja aku ialah “Seperti tangisan seorang janda yang kematian suami, yang sentiasa mengingatinya dan dalam tangisan itu tidak ada riak. Semua tggjwb suaminya dahulu dia terpaksa melakukannya”.

 

Pada zaman sahabat 100% agama telah diamalkan.  Berbanding pada masa sekarang, banyak kekurangan agama telah berlaku di kalangan umat.  Untuk itu kita perlu menangis seperti seorang janda yang kematian suami itu kerana agama telah terkeluar dari dalam kehidupan umat Islam dan kita perlu bertanggungjawab bagaimana hendak membawa agama keseluruh alam. Mengikut Maulana Ilyas rah., apa maksud jemaah perlu dikeluarkan. Beliau menyatakan tujuan jemaah dikeluarkan ialah utk membolehkan umat membawa agama ke tahap penghayatan yg dibawa oleh Baginda Rasullullah s.a.w atau dengan lain perkataan setiap umat perlu mengamalkan setiap amal agama yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah s.a.w dan beliau bersumpah berkali-kali, jemaah dikeluarkan bukan supaya beliau disanjung atau dipuja atau beliau hendakkan harta. Sesungguhnya semua apa yang berlaku di seluruh alam ini diwujudkan oleh Allah s.w.t.  Agama Allah s.w.t berkembang dengan kehendak Allah s.w.t.  Agama tidak berkembang melalui perancangan manusia, bayan atau targhib manusia. Walaubagaimanapun oleh kerana dunia adalah darul asbab maka kebiasaannya Allah s.w.t akan kembangkan hidayat melalui doa dan dakwah. Tetapi dlm melakukannya 2 tertib perlu dijaga:

 

  1. Membuat usaha dengan satu cara dengan Ijtima’i qulub

 

  1. Membuat usaha bukan untuk mendapat sesuatu kebendaan di dunia ini seperti  pangkat dan harta.

 

Apabila membuat usaha dengan kaedah ini maka Allah s.w.t akan mengislahkan diri orang itu  dan Allah s.w.t akan menjadikan usahanya asbab hidayat kepada orang lain. 6 sifat jikalau dihayati dgn sempurna maka melaluinya Allah s.w.t sembunyi kan berjuta-juta hidayat.  Hari ini dalam membut usaha agama, kita tidak banyak bercakap 6 sifat, sebaliknya kita banyak memperkatakan hal-hal lain seperti  bab usul dan sbgnya.  Sebenarnya melalui cara itu syaitan telah berjaya menipu.  Kita biasanya yg telah mengetahui 6 sifat, tetapi tidak menghayati dalam kehidupan harian.  Apabila kita mengalami masalah kita tidak merujuk kepada Allah s.w.t sebaliknya merujuk kepada makhluk. Sebenarnya 6 sifat itu tidak ada penghujung dan dalamnya tidak boleh digali.  Melalui penghayatan 6 sifat kita akan dapat mengamalkan kesempurnaan agama. Dgn mengamalkan kesempurnaan agama sahaja barulah dtgnya bantuan dan pertolongan Allah s.w.t.

 

Maulana Ahmad Lat memberitahu tahap iman kita hari ini sama dgn iman dua org peminta sedekah yg buta yg menyatakan “Berilah duit kerana Allah” dan seorang lagi mengatakan “Allah yang memberi duit” tetapi ia meminta sedekah kepada orang ramai dan ia tidak pergi ke masjid untuk solat hajat bagi minta bantuan kepada Allah s.w.t. Kerja kita sebenarnya ialah bagaimana 6 sifat sahabat boleh kita masukkan dalam penghidupan kita.  Untuk menghayatinya kita perlu melakukan tertib2 tahunan, bulanan dan harian yang telah diberitahu oleh org2 tua kita. Baru-baru ini Maulana Ahmad Lat telah pergi ke satu negara dan beliau diminta memberi nasihat kpd karkun di situ, beliau mengatakan semua karkun telah mengetahui tertib kerja dlm membangunkan jemaah masjid.  Tetapi masalahnya bukan tidak tahu cara dan tertib kerja hendak membuatnya, tetapi adakah ia hendak membuatnya atau sebaliknya. Bagi kawasan sabguzari yg ramai dihadiri oleh org spt 2,000 hingga 3,000 org dan kita telah berbangga. Disini syaitan telah berjaya menipu kerana dpd jumlah yg dtg dlm mlm sabguzari itu beberapa persoalan bolehlah diajukan :

 

  1.       Berapa orang yang telah keluar 4 bulan ?
  2.       Berapa orang yang menjaga cillah tahunan (40 hari) ?
  3.       Berapa orang yang menjaga tertib bulanan (3 hari) ?
  4.       Berapa orang yang menjaga 2½ jam setiap hari ?
  5.       Berapa orang yang menjaga taalim di rumah dan di masjid ?
  6.       Bagaimana kehidupan sunnah dalam kehidupan mereka ?

 

Dpd persoalan itu ternyata sgt sedikit peratusan yg melakukannya. Oleh itu kejayaan kita dlm membuat kerja agama ini bukan bergantung kpd ramai org yg telah dtg menyertai usaha ini, ttpi bagai mana seseorg itu menyempurnakan tertib tahunan, bulanan dan harian. Kerja itu akan menjadi kerja jikalau keperluan (takazah) kerja dpt dipenuhkan. Sbg contoh syarikat Ford mengeluarkan kereta dlm satu minit sebuah kereta. Dlm kaedah ini ia tidak menguntungkan, ttpi jika hendak menguntungkan ia perlu meningkatkan pengeluaran kereta itu kpd 45 saat sebuah kereta. Melalui cara ini, maka barulah pengeluar itu mendpt keuntungan. Begitulah keadaannya dlm membuat usaha agama. Apb kaedah yg diamalkan skrg tidak meningkatkan usaha, maka satu usaha yg bersungguh2 perlu dibuat supaya kerja dpt ditingkat kan. Jika tidak, usaha agama akan berkurangan dan lama kelamaan kita akan terkeluar dari usaha itu. Oleh itu kita perlu bangun dgn membuat kerja ke tahap yg boleh membangunkan kerja agama. Dgn cara ini taqwa, syariat, akhlak akan terbentuk. Sebenarnya dlm membuat kerja ini kita perlu melaksanakan 2 tggjwb :

 

  1. Bagaimana kita menghayati 6 prinsip dalam kehidupan.
  2. Bgmn kita melaksanakan tggjwb umat Baginda Rasulullah dan bergerak seluruh dunia, seluruh alam.

 

Kita perlu mengamalkan sunnah/perilaku kehidupan Nabi s.a.w iaitu cara senyum Baginda, cara makan, cara tidur semuanya perlu menghayati sunnah Nabi s.a.w. Seterusnya masjid Nabawi perlu menjadi contoh masjid kita dan bandar Madinah menjadi contoh bandar kita dan kehidupan Baginda menjadi contoh kehidupan kita. Bagi mencapai hakikat kerja ini kita perlu membuat kerja dengan satu hati, mahabbat/ kasih sayang.  Kita tidak dapat bayang kasih sayang kehidupan sahabat sesama mereka seperti Usab bin Umair yang mengikat adiknya selama 3 hari di Masjid Nabawi, beliau menyatakan kamu jaga baik-baik org ini kerana bapanya orang kaya.  Adiknya berkata itulah bapa kita. Umair berkata kamu tidak sama dga kami kerana kami telah menerima seruan Nabi s.a.w ttpi kamu belum menerima seruan Nabi s.a.w.  Begitulah keadaan sahabat dengan sahabat terlampau rapat hubungannya malah adik kandungnya tidak dikasihinya kerana ia belum menerima  Islam. Perhubungan mereka sangat jauh berbanding dengan sahabat mereka yang telah menerima seruan Allah.

 

Blog di WordPress.com.