Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Shamim

Jor qudama’ 2018 – bayan subuh : maulana syamim
26/03/2018 – sri petaling

Tuan2 yg mulia,

Allah s.w.t telah utuskan nabi s.a.w ke atas mukabumi ini supaya cara hidup/sunnah nabi s.a.w mengatasi adat resam manusia. Kehidupan dan sunnah nabi s.a.w tidak akan dpt mengatasi adat resam melainkan bila semua org2 islam, sebagaimana kita menyakini/beriman dgn nabi s.a.w sebagai rasul yg hak, begitu juga semua org2 islam kena menyakini bahawa segala perkataan dan perbuatan nabi s.a.w adalah hak dan benar.

Selepas kita menyakini perkara tersebut dan membawa amalan tersebut dlm kehidupan kita, mula2 kita akan berubah dan selepas itu Allah s.w.t akan mengubah seluruh kehidupan manusia.

Tetapi yg menyedihkan kita hari ni beriman dan menyakini nabi s.a.w adalah rasul yg hak/benar tapi kita tak beramal dgn perkataan baginda. Kita tak beramal dgn apa yg diajar oleh nabi s.a.w Inilah yg telah menyebabkan segala kehidupan org2 batil telah menguasai kita. Kita telah jadi org yg dikuasai oleh cara hidup org2 batil.

Oleh itu, mula2 sekali nabi s.a.w telah mengajar umat ini cara kehidupan, cara usaha, cara dakwah, cara taklim para ambiya a.s, semuanya telah diajar pada hari yg pertama kpd umat. Nabi telah ajar setiap individu umat satu usaha. Dgn usaha tersebut dtg hidayat. Kehidupan berubah. Kehidupan manusia jadi baik. Kehidupan beragama dtg dlm kehidupan.

Allah telah kurniakan pd nabi jemaah para sahabat r.hum. siapakah sahabat? Mereka ialah org yg mendakwahkan/menyampaikan, cara nabi, agama nabi, sunnah nabi kpd org lain. mereka adalah org yg memahami maksud pengutusan nabi s.a.w. Mereka telah mengambil cara hidup nabi dan beramal dgn cara nabi s.a.w dan sampaikan pd org lain. Mereka telah korbankan seluruh diri dan harta mereka utk sampaikan agama ke seluruh umat seluruh alam.

Org yg tak beriman takut dgn kedatangan nabi s.a.w sebab mereka tak boleh amalkan adat resam mereka. Ahli kitab, org yahudi, org nasrani benci pd nabi s.a.w. Kerana mereka menanti2 kedatangan rasul akhir zaman. Mereka beranggapan bahawa nabi yg terakhir akan dtg dari kalangan mereka bani israil.

Tapi Allah lantik seorang nabi dari keturunan arab, bani Ismail a.s. Mereka memusuhi nabi s.a.w. Mereka degil walaupun ia satu kebenaran. Allah telah hancurkan segala perancangan kebatilan sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya semua telah musnah.

Pada hari pertama nabi telah bangunkan setiap sahabat atas usaha semua nabi2 dan rasul2. cara dakwah dan hikmah mereka. Bagaimana akhlak berdakwah. Semua telah diajar oleh nabi s.a.w.

Apakah dakwah ambiya a.s? menginkari segala yg kita nampak dgn mata, menginkari segala makhluk, dakwah kebesaran Allah, segala yg berlaku dgn izin Allah, dakwah sehingga segala kebesaran makhluk keluar dari hati kita. Iman akan bertambah, keyakinan akan bertambah.
Pada ketika itu Allah akan menghancurkan segala kebatilan yg ada. Kita kena bermujahadah dan korbankan harta hatta nyawa, maka sedikit demi sedikit sehingga segala ghairullah yg ada dlm hati kita akan keluar maka pd ketika itulah Allah akan hancurkan segala kebatilan di atas mukabumi.

Allah tak akan hancurkan kebatilan yg zahir melainkan bila kita dah hancurkan kebatilan yg ada dlm hati kita. Allah akan hancurkan kebatilan yg zahir tetapi utk hancurkan kebatilan dlm hati kita, ia
t/jawab setiap org islam. Setiap org islam harus berusaha menghancurkan kebatilan dlm hati mereka. Selepas itu barulah Allah dgn kudratNya akan hancurkan kebatilan di luar.

Malangnya hari ni, org2 islam tak bersedia utk hancurkan kebatilan yg ada dlm diri kita. Kita tak bersedia utk bermujahadah. Kita tak bersedia utk korban. Kita tak bersedia utk tinggalkan kerehatan dan kesenangan keluar di jln Allah utk hancurkan kebatilan yg ada dlm hati kita. Natijahnya, kebatilan masih banyak dlm hati2 org islam. Bila org2 beriman tak sedia utk hancurkan kebatilan dlm diri, bagaimana mungkin Allah akan hancurkan kebatilan yg zahir yg ada atas mukabumi ini.

Hari ni kita buat dakwah kita kata harta tak boleh buat apa2 tapi bila harta dtg depan mata kita terus terduduk. Inilah kelemahan kita. Kita nafikan segala-galanya dlm dakwah kita tapi bila dtg depan mata kita, kita akan tunduk dan jadi lemah. Kita kena yakin, bahawa Allah akan hancurkan segala kebatilan atas mukabumi ini.
Maulana ilyas rah. telah memulakan usaha dakwah di zaman ini, menggerakkan umat ini atas usaha dakwah.

Harta, kuasa, kekuatan, madrasah, wang, hafiz, alquran, alim ulamak, madrasah semua ada dgn org islam, tidak ada kekurangan tapi mengapa org islam menjadi hina. Mengapa org islam hari ni tak berjaya macam sahabat?
Kerana keyakinan lemah. Dgn keyakinan yg lemah maka tidak akan terbuka pintu khazah Allah dan tidak ada nusrah Allah. dan kebatilan berleluasa di atas mukabumi. Semoga Allah ampunkan kita semua.

Hari ni, saya dan tuan2 tak memahami maksud kita dihantar. Hari ni kita buat usaha dakwah supaya agama dtg dlm kehidupan kita. Pakaian sunnah, rupa paras sunnah, ibadat sunnah, kehidupan sunnah. Tapi sebelum dtg semua perkara itu, ada satu perkara yg kita kena usahakan, usaha utk betulkan keyakinan dlm hati. Hari ni bila kita keluar 4B, 6B atau 1 thn kita rasa kita dah sempurna.

Kita tak tengok samada yakin kita ada perubahan atau tidak, iman meningkat atau tidak. Lama kelamaan kita tinggalkan usaha agama. Antara sebab kita tinggalkan usaha dakwah ialah kita hanya melihat zahir kita tapi tak tengok batin/hati kita. Kalau iman/yakin tak diperbetulkan, bagaimana kita nak amalkan keseluruhan agama.

Allah telah jadikan kehidupan nabi di mekah supaya ada dlm umat ini. Ini perkara yg dituntut. Manakala kehidupan madinah adalah kehidupan yg dijanjikan oleh Allah. kehidupan yg dijanjikan oleh Allah tidak akan wujud melainkan setelah menjalani kehidupan di mekah.

Kehidupan di mekah adalah maksud. Para sahabat telah digerakkan/dilalukan atas kehidupan mekah supaya mereka dpt janji Allah di madinah. Oleh itu, sekiranya dlm umat ini tidak ada kehidupan mekah yg dituntut maka sudah tentu tidak akan zahir kehidupan madinah spt yg dijanjikan oleh Allah.

Hari ni apa yg ada pd fikiran org2 islam ialah mereka hanya mahu kehidupan di madinah. Mereka cuba wujudkan kehidupan madinah iaitu kehidupan yg ada harta, kekayaan, kerajaan, kesultanan, kerehatan, hilang kefakiran, tapi mereka lupa kehidupan di mekah yg telah dilalui oleh para sahabat. Kerana org tak suka mujahadah, susah payah, pengorbanan, segala kesusahan kehidupan di mekah. Oleh sebab itu, mereka terlepas kedua-dua kehidupan.

Setiap amalan yg dilalui oleh nabi dan para sahabat di kehidupan mekah adalah dituntut supaya wujud dlm diri setiap org islam.

Amalan pertama yg wujud di mekah ialah amalan dakwah illallah iaitu mengajak manusia kpd Allah. jumpa setiap individu umat, jumpa setiap org, cerita kebesaran/kehebatan Allah, cerita keagongan Allah, cerita mengenai khazanah/kudrat Allah sehingga keyakinan terbina dlm hati, keyakinan pd janji2 Allah. Sejauh mana keyakinan itu bertambah maka sebanyak itulah Allah akan hancurkan kebatilan di atas mukabumi. Kebatilan akan dihancurkan oleh Allah berkadar dgn keyakinan yg ada dlm hati.

Dlm kehidupan mekah hanya ada kesusahan. Hanya ada pengorbanan. Hanya ada susah payah. Tiada kesenangan. Tiada kerehatan. Dlm keadaan macam tu mereka masih jumpa setiap org cerita kebesaran Allah. lagi banyak buat dakwah, lagi banyak kesusahan ditimpa umpama ditimpa gunung tapi mereka terus buat dakwah. Mereka bersabar atas kesusahan. Bila hati telah diubah oleh Allah, yakin hanya sanya dgn Allah, maka Allah musnahkan segala kebatilan.
Bersama dgn amal dituntut mujahadah dan pengorbanan. Bila amal ada mujahadah maka barulah Allah akan mengubah hati/yakin manusia.

Org2 batil faham/tahu bila amal2 org islam akan diterima oleh Allah, bila amal org islam jadi asbab hidayat, bila amal org islam akan jadi asbab berubah kehidupan mereka. Oleh itu org batil berusaha utk hilangkan mujahadah dari amal org islam. Amal ada tapi mujahadah tidak ada. Sedangkan mujahadah itu adalah ruh pd amal. Bila tiada mujahadah dlm amal maka amal org islam tak mengubah kehidupan org islam, amal org islam tak jadi asbab hidayat dari Allah. Rupabentuk islam ada tapi ruh islam tidak ada.

Dlm usaha dakwah, pengorbanan dan mujahadah adalah dituntut dari setiap org islam. Agama dtg ke atas mukabumi ini dgn dakwah ambiya a.s. Lagi banyak pengorbanan dan mujahadah maka lagi banyak Allah sebarkan hidayat di mukabumi. Nabi s.a.w telah bangunkan sahabat atas dakwah ambiya a.s, dgn mujahadah, dgn susah payah. Setiap drp sahabat telah dilalukan dgn mujahdah dan pengorbanan. Bahkan nabi s.a.w sendiri telah terjun dlm lautan mujahadah dan pengorbanan sehingga Allah tegur nabi s.a.w, wahai nabi; adakah kamu ingin membinasakan diri kamu jika mereka tak beriman pd Allah.
Pengorbanan dan mujahadah adalah
roh pd agama.

Nabi jadikan setiap sahabat da’i. Org pertama yg mereka dakwah adalah org yg ada dihadapan mereka. Hidup mereka jadi asbab hidayat dan mati mereka juga jadi asbab hidayat utk manusia.

Pd hari pertama abu bakar beriman dgn Allah, terus jadi da’i, jumpa dgn kawan2 dan dakwah. Pd waktu ptg telah bawa 6 org sahabat2 yg unggul berjumpa nabi s.a.w. Pd hari ke-2 bawa 5 org lagi utk beriman. Setiap org yg beriman telah jadi da’i.

Ada 2 usaha kena buat. Pertama, usaha tempatan (makami). Kedua, usaha keluar di jln Allah (beruni). Usaha tempatan ialah utk istiqamahkan kita atas amal dan yakin dan utk bentuk suasana iman dan yakin dan bawa org lain kpd suasana tersebut. Di mekah, nabi s.a.w tak dpt peluang utk buat usaha secara terbuka. Yg buat usaha secara terbuka akan dipukul. Abu zar ghifari bangun di masjidil haram, iklankan keimanan, maka dia telah dipukul. Abu bakar iklankan keimanan juga telah dipukul.

Nabi s.a.w telah memilih rumah al arqam utk memulakan usaha dakwah. Nabi wujudkan suasana dakwah infradi. Dgn dakwah infradi akan membina keimanan. Dgn dakwah infradi juga akan menarik bantuan secara langsung/terus dari Allah. Di kehidupan mekah, sahabat banyak buat dakwah secara individu. Banyak nusrah Allah yg ajaib telah dtg pd sahabat. Dgn pengorbanan sahabat, Allah telah buat keputusan utk hidayat tersebar ke seluruh dunia. Nabi telah bergerak lorong ke lorong dan sesiapa yg baginda jumpa akan didakwah.

Satu ketika nabi keluar waktu pagi utk buat dakwah infradi. Sehingga tengahari masih tak pulang. Khatijah r.ha mula risau. Sehingga dtg was2 dlm hati beliau adakah org2 quraish telah membunuh nabi s.a.w. Khatijah telah siapkan sedikit makanan/kurma/air dan menyuruh anaknya Zainab r.ha yg masih kecil. Zainab telah jln lorong ke lorong mencari nabi s.a.w/ayahnya. Sehinggalah dia sampai di mu’ala dan nampak ayahnya. Dlm keadaan badan berpeluh, baju terkoyak, di baju ada kesan ludah, berdebu, kusut masai. Bila zainab lihat dia terus menangis. Baginda s.a.w memeluknya. Nabi kata, jangan kamu sedih melihat mujahadah yg di lalui oleh bapa kamu, lihatlah faisala/keputusan Allah. Malangnya hari ni kita yg buat usaha mencari kerehatan dan kesenangan. Dimana ada mujahadah kita elakkan diri. Kita cuba selamatkan diri kita dari susah payah. Lihatlah pd nabi s.a.w, bermujahadah, susah payah. Dgn susah payah nabi, Allah gembira dan redho, Allah telah buat keputusan tidak ada rumah batu atau rumah papan, semuanya pasti akan dimasuki oleh agama Allah. Dgn mujahadah Allah buat keputusan hidayat.

Apakah amalan2 di kehidupan mekah?

Pertama, amalan dakwah. Semua mereka samada tua, muda, kecil, besar, bila beriman sahaja terus dakwahkan kebesaran Allah. jumpa org secara infradi buat dakwah.

Kedua, ilmu, wahyu yg disampaikan oleh nabi s.a.w. ilmu2 fadilat. Ilmu2 kelebihan. Nabi ceritakan kisah2 nabi2 terdahulu. Fadilat org buat usaha agama. Mujahadah nabi2 terdahulu buat usaha dakwah di kalangan umat mereka. Bila sahabat dengar kelebihan iman dan kisah nabi2 terdahulu, terdorong utk tambah pengorbanan mereka dlm agama. Dlm apa keadaan sekalipun, para sahabat tak akan meninggalkan taklim bersama nabi s.a.w. Dakwah dan ilmu perlu antara satu sama lain. Bila dakwah berjalan dgn nur ilmu maka kejahilan akan terhapus dari manusia. Mereka telah tunaikan hak mendengar dlm taklim nabi s.a.w. Mereka dengar, ingat dan terus jumpa manusia dan sampaikan apa yg disabdakan oleh nabi s.a.w. Bila ada kesusahan yg dtg, mereka bersabar.

Ketiga, mereka berzikir, ingat pd Allah.
Utk hilangkan kesan makhluk yg ada di hati, mereka berzikir. Berzikir dgn menunaikan hak2 zikir, dlm keadaan berwuduk, duduk tahiyat, mengadap kiblat, penuh tawajjuh pd Allah.

Keempat, tolong menolong antara satu sama lain. Ini sebab kesatuan. Kalau kita ingin diikram ia jadi asbab perpecahan. Mereka istiqamah atas kesemua amalan tersebut.
Kehidupan di madinah hanya belanja sahaja. Tidak ada ‘income’. Duit/harta keluar sahaja. Berapa lama boleh bertahan/berkorban kalau hanya duit/harta keluar sahaja tanpa pendapatan.

Allah kasihan dgn pengorbanan para sahabat, maka Allah telah jemput nabi s.a.w mikraj. Roh dan jasad nabi telah dibawa naik ke sidratul muntaha. Jibrail a.s hanya boleh sampai di sidratul muntaha, jika melepasi had ini maka jibrail a.s akan terbakar. Tapi nabi melepasi sidratul muntaha dan bertemu dgn Allah dan Allah telah kurniakan hadiah yg teristimewa iaitu solat.

Satu amal yg lebih hebat dari 7 petala langit dan bumi. Amal yg dpt menyelesaikan segala masalah. Hari ni kita tahu kekuatan bom atom, roket, tapi kita tak tahu kekuatan solat dan kekuatan sunnah. Bila nabi sampaikan perintah solat pd sahabat, mereka begitu gembira. Setiap masalah, hajat, keperluan di selesaikan dgn solat. Utk dpt hakikat solat kena keluar di jln Allah.

Allah cipta/bina jasad manusia dlm rahim ibu. Macam mana keadaan dlm rahim macam tulah dia akan di lahirkan. Kalau dlm rahim buta, maka dia akan keluar sebagai buta. Kalau dlm rahim tempang, dia akan keluar tempang. Manakala utk bina batin/yakin manusia tempatnya di masjid. Bila hijrah ke madinah, nabi s.a.w bina masjid. Wujudkan amal dlm masjid. Wujudkan suasana masjid. Ajak org dtg ke masjid. Azan adalah dakwah yg sempurna. Lepas azan/dakwah, org dtg kpd amal, solat. Medan dakwah adalah masjid. Usaha utk hidupkan masjid 24 jam.

Umar, abu hurairah, muaz jabal, semua telah keluar dan ajak org ke masjid. Amalan memakmurkan masjid. Bila masuk masjid, maka kita telah masuk dlm rahmat Allah. yakinlah Allah telah ampunkan dosa2 kita. Tempat paling aman. Inilah maksud masjid dibina. Dlm masjid ada halaqah iman, ada halaqah ilmu. Org dtg ke masjid akan terkesan. Mereka akan berubah. Mereka terislah. Masjid adalah tempat hubungan/takluk dgn Allah.

Di zaman umar, bila beliau pergi ke pasar, dia nampak ada sorang kerja gunting rambut. Dia tanya, adakah kamu telah belajar hukum2 dan cara sunnah gunting rambut. Dia kata: tidak. Umar dgn lemah lembut ajak dia pergi ke masjid utk belajar ilmu gunting rambut. Umar kata, hasil yg didapati dgn bekerja tanpa mempelajari ilmu/cara sunnah adalah umpama memakan daging khinzir.

Sangat penting utk hidupkan amal masjid. Dlm masjid manusia akan ditarbiyah. Setiap umat perlu di bawa kpd sirah sahabat. Semua azam utk hidupkan 5 amal masjid. Saya kena buat. Masjid perlu dihidupkan 24 jam

Iklan

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: