Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Syamim

BAYAN MAGHRIB MAULANA SYAMIM

Pencerahan berkenaan amir alami, syura, markaz, muntakhab hadith dan tertib kerja, sri petaling (07/12/2016).

 

Tuan-tuan yg mulia, Semata-mata dgn limpah kurnia drp Allah dan dgn kasih sayang Allah, Allah telah kurniakan pd kita satu usaha yg besar, satu usaha yg agung, usaha kurun pertama iaitu usaha dakwah. Bukan kita yg letakkan diri kita di dlm usaha ini tapi Allah yg pilih kita dan letakkan kita dlm usaha ini. Siapa yg Allah kehendaki, Allah pilih, Allah istiqamahkannya dan dgn sebabnya tersebar agama dan manusia dpt hidayat. Bila Allah berkehendak, macam mana Allah berkehendak utk sisihkan dia, maka Allah akan sisihkan dia bila2 masa sahaja dan tidak akan memudaratkan Allah s.w.t dan tidak akan mengurangkan sedikit pun khazanah Allah.

 

Jgn sekali-kali dtg dlm hati kita bahawa usaha ini berjalan dgn mujahadah saya, dgn sebab ilmu saya, dgn sebab pengorbanan saya, kerana bila dtg dlm hati kita maka kita akan jatuh dari pandangan Allah s.w.t. Allah tak mahu usaha ini dinisbatkan pd mana2 individu, dgn pengorbanan sipolan, dgn harta sipolan, dgn bayan sipolan, dgn ilmu sipolan, bahkan Allah-lah yg mengerakkan usaha ini dan selamanya Allah yg terus buat. Usaha ini hanya dinisbatkan pd Allah s.w.t. Oleh itu, kita semua pd setiap masa dan ketika, hendaklah kita rasa berhajat pd usaha ini. Allah maha hidup, maha berdiri dgn sendiri yg mengerakkan usaha ini.

 

Kita kena yakin, yg memelihara usaha ini ialah Allah, yg menggerakkan usaha ini ialah Allah. Org yg tidak merasai bahawa dia yg mengerakkan usaha ini, tidak merasai dgn sebab pengorbanannya maka Allah akan letakkan kasih sayang dia dlm hati2 manusia dan Allah akan muliakan dia dlm hati2 manusia. Kalau seseorang merasakan bahawa usaha ini bergerak dgn pengorbanan dia, dgn bayan dia, dgn ilmu dia maka Allah akan buat 2 perkara samada Allah akan hilangkan kesan2 percakapan/pengorbanan org tersebut atau menghilangkan org tersebut dari usaha ini. Sehingga semua org yakin yg menggerakkan usaha ini ialah Allah. Allah tidak suka utk melihat kerja ini dihubungkan dgn sesiapa. Allah hanya mahu usaha ini dinisbatkan hanya dgn Allah.

 

Dlm usaha ini Allah suka pengorbanan. Apa itu pengorbanan? Satu org yg korban demi korban tapi tak rasa apa2 dgn dirinya, maka Allah akan ambil khidmat agama dari dia. Sebaliknya, bila seseorang buat pengorbanan demi pengorbanan dan dtg dlm hatinya, kerja bergerak dgn pengorbanan dia dan mengungkit pengorbanan dia dan mula merasa dia telah berbudi pd manusia maka pd ketika itu dia akan jadi hina pd pandangan Allah dan Allah akan kecilkan dia.

 

Semasa perang badar, ada satu org yg buat begitu banyak pengorbanan, memerangi musuh2, meleraikan barisan musuh2 dan bunuh ramai musuh2. Ramai yg memuji dan menyangka dia telah buat budi/jasa yg besar pd agama, mereka telah menceritakan keberaniannya, tapi nabi s.a.w kata dia adalah ahli neraka. Mengapa jadi begini? Manusia tak tahu apa ada dlm hati dia, apa semangat dia berjuang, apa jasbah yg dia bawa. Hanya Allah yg tahu. Allah wahyukan pd nabi s.a.w.apa yg ada dlm hati dia dlm hati dia ada 2 perkara, dia mahu dikenali dgn keberaniannya dan dlm hatinya tidak ada sifat sabar dlm menanggung kesusahan dia telah luka parah dan telah membunuh dirinya sendiri.

 

Jgn sekali2 kita ungkit akan pengorbanan dan ehsan yg telah dibuat pd manusia. Ini merupakan serangan syaitan yg terakhir. Oleh itu, sebanyak mana pun kita buat pengorbanan, kita jgn langsung rasa besar diri, takabbur. Sebaliknya kena sentiasa ada sifat tawadduk. Tersebarnya agama, majunya agama, dgn sebab pengorbanan nabi s.a.w. Apa yg para sahabat dpt dari kebaikan agama adalah dgn sebab pengorbanan nabi s.a.w. tapi pd fatah mekah, nabi dtg dgn 10,000 org tentera, nabi masuk dgn rendah diri sehingga dada nabi s.a.w telah terkena dgn bonggol unta. Masuk dgn tawadduk. Tawadduknya nabi s.a.w itu tak pernah wujud sebelumnya dan tak akan wujud hingga hari kiamat di akhirat nanti, semua nabi2 akan dihisab, tapi nabi s.a.w tidak akan dihisab. Nabi masuk dgn penuh rendah diri. Kalimat2 yg nabi baca semasa fatah mekah menjadi pengajaran pd umat hingga hari kiamat, sebanyak mana kamu buat pengorbanan sehingga Allah bagi nur pd hati setiap manusia, pun semua kita kena kembalikan kpd Allah. Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, Allah maha esa, Dialah yg membantu, Dialah yg mengalah segala musuh dgn kudratnya. Nabi s.a.w menafikan apa yg baginda dah buat tapi nisbatkan hanya kpd Allah.

 

Nabi dah ajar satu perkara yg besar. Org yg menafikan segala pengorbanan yg dibuat, maka tidak akan dtg sifat khibir dlm hatinya. Kita tak buat apa2, yg buat segalanya ialah Allah. Natijah dtg dari Allah. Org yg macam ini akan dpt sifat makbuliyah dari Allah. Allah akan terima pengorbanannya. Org yg kata dia buat, maka akan jadi hina pd pandangan manusia.

 

Pd zaman ini, Allah telah pilih satu org yg pd zahirnya dari segi tubuh badan sangat lemah, sangat kurus dan banyak penyakit. Keturunan dari nasab yg mulia, nasab bangsawan, keluarga para ulamak yg besar tapi sejak zaman kanak2 lagi, kehidupannya sederhana, tawadduk, suka khidmat, akhlak dan sifat yg mulia. Sejak kecil lagi, orgramai dan para ulamak kata dia ahlullah. Sehingga ibu beliau kata, dari badan ilyas ini, aku dpt mencium bau sahabat r.a. Beliau belajar dari ulamak2 besar di India. Semua ulamak2 menyayanginya. Selepas belajar, beliau mengajar di saharanpur.

 

Bapa beliau, maulana Ismail, ahlullah yg sangat besar. Sangat mahsyur di India, apa yg dia doa akan makbul. Ramai org dtg beratur nak minta doa drp dia. Sebab dia takut ramai sangat org dtg, maka dia telah melarikan diri dan dtg ke hutan di nizamuddin. Kemudian dia pergi ke banglawali masjid di sana, dia nampak org mewat, org miskin dtg ke delhi utk ambil upah kerja dpt upah 2 paisa (2 sen) dia ajak mereka dtg ke masjid dan ajar kalimah dan bagi upah 2 paisa. Setiap hari dia ajar, bagi makan dan bagi upah. Lama kelamaan terbentuklah sebuah madrasah. Pelajar2nya org mewat. Bermulanya usaha ini dgn pengorbanan.

 

Selepas maulana Ismail meninggal dunia, org mewat pergi ke saharanpur nak cari penganti. Mereka jumpa abg kpd maulana ilyas, iaitu maulana muhammad. Maulana Zakaria ialah anak maulana muhamad. Maulana muhammad setuju pergi ke nizamuddin utk ajar org mewat. Selepas maulana muhammad meninggal dunia, maulana ilyas pula dtg ke nizamuddin utk mengajar. Cara dia mengajar sangat menakjubkan.

 

Tapi fikir risau maulana ilyas ialah bagaimana islah umat ini. Bagaimana 100% umat dpt amal agama. Bagaimana umat dpt dtg ke masjid. Bagaimana dlm hati umat ada cinta pd agama. Bagaimana dlm hati umat ada risau nabi s.a.w. Inilah fikir risau yg sentiasa ada dlm benak hati maulana ilyas dia selalu berdoa pd Allah. Org semua tidur, dia pergi ke hutan nizamuddin dan menangis sepanjang malam pd Allah. Kemudian Allah telah buka pd beliau usaha dakwah. Allah ajar pd beliau cara nak buat dakwah. Allah buka hikmah utk buat dakwah. Begitu banyak Allah bagi cara dakwah ini pd beliau sehingga 1/3 pun beliau tak mampu nak cerita pd kita sebab maulana ilyas gagap. Satu lafaz pun sangat susah nak keluar dari mulut, Sangat mujahadah utk mengajar. Tapi dia sangat bersungguh-sungguh. Sanggup berkorban. Sentiasa sibuk dgn pelajar2nya dia sediakan pelajar utk buat usaha dakwah. Macam mana nak satukan umat ini.

 

Beliau mulakan usaha gasht dgn gasht, org2 baru mula dtg masjid. Bertambah ramai org dtg solat di masjid. Beliau begitu gembira Syukur pd Allah. Beliau berdoa bersungguh2 pd Allah sehingga usaha terus maju. Beliau bawa pelajar2 ke mewat. Mulakan usaha dakwah di sana. Orgramai mula suka dgn usaha ini.

 

Selepas itu, maulana ilyas pergi jumpa dgn ulamak2 besar di India. Beliau telah bentangkan pd mereka usaha yg beliau telah buat. Pd masa tu, ulamak yg besar ialah mufti kifayatullah rah. Ulamak2 yg lain ialah maulana hussin madani rah., maulana Rashid gangohi rah., maulana shah raipuri rah. dan ramai lagi ulamak hak yg ada. Beliau ceritakan cara kerja pd mereka. Kalau ia menepati sunnah, tlglah bantu dan doa. Kalau tidak, disini sahaja saya akan berhenti. Semua mereka kata, usaha ini sangat baik. Menepati sunnah nabi. Tapi macam mana org nak buat? Maulana ilyas kata, nak buat itu kerja saya dan yg akan gerakkan org kerja Allah. Kerja kita, bagaimana diberitahu, itulah yg kita buat. Jgn kita ikut akal kita. Jgn terkesan dgn suasana tempat kita. Jgn tengok faedah akal kita. Kita buat macam mana elders kita suruh buat. Macam mana mereka kata, macam itu kita buat. Banyak mana suruh buat, banyak itulah kita buat. Utk gerakkan, majukan, istiqamahkan, itu kerja Allah.

 

Alhamdulillah, usaha ini telah mula tersebar. Maulana ilyas telah pergi dan menunaikan haji di mekah mukarramah. Beliau telah kumpulkan semua ulamak2 besar di mekah. Beliau tanya, mengapa umat hari ini makin hina dan kurang agama. Apa sebabnya? Ada ulamak kata, sebab kekurangan ilmu, sebab kekurangan harta, dll. Tapi maulana ilyas menyangkal semua alasan tersebut dgn menceritakan keadaan para sahabat. Semua ulamak diam. Maulana ilyas kata, hanya satu sebab iaitu keyakinan yg ada dlm hati sahabat tidak ada dlm hati umat hari ini. Bukan sebab amal kurang, bukan sebab ilmu kurang, bukan sebab harta kurang, bukan sebab bilangan kurang. Bahkan, yg kurang ialah yakin yg sahabat telah belajar dari nabi dan mereka usaha bersama nabi. Semua ulamak dari seluruh dunia ada pd masa itu, mereka setuju dgn maulana ilyas. Beliau bentangkan usaha dakwah yg telah beliau jalankan. Mereka kata usaha ini usaha yg hak dan pasti kami akan bantu.

 

Keluarkan dari diri kita bahawa usaha ini dari nizamuddin. Usaha ini adalah menepati sunnah nabi s.a.w. Maulana ilyas telah mulakan usaha ini di nizamuddin sebab itu kita nisbatkan usaha ini dgn nizamuddin. Usaha ini bukan nizamuddin punya, bukan raiwind punya, bukan kakril punya, bukan Malaysia punya tapi usaha ini adalah usaha baginda s.a.w. Setiap juzuk/amal dlm usaha dakwah ini menepati sunnah nabi s.a.w. Oleh itu, sampai mati kita kena buat usaha ini. Ini bukan kerja utk 4 bln sahaja, bukan utk 40 hari sahaja, bahkan 4bln, 40 hari, 10 hari, 3 hari hanya utk belajar. Tapi kena buat seluruh hidup kita dlm usaha ini kita tak mahu kedudukan, tak mahu kemuliaan, tak mahu harta, tak mahu majoriti, tak mahu kerajaan, tak mahu kuasa, apa pun kita tak mahu drp dunia ni, Kita hanya nak Allah sahaja.

 

Ingat, Allah tak bagi kemuliaan pd org yg buat usaha, Allah tak bagi harta, Allah tak bagi kedudukan, tapi Allah akan bagi zatNya pd org yg buat usaha. Org yg letak Allah, rasul dan akhirat di depannya, org2 inilah yg akan buat usaha dgn betul. Org yg tak istikhlas, maka dia dlm bahaya. Kerana kedudukan dlm usaha ini dtg melalui pengorbanan dan mujahadah. Allah telah letakkan nabi2 dan rasul2 dari awal hingga akhir dlm mujahadah. Yg paling banyak mujahadah, paling banyak korban dan paling banyak menanggung kesusahan ialah nabi muhammad s.a.w.

Telah dtg kesusahan yg besar pd baginda s.a.w. 3 hari berturut2 tak dpt makanan. Perut telah bersentuhan dgn tulang belakang. Sentiasa dlm keadaan lapar. Satu keadaan yg sangat susah.

 

Dtg jibrail a.s. Nabi kata, wahai jibrail kamu dtg dlm keadaan sudah 3 hari aku tak makan. Tiba2 terdengar satu benda yg besar/berat telah jatuh dgn bunyi dentuman yg kuat. Nabi terperanjat. Nabi tanya jibrail, dah kiamat ke? jibrail kata belum kiamat lagi. Jibrail kata, kamu zahirkan kelaparan dan kesusahan kamu pd saya menyebabkan Allah tidak menyukainya. Allah hantar satu malaikat kpd tuan. Malaiakt yg belum pernah turun ke bumi. Inilah kali pertama dia turun. Bunyi yg kuat tadi adalah bunyi kedatangan malaikat tersebut. Malaikat tadi dtg depan nabi dan bagi salam dan sampaikan salam dari Allah kpd kekasihNya. Allah tanya, kamu nak kenabian yg macam mana? Kenabian dgn harta, kenabian dgn kuasa, kenabian dgn kerajaan, buat keputusan sekarang. Nabi buat kerja dgn mesyuarat.

 

Ingat, dlm usaha dakwah kita kena ikatkan diri kita dgn mesyuarat. Apa sahaja yg kita nak buat, kena mesyuarat. Jgn kita bebas. Kalau buat kerja agama tanpa mesyuarat, walaupun kerja itu besar, ia tidak akan jadi sumber kemuliaan tapi akan jadi sumber kehinaan dlm usaha ini, bukan ikut cerdik seseorang. Jgn buat tipu helah. Usaha ini dari awal sampai akhir adalah pengorbanan. Nabi s.a.w. ada 4 org wazir yg selalau baginda bermesyuarat. 2 di langit dan 2 di bumi. Jibrail dan mikail a.s di langit. Abu bakar dan umar r.a di bumi. Ini adalah 4 ahli mesyuarat khas baginda. Kalau dtg keadaan darurat, kita mesyuarat dgn siapa yg ada dan kemudian sampaikan pd yg lain. Perlu bagitau pd yg lain. Kalau tak bagitahu yg lain, syaitan akan masukkan was2 dlm hati. Hari ini tanpa kita hadir mesyuarat dan buat keputusan dan sebarkan semua tipudaya dan propaganda dlm internet/whatsapp/facebook.

 

Hati akan bersatu atau berpecah? Dpt ijtimaiyat atau tak dpt ijtimaiyat? Di nizamuddin, satu benda pun tak dihantar melalui internet/whatsapp/facebook. Mereka yg buat macam tu sebab mereka nak pecahkan ijtimaiyat yg ada di nizamuddin. Saya minta dgn tuan2 jgn percaya apa pun perkhabaran yg berlaku di nizamuddin yg ada di internet/whatsapp/facebook sehingga tuan2 sendiri meneliti perkara tersebut dgn nizamuddin. Yg paling baik ialah kita pergi sendiri ke sana dan tengok dgn mata kepala kita sendiri apa yg berlaku di sana. Bila dah tengok sendiri, maka akan lupa semua sangkaan yg ada dlm kepala otak kita. Tiada pergaduhan di sana. Kerja berjalan macam biasa spt dulu. Ada org yg nak jadi mahsyur dan letak khabar2 yg tak betul, fitnah dlm media.

 

Usaha ini adalah usaha Allah. Allah akan pelihara Allah tak berhajat pd sesiapa, tak berhajat pd ilmu sesiapa, tak berhajat pd pengorbanan sesiapa, tak berhajat pd kemahsyuran sesiapa. Allah dgn kudratNya akan jalankan kerja ini dlm masa beberapa minit Allah boleh pilih siapa yg boleh buat kerja dan dlm masa beberapa minit Allah boleh hapuskan siapa yg Allah tak mahu. Allah buat segala-galanya. Setiap zaman berlaku perkara tersebut. Hak tetap hak. Setiap masa Allah akan menangkan org yg hak. Allah akan hapuskan yg batil. Allah akan hapuskan angin2 batil. Sampai bila pun batil tidak akan menang bila lawan dgn hak.

 

Hari ni kita sangka dgn alat media agama boleh tersebar. Benda2 batil bukan utk sebarkan agama tapi menghapuskan agama. Semoga Allah pelihara kita. Allah telah tetapkan bahawa agama tersebar dgn cara nabi dan sahabat. Allah sebarkan agama dgn mujahadah dan pengorbanan.

Nabi s.a.w bermesyuarat dgn jibrail a.s. Jibrail a.s isyaratkan supaya nabi s.a.w. tunduk. Nabi telah faham. Nabi kata baginda tak mahu kenabian bersama kuasa dan harta tapi baginda mahu kenabian dan kefakiran, kenabian dan penghambaan, sekali dpt makan dan syukur pd Allah, sekali tak dpt makan dan bersabar.

 

Hari ini usaha dtg dlm keadaan bahaya. Sebab sekarang zaman istiqbal, org sambut. Bila buat usaha dlm keadaan susah, mujahadah, pengorbanan, org tak terima, tak ada duit maka akan terbentuk sifat2. Pd zaman istiqbal org suka usaha ini dan org akan longgokkan harta mereka tetapi org yg buat usaha dia salah faham, dia ingat org istiqba/sambut dia, bukan, org bukan sambut dia, org sambut usaha agama, dia tertipu.

 

Kalau kita asingkan diri dari usaha, maka kita tak ada apa2 pun. Usaha inilah yg telah meletakkan kita pd satu kedudukan dgn sebab usaha ini Allah bagi kasih sayang manusia pd kita, org ikram kita, org sanggup bagi nyawa utk kita. Ini semua sebab usaha agama. Bila kita tinggalkan usaha ini, tak ada siapa nak sapa pun kita. Oleh sebab itu, kita kena sentiasa bersama dgn usaha ini. Jgn kita ikatkan diri kita dgn seseorang. Kita ikatkan diri kita dgn usaha.

 

Pada hari kewafatan nabi s.a.w, Abu bakar r.a berkata: siapa yg beramal/ berusaha kerana muhammad s.a.w, ingatlah bahawa muhammad telah wafat. Mereka yg beramal kerana Allah, Allah maha hidup, Allah berdiri dgn sendiri, Allah tidak mati, Allah yg memberi kematian dan kehidupan.

 

Usaha ini adalah hak. Usaha yg telah dikurniakan oleh Allah pd umat ini. Setiap individu umat kena buat. Bukan utk kaum tertentu. Bukan utk org Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Bangladesh, US, UK, afrika, eropah, mekah, madinah. Bahkan usaha ini adalah utk setiap individu umat sehingga hari kiamat. Org yg buat usaha ini dgn betul, Allah akan kekalkan dan majukan dia dlm usaha. Kita kena jadikan kerja ini sebagai kerja kita.

 

Di mana bermulanya usaha, maka disitulah markaznya. Markaz seluruh alam ialah nizamuddin. Markaz-markaz lain di seluruh dunia ialah anak2nya. Sebagaimana baitullah, semua masjid2 adalah anak kpd baitullah di mana sahaja berada, masjid akan mengadap ke kiblat/baitullah dari segi kerja agama, segala urusan rujuk nizamuddin, apa2 perkara tanya nizamuddin dan taat nizamuddin. Bila taat, semua markaz2 di seluruh dunia akan dpt kesatuan. Kita adalah satu cabang/furuq dari nizamuddin. Jgn kita anggap kita ni asing dari nizamuddin. Kita kena anggap kita ni petugas2 dari banglawali masjid. Kita amla/pembantu/petugas. Kalau kita faham perkara ni, maka kita akan kekal dlm usaha ini. Allah akan ambil khidmat agama dari kita. Allah akan kekalkan kita dlm usaha. Allah akan bagi hakikat usaha kpd kita. Allah akan selesaikan masalah kecil/besar kita.

 

Selepas maulana ilyas, maulana Yusuf ambil t/jawab. Beliau jadi amir masa umur 29 thn. Ulamak2 besar pd masa itu telah akur dan setuju lantik maulana Yusuf jadi amir. Walaupun pd masa tu ada ulamak yg lebih hebat dan tinggi kedudukan. Satu nama besar sebagai cth, maulana ehtishamul hasan, bapa saudara sebelah ibu keluarga maulana ilyas dia yg susun nisab pengajian kita dia tak tinggal di nizamuddin dia buat usaha lain. Tapi usaha tetap terus berjalan di nizamuddin walaupun pekerja2 agama bertukar2. Jgn kita sangka, bila pekerja agama bertukar, kerja pun habis, tidak. Allah yg pilih org yg buat usaha. Oleh itu, kita kena hubungkan diri kita dgn usaha.
Alhamdulillah, satu dunia telah dtg ke nizamuddin. Paling ramai org Malaysia dan Indonesia di nizamuddin setiap masa. Allah berkati umur mereka, semoga Allah kekalkan mereka dlm usaha dari segi negara luar, yg mula2 sekali bagi masa dlm usaha ini, yg mula2 peluk usaha ini, yg menjadi dalil dlm usaha ini, yg bagi masa bersama maulana ilyas, maulana ubaidullah, mereka ialah pelajar madrasah salafiah, mereka ialah org Malaysia dan Indonesia. Tuan2 adalah org yg sangat beruntung. Allah telah libatkan keturunan tuan2 dlm usaha ini. Oleh kerana pengorbanan datuk nenek tuan2 dulu, usaha telah maju.

 

Satu ketika dulu, tiada madrasah di Malaysia. Tiada hafiz quran. Thn 1982, hadratji maulana inamul hasan telah buka madrasah yg pertama di kubung bujuk, terengganu. Selpas 20-30 thn, beratus2 hafiz quran. Budak perempuan pun dah beratus org jadi hafizah. Cuba kita fikir. Ini berkat apa? Ini berkat usaha agama. Kalau kita jauh dari usaha agama, apa akan jadi? Kalau kita tinggalkan markaz apa akan jadi pd kita? Bagaimana kita dpt hidayat? Apa yg umat dpt? Demi Allah, semua ni sebab berkat usaha agama. Kita buat azam, kita akan terus buat usaha ini sampai mati. Kita tidak ada perselisihan. Apa elders kita kata, kita taat.

 

Selepas maulana Yusuf meninggal, timbul masalah siapa nak jadi amir. Ulamak2 dan mubaligh2 besar ada. Maulana ubaidullah, maulana syed ahmad khan, mufti zainal abidin dll. Mereka bermesyuarat dan bagi macam2 syor. Kebanyakan berpendapat lantik maulana harun jadi amir iaitu anak kpd maulana Yusuf, bapa kpd maulana saad. Maulana Zakaria sebagai penaung kpd usaha ini, semua yg buat usaha agama taat pd beliau dgn perintah dari maulana ilyas, beliau telah tulis kitab fadhilat amal, fadhilat sedekah, fadhilat haji, fadhilat tijarah dan ribuan kitab telah ditulis oleh beliau dlm bahasa urdu dan arab. Beliau telah putus maulana inamul hasan sebagai amir. Tapi bila org yg dlm hati dia ada pencuri, tak setuju dgn keputusan telah tinggalkan markaz. Saya tengok dgn mata kepala saya sendiri keadaan mereka selepas tinggalkan usaha. Apa kedudukan mereka selepas tinggalkan usaha ini? Tiada apa2. Oleh itu, kita kena jadikan diri kita utk kerja ini. Ini dipanggil istikhlas. Walaupun kita ditawarkan benda yg hebat2, jawatan yg hebat2, tapi itu semua kita tak nak, sampai mati kita akan buat usaha ini. Semoga Allah bagi kita istiqamah dlm usaha ini.

 

Bayan maulana Yusuf sangat hebat. Ramai org pengsan bila dengar bayan beliau. Ada yg sedia bagi seluruh hidup bila dengar bayan beliau. Sehingga ada yg koyak baju dan lari ke hutan bila dengar bayan beliau dikatakan selepas sheikh abdul kadir jailani, org yg bayan dahsyat tentang tauhid ialah maulana Yusuf. Bila tashkil, semua org bangun sedia utk keluar. Allah jadikan amir selepas dia, iaitu maulana inamul hasan, langsung tak reti bayan. Sampai meninggal dunia, bayan tak lebih dari 5 minit. Allah nak bagitahu, wahai org buat usaha agama, kerja ini berjalan bukan dgn sebab bayan maulana Yusuf. Bahkan, di zaman maulana inamul hasan, usaha telah tersebar luas 10-20 kali ganda. Usaha telah sampai ke seluruh dunia.

 

Semasa hadratji maulana inamul hasan sakit, dia telah hidupkan sunnah umar r.a. Pd zaman saidina umar, semasa dia nak meninggal dunia, dia tidak lantik khalifah secara khusus. Selepas rasulullah, org paling layak ialah abu bakar. Pd zaman abu bakar pula, dia sebut nama secara khusus iaitu umar sebagai pengganti. Saidina umar telah pilih 6 org. mereka bermesyuarat dlm bilik tertutup dan pilih satu org jadi amir. Utk gerakkan usaha tak perlu syura, kena lantik amir. Usaha berjalan dgn mesyuarat. Mesyuarat adalah perkara yg asal. Syura bukan asal. Syura hanya utk bantu amir, bukan utk gerakkan usaha.

 

Oleh itu, hadratji maulana inamul hasan telah lantik 10 org syura utk lantik amir. Setelah hadratji meninggal dunia, semua org2 t/jawab India, Pakistan, Bangladesh ada di nizamuddin. Mereka bermesyuarat dlm bilik yg tertutup selama 3 hari. Kebanyakan berpendapat lantik maulana saad jadi amir. Ada beberapa org syor maulana zubair patut jadi amir. Sebahagian dari org delhi berpendapat maulana izhar patut jadi amir. Hanya 3 nama ini sahaja yg di syor jadi amir drp 10 org yg ada dlm bilik tersebut. Tapi tak dpt buat keputusan siapa patut jadi amir. Mereka tengok kemaslahatan. Supaya jgn sampai bergaduh, timbul fitnah dan kecoh. Jgn sampai kerja ini jadi spt pergerakan2 yg lain. Faisala mesyuarat ialah meiji mehrab. Selepas 3 hari, dia pergi iklan pd majmak dikalangan 10 org itu, hanya 3 org sahaja dilantik jadi faisala iaitu maulana zubair, maulana izhar dan maulana saad dlm masa yg singkat, satu demi satu meninggal dunia. tinggal maulana saad dan maulana zubair. Mereka berdua buat keputusan dlm apa2 hal pun. Kami org2 nizamuddin setiap hari duduk mesyuarat, tapi kami tak tahu siapa yg buat keputusan antara mereka berdua. Selepas minta pandangan/syor, jurutulis sahaja yg tahu siapa buat keputusan. Kerja berjalan dgn baik. Tiada apa2 perselisihan. Syura yg masih hidup ialah bhai wahab di Pakistan.

 

Pada masa tersebut, maulana saad telah mula susun muntakhab hadith. Bhai wahab dan maulana zubair tak larang dgn mesyuarat, kitab tersebut akan dicetak di Pakistan dan dibaca secara ijtimai. Tapi, bila hampir2 nak cetak, bhai wahab minta mukashafaf beliau dikumpulkan dan cetak bersama dlm kitab tersebut. Tapi mufti zainal abidin tak setuju dan tak benarkan sebab ia hanya kitab hadith sahaja, tak boleh dicampur dgn cerita lain. Bhai wahab rasa tak senang hati dia tak baca kitab tersebut secara ijtimai. Kitab ini telah diberi kpd org2 dari usaha yg lain yg menentang usaha ini. Setelah mereka baca, mereka kata kitab ini patut dibaca secara ijtimai. Kitab ini bukan ditulis oleh maulana saad tapi ditulis oleh maulana Yusuf. Ia mengandungi ayat quran dan hadith yg boleh diguna pakai. Org arab pun guna kitab tersebut.

 

Maulana Yusuf meninggal dunia dan tak sempat cetak kitab tersebut. Khutub kanah maulana yusuf telah dijaga oleh maulana inamul hasan. Selepas itu, khutub kanah tu telah diberi kpd maulana saad utk dijaga sebelum beliau meninggal. Maulana saad jadi pemilik dia duduk disitu dan mentelaah kitab2 yg ada di dlmnya dlm banyak2 kitab, dia jumpa kitab muntakhab hadith. Kitab yg dah lusuh dia bawa kitab tersebut ke raiwind dia mesyuarat di sana. 3-4 org alim diputuskan utk tengok kitab tersebut. Kemudian dicetak dan dijual di ijtimak raiwind. Semua habis. Satu pun tak tinggal. Kemudian selepas beberapa tahun, maulana saad bagi targhib supaya ia dibaca bersama kitab fadhail amal dan fadhilat sedekah. Sebelum muzakarah 6 perkara, baca muntakhab hadith supaya bila menyampaikan 6 perkara guna ayat quran dan hadith dlm muntakhab hadith. Ianya dibenarkan utk dibaca secara ijtimai.

 

Semasa maulana zubair hidup, telah pun ada usaha memakmurkan masjid dan 5 amal di rumah. Maulana zubair tak menyangkal. Selepas maulana zubair meninggal, ada sesetengah org sibuk suruh buat jemaah syura Sebagaimana bhai wahab tak setuju dgn kitab muntakhab hadith, begitulah juga maulana saad tak menandatangani kertas lantikan syura Tidak ada jemaah syura alami yg baru dibentuk di raiwind ada jemaah syura sendiri, di Bangladesh ada jemaah syura sendiri dan di nizamuddin pun ada jemaah syura sendiri. Setelah dilantik, telah dihantar percanya ke raiwind dan Bangladesh. 9 syura di nizamuddin antaranya ialah maulana ahmad laat, maulana Yaakob, meiji azmat, maulana Yusuf anak maulana saad, maulana zuhair anak maulana zubair, termasuk maulana saad. Syura dah ada. Buat apa nak bentuk syura alami lagi. Bila ada masalah, mereka duduk dan bermesyuarat. Bila ada masalah, Maulana saad dan bhai wahab akan duduk berbincang. Bila sorang meninggal, sorang akan jadi amir alami. Ini dipanggil mesyuarat dari segi syariat, inilah caranya.

 

Semoga Allah pelihara kita. Kita jgn sibukkan diri kita dgn perkara fitnah. Kita jadilah org yg ikhlas. Apa yg kita dah buat utk kerja ini. Kita sibukkan diri dgn usaha. Allah akan selesaikan masalah. Hari ni kita tak buat kerja, asyik tengok org, tengok internet/whatsapp, kita rosakkan diri kita sendiri dan rosakkan keluarga kita. Jgn kita rosakkan usaha ini. Kita istiqamah dlm usaha ini. Semua perkara kita rujuk pd nizamuddin. Setiap kali mesyuarat di nizamuddin, satu salinan hantar ke raiwind, satu salinan hantar ke Bangladesh.

 

Maulana Yusuf kata, kamu kena dtg ke nizamuddin berulang2 kali. Maka kamu akan cakap apa yg kami cakap. Tapi kalau kamu tak dtg, kamu akan cakap apa yg kamu nak cakap. Sebab itu kena pergi tertib 2 bln nizamuddin.

Alhamdulillah, org t/jawab seluruh dunia telah dtg ke nizamuddin. Pada setiap masa, 70-80 negara ada di nizamuddin. Pergi tengok sendiri apa yg ada di nizamuddin. Jgn dengar cakap org. semua syak wasangka akan hilang. Markaz alami ialah nizamuddin. Kita akan ikut tunjuk ajar mereka. Allah akan bagi ijtimaiyat. Allah akan buka hakikat kerja pd kita.

 

Bhai wahab pun setiap hari suruh org pergi nizamuddin, pergi delhi, pergi mewat, pergi guava. Keluar di sana dimana2 pun kita boleh buat kerja tapi basirah/hikmah kerja ada di 4 tempat. Guava ialah tempat pertemuan 2 sungai (shaharanpur, muzafarnagar, merab, syaik). Mewat ialah tempat maulana ilyas buat usaha. Pergi ke tempat2 tersebut dan tengok org disana buat kerja. Allah akan buka hakikat kerja. Semua sedia.

 

Jemaah 4B Negara jauh dan 2B masturat Negara jauh perlu dapatkan kelulusan & route dari nizamuddin. Setiap 2 thn kita bermesyuarat di nizamuddin dan tahun yg berikutnya org nizamuddin akan dtg buat jor di tempat kita. Tiada apa2 perubahan pd tertib tersebut. Org yg menyangka ada perubahan, itu salah faham mereka. Bila balik ke mahallah, semua tertib yg diberitahu kita buat macam biasa. Hidupkan 5 amal masjid dan amalan memakmurkan masjid. Hidupkan 5 amal dirumah supaya ada hubungan masjid dan rumah kita. Banyak fadhilat. Semoga Allah terima.

 

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: