Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ahmad Lath

BAYAN MAGHRIB MAULANA AHMAD LAT

(28/08/2004 – sri petaling (Jor KL). Tuan-tuan yg mulia. Setiap manusia ada keperluan, setiap masa setiap ketika ada hajat. Satu keperluan dan hajat utk setiap manusia tanpa pengecualiaan iaitu manusia perlu kpd hidayat. Hidayat ini diperlukan pada setiap masa dan setiap ketika. Hidayat adalah keperluan setiap manusia, samada lelaki, wanita, kanak2, orang tua, muda, peniaga, petani, orang timur, orang barat, imam, makmum, pangkat tinggi, pangkat rendah, duduk di mana, bangsa apa, semua perlu pada hidayat. Samada dlm keadaan makan, minum, di rumah, di kedai, di masjid, dlm keadaan gembira, keadaan sedih, dlm keadaan sakit, keadaan sihat, semua manusia perlu kepada hidayat. Setiap masa dan ketika, dlm semua keadaan, manusia perlu kepada hidayat. Tidak ada pengecualiaan, ia adalah keperluan semua manusia. Rasulullah s.a.w kata, pengajaran yg dibawa, cara hidup yg beliau bawa adalah seperti air. Air adalah keperluan semua manusia. Semua manusia perlu kepada air. Begitu juga nabi s.a.w adalah contoh dan panduan, cara hidup yg dibawa, seperti air yg perlu oleh semua manusia. Air adalah penyelesaian kedahagaan. Minum air oren, air buah, air jus tidak menghilangkan haus, tetapi utk hilangkan haus, hanya perlu minum air biasa sahaja.

 

Penyelesaian kpd semua masalah, samada masalah infradi, ijtimai, masalah masyarakat, negara, semua masalah manusia, penyelesaian adalah dlm diri nabi s.a.w, dlm panduan yg dibawa oleh nabi s.a.w. Untuk dapat hidayat pun dgn jln nabi s.a.w. Hanya dgn kita ikut cara nabi s.a.w akan dpt kejayaan. Jadikan nabi sbg dalil, sbg rahabah. Hanya dgn mengikuti nabi s.a.w akan dpt hidayat. Tidak ada apa2 jalan yg lain utk dpt hidayat selain dari jalan nabi s.a.w. Apa itu hidayat dan apakah natijah/hasil bila dpt hidayat? Hidayat ialah nur yg dicampakkan oleh Allah s.w.t dlm hati2 manusia yg Dia suka. Bila nur ini masuk dlm hati manusia, maka dia dpt membezakan antara yg hak dan batil, baik dan buruk, yg mana dpt rahmat Allah, yg mana dpt kemurkaan Allah. Dgn hidayat dat membeza kan manakah benda yg baik, mana yg tak baik. Sptmana bila ada bulan, matahari atau lampu kita dpt membezakan dimana ada lubang, yg mana beri manafaat, yg mana beri mudharat, yg mana tali, yg mana ular. Bila cahaya matahari, bulan atau lampu ada, kita dpt membezakan benda yg mana boleh bagi manafaat, yg mana bagi mudharat. Begitu juga nur hidayat ini, manusia dpt bezakan yg mana amalan baik dan yg mana amalan yg tidak baik. Hidayat tidak boleh dibeli dgn duit. Hidayat tidak dijual di kedai. Siapa pun tidak boleh bagi hidayat. Hanya Allah yg beri hidayat. Hidayat dlm genggaman Allah. Nabi pun tak boleh bagi hidayat.

 

Allah kata pada nabi, kamu tidak boleh bagi hidayat pada sesiapa yg kamu suka, Kamilah yg beri hidayat pada sesiapa yg Kami suka. Bagaimana hendak dpt hidayat? Dunia ini Allah jadikan sbg asbab. Kalau lapar perlu makan, kalau haus minum air, kalau sejuk pakai baju, bila panas pasang kipas, kalau nak buat benda kena ada kilang, ini semua adalah asbab utk dunia ini. Perkara yg besar, yg penting, yg asas utk hidayat ialah dakwah dan doa. Setiap hari kita pergi jumpa manusia, bergerak dikalangan manusia dan beritahu mrka ttg kebesaran Allah, memperingat kan mereka pada Allah, bawa tumpuan, tawajjuh mereka pd Allah, dan waktu mlm, kita menangis, kita doa di depan Allah supaya rahmat Allah tawajjuh pada hamba Dia. Ini dua asbab yg asas, yg penting, yg besar utk hidayat iaitu dakwah dan doa. Dunia dijadikan sbg darul asbab. Bila tanah diusahakan akan dpt hasil pertanian. Bila suami isteri bertemu, usaha dibuat, mereka akan dpt anak. Begitu juga dgn dakwah dan doa, di satu tempat, usaha dibuat, maka hasil drp itu, maka Allah akan cetuskan hidayat. Siang hari buat usaha dan malam hari menangis di hadapan Allah.

 

Allah s.w.t hantar nabi, kadang2 utk satu keluarga, utk satu bandar, utk satu kaum, utk satu bilangan manusia. Bila nabi-nabi dtg dan buat usaha, buat dakwah dan doa, dan sampai ke tahap yg dikehendaki oleh Allah s.w.t, maka Allah tiupkan angin hidayat dan bagi hidayat pada mereka. Segala usaha dgn pengorbanan, tangisan, susah payah, mujahadah  sehingga sampai ke tahap yg dikehendaki oleh Allah, maka Allah akan sebarkan hidayat di kawasan tersebut. Medan usaha nabi s.a.w adalah seluruh alam. Allah s.w.t akan sebarkan hidayat ke seluruh alam bila kerja nabi s.a.w dibuat. Kita yg berkumpul disini, kita dikumpulkan dgn kerja nabi dan medan usaha kita ialah seluruh alam. Bila buat usaha, Allah s.w.t akan bagi hidayat seluruh alam. Dunia ini darul asbab, utk dapatkan sesuatu perkara perlu ada asbab dgn syarat asbab tersebut adalah asbab yg sebenarnya, yg hakikat.

 

Bukan asbab dari segi bentuk sahaja yg tidak ada sifat. Contoh, satu orang yg sakit dan pergi jumpa doktor. Doktor suruh makan sekian ubat dan minum susu. Susu yg diminum itu dimana satu bahagian sahaja susu, baki semua adalah air. 90% air, 10% susu, maka tidak akan ada perubahan pada sakit dia sebab minum susu yg tidak asli. Walaupun bentuk sama, warna sama, putih, nampak memang macam susu, tetapi hakikat tidak ada. Doktor kata kalau minum susu macam ini seumur hidup pun tidak akan datang kesihatan. Begitu juga 6 perkara adalah satu formula yg mana pasti manusia akan dapat hidayat. Sesiapa sahaja yg bawa 6 perkara dlm kehidupan akan dapat hidayat tetapi syaratnya ialah 6 perkara dgn hakikat iaitu dlm kehidupan kena ada gasht/ziarah, ada ta’alim, hubungan yg betul, muasyarat, muamalat, akhlak yg betul, kasih sayang, tunaikan hak orang lain, hormat-menghormati. Bila ada semua ini barulah hidayat akan tersebar.

 

Bila buat dakwah ttpi di dlmnya ada ashabiyat/perkauman, keinginan utk kedudukan, pangkat, gelaran maka dakwah tersebut tidak akan bagi menafaat, tidak akan dtgkan hidayat sebaliknya bukan shj melukakan hati kita ttpi ia juga akan rosakkan yakin kita. Apakah dakwah yg betul? Dakwah adalah asbab hidayat. Dakwah kpd Allah, dakwah ‘illallah’. Semua nabi2 dakwah kpd Allah. Dakwah kpd Allah, hanya utk Allah, tidak ada apa2 maksud yg lain. Menyeru manusia kpd kebesaran Allah. Tidak ada ashabiyat, perkauman, bangsa, warna kulit, daerah atau negara. Semua nabi2 dakwah kpd Allah dan dpt keredhaaan Allah. Kalau dakwah bukan kpd Allah, bukan krn Allah, ada maksud yg lain, dakwah tersebut tidak akan sebarkan hidayat, ia jadi spt debu2 yg berterbangan, spt mana bila kita sembelih ternakan, samada ayam, kambing, lembu atau unta, syaratnya ialah semua urat2 yg dlm syariat mesti diputuskan, barulah daging tersebut akan jadi halal. Kalau ada urat yg tidak putus, maka daging itu tidak halal. Kalau sembelih tidak betul, urat tidak putus, kalau yg disembelih itu ayam, maka ia akan menggelepar, lompat sana, lompat sini, dan keluarkan debu2. Kalau binatang yg lebih besar disembelih, kambing, urat tidak putus, ia akan mula bergerak dan lebih banyak debu berterbangan.

 

Kalau unta, lagi banyak debu dan satu kampung akan kecoh. Begitu juga dgn usaha dakwah yg tidak dibuat dgn betul, maka hidayat akan bebas macam debu2 tadi. Semasa haji widak, nabi s.a.w kata pada sahabat, saya tinggalkan usaha dakwah tanpa ashabiyat. Selagi tiada ashabiyat, barulah dakwah akan berkesan, akan dtg hidayat spt dakwah pada Abu Jahal, hidayat masuk ke rumahnya dan natijahnya ialah Ikramah masuk Islam. Bila dakwah kpd Allah, utk Allah, maka suasana seluruh dunia akan berubah. Wujud suasana kasih syg, wujud keamanan, ketenteraman, kebahagian seluruh alam dgn syarat dakwah dibuat dgn betul. Rasulullah s.a.w telah berulang2 kali buat dakwah walaupun org2 tidak suka, yg syirik, yg musyrik telah dpt hidayat dan beriman pada Allah. Mrk yg menghalang usaha dakwah akhirnya Allah akan buat keputusan utk lenyapkan mereka.

 

Allah akan ubah keadaan. Keadaan permusuhan kpd kasih sayang. Aus dan Khazraj, bermusuhan selama 120 tahun, telah mengalirkan darah spt sungai. Dgn dakwah Allah telah satukan mrk spt adik beradik satu ibu. Dari orang yg jahil, Allah jadikan mrk org yg berilmu, dari keadaan kegelapan kpd nur hidayat, tiada akhlak kpd akhlak yg tinggi, tidak ada amal kpd org yg beramal. Ini semua berlaku krn buat dakwah dgn betul, utk Allah, krn Allah. Dakwah dibuat dgn cara yg telah ditunjukkan oleh nabi s.a.w. Nabi s.a.w buat dakwah kpd Allah, krn Allah. Nabi s.a.w telah pindahkan usaha dakwah ini kpd seluruh umat. Seperti urat2 ternakan tadi perlu diputuskan semasa sembelih, begitu juga urat2 ashabiyat, perkauman, kedaerahan, kenegaraan, perlu diputuskan barulah dakwah akan berhasil seperti mana hasil yg telah nabi s.a.w bawa.

 

Selagi dakwah kita berpandu kpd kehidupan nabi dan sahabat, maka dakwah itu adalah yg betul. Kalau dakwah kita terkeluar dari kehidupan nabi dan sahabat, maka dakwah kita tidak akan memberi kesan. Hasil yg baik telah berlaku zaman nabi, ia juga akan memberi hasil yg sama jika dibuat dgn mizaj yg betul. Dakwah dibuat dgn mizaj nabuwwah. Satu ialah kerja, dan satu lagi ialah mizaj(falsafah) nabi. Kerja nabuwwah dibuat dgn mizaj nabuwwah. Maksudnya, apa yg nabi s.a.w dakwah ada dlm kehidupan nabi. Nabi ajak kpd iman, dan nabi sendiri telah sampai kpd iman yg tinggi. Nabi ajak kpd ibadat dan dlm diri nabi sendiri pun ada ibadat yg tinggi. Nabi s.a.w ajak pada akhlak yg mulia, dan nabi sendiri ada akhlak yg mulia. Bila dakwah dgn mizaj yg betul akan memberi kesan spt mana pada zaman nabi s.a.w.

 

Baginda s.a.w sentiasa ada keyakinan pada perkara yg beliau ajak. Pada mlm hijrah, keadaan sgt susah. Kita kata kita susah, apa kesusahan kita tuan2? Apa kesusahan nabi pada malam itu? Setiap rumah telah buat rancangan utk bunuh nabi s.a.w. Dlm keadaan tersebut, Abu Bakar r.a telah tinggalkan keluarganya, anak perempuan yg kecil, bapa yg buta dan rumah yg dikelilingi oleh musuh. Dlm keadan itu, Nabi dan Abu Bakar telah keluar tinggalkan Baitullah, mulakan perjalanan. Nabi lihat baitullah dgn penuh sayu, mata penuh dgn air mata. Wahai rumah Allah, saya sgt sayang kpd kamu, saya tinggalkan kamu krn org2 disini tidak benarkan saya buat usaha agama. Saya kena buat, saya pikul satu tggjwb, sbb itulah saya tinggalkan baitullah.

 

Keesokkannya, org kafir dpt tahu nabi telah tinggalkan Mekah, terlepas dari kepungan mrk. Mrk telah iklankan, sesiapa yg berjaya tangkap nabi samada hidup atau mati, mrk akan dpt beratus ekor unta sbg hadiah. Setiap org Mekah telah keluar dari rumah dgn niat utk dptkan hadiah tersebut, mrk hendak tangkap nabi. Dlm keadaan itu, nabi telah sampai di satu gua dan masuk ke dlm gua tersebut. Org Mekah telah sampai ke muka gua tersebut, kalau tengok kaki sahaja pun sudah boleh nampak nabi. Sepanjang hidup nabi di Mekah mrk telah buat bermcm2 rancangan utk gagalkan usaha nabi. Baling batu, letak duri dan macam2 lagi, dan skrg ini sedia utk bunuh pula. Apa akan jadi pada nabi? Inilah keadaan kesusahan yg dihadapi oleh nabi s.a.w. Dlm keadaan itu, apa nabi kata, jgn takut sesungguhnya Allah bersama kita. Keyakinan yg ada pada nabi iaitu keyakinan penuh dgn Allah s.w.t. Allah pasti akan bantu.

 

Tuan2 org lama, org yg mengendalikan kerja di tempat masing2, kita kena ada keyakinan spt nabi di dlm hati kita. Bila buat kerja agama, kena yakin bahawa Allah pasti akan bantu kita. Dlm apa keadaan pun, dlm apa kesusahan pun, kita dahulukan pengorbanan, pasti Allah bersama kita. Kita mesti dahulu dlm hijrah, dahulu dlm keluar dijln Allah, apa pun masalah yg dihadapi, kita tidak takut, Allah akan bantu kita. Golongan Muhajir dan Ansar telah dimuliakan. Melalui mrk Allah telah jadikan asbab utk hidayat negara demi negara, kaum demi kaum. Bila buat usaha dgn betul, insyaAllah akan jadi asbab utk bangunkan kerja tempat demi tempat. Org2 akan bangun buat usaha agama kalau diri kita ada yakin pada Allah. Khutbah nabi ringkas, surat yg ditulis kpd ketua2 negara juga ringkas ttpi yg penting ialah sifat org buat usaha dakwah. Nabi telah tarbiyah sahabat utk dapat sifat ini selama 23 tahun.

 

Apa yg patut ada dlm diri org yg buat dakwah. Semua perkara2 yg telah berlaku, Hijrah, Badar, Uhud, Khandak, Hunain, Perjanjian Hudaibiyah, semua ini utk tarbiyah sahabat. Solat 5 waktu dgn syarat2 dan rukun2nya. Apa sifat yg perlu ada dlm diri org yg solat? Nabi s.a.w telah tunjukkan cara2 solat. Hati kena suci, pakaian kena suci, tumpuan pada Allah. Nabi telah ajar selama 23 tahun. Begitu juga dgn haji. Nabi s.a.w telah bawa sahabat selama 5 hari, tunjuk pada mereka, ini Mina, ini Arafah, ini Muzdalifah, apa patut buat. Ttpi apa sifat yg perlu ada dlm diri org yg buat haji? Pergaulan dgn org lain semasa buat haji, kelakuan, akhlak, niat, bagaimana urusan org yg ditinggalkan. Nabi s.a.w ajar semua ini selama 23 tahun. Begitu juga puasa. Dari pagi hingga petang tidak minum, tidak makan, tinggalkan perkara2 yg dilarang. Ttpi mcmana sifat yg patut ada pada org yg berpuasa? Tidak boleh mengumpat, tidak boleh makan makanan yg haram semasa berbuka dan sahur, mcmmana niat, apa fikir, mcmana akhlak, jaga mata, jaga telinga. Ini semua Nabi ajar selama 23 tahun.

 

Begitu juga dgn usaha agama, apa sifat yg perlu ada? Bagaimana niat, yakin, hubungan dgn org lain, perasaan kasih sayang, sifat inginkan kebaikan, sifat pengorbanan, hubungan dgn Allah. Ini semua nabi ajar selama 23 tahun. Ada org minta Maulana Yusuf rah. tulis buku mengenai usul ttg usaha dakwah. Maulana Yusuf rah. kata kalau saya tulis buku usul, ada org setuju, ada org tak setuju, masing2 dgn dalil sendiri. Oleh itu beliau telah menulis buku hayatus sahabah sebnyk 3 jilid. Ianya mengandungi kehidupan nabi dan sahabat. Bagaimana kehidupan mereka semasa menjalankan usaha dakwah. Seluruh kehidupan mereka telah jalankan usaha dakwah. Dari kehidupan mereka itulah kita akan belajar usul-usul kerja ini. Mereka yg buat usaha agama perlu berpandukan kpd 3 jilid buku hayatus sahabah ini, insyaAllah kita akan buat kerja dgn betul.

 

Semua perkara yg dialami oleh sahabat semasa jalankan usaha dakwah terkandung dlm hayatus sahabah. Maulana Yusuf rah. telah mulakan dgn ketaatan dan kesudahannya ialah bantuan Allah yg ghaib telah dtg kepada mereka. Perkara pertama yg perlu ada dlm diri kita yg buat usaha dakwah ini ialah sifat taat. Taat kepada Allah, taat kepada Rasul, taat pada org tggjwb. Maksud kerja ini ialah hidupkan keseluruhan syariat, dlm seluruh aspek kehidupan, muamalat, muasyarat, ibadat, akhlak. Kita buat usaha agama dgn memahami mansha, kehendak org2 tggjwb dlm usaha agama. Apa keinginan mereka, kita kena faham. Permulaan buat usaha agama dgn tidak ada keinginan utk jadi org terkenal, mashyur, nak kumpul harta kebendaan. Kita buat kerja ini hanya utk dpt keredhaan Allah. Kesudahannya ialah bantuan Allah yg ghaib. Org yg buat kerja ini, di dpn mereka kena ada keinginan utk tarik bantuan Allah yg ghaib secara ijtimai, seluruh umat dpt bantuan Allah yg ghaib.

 

Semua makhluk nampak bantuan Allah yg ghaib datang pada nabi s.a.w. Oleh itu, mereka ingin tinggalkan semua perbuatan2 mereka yg tidak betul, org yg minum arak telah taubat dari minum arak, org yg zina telah taubat dari zina, org yg beri rasuah telah taubat dari beri rasuah, org yg ambil rasuah telah taubat dari ambil rasuah, org yg bagi riba telah taubat dari bagi riba, org yg ambil riba telah taubat dari ambil riba. Semua telah bertaubat dari kesalahan mereka dan datang mentaati perintah Allah. Ini semua berlaku bila nampak bantuan dtg pada org Islam. Kena bergerak buat usaha agama seperti sahabat. Segala macam masalah, kekurangan makanan, pakaian, kenderaan, susah, dimaki,  dicaci, masalah dalaman, masalah luaran tetapi mereka taat pada nabi dan buat kerja dgn mujahadah.

 

Hidup dgn penuh kasih sayang, tunaikan hak org lain, dlm hayatus sahabah telah ceritakan bagaimana kehidupan mereka yg sederhana, muamalat yg bersih, akhlak yg mulia, segala aspek kehidupan yg betul ikut syariat. Keinginan mereka hanya utk dapat ganjaran di akhirat dan janji Allah di syurga dan takutkan neraka. Inilah perjalanan kehidupan sahabat. Inilah yg kita patut jadikan panduan. Kehidupan nabi s.a.w adalah seperti batu kisar yg ada hubungan dgn seluruh aspek kehidupan manusia. Ianya seperti batu kisar yg bergerak. Agama dan usaha agama ada hubungan dgn aspek kehidupan manusia. Batu kisar digunakan utk kisar bijirin dan keluarkan tepung. Satu batu diatas yg bergerak dan satu batu dibawah yg tidak bergerak dan ditengah ada lubang. Bila letak bijirin ditengah, batu diputar utk hancurkan bijirin tersebut dan hasilnya ialah tepung. Kita yg buat usaha agama, ada yg kaya, miskin, tua, muda, khawas, awam, peniaga, petani, org lama, org baru, bila buat usaha agama macam batu kisar yg bergerak, kita semua bergerak dgn tertib, tertib harian, tertib bulanan, tertib tahunan. 4 bulan tiap-tiap tahun, 10 hari tiap-tiap bulan, 8 jam tiap-tiap hari.

 

Bila bergerak semua bijirin akan hancur dan jadi tepung. Kita bergerak dgn bawa sifat, taat, kasih sayang, taqwa, sabar, syukur, bergerak hanya kerana Allah. Batu kisar yg bergerak adalah spt keluar di jln Allah dan batu kisar yg tidak bergerak seperti kerja tempatan/jemaah masjid. Antara dua batu ini kita hancurkan diri kita. Kita sibukkan diri kita, org lama, org baru, kita semua buat kerja. Tepung yg keluar dari batu kisar akan dijadikan bahan utk buat kuih-muih seperti roti, kek dsbnya, bukan sahaja utk makan dirumah tetapi juga di eksport ke seluruh dunia.  Bila kita semua buat usaha agama dgn cara ini, keluar di jln Allah dan buat kerja makami, maka dari masjid kita jemaah akan dihantar ke seluruh dunia. Seperti masjid nabawi, jemaah dihantar ke Rom, Parsi, Afrika, seluruh dunia. Org2 yg dtg ke masjid nabawi, yg dtg dgn tidak tahu pasal agama, ttpi balik sbg da’i. Begitu juga dgn masjid kita, kalau hidup amal agama, bila org dtg akan faham agama.

 

Allah jadikan kita sbg asbab utk sebarkan hidayat ke seluruh dunia. Asbab utk hidupkan agama dikampung kita, negara kita dan seluruh dunia. Setiap kita kena jaga 2 gasht/ziarah, 2 taalim, sekurang2nya 2 ½ jam bagi masa setiap hari dan keluar 3 hari setiap bulan. Spt batu kisar, ada juga bijirin yg sangkut ditengah2, tidak dikisar menjadi tepung. Org yg ada dlm usaha, ttpi mrk tidak hancurkan diri, tidak buat usaha agama, tidak keluar, tidak buat usaha tempatan. Bila tidak jadi tepung, maka tidak dibuat kek, maka tidak dieksport ke seluruh dunia. Nampak macam buat usaha agama, ttpi tidak jadi asbab utk sebarkan hidayat. Kita kena buat usaha agama dgn pengorbanan, dgn ketaatan, dgn mujahadah, dgn sifat2 yg baik, dgn akhlak yg mulia, pergi rumah ke rumah, dan malam hari bangun mengadu didepan Allah. Umat ini adalah umat kpd rasulullah s.a.w, rahmatullilalamin, asbab hidayat seluruh alam.

 

Bila dtg hidayat, kehidupan bahagia, ketenangan, kejayaan, semua kebaikan akan dtg. Allah beri kita kerja ini, asbab utk hidayat melalui dakwah dan doa. Buat usaha agama, hari demi hari fikir akhirat bertambah, takut pada Allah bertambah, yakin bertambah, akhlak mulia bertambah, bacaan quran bertambah, solat jadi baik, masa utk agama bertambah. Buat kerja utk dapat ganjaran dari Allah di akhirat. Buat kerja dgn kasih sayang. Sehingga hari ini, apa2 usul yg sudah dilanggar, kesalahan yg telah dibuat, maka kita minta maaf dgn Allah, bertaubat pada Allah. Kita buat keputusan mulai hari ini, buat kerja sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah. Semoga Allah terima saya dan tuan2 utk buat kerja agama ini. Buat kerja dgn ikhlas, istiqamah, sehingga akhir hayat. Semua tuan2 disini dgn satu suara bagitahu, insyaAllah, akan jadikan kerja ini sbg kerja kita. Bermula hari ini, siapa sedia, bangun dan bagi nama utk 4 bln tiap2 tahun.

 

Blog di WordPress.com.