Buyaathaillah's Blog

Bayan Masturot Bhai Wasiful Islam

JOR KARKUN 4B: BAYAN ASAR WASIFUL ISLAM MASTURAT

(04/04/2015 – sri petaling). Tuan-tuan yg mulia. Allah s.w.t tak pernah letak kejayaan manusia dlm wang ringgit, pangkat, kedudukan, ijazah, dlm mana2 kebendaan. Sebaliknya Allah s.w.t letak kejayaan manusia dlm mentaati hukum hakam Allah dan iqtibak sunnah nabi s.a.w. Sesiapa shj yg taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w maka pasti dia akan berjaya. Lelaki, wanita, kaya, miskin, terpelajar, buta huruf yg taat perintah Allah dan ikut cara nabi s.a.w maka pasti akan berjaya. Perintah Allah dan sunnah nabi inilah yg dikatakan sbg agama. Agama adalah keperluan yg besar bagi setiap org. Tanpa agama kehidupan dunia tiada ketenangan dan kehidupan akhirat tiada kelepasan. Ambia a.s dtg buat usaha agama atas manusia. Mereka sendiri taat sepenuhnya pd agama dan usaha bawa manusia kpd agama. Nabi s.a.w telah dtg sebagai nabi yg terakhir. Baginda ajar umat agama dan pd masa yg sama ajar umat usaha atas agama.

 

Org2 yg pertama masuk islam ialah isteri nabi khatijah r.ha, kawan rapat nabi abu bakar r.hu, hamba nabi yg telah dimerdekakan zaid b haritsah r.hu, isteri kpd zaid iaitu ummu aiman r.ha dan juga sepupu nabi yg pd masa itu masih kanak2 Ali r.hu. Nabi telah mulakan usaha dakwah di mekah bersama dgn mereka. Dari awal lagi nabi s.a.w telah jalankan usaha dakwah bersama lelaki dewasa, wanita dan kanak2. Dlm hadith bagitahu, sesiapa yg nabi dakwah akan fikirkan dulu kecuali abu bakar yg terus terima dakwah nabi tanpa fikir dulu. Tapi isteri baginda, khatijah r.ha tak perlu pun pd dakwah baginda, melihat keadaan baginda terus beliau membenarkan baginda dan beriman dgn baginda. Dari hari pertama hingga beliau meninggal dunia, beliau terus bersama baginda. Beliau telah korbankan seluruh hartanya utk banginda. Pd masa baginda dan bani hashim dipulaukan di lembah mekah selama 3 tahun, beliau tetap bersama dgn nabi s.a.w.

 

Semasa nabi menerima wahyu kali pertama dlm keadaan gelisah, Khatijah r.ha telah menenangkan hati baginda, ‘pasti Allah tak sia-siakan tuan’. Khatijah r.ha telah bawa nabi s.a.w kpd sepupu beliau, waraqah bin naufal, satu org yg alim tentang kitab2 yg turun dari langit. Waraqah kata, suami kamu ini adalah nabi akhir zaman, malaikat yg dtg kpdnya ialah malaikat yg sama telah dtg kpd musa a.s, kalau aku hidup pd masa dia zahirkan kenabian nya nanti, pd masa itu dia akan dikeluarkan oleh org2 mekah, aku akan bagi bantuan yg sepenuhnya. Bila dengar perkara tersebut, nabi jadi hairan kerana nabi satu org yg dihormati, yg disayangi bagaiman mungkin akan dikeluarkan dari kota mekah. Waraqah jawab, inilah keadaan yg selalu berlaku pd nabi2 yg diutuskan oleh Allah.

 

Khatijah r.ha telah jlnkan usaha dakwah dan drp usaha dakwahnya, adik kpd umar, fatimah binti khattab r.ha telah menerima islam. Atas kemantapan dan istiqamah fatimah khattab r.ha, akhirnya umar pun masuk islam. Dlm satu riwayat, umar r.hu sendiri cerita dlm kisah dia dtg ke rumah fatimah, dia marah dan pukul adik dia begitu sekali sehingga fatimah jatuh pengsan dan umar jadi letih dan tertidur di rumah adik dia. Bila sedar dari ridur, dia lihat fatimah sdg solat dan menangis pd Allah. Hati umar terus jadi lembut dan kata pd adiknya, ‘bawalah aku pergi jumpa muhammad s.a.w’. Dari awal islam lagi lelaki dan wanita telah jlnkan usaha dakwah. Lelaki maju dlm pengorbanan. Wanita juga maju dlm pengorbanan. Keluarga yassir telah di tangkap, didera, disiksa oleh kafir quraish. Bila nabi lalu dan lihat keadaan mrk, nabi kata, ‘wahai keluarga yasir bersabarlah.

 

Atas kesabaran kamu, Allah akan balas syurga utk kamu’. Mrk berempat Yasir r.hu, isterinya sumayyah r.ha, dan anak lelaki ammar r.hu, dan seorg lagi anak lelaki didera begitu sekali  dan disuruh oleh kafir quraish menyebut sesuatu yg buruk ttg muhammad. Kerana tak tahan dgn deraan tersebut, ammar telah ucap sesuatu ttg nabi s.a.w, maka dia telah dilepaskan. Lagi 3 org tak berganjak iman mereka, mereka terus didera. Ammar telah berjumpa nabi dan kata, ‘adakah saya telah jadi munafik?’ nabi kata, ‘iman kamu masih kekal’.  Walaupun Sumayyah r.ha telah didera begitu teruk sekali tetap dia kata saya tak akan tinggalkan iman saya. Sehingga org kafir quraish telah ikat kaki/tangan kanan dia di satu unta dan kaki/tangan kiri dia di satu unta yg lain, abu jahal dtg dan tombak dia. Unta telah dihambat ke arah yg berlawanan dan badan dia telah terbelah dua. Sumayyah adalah org yg mati syahid pertama dlm islam. Pd hari yg sama suaminya yasir telah di syahidkan juga. Sahabat dan sahabiah telah sama2 menjalankan usaha dakwah. Apa yg berlaku pd kita skrg? Ada sedikit lelaki yg buat usaha dakwah dan wanita langsung tak terlibat. Kalau ada pun, sgt sedikit yg terlibat. Sedikit sgt taklim mingguan yg dpt dihidupkan dan sikit sgt jemaah masturat yg dpt dikeluarkan. Sbb kaum lelaki tak bagi faham pd mrk, pd isteri, pd ibu, pd adik perempuan, maka mereka tidak dpt faham kepentingan usaha agama.

 

Maulana ilyas rah. kata, sekiranya usaha ini masuk dikalangan wanita, maka saya yakin usaha ini akan terus cemerlang. Pd awalnya maulana ilyas usahakan jemaah lelaki keluar di jln Allah. Melihat keadaan itu, wanita2 tulis surat kpd maulana ilyas bagitahu kami wanita pun nak keluar di jln Allah. bila surat itu sampai maulana ilyas sangat suka. Maulana minta qari daud usahakan supaya jemaah bersama isteri masing2 dpt dikeluarkan. Sebelum keluar minta pandangan syura dulu. Bila dibentangkan pd syura, mereka kata tidak boleh wanita keluar, nanti jadi sumber fitnah yg besar dlm agama. Maulana ilyas pergi jumpa maulana yusuf. Maulana ilyas kata, bila wanita yg tak keluar dari rumah tapi bila sakit kena dibawa keluar dari rumah utk rawatan di hospital. Bila nak jumpa ibubapa, kena keluar dari rumah. Maulana yusuf terdiam dan tak kata apa-apa.

 

Maulana ilyas suruh qari daud sempurnakan jemaah tersebut dan dia sendiri akan bagi bayan hidayat. Itulah jemaah masturat pertama yg dikeluarkan dlm sejarah usaha dakwah. Pd masa itu, mufti besar india, maulana kifayatullah, alim besar, beliau menyokong usaha dakwah, bila mendengar berita maulana ilyas mula keluarkan jemaah wanita di jln Allah, beliau pun susah hati, dgn mengeluarkan jemaah lelaki pun masih ramai ulamak yg tak setuju, inikan pula jemaah wanita. Maulana ilyas terus jumpa mufti kifayatullah dan bagitahu syarat2 utk keluarkan jemah wanita. Pertama, wanita tak dibenarkan keluar bersendirian, kena keluar dgn mahram yg sah disisi syarak. Kedua, mereka keluar dgn purdah yg sempurna. Ketiga, wanita tinggal di rumah dan syaratnya rumah tersebut tidak ada lelaki. Keempat, wanita tak buat gasht, lelaki sahaja yg buat gasht dan bagitahu wanita ada di rumah sekian-sekian dan hantar isteri/wanita ke rumah itu. Kelima, wanita tak bayan macam lelaki. Mereka hanya buat taklim dan muzakarah. Bila mufti dengar syarat2 tersebut, dia kata boleh keluarkan jemah wanita.

 

Maulana ubaidullah ceritakan satu kisah, satu jemaah telah dtg tapi maulana ilyas tak letak di rumah dia, sebaliknya letak di rumah jiran. Beliau suruh wanita2 pergi nusrah. Pd waktu malam, dia tanya wanita2 tadi macammana keadaan mereka. Mereka kata mereka tak pergi. Mereka kata maulana yusuf kata haram keluar dari rumah pergi nusrah jemaah tu. Maulana ilyas jadi sedih. Saya sengaja letak jemaah tu di rumah jiran supaya wanita2 saya dpt kemuliaan melangkah kaki di jln Allah nusrah jemaah tu. Selepas maulana ilyas meninggal dan maulana yusuf jadi amir, fikiran dia telah berubah dan usaha masturat telah berjalan dgn maju. Usaha dakwah ini bukannya usaha atas mana2 golongan tertentu. Bukan utk golongan ulamak sahaja, bukan utk golongan terpelajar sahaja, bukan utk negara tertentu sahaja. t/jawab usaha dakwah ini telah diberi pd seluruh umat.

 

Di kalangan umat ada lelaki, ada wanita dan ada kanak2. contoh bagi kita ialah para sahabat/sahabiah. Semua mereka terlibat dgn usaha dakwah. Seorang sahabiah, ummu amarah r.ha, namanya musaibah, beliau org ansar, pd perjanjian aqabah beliau telah dtg mengerja kan haji, dan telah masuk islam. Pd masa peperangan uhud, bila org islam diserang hingga kalah, nabi kata bila saya paling kebelakang saya nampak ummu amarah dan anak lelakinya sedang memegang senjata utk memelihara kami. Ummu amarah telah menyertai banyak peperangan bersama nabi. Satu ketika, Musailamah kazzab telah tangkap anak lelaki ummu amarah. Musailamah kazzab adalah nabi palsu. Dia tanya siapa nama nabi kamu? Di jawab muhammad s.a.w., kamu musailamah kazzab pendusta besar. Maka satu tangan telah dipotong. Ditanya lagi. Jawapan yg sama diberi, maka tangan kedua dipotong. Akhirnya semua badan dia dipotong2. dia syahid di jln Allah. Apabila ummu amarah terima berita anaknya disyahidkan sedemikian rupa di jln Allah, dia ucap syukur pd Allah.

 

Bila berlaku peperangan antara tentera musailamah kazzab dgn org islam, ummu amarah telah hantar anak lelaki yg sorang lagi utk berjihad. Dlm peperangan, satu tangan anak lelakinya telah terpotong. Ummu amarah dan anak lelaki telah dtg dekat dgn musailamah dan berusaha utk menetak musailamah. Pd masa yg sama wahsyi telah menombak musailamah. Para sahabat yg tengok keadaan itu tak pasti samada yg bunuh musailamah ialah pedang anak lelaki ummu amarah atau tombak wahsyi. Wahsyi telah berkata saya telah membunuh org terbaik di atas mukabumi, hamzah r.a semasa saya belum islam dan saya telah bunuh org paling buruk diatas mukabumi, musailamah kazzab.  Usaha dakwah adalah satu tggjwb. Hadratji rah. selalu berkata usaha dakwah ini adalah t/jwb lelaki dan juga t/jwb wanita. Sgt penting utk kita usaha supaya zihin wanita kita terbina atas usaha dakwah. Sekiranya zihin wanita kita tak terbentuk, mrk hanya sibuk hiaskan rumah, pakaian, masak, walau tuan2 korban hingga ke negara jauh sekalipun agama tak akan masuk dlm rumah tuan2.

 

Bila zihin wanita tak sempurna, tuan2 sendiri pun tak dpt buat tabligh dgn sempurna. Bila nak bagi masa 2½ jam, isteri kata saya nak pergi rumah mak. Hangus 2½ jam. Bila nak keluar 3 hari, isteri kata saya sakit, takkan nak tinggalkan saya. 3 hari pun terlepas. Bila nak keluar 40 hari, isteri suruh bawa 5 org anak bersama2 keluar 40 hari.  Bila zihin wanita dah terbina, bila bagi masa 1 jam di masjid dan balik rumah, isteri akan kata saya dengar setiap hari kena bagi 2½ jam, esok abg bagi 2½ jam, boleh? Bila malam markaz, kita fikir balik dari kerja nak tidur sebab letih, sampai rumah tengok 2 bungkusan dah siap, bedding dan makanan, isteri kata malam ni malam markaz. Bila bagi azam nak keluar negara jauh, dah bentuk jemaah, duit tak ada, balik nampak sedih, isteri tanya kenapa, dah sambut takazah negara jauh tapi tak ada duit, isteri akan kata jangan risau, ambil barang2 kemas saya jual dan keluar negara jauh. Nanti Allah akan ganti dlm syurga lebih cantik dari ni.

 

Penting utk bina zihin wanita. Macamana nak bina zihin tersebut? ini bukan benda otomatik. Tekan switch on/off. Sebagaimana t/jwb kita utk sediakan pakaian, makanan, semua keperluan utk anak isteri, begitulah juga t/jawab kita utk sediakan agama utk mereka. Sediakan lorong utk mereka masuk syurga Allah. Kita semua kena ambil berat utk jaga 3 perkara/amalan. Pertama, ambil berat taklim di rumah. Dgn taklim zihin akan terbina. Bila dengar kalam Allah dan kalam rasul, maka akan terbentuk zihin taat perintah Allah dan ikut sunnah nabi s.a.w. Pintu utk wujudkan suasana agama dlm rumahtangga ialah taklim. Rumah yg ada taklim, akan bercahaya macam kita lihat bintang di langit.

 

Walaupun rumah kosong drp perabot, tapi isteri dan suami duduk baca taklim, rumah tersebut bergemerlapan bagi penduduk langit. Taklim di rumah kena baca buku fadilat. Satu hari baca fadilat amal dan fadilat sedekah. Esok baca muntakhab hadith. Dan juga kena buat muzakarah 6 perkara/sifat. Semalam kita dah dengar karguzari, hanya separuh rumah yg ada taklim yg buat muzakarah 6 sifat. Kenapa perkara ini berlaku? Sebab kita rasa kita dah bagi banyak masa di masjid, buat gasht, biarlah wanita yg buat taklim di rumah. Sebab lelaki tak bersama duduk taklim di rumah. Dlm 5 amal masjid, kita di suruh buat 2 taklim, bukan 1 taklim. 1 taklim di rumah dan 1 taklim di masjid. Ini t/jawab org lelaki. Apa yg susah nak buat muzakarah 6 sifat? Mungkin ada org yg buta huruf tak boleh baca, tapi utk muzakarah semua org boleh cakap. Satu lagi sebab ialah kita memang tak ajar isteri kita utk cakap 6 sifat. Kita kena ajar isteri kita dan bawa dia keluar 3 hari supaya boleh muzakarah 6 sifat.

 

Mulai hari ni kita semua kena ambil berat taklim di rumah bersama 6 sifat. Satu lagi amalan yg kena ada di rumah ialah tashkil. Jgn tunggu ada bayan baru nak tashkil. Lepas muzakarah 6 sifat buat tashkil. Wujud kan amal tashkil dlm rumah. Adakan juga mesyuarat dlm rumah, siapa nak baca taklim, siapa nak buat muzakarah 6 sifat. Satu lagi t/jawab kita ialah supaya wanita dpt baca quran dgn baik dan betul. Kena buat halaqah quran di rumah. Kedua, kena hantar isteri kita ke taklim mingguan. Setiap wanita islam sepatut nya seminggu sekali hadir taklim mingguan.

 

Melalui taklim mingguan akan hidup taklim di rumah. Kita hendak amalan taklim ini hidup di setiap rumah org islam, bukan hanya rumah karkun sahaja. Masih ada rumah org tabligh yg dah keluar 40H dan 4B tapi tak buat taklim. Kita bert/jawab utk bawa wanita ke taklim mingguan. Janganlah disebabkan masalah remeh-temeh menyebabkan kita tertinggal taklim mingguan. Suami jaga anak dan masak pada hari nak pergi taklim. Kena hadir setiap minggu dan bukan sekadar routine, pergi dgn penuh t/jawab, pergi dgn penuh fikir, drp taklim mingguan ini nak bentuk jemaah dan keluar di jln Allah. 3 tashkil kena dibuat. 1. hidupkan taklim di rumah  2. suami keluar di jln Allah  3. keluar jemaah masturat 3H, 10H, 40H, 2B negara jauh.

 

Kertas/perca tashkil perlu diberi pd org lelaki dan t/jawab org lelaki utk sempurnakan azam yg telah dibuat. Jemaah masjid yg memantau dan mesyuaratkan program taklim mingguan masturat. Semasa taklim mingguan tiada makan/minum. Boleh sediakan air kosong sahaja. Selepas taklim, terus balik ke rumah. Jgn dibiarkan bersembang. Jgn buat bisnes semasa taklim mingguan. Masalah di m’sia ni ialah rumah taklim terlampau sedikit. Kena fikirkan setiap mahallah ada taklim minguan. Sekiranya syarat belum sempurna, usahakan supaya sempurna. Syaratnya tak susah, sekurang2nya ada 3 org wanita yg dah keluar 10hari dan rumah dpt di purdah dgn sempurna.

 

Ketiga, bawa keluar 3H jemaah masturat. Lelaki kena keluar 2 bln berturut2. Bln ketiga keluar 3H masturat. Sepjg thn wanita dpt keluar 3-4 kali di jln Allah. Bila keluar, wanita dpt belajar buat taklim, dakwah, muzakarah, bangun mlm menangis. Sepjg masa keluar amalan ikut tertib, mesyuarat, ikut sunah nabi s.a.w. Dgn amalan2 ini maka zihin mrk akan terbina. Dlm mesyuarat2 di masjid kena ada umor pasal masturat. Buat jor masturat dan tashkil utk bentuk jemaah. Kena fikir hantar jemaah masturat ke negara jauh. Ada negara2 yg minta hantar jemaah masturat ke tempat mra. Org2 malaysia boleh pergi ke banyak negara yg org2 india/pakistan tak boleh pergi. M’sia senang dpt visa. Syarat utk pergi 2B negara jauh ialah masturat dah keluar 40hari IPB. Yg dah keluar 10/15 hari, bawa isteri pergi IPB, disana ada tarbiyah dan suasana. Yg dah keluar beberapa kali 3hari, bawa isteri keluar 10/15 hari. Semoga Allah terima…

 

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: