Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ahmad Lath

BAYAN MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia 1998 – nizamuddin – 08/09/98). Allah s.w.t dgn sifat penyayangNya kpd hamba2Nya telah menurunkan agama yang sempurna. Waktu selepas nabi Isa diangkat ke langit hingga kelahiran Nabi s.a.w ialah selama 650 tahun.  Ketika itu sifat kemanusiaan telah terkeluar dari diri manusia.  Untuk kembalikan sifat2 mulia manusia Allah s.w.t telah memberi dua usaha kepada Nabi s.a.w iaitu agama dan usaha agama. Perbezaan nabi Muhammad s.a.w dengan nabi2 dahulu ialah nabi2 dahulu diutus untuk kabilah, keluarga dengan umur yang panjang2 sedangkan Nabi s.a.w umurnya pendek tetapi usahanya meliputi seluruh dunia, seluruh alam hingga hari qiamat. Pada permulaan Nabi s.a.w memulakan usaha agama tiada seorang pun yang kenal Allah s.w.t dan Rasul tetapi ketika Nabi wafat, Baginda telah berjaya membuat usaha lebih 100,000 manusia yang dapat mengamal agama 100%. Baginda membuat usaha hingga ke tahap kesempurnaan agama.

 

Di Padang Arafah ketika Haji Wida’ Baginda mengumumkan bahawa setiap sahabat yang hadir adalah bertggjwb membuat usaha agama dan menyediakan orang lain/umat seluruh dunia seluruh alam hingga hari qiamat membuat usaha agama dengan cara yang sama atau mizaj yang sama. Dalam dunia ini terdapat berbagai2 kerja yang corak mizajnya berlainan. Mizaj kerja itu perlu dibuat mengikut kaedah/peraturan yang berbeza.  Apabila ia dibuat mengikut peraturan yang telah ditetapkan maka ia akan menghasilkan natijahnya. Begitulah usaha agama ini ada mizaj atau peraturan yg tersendiri. Perwatakan diri, peraturan diri, kaedah kampung dan mizaj2 sendiri, pemikiran sendiri perlu dikorbankan dalam membuat usaha agama iaitu hanya dengan mengikut corak atau kaedah yang dibuat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Sesuatu zat ada 2 benda iaitu amal dan pengamal seperti solat mempunyai pengamal solat dan mizaj atau kaedah untuk menunaikan solat, begitu juga haji ada pengamal haji dan ada mizaj atau cara utk menunaikan haji.

 

Maulana memberi contoh iaitu kedai dan pekedai, org yg mengendalikan kedai, jika hendak menarik pelanggan ke kedai perlu berlemah lembut, kedainya akan maju.  Sebaliknya jika pekedai garang, sentiasa marah2 tiada pelanggan yang akan datang, maka kedai itu tidak akan maju.  Manakala satu lagi kedai yang tidak banyak barang tetapi pekedai berhemah tinggi, kedai seperti ini juga tidak akan maju. Amalan dlm Islam adalah mudah, di mana Baginda s.a.w telah melakukan  dan tunjukkan kepada sahabat bagaimana untuk mengamalkan.  Amalan itu seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Utk mengamalkan ibadat2 lain dalam Islam adalah mudah dan dlm beberapa waktu telah ditunjukkan kepada sahabat tetapi kaedah yang dilaksanakan bagi membuat usaha agama Baginda telah melatih sahabat dalam masa 23 tahun ttg bagaimana hendak membuat usaha tersebut.

 

Asas utama dlm membuat usaha agama: Penyelesaian masalah manusia adalah dgn membuat usaha agama.

 

Sbg contoh: Semua org Mekah ketika permulaan Islam telah membuat ancaman dan tekanan habis2an kpd Rasulullah  s.a.w.  Baginda terus diperintahkan oleh Allah s.w.t keluar ke jalan Allah. Sehingga apabila musuh Baginda yang telah sampai ke tempat gua persembunyian Baginda dan Saidina Abu Bakar, jika mereka menundukkan pandangan ke bawah sahaja, sudah tentu mereka akan nampak Baginda di dalam gua. Dlm keadaan itu Baginda sedikit pun tidak terkesan. Peristiwa ini memberi pengajaran, utk membuat usaha agama, jangan sedikit pun terkesan dengan makhluk, tetapi perlu melihat bantuan dan kudrat Allah s.w.t. Untuk keluar ke jalan Allah perlu dgn diri dan harta sendiri. Pengajaran ini dpt diambil dari peristiwa hijrah Rasulullah ke Madinah. Saidina Abu Bakar telah membuat persiapan 2 ekor unta utk digunakan oleh Baginda dan beliau sendiri. Ttpi Rasulullah menolak pelawaan itu dan Rasulullah s.a.w telah  membeli unta Saidina Abu Bakar itu dan membayarnya di Madinah. Asas kerja agama yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w itu adalah contoh terbaik untuk diikuti  umatnya sehingga hari qiamat.

 

Bagai mana pada peringkat awal hijrah Baginda telah mengalami susah payah tetapi apb sampai ke Madinah, Baginda telah ditunggu dan dialu2kan oleh org Ansar dengan membaca syair “Bulan yang ditunggu sudah tiba”.  Mereka telah menawarkan rumah, tanah dan anak2 gadis kpd Rasulullah ttpi semuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w. Pengajaran dari kisah ini ialah dlm membuat usaha agama akan dtg kepada kita beberapa tawaran dunia.  Ketika waktu itu kita hendaklah mengambil contoh Rasulullah s.a.w bahawa kami membuat usaha agama untuk mendapat keredhaan Allah bukan utk mendapat pangkat atau darjat. Jika itu berlaku maka Allah akan mengambil usaha dari kita. Selama 2 bulan rumah Rasulullah s.a.w tidak ada apa yang hendak dimasak walhal di sekitarnya Baginda s.a.w telah dapat menyediakan orang yang sanggup berkorban diri untuk agama.  Pengajaran dari kisah ini ialah mengenai kesukaran diri sendiri.  Baginda tidak menyatakan kepada manusia tetapi hanya kpd Allah s.w.t sahaja yg mengetahui.  Begitulah ehwal kita dalam membuat usaha agama perlu dalam setiap kehidupan mengambil contoh perilaku kehidupan Nabi s.a.w.

 

Jika ini dilakukan sudah tentu orang seluruh Malaysia dapat diangkat kehidupannya cara Nabi s.a.w. Apabila agama telah berkembang di Madinah dan ramai org yg hendak belajar agama datang ke Madinah. Org Ansar yg mempunyai sifat melayan tetamu, sehingga terlampau ramai tetamu datang ke rumah2 mereka tiada lagi bahan makanan dan ehwal mereka tidak diketahui oleh org lain. Sehingga apb dtg seorg tetamu Rasulullah s.a.w, Baginda menawarkan kpd seorg Ansar. Ia membawa tetamu itu ke rumah sedangkan bekalan makanan tidak mencukupi di rumah beliau. Ia telah targhib isterinya iaitu sifat org beriman ialah memuliakan tetamu dan isterinya telah memasak sedikit gandum yg ada dan ketika menyajikan makanan itu ia bermesyuarat dgn isterinya untuk mematikan lampu dan suaminya pura2 mengunyah dan tetamu itu makan dengan kenyang.  Peristiwa itu telah mendapat perhatian Allah s.w.t sehingga turun ayat Al-Quran perilaku sahabat itu yang dibaca oleh orang Islam sehingga hari qiamat.

 

Beginilah jika hendak membuat usaha agama kekurangan diri jgn dihebahkan kpd org lain ttpi semuanya perlu dirujuk kpd Allah s.w.t. Pagi2 Rasulullah s.a.w bertanya sahabat tadi apa amalan yg kamu buat mlm tadi. Sahabat menyatakan ia tidak berbuat apa2 amalan. Rasulullah s.a.w mengatakan “Engkau mengata kan tidak ada apa-apa amalan sedangkan Allah s.w.t telah turunkan malaikat Jibrail dari langit yg Allah s.w.t mewahyukan yg ia sangat suka amalan kamu itu dan turunkan wahyu kpd saya”. Selepas wafat Rasullullah s.a.w, sahabat2 dpt meneruskan kerja agama. Apb harta benda dtg kepangkuan Saidina Umar, ia menangis dan ia mengatakan jika harta benda itu baik sudah tentu ia dtg ketika zaman Saidina Abu Bakar dan Baginda Rasullulah s.a.w.  Sahabat2 dlm membuat usaha agama tidak ada kepentingan diri. “Buat apa yg disuruh dan jgn kamu buat lebih dari itu”.

 

Begitulah tertib kerja di Malaysia, kita kena buat apa yg disuruh dan jgn buat tertib sendiri. Jika kita buat sedemikian kerja akan selamat dan kita yg membuat kerja juga akan selamat. Setiap sesuatu usaha akan mendtgkan 2 kesan, spt solat ada yg naik kpd Allah dan Allah s.w.t turunkan dlm bentuk rahmat dan ada solat yg dilontarkan balik kpd org yg melaku kannya spt kain buruk dilontar ke muka org yg solat. Begitu juga doa ada 2 kesan, pertama doa yg terus diterima dan kedua ada doa yg  ditolak. Begitu juga puasa ada yg menambah taqwa dan ada puasa mendpt lapar dan dahaga sahaja. Begitu juga usaha agama, apb dibuat dgn usul dan adab yg dinasihat kan oleh orang tua kita di Nizamuddin, maka kerja yg dibuat menjadi asbab hidayat ttpi jikalau kita membuat usaha tidak mengikut usul dan adab yg dinasihatkan, maka usaha hanya merupakan usaha yg berjalan2 shj dan tidak menjadi asbab hidayat. Dlm safar eldest baru2 ini di 11 buah negara di Afrika, eldest telah meneliti dan membuat khulasah :

 

  1. Jemaah luar yg dtg jgn melantik amer dan membuat markaz baru.

 

  1. Jgn membuat sesuatu perubahan di sesuatu tempat. Masalah yg berlaku di negara itu perlu dirujuk di Nizamuddin.

 

Oleh itu kita pada hari ini perlu membuat usaha dgn berhati2 kerana inilah waktu2 (prime time) penerimaan dlm membuat usaha agama di Malaysia. Waktu ini manusia sedang mencari2 cara mengenal Allah s.w.t.  Oleh itu kita perlu  bekerja bersungguh2 dan membuat kerja dgn istikhlas dan tambahkan pengorbanan pada diri kita, kerana ramai org seluruh dunia sedang menunggu2 kita. Kita perlu banyak ikram kawan2 kita, jgn membuat usaha dgn tafsiran sendiri, semoga Allah s.w.t memberi kita taufiq utk dpt mengamalkannya. Kita yg dtg ke Nizamuddin adalah merupakan org tggjwb yg merupakan foundation (asas) kerja di Malaysia. Jika kita membuat usaha dgn satu hati, kasih sayang dan membuat kerja dgn tertib yg betul, maka usaha kita akan menjadi asbab hidayat kpd umat Islam di Malaysia dan seluruh alam.

 

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: