Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Yusuf bin Saad

Jor qudama’ 2018 – Bayan asar :
maulana yusuf
25/03/2018 – sri petaling

Tuan2 yg mulia,
Perkara yg paling penting yg kita perlu fahami dlm menjalankan usaha agama ini ialah kita kena tahu apa maksud kita buat usaha agama ini. Bila sesuatu perkara dibuat dgn maksud maka barulah seseorang boleh maju ke hadapan sehingga sampai ke tempat dia nak tuju.

Akan tetapi bila seseorang tak memahami apa maksud dia buat sesuatu perkara maka dia tak akan maju. Satu org telah dtg jumpa maulana ilyas dan tanya, apakah yg maulana inginkan dari usaha agama ini? Maulana ilyas kata, saya ingin supaya tahap agama ini sampai ke tahap agama yg ditinggalkan oleh nabi s.a.w pada sahabat dari segi iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak.

Maksud kita buat usaha agama ialah utk keluarkan keyakinan selain dari Allah dari hati kita dan nak masukkan keyakinan hanya pd Allah dlm hati kita.

Maulana ilyas kata kalau nak bagi nama pd usaha ini aku akan namakan tahrikul iman, pergerakan iman, usaha utk memajukan iman. Yakin hanya pd Allah zat yg maha berkuasa. Bila iman kita kuat/mantap maka barulah kita akan mudah amalkan segala perintah Allah dan mudah utk kita tinggalkan segala larangan Allah.
Maulana Yusuf kata, ada 2 cara Allah bagi rezeki pd hambanya. Pertama, letak asbab dihadapan dan minta dgn Allah. ya Allah bagilah rezeki melalui perniagaan/kebun/kilang aku ini. Allah tetap akan bagi rezeki tetapi berkadar spt mana asbab yg ada dihadapan dia. Kedua, memohon rezeki dari Allah dgn letakkan kudrat Allah dihadapan. Ketepikan semua asbab. Memohon rezeki dgn cara ini maka Allah akan bagi rezeki pdnya sekuat kudrat Allah.

Memohon rezeki dgn perantaraan asbab :
1. dapat sekali sahaja
2. dapat sedikit sahaja
3. dapat di dunia sahaja

Memohon rezeki terus dari kudrat Allah:
1. dapat berkali-kali
2. dapat tanpa batasan
3. dapat di dunia dan dapat di akhirat

Sahabat guna cara kedua utk dtgkan rezeki sebab tu rezeki mereka tak pernah terputus. Kisah abu hurairah r.hu yg ada 17 buji kurma dlm uncang. Dia makan dari uncang tersebut sehingga ke zaman pemerintahan usman r.hu. rezeki yg tak pernah habis sehinggalah uncang tersebut hilang. Kisah sahabat yg dlm kemiskinan, kelaparan dan tak mengadu pd sesiapa, harap hanya pd Allah, bila balik ke rumah tengok kisar gandum berputar mengeluarkan tepung. Dia angkat, kisar berhenti. Dia cerita pada nabi s.a.w. Nabi s.a.w kata, kalau kamu tak angkat, kisar akan mengeluarkan tepung hingga kiamat.
Tanpa batas Allah akan bagi.

Sesiapa yg pelajari pelajaran iman, maka akan diuji oleh Allah. Allah akan dtgkan asbab. Allah nak tengok samada dia tawajjuh pd Allah atau pd asbab.
Org yg belajar di sekolah dialah yg akan menduduki ujian. Org yg tak belajar dia tak akan duduki ujian.

Para nabi semua diuji. Ibrahim a.s diuji ujian demi ujian. Dari ujian yg kecil hingga ujian yg besar. Allah nak tengok samada org yg pelajari iman ini benar2 faham apa yg dia belajar. Ibrahim a.s terfikir siapa yg beri rezeki pd dia. Bukan ibu, bukan ayah, bukan namrud, bukan bintang, bukan bulan, bukan matahari. Sehinggalah ujian yg paling besar iaitu bila ibrahim a.s telah dicampak ke dalam api. Api yg begitu besar. Api tak boleh bagi sebarang mudarat. Dtg malaikat nak bantu. Ini pun ujian juga. Ibrahim a.s berjaya dlm semua ujian, beliau tak perlu pun pada mana2 asbab. Yakin hanya pd Allah. Allah selesaikan semua masalah. Allah perintah api jadi sejuk dan sejahtera utk ibrahim a.s.

3 golongan manusia yg tak akan dpt bantuan terus dari Allah,
bila dlm hati ada:
1. Allah bagi rezeki tapi dgn perantaraan berhala
2. Allah bagi rezeki tapi dgn perniagaan/pertanian yg ada
3. Allah bagi rezeki tapi dgn doa2 wali/ahlullah

Semua nabi2 bawa kalimah lailahaillallah dan ingkari setiap asbab yg dtg. Bawa keyakinan yg betul pd Allah. Musa a.s menafikan firaun. Ibrahim a.s menafikan namrud. Shuaib a.s menafikan pertanian. Semua tak boleh buat apa2, yg buat segalanya ialah Allah. Semua nabi2 buat dakwah tak pernah minta sesuatu apa2 pun dari makhluk. Tidak minta apa2 ganjaran dari dakwah mereka.

Kita usaha bawa kehidupan kita kpd cara nabi s.a.w. ini adalah perkara yg asas. Selain dari cara nabi semua akan gagal. Seluruh umat perlu dibawa kpd perkara yg asas ini.

Nabi buat usaha supaya salahiyat/kebolehan manusia digunakan utk agama. Manusia umpama lombong emas dan perak. Umar r.hu telah gunakan salahiyat nya utk agama. Usaha kita adalah ke atas setiap individu umat. Setiap mereka ada salahiyat. Sediakan mereka utk buat usaha agama.

Kita jumpa manusia dan bawa ke masjid. Dlm masjid ada suasana. Iman terbentuk. Dan sediakan mereka utk keluar di jln Allah. Segala hajat diselesaikan di masjid. Suasana masjid ada kekuatan utk ubah manusia. Kita fikir macam mana jemaah dari masjid saya dpt sampai ke seluruh dunia.

Dlm mesyuarat harian kita fikir negara mana lagi yg belum sampai jemaah. Kita wujudkan takazah yg baru dari masjid kita. Kita berlumba-lumba utk sempurnakan takazah. Kalau kita tak fikir atas takazah yg baru maka kita akan sibuk dgn takazah makan, minum. Takazah agama sentiasa mengatasi takazah2 yg lain.

Ada 3 golongan rakan seusaha:
1. solihin – utk diri sahaja
2. ambiya – utk kaum tertentu sahaja
3. khatamul ambiya – seluruh alam sampai hari kiamat

Sahabat telah bertebaran di seluruh alam utk sampaikan agama. Keuzuran yg ada pd sahabat tidak menghalang mereka dari keluar di jln Allah. Sakit pun keluar di jln Allah. Ammar bin jamoh dgn kaki yg tempang telah keluar di jln Allah dan syahid.

Nusrah agama ialah kita aturkan keperluan kita dan sambut takazah agama. Kita keluar di jln Allah bukan atas asbab tapi atas ahkam. Kita buat niat utk pergi ke seluruh dunia sebarkan agama. Yg paling asas ialah 4B setiap thn, 10 hari stiap bln dan 8 jam setiap hari.

Iklan

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: