Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Saad Al Khandalawi : Ujian Umat dan Penyebab kekalahan Umat

Bayan Subuh Nizamuddin 28 Okt 2017

Hadhratji Maulana Sa’ad Kandhlawi damat barakatuhu

Allah swt hantar perintah agama kepada kita dan Allah ingin lihat mereka yang ada nilai iman dalam hatinya, apakah mereka akan taat atau tidak.

Seorang raja akan datang ke masjid walaupun dengan menaiki keledai jika ada ketaatan pada perintah Allah swt. Mereka yg tak ada nilai iman dalam dirinya, walaupun ada kendaraan yang baik dan tinggal berhampiran dgn masjid, tidak akan sanggup datang ke masjid.

Allah swt beri perintah agama bertentangan dgn keadaan dan kemudahan dalam kehidupan. Perintah Allah bertentangan dgn kemewahan yg diingini. Ini adalah ujian Allah.

Mereka yg taat perintah Allah dgn meninggalkan kemewahan hidup, inilah kejayaan. Org yg tak ada nilai iman dlm diri akan kata perintah ini tak sesuai dgn saya, saya akan taat perintah Allah yg hanya bersesuaian dgn saya. Allah ceritakan sifat malaikat. Tak pernah lalai. Sentiasa taat perintah Allah. Makhluk yg paling hampir dgn Allah. Allah perintah pd iblis supaya sujud pd Adam a.s. Seluruh malaikat di perintah sujud pd Adam. Adam terbuat drpd tanah. Ini perintah yg tak dpt diterima oleh malaikat. Semua malaikat sujud melainkan satu. Perintah dtg berlawanan dgn maqam/kedudukan. Saya lebih mulia drp adam. Saya lebih lama drpd adam. Org lama tak akan tunduk pd org baru. Ingkar dan rasa bangga diri. Perintah ini adalah ujian.

Kedepankan perintah Allah tanda kejayaan. Kedepankan maqam/kedudukan tanda kegagalan. Oleh itu, Allah telah laknat iblis. Kami beri perintah pd kamu dan kamu merasakan perintah ini remeh. Allah dtgkan perintah agama ialah utk bawa manusia kpd ketaatan. Ada perintah yg bersesuaian dgn diri manusia. Ada perintah yg berlawanan dgn keadaan kehidupan.
Ada perintah bertentangan dgn semangat/keinginan manusia. Ijtimaiyat umat ini ialah bila dtg perintah agama dgn menyempurnakan perintah tersebut sebagaimana yg diperintahNya. Perintah Allah adalah ujian bagi manusia. Allah perintah malaikat sujud pd adam, ini perintah Allah dan dlm perintah ini ada ujian dari Allah. Nabi2 juga diuji. Allah bagi zuriat pd nabi2 utk waris agama. Kita pula hari ini jadikan zuriat kita utk waris harta dunia. Allah bagi anak pd nabi2 pd saat2 mereka dah berputus asa utk mendapat zuriat. Allah bagi anak pd Zakaria a.s pd usia yg sangat tua. Beliau doa supaya dpt anak utk jadi penyambung usaha agama. Allah bagi anak pd ibrahim a.s dan beliau sangat kasih pd anaknya sehingga Allah perintah utk sembelih anaknya. Perintah Allah bertentangan dgn semangat dan keinginan manusia. Ini ujian dari Allah. Kalau perintah ini dtg pd kita hari ini tak mungkin kita akan buat. Tapi hukum ini dtg pd nabi ibrahim a.s. Bila dengar sahaja perintah, terus dilaksanakan oleh ibrahim a.s. Ibrahim a.s tak kata, bagi kami masa, kami nak fikirkan dulu. Seorang sahabat sangat cinta pd bapanya. Nabi s.a.w panggil beliau dan suruh dia pergi dan penggal leher bapa kamu. Dia tak tanya pun apa kesalahan bapa saya, apa yg dia telah buat. Bila sahabat ni dengar perintah nabi, terus bangun dan melompat berlari pergi. Kenapa? Sebab perintah rasul. Kalau dtg perintah dan tanya, kenapa kena buat, ini adalah satu tidak ketaatan pd sahabat. Nabi suruh panggil kembali sahabat tersebut. Nabi kata aku tidak dihantar utk membunuh manusia. Kamu diuji dan kamu berjaya. Saad r.a, ketua kaum, apa keputusan saad kaumnya akan ikut. Tapi perintah dari rasul ialah lelaki yg ditangkap dibunuh dan anak/isteri jadi hamba sahaya. Saad kata, kaumnya akan menentang.
Keinginan Saad ialah supaya kaumnya dengar percakapannya. Perintah agama ialah saad kena buat iklan yg bertentangan dgn keinginan kaumnya. Ini ujian yg dtg dlm kehidupan sahabat. Bila kita melangkah ke arah perintah Allah bertentangan dgn kehendak, keadaan, kedudukan dan semangat maka Allah akan pilih manusia spt ini utk mentaati perintah Allah setiap masa di mana sahaja. Ketaatan akan dtg bilamana pengorbanan dibuat ikut perintah agama Allah. Ibrahim a.s telah sempurnakan semua perintah Allah maka kami jadikan ibrahim a.s sebagai imam. Bila perintah Allah dilaksanakan, kemahuan ditinggalkan maka Allah tinggikan darjat. Pada perjanjian hudaibiyah, sahabat berkeinginan utk buat umrah. Setiap org beriman berkeinginan utk buat umrah, ziarah baitullah. Sahabat berkobar-kobar semangat utk buat umrah. Sanggup mati dlm perjalanan menuju ke baitullah. Bila sampai di pinggir kota mekah, dtg perintah Allah. semua kamu yg dtg kena kembali dan kamu kena terima syarat2 yg dibuat oleh kaum musyrikin. Perintah Allah ini amat berat bagi sahabat. Perintah tersebut bertentangan dgn semangat sahabat. Perintah Allah suruh balik. Umar r.a telah jumpa semua sahabat dan kata, adakah kita ini tidak berada di jln yg hak? Nabi s.a.w kata pd umar, jgn kamu jadi org yg tidak mentaati hanya kerana perintah ini. Kalau kamu dpt masuk dan dpt sempurnakan umrah tapi kamu langgar perintah Allah supaya pulang maka kamu tidak dpt pahala ibadat bahkan kamu mendehakai Allah. Tinggalkan semangat kamu dan pulang. Umrah adalah perintah Allah tapi perintah yg lebih besar ialah pulang tanpa buat umrah. Bila wahyu turun, umar telah meminggirkan diri dari sahabat2 yg lain kerana umar khuatir wahyu yg turun bertentangan dgn apa yg dia inginkan. Umar takut azab Allah akan turun dan azab ini akan mencari dia dan sahabat2 yg lain pun akan kena azab tersebut. Umar kata: biarlah azab tersebut kena pd aku seorang disebabkan semangat aku yg bertentang dgn perintah Allah. Oleh itu, aku memohon ampun dari Allah dan sanggup berpuasa sepanjang hayat aku atas kesilapan aku tadi. Kita tak boleh lakukan apa sahaja yg hati kita mahu. Kita kena lakukan apa yg Allah dan rasul mahu walaupun bertentangan dgn semangat, keinginan dan kedudukan kita. Menipu, berzina, riba, makan benda haram, ini semua dosa dan meninggalkan perkara ini adalah ketaatan. Meninggalkan kemungkaran dan maksiat adalah satu ketaatan. Meninggalkan perkara yg haram adalah perkara yg paling rendah sekali. Ketaatan paling tinggi ialah bila perintah Allah dtg bertentangan dgn keinginan, semangat dan kedudukan maka semua ditinggalkan dan dtg kpd perintah Allah. Perintah Allah dan rasul didahulukan. Seorang wanita yg sakit/uzur sedang bertawaf dgn mengensot. Umar r.a suruh dia balik kerana menyusahkan org ramai. Maka wanita tersebut telah balik ke rumah. Bila umar wafat, ada org suruh wanita tadi pergi buat tawaf. Mana mungkin, waktu amir masih hidup aku tak dibenarkan tawaf dan aku taat dan selepas kematianya aku tak taat. Ini semangat ketaatan. Perintah agama dtg bertentangan dgn semangat manusia. Ada juga perintah agama dtg bertentangan dgn amalan harian manusia. Zaman sahabat, org islam solat menghadap baitul muqaddis. Ini adalah amalan harian. Semasa sedang solat zohor di mahalah kaum ansar. Tengah solat, dlm rakaat kedua, dtg perintah Allah, tukar kiblat/berpusing dari baitul muqaddis ke baitullah. Nabi berpusing ke arah baitullah.
Dlm keadaan masih bersolat nabi mentaati perintah Allah. Utk sahabat, mentakhir/melewatkan perintah Allah adalah satu maksiat/keingkaran bagi mereka. Takazah taat ialah terima dan terus lakukan. Yg mentakhirkannya ialah org yg ingkar. Allah nak tengok siapa yg mentaati perintah Allah dan siapa yg menginkari perintah Allah. Perintah Allah adalah ujian ketaatan bagi manusia. Dgn mentaati perintah Allah, Allah akan majukan mereka. Taat perintah Allah dgn meninggalkan segala kehendak dan keinginan. Ini asas ketaatan. Org mukmin seumpama unta yg diikat tali pd hidungnya yg akan ikut segala arahan tuannya. Org beriman tidak menangguhkan perintah Allah. Sahabat menyempurnakan dgn segera segala perintah Allah tanpa memikirkannya terlebih dahulu Nabi s.a.w hantar huzaifah r.a utk intip semasa perang khandak. Dihantar utk lihat keadaan musuh. Jgn buat apa2 yg lain. Ini perintah nabi. Ini ujian utk huzaifah. Ditangan huzaifah ada busar dan panah. Semua yg lain tidur. Abu sufian bin harbi sedang berjaga di unggun api. Jelas kelihatan. Inilah peluang terbaik utk bunuh abu sufian. Huzaifah telah letak panah pd busar dan tarik dan ‘aim’ tepat pd leher abu sufian. Terdetik di hati abu sufian, dia dihantar utk lihat keadaan musuh sahaja. Ini contoh ketaatan sahabat. Tak jadi lepaskan panah. Huzaifah balik tanpa membunuh abu sufian. Pd fatah mekah, abu sufian dpt hidayat. Kalau abu sufian di bunuh di khandak, maka dia mati dlm keadaan kufur dan jadi ahli neraka selama-lamanya. Maulana Yusuf kata, kadang2 usul menjauhkan rakan2 seusaha dari usaha agama kerana usul dilakukan bukan kerana ketaatan.
Jgn tinggalkan usaha agama kerana keadaan yg menimpa kita. Kita lihat perintah Allah. Kita jgn lihat kesesuaian usul. Ini adalah jala syaitan. Syaitan akan suruh kita buat usul yg bersesuaian dan beri menafaat. Faedah dlm mentaati perintah Allah. Usul diletakkan ikut perintah Allah bukan ikut akal manusia. Pada perang uhud, Nabi perintah jgn turun dari bukit walaupun org islam menang. Abdullah b zubair dilantik jadi amir. 50 sahabat diletakkan diatas bukit. Semua mahir memanah. Samada menang atau kalah jgn tinggalkan bukit ini. Walaupun jenazah sahabat2 yg dibawah dimakan oleh binatang. Tetapi sebaliknya berlaku, bila org islam telah menang dan mereka lihat sahabat dibawah sedang mengumpul harta ghanimah, 40 org telah turun, bila tak taat perintah nabi maka Allah telah tukar kejayaan kpd kegagalan. Ini adalah usaha ijtimai. Kalau satu tabaqah/golongan buat bertentangan dgn agama, maka seluruh umat akan menanggung kerugiannya. hanya 40 org tak taat perintah amir dan ingkar tetapi seluruh org islam telah kalah. Inilah gambaran ikhtilaf. Jgn terkesan dgn suasana/keadaan. Yg asal ialah perintah agama. Jgn lakukan usul ikut keadaan kita, bahkan lihatlah perintah Allah. Musyrikin mekah patah balik dan membunuh ramai sahabat dlm peperangan tersebut. Nabi s.a.w luka, gigi patah, ada tetakan pedang di kepala nabi. Keadaan menjadi huru-hara. Berita telah tersebar hingga ke mekah bahawa muhammad telah dibunuh. Sahabat telah putus harapan. Dlm masa beberapa minit sahaja kaum musyrikin telah menguasai medan peperangan hanya kerana 40 org sahabat tidak mentaati perintah. Musibah menimpa seluruh jemaah. Menyempurnakan perintah adalah kebaikan pd umat. Meninggalkan perintah mengundang musibah. Jgn lihat keadaan/suasana, jgn lihat apa yg sedang berlaku sekarang, kena lihat perintah Allah.
Perintah Allah diamalkan secara ijtimai. Seorang langgar perintah Allah menyebabkan seluruh umat menerima musibah. Islam adalah benteng. Setiap org beriman adalah pintu kpd benteng. Satu org langgar perintah Allah, maka dia telah pecahkan pintu dan musuh akan memasukinya. Org kafir sedang berusaha bersungguh2 utk memecah-belahkan org2 islam. Mereka usahakan bagaimana org islam tidak satu fikir. Org islam umpama satu tubuh badan. Setiap anggota badan menjaga antara satu sama lain. Abu sufian telah pergi berjumpa dgn abu bakar, umar dan fatimah supaya mereka pergi jumpa nabi dan minta utk panjangkan tempoh perjanjian hudaibiyah. Mereka kata tidak. Apa yg Allah dan rasul putuskan itu yg kami ikut. Semua sahabat telah beriktikad pd perintah Allah dan rasul. Tawaran diberi pd fatimah, kalau dpt pujuk ayah kamu, kami akan jadikan kamu ketua wanita di mekah. Org kafir akan letak bermacam-macam nikmat di hadapan umat ini supaya langgar perintah Allah dan rasul. Sahabat semua bersatu dlm mengikut perintah Allah dan rasul. Tidak ada ruang org kafir utk memasuki benteng islam. Ini istiqkhlas sahabat. Semua sahabat menolak permintaan abu sufian. Selagi umat bersatu, org kafir tak boleh memasuki benteng islam. Di madinah, 3 org sahabat yg tak pergi ke tabuk, di pulaukan. Kerajaan rom, raja ghassan, telah hantar surat dan pelawa sahabat masuk kristian. Bagi salam pun nabi tak jawab salam. Kemurkaan nabi hanya kerana mereka tak keluar di jln Allah. Semua perintah lain sahabat telah tunaikan. Hanya satu perintah sahaja tak buat. Tak keluar di jln Allah. ini perintah dakwah. Pentingnya keluar di jln Allah. Betapa besarnya bergerak di jln Allah. hanya kerana satu perintah ini nabi tak jawab salam.
Bila takazah agama dibentangkan, takhirkan/ melewatkan/ menangguh kan keluar di jln Allah tanpa sebarang uzur. Kaab bin malik telah ambil surat raja ghassan tersebut dan bakar. Surat ini tak layak utk dibaca. Ikhtilaf pada pendapat. Ijtimaiyat masih ada dlm diri sahabat. Sahabat masih bersatu dlm mentaati perintah Allah. Kenapa perintah agama dtg? Kenapa perintah agama ditaati? Setiap org islam kena taat perintah Allah. Nabi dihantar utk ketaatan. Sahabat telah kecewakan abu sufian dan beliau telah pulang ke mekah dgn keadaan putus asa. Bila sahabat berijtimai dlm perintah Allah, tiada peluang org kafir utk merosakkan islam. Org islam yg langgar perintah Allah telah membuka pintu benteng pd org kafir. Ketaatan perlu dibuat secara ijtimai. Ijtimai akan terbentuk dgn ketaatan. Bantuan Allah dtg dgn ijtimai. Bantuan Allah dtg bila ada kesatuan dlm umat. Ijtimaiiyat akan rosak bila org beriman meninggalkan bantu-membantu antara satu sama lain. Bila tak membantu rakan seusaha, inilah jln pertama memecah-belahkan ijtimaiyat. Org yg betul2 mukhlisin sahaja yg akan bantu-membantu. Org yg tak ada ikhlas, akan kata kamu buatlah kerja kamu sendiri, tak suka membantu. Nabi s.a.w sendiri mengangkat batu utk bina masjid nabawi. Nabi sendiri membantu sahabat. Walaupun sahabat larang nabi bantu. Nabi tetap buat. Mereka sama-sama angkat batu. Ini sifat ikhlas sahabat. Di khandak, bila selesai korek, mereka berpindah ke lubang yg lain utk bantu sahabat yg belum siap. Inilah maksud halaqah membantu halaqah yg lain. Bantu-membantu adalah perintah Allah. Bantu-membantu dlm kerja kebajikan. Allah akan bagi ganjaran sama rata. Dlm urusan dunia kita bantu-membantu, apatah lagi dlm urusan akhirat. Inilah sifat sahabat. Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Rintangan pertama utk membantu ialah hasad. Sahabat membantu org lain dgn harapan Allah membantu saya. Bantuan Allah dtg bila kita saling bantu-membantu antara satu sama lain. Org yg suka membantu, Allah akan ambil kerja drp dia. Allah ambil kerja dari sahabat sebagai pembantu nabi s.a.w. Kalau kamu tinggalkan bantu-membantu, maka Allah tak berhajat pd kamu, Allah akan pilih org lain. Allah tak berhajat pd sesiapa. Org yg bantu agama Allah, Allah akan membantu mereka. Org yg mengganggap agama perlu bantuan saya, maka Allah akan tukar dgn kaum lain. Allah akan singkirkan kamu dan ambil org lain. Jgn kita anggap agama berhajat pd kita. Sahabat adalah manusia yg mempunyai hati yg bersih. Tiada hasad dlm diri sahabat. Bantu tanpa mengharapkan balasan kpd bantuan tersebut. Kisah abu dujanah yg telah tunaikan hak pedang. Nabi nak bagi pedang. Umar dan zubair nak pedang tersebut. Nabi tak bagi. Kali ketiga nabi tanya siapa yg sedia tunaikan hak pedang ini? Abu dujanah telah bangun. Padahal pd masa itu ada sahabat2 yg lebih lama dan lebih tua. Bila pedang diberikan pd abu dujanah, mereka tidak hasad. Mizaj sahabat ialah siapa yg diberi kerja, kita bantu mereka. Zubair telah mendampingi abu dujanah dan bersama-sama dlm medan perang. Allah dan rasul lebih mengetahui siapa yg layak utk bantu agama. Abu Dujanah telah tunaikan hak pedang. Allah tidak melihat istiqdat, kemampuan dan kebolehan yg ada pd seseorang. Usaha ini bukan usaha kebolehan. Allah tak berhajat pd kebolehan. Allah gerakkan usaha ini dgn kudrat Allah. Tidak ada kena mengena dgn sesiapa. Allah ambil kerja dari sesiapa yg Allah suka. Allah telah ambil usaha dari burung ababil utk hancurkan tentera bergajah abrahah.
Burung yg kecil dan lemah. Muncung kecil. Bawa batu yg kecil. Batu api neraka. Batu telah dijatuhkan dan menembusi tulang gajah. Kudrat yg menghancurkan ialah kudrat Allah. tiada sesiapa pun boleh hasad pd burung ababil. Setiap drp kita ada sifat hasad. Bantu-membantu akan menghancurkan hasad dlm diri kita. Usaha ini adalah usaha bantu-membantu. Dgn bantu-membantu akan menahan dari hasad tersebar. Hasad akan memakan amalan manusia spt mana api memakan dahan kayu yg kering. Ikhtilaf perkara yg baik tapi hasad perkara yg buruk. Allah boleh ambil usaha dari sesiapa sahaja. Tak ada sesiapa yg boleh kata kenapa ambil usaha drp dia. Hasad kpd pemberian Allah ini adalah satu penentangan terhadap takdir pemberian Allah. Oleh itu, sesiapa sahaja yg Allah pilih, kita bantu dia. Jgn kita hasad. Kalau ada keburukan pd dia, jgn sebarkan. Kita cari jln utk tukar keburukan dia kpd kebaikan. Jgn kita benci diri dia kerana keburukannya. Perkara yg akan merosakkan ijtimaiyat ialah melihat keburukan saudara dan membenci keburukannya. Oleh itu, sentiasa cerita tentang kebaikan. Tazkirah mengenai kebaikan dan perkara yg hak. Jgn cerita perkara yg buruk. Dgn mencerita kebaikan, suasana menjadi damai. Kata umar r.a, keburukan akan hilang bila kita berhenti menceritakan tentangnya. Bila kamu mahu hilangkan kebatilan, tinggalkan cerita tentang batil. Bila cerita tentang batil, maka batil jadi kuat. Kekuatan batil sebab kita bercerita tentang batil. Bila kita tinggalkan tazkirah tentang batil, maka batil akan layu, kering dan hilang. Kita kena selalu cerita kebaikan. Nabi s.a.w cari kebaikan dlm org yg buruk. Nabi terbaik dihantar pd umat yg buruk. Nabi dihantar pd umat yg buruk supaya dpt beri syafaat kpdnya.
Yakni menukar amalannya dari keburukan kpd kebaikan. Mencari kebaikan dlm dirinya dan menghidupkan kebaikan dlm dirinya. Umat yg buruk ditarbiyah amalannya menjadi kebaikan. Adalah sunnah mencari kebaikan dlm diri org lain dan menyembunyikan keburukan org. Carilah kebaikan dlm umat yg paling buruk. Satu jenazah dibawa di hadapan nabi. Org yg buruk perangainya. Umar larang nabi dari menyembahyangkan jenazahnya. Nabi tanya, siapa pernah lihat org ini buat kebaikan? Satu org telah bangun dan bagitahu bahawa dia pernah berjaga satu malam di jln Allah. debu2 yg melekat pd badannya semasa berada di jln Allah diharamkan dari api neraka. Dia adalah ahli syurga. Hati yg gelap ialah hati yg sentiasa mencari kekurangan org lain. Tanda2 seseorang itu akan mundur dlm usaha agama ialah melihat keburukan rakan seusaha. Ini adalah usul. Khinzir hanya mencari kekotoran. Setiap bahgian khinzir adalah najis. Mencari keburukan adalah org yg badannya penuh dgn najis. Tengoklah hati kita. Kalau sentiasa tengok kekurangan org, hati kita gelap dan kotor. Ikhtilaf bukan berpecah. Ikhtilaf ialah perselisihan pendapat. Mencari kebaikan dlm pandangannya. Syaitan akan menunjukkan kebaikan dlm diri kita sendiri dan tengok buruk org. Oleh itu, bila berlaku ikhtilaf, tengok apa kebaikan dia. Allah nak tengok ketaatan dlm perintah Allah. sentiasa taat perintah Allah dgn meninggalkan kemahuan & kedudukan kita. Ikhtilaf yg dtg ialah ujian. Kedepankan perintah Allah, maka Allah akan jaga ijtimaiyat dlm umat ini. Dlm perintah Allah ada ijtimaiyat. Perintah bergerak keluar di jln Allah adalah utk hidupkan perintah Allah dlm diri org islam.
Supaya setiap umat dtg pd perintah Allah dan tinggalkan segala kehendak hati, keadaan dan keinginan mereka. Mentaati perintah Allah dlm apa jua keadaan. Suka atau duka, senang atau susah. Sentiasa jadikan diri kita kedepankan perintah Allah. jgn terkesan dgn keadaan. Ikatkan diri kita dgn perintah Allah. selagi ikut perintah Allah akan ada ketaatan. Bila umat bergerak utk agama maka agama akan masuk ke dlm setiap rumah spt sinar matahari akan menyinari setiap pelusuk bumi. Bila bergerak di jln Allah, nur iman dan nur hidayat akan memasuki setiap rumah. Dakwah/da’i seumpama air yg mengalir. Air yg suci dan menyucikan yg lain. Da’i bersih dan membersihkan org lain. Dakwah memberi kesan pd diri sendiri dan kesan pd org lain. Dgn keluar di jln Allah, kita dpt faedah dan org lain pun dpt faedah. Keluar di jln Allah utk faham agama dan bila balik ke tempatnya menakutkan/memberi peringatan pd kaumnya sehingga timbul ketakutan pd perintah2 Allah. Kepentingan keluar di jln Allah telah terkeluar dari diri umat. Dakwah bukan setakat sampaikan sahaja. Matlamat dakwah ialah keluar di jln Allah. Nabi sendiri keluar di jln Allah berjalan kaki. 1 kenderaan 6 org bergilir-gilir naik. Supaya umat faham bahawa penting bergerak keluar di jln Allah. Ada org kata tak perlu keluar, asal ada agama dah cukup. Ini samalah spt org kata yg penting solat, wuduk tak perlu. Tanpa wuduk tiada solat. Demikian juga tak cukup hanya dgn ada agama tanpa keluar. Tidak ada kesan dakwah tanpa khuruj. Tiada sahabat yg tak keluar di jln Allah. 100% sahabat keluar di jln Allah dan inilah jln utk menghidupkan agama. Dakwah tanpa khuruj tidak memberi kesan. Jln utk sebarkan agama ialah keluar di jln Allah. tidak ada mesin utk amal melainkan insan. Insan ialah mesin kpd amal. Tak ada peralatan yg boleh tukar insan utk buat amal. 70 sahabat dihantar ke najran utk ajar agama. Semua mereka ulamak & qura’. Semua mereka dibunuh di bir mauna.
Mereka keluar bukan utk qital/perang. Jemaah ini adalah jemaah dakwah. Dlm setiap zaman, agama tersebar dgn pergerakan, tiada jln lain. Nabi jadikan sahabat2 org yg sentiasa bergerak utk agama. Sepertimana awan yg bergerak akan memberi air hujan pd tanah yg gersang dan tanah dpt menafaat. Selagi umat ini bergerak, maka umat akan jadi penyampai kebaikan kpd manusia yg lain. Ulamak seumpama awan dan org awam umpama tanah yg gersang. Ulamak kena bergerak dlm umat supaya umat dpt menafaat agama. Kejahilan akan mematikan kefahaman agama. Kata umar r.a, kalau tiada 3 perkara, akau tak nak hidup di dunia ini lagi: ◾keluar di jln Allah/dakwah ◾sujud yg panjang2/ibadat ◾majlis ulamak/ilmu sahabat sentiasa keluar di jln Allah dan mendampingi majlis2 ulamak. Dgn bergerak maka amanah umat ini tertunai. Agama adalah amanah pd umat. Oleh itu, umat kena bergerak. Buat usaha agama dgn taat, dgn ijtimaiyat, dgn tinggalkan semangat dan kemahuan kita, dtg pd perintah allah dan rasul. Niat utk bagi lebih masa keluar di jln Allah

Iklan

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: