Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Syamim

BAYAN MAGHRIB MAULANA SYAMIM

(09/11/96 – sri petaling – Jor KL 1996). Allah s.w.t beri kekuatan dlm amalan. Kita terkesan dgn benda tapi tak dgn amalan, sbb usaha tak dibuat. Kekuatan benda (roket, bom atom, dsb) adalah sbb usaha. Kalau usaha dibuat ke atas amalan, amalan akan punyai kekuatan dan Allah s.w.t akan buat apa yg dikehendaki menerusi amalan seseorg itu. Org2 dahulu mengakui kekuatan org yg beramal. Kekuatan benda spt bangunan dan sebagainya tak sehebat kekuatan bumi. Sekali bumi bergegar, habis hancur. Kekuatan malaikat lebih hebat dpd kekuatan bumi dan kekuatan Jibrail a.s paling hebat dpd kekuatan malaikat2. Kampung kaum Lut a.s dihumban oleh satu penjuru shj dpd satu sayap shj dpd sayap2 Jibrail a.s. Kekuatan Jibrail a.s pula tak boleh lawan kekuatan amalan Rasulullah s.a.w. Di Sidratul Muntaha, Jibrail a.s akan terbinasa jika melepasi hadnya, yg dijangkau oleh jasad Rasulullah s.a.w. Kekuatan rohani Rasulullah s.a.w lebih hebat dpd jasad Baginda s.a.w. Dan ini pula utk diberi hadiah solat – jadi bayangkan kekuatan di dlm amalan solat! Ini di luar dpd bayangan kita. Ia lebih dpd segala kekuatan lain.

 

Sahabat r.a sangat suka menerima solat sehingga lupa 13 tahun menderita. Rasulullah s.a.w bertemu zat Allah s.w.t ketika mikraj. Juga Baginda s.a.w ditunjukkan kekuatan dlm ciptaan2 Allah s.w.t, kekuatan di belakang zat Allah s.w.t, syurga dan neraka, dan amal2 yg dpt menafaat dan yg dpt mudharat. Baginda s.a.w dihadiahkan solat, yg menerusinya kekuatan2 dan nikmat2 ini boleh didapati. Nabi2 a.s diberi mukjizat sbg bukti; umat ini diberi solat sbg bukti. Dlm ghazwah, kurang pertolongan yg dtg menerusi mukjizat, tapi banyak yg menerusi solat. Nabi Musa a.s dgn mukjizat berjln atas laut. Sahabat r.a dgn solat gunakan air lautan sbg jln: naik kuda laju2 atas air laut.

Sebelum mikraj, Rasulullah s.a.w menjadi imam kpd solat nabi2 a.s. Kalau solat makmum boleh dptkan pertolongan, bagaimana pula dgn solat imam. Kita kena usahakan supaya solat kita spt solat imam. Solat merangkumi segala kekuatan benda2. Solat merangkumi segala ibadat malaikat. Solat merangkumi segala pertolongan kpd nabi2 a.s. Solat merupa kan intipati segala ibadat malaikat: di langit pertama malaikat2 dlm rukuk, di langit kedua dlm sujud, di langit ketiga dlm qiam, di langit keempat dlm tawaf, di langit kelima dlm pembacaan al-Quran, di langit keenam dan ketujuh dlm keadaan tahlil dan tasbih, dan lain2 tugas khas. Dlm dua rakaat solat ada hubungan dgn semua amalan2 malaikat. Kekuatan yg ada dlm solat spt kekuatan semua malaikat.

 

3 nikmat khusus yg Rasulullah s.a.w dpt dlm mikraj, kita dpt dlm solat. Solat itu mikraj mukminin, jadi apa yg Rasulullah s.a.w dpt dlm mikraj, org mukmin dpt dlm solat.

 

Pertama : adalah melihat dan dilihat Allah s.w.t.

Kedua    : adalah berbicara dengan Allah s.w.t.

Ketiga    : adalah hampir (qurb) dengan Allah s.w.t.

 

Nabi2 a.s lain pun tak dpt kesemua ini. Nabi Musa a.s cuma berbual dgn Allah s.w.t. Musa a.s nak lihat juga Allah s.w.t, maka Allah s.w.t pancarkan nurNya sedikit sahaja ke gunung dan Nabi Musa a.s pengsan.

 

Dalam solat kita berbicara dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t jawab bacaan Fatihah:

 

kepada “Alhamdu…” dijawab, hambaKu memuji Aku;

kepada “Arrahman…” dijawab, wahai hamba, kau puji Aku;

kepada “Maliki…” dijawab, wahai hamba, kau muliakan Aku;

kepada “Iyyaka…” dijawab, separuh kau punya, separuh Aku punya;

kepada “Ihdina… “ dijawab, apa yg kau minta Aku beri, apa yg kau minta lindungi, Aku lindungi.

 

Dlm solat kita lihat dan dilihati Allah s.w.t. Spt hadith yg mengatakan solatlah spt kau lihat Allah s.w.t atau Allah s.w.t lihat kau. Ada dua darjat solat shj. Spt dipandang kekasih, begitulah dlm solat dtg rasa ketenangan jiwa dsb. Jika tidak demikian, maka tidak dipandang. Dlm solat, kita hampir dgn Allah s.w.t. Masa sujud, kita paling rapat dgn Allah s.w.t, seolah kepala kita di antara dua “kaki” Allah s.w.t. Sahabat r.a melompat2 dgn kegembiraan apb dianugerahkan solat. Kini mereka boleh berhubung langsung dgn Allah s.w.t. Mrk minta dgn Allah s.w.t dan makhluk terpaksa beri. Ada khazanah kekuatan di dlm solat. Maulana Yusuf rah. berkata bahawa kalau kita solat spt yg dikehendaki (yakni “Solat spt kamu lihat aku solat”), kalau Amerika baling bom di atas dan kita solat di bawah, solat akan naik dan kedua2nya akan bertemu di udara dan akan hancurlah bom. Benda berada di dlm tangan musuh, ttpi natijahnya berada di dlm solat. Kekuatan bumi dsb. boleh dikawal dgn solat. Tapi solat sebegitu adalah solat spt solat Rasulullah s.a.w. Jadi kita kena belajar solat. Solat kita hari ini tak dpt hentikan benda kecil pun. Tak dpt hentikan lidah kita dpd mengumpat, jadi macamana nak hentikan bom? Solat kita mcm wayang: dlm perjalanan ke tempat solat kita tengok mcm2 perkara dan perkara2 ini dimainkan semula dlm solat. Kadang2 di dlm solat seribu perkara difikirkan, tapi sekali pun tak difikirkan Kuasa mana yg ada di hadapan kita ketika solat itu.

 

Kita perlu usaha atas solat seperti sahabat r.a usahakan. Kita keluar ke jalan Allah s.w.t bukan untuk cakapkan 6 prinsip sahaja, tapi supaya solat kita jadi bermutu. Solat kita tidak pun menyebabkan walau hati bergoyang – solat sahabat r.a menyebabkan Arash bergoyang. Abdullah bin Rawahah r.a diancam musuh dan beliau solat. Bila disebutnya “Ya Arhamarrahimin”, Arash bergoyang, dan malaikat minta Allah s.w.t supaya dia dapat tolong. Bila musuh nak bunuh beliau, didengarinya “Jangan bunuh!” tiga kali. Lepas itu malaikat menjelma dan membunuhnya. Abdullah bin Rawahah r.a bertanya “Siapa kamu?” dan malaikat itu terangkan kepadanya. “Kalau orang solat seperti kamu, malaikat akan turun tolong.” Dalam azan, selepas haiyya ‘alash sholah bukan haiyya ‘alal jannah tapi haiyya ‘alal falah, yakni dalam solat ada segala kejayaan dunia dan akhirat. Seorang polis trafik, daripada gerak-geri tangan dia mendapat gaji dan yakin dipelihara; kita tidak ada pun yakin gerak-geri badan dalam solat mendapatkan pemeliharaan.

 

Kita kena usahakan 5 perkara dalam solat:

 

  1.       Yakin yang sahih
  2.     Jazbah yang sahih (yakin ke atas janji2 balasan dpd Allah s.w.t)
  3.       Tariqah (cara) yang sahih
  4.       Dian/ehsan (penumpuan perhatian) yang sahih
  5.       Niat yang sahih.

 

Ayat inna sholata tanha… (“Sesungguhnya solat itu mencegah dpd fahsya’ dan munkar”) memberikan khasiat solat. Ini adalah tanda mutu solat. Utk dapatkannya, kita kena keluar ke jln Allah s.w.t dan usahakan. Ia tidak dtg hanya dengan cakap atau dengar tapi dengan usaha Rasulullah s.a.w. Tuan-tuan mahu? Skrg cakap dgn badan: sila beri niat utk keluar baiki solat, dan Allah s.w.t akan baikkan solat kita.

 

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.