Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyaikh : Maulana Syaukat

Dari petikan Bayān dan Nasihat Hadhrat Maulānā Syauqat damat barakatūhu pada tahun 2015, di Jor Kuala Lumpur;

Dalam usaha ini, jangan sekali² kita buat usaha dengan niat untuk baiki orang lain.

(Jika) anggap diri kita sudah tahu, sudah pandai, sudah baik. Kalau kita anggap hendak islah orang lain, itulah langkah pertama bagi kemusnahan dan kesesatan (untuk diri) kita.

Suatu kisah yang telah berlaku pada Maulānā Ilyās rahmatulāhu ‘alaihi.

Suatu ketika beliau telah pergi ke Lucknow. Maulānā Manzūr Nu’mani rahmatullāhu ‘alaihi dan Maulānā Abul Hasan ‘Ali an Nadwi rahmatullāhu ‘alaihi juga ada di sana.

Di sana juga ada seorang ulama’ yang besar, yang ternama, lagi masyhur, seorang Sheikh Thoriqat Naqsyabandi, yaqni Maulānā ‘Abdul Syakūr rahmatullāhu ‘alaihi.

Beliau seorang ‘ulama yang “senior”, jauh lebih berusia dari Maulānā Ilyās rahmatullāhu ‘alaihi. Maulānā Ilyās telah ajak Maulānā Manzūr untuk ziarah Maulānā ‘Abdul Syakūr.

“Cerita karguzari usaha yang kita buat dan kita minta doa daripadanya.”

Sambil bersandar, beliau telah dengar karguzari kerja dakwah dari Maulānā Ilyās.

Lalu beliau berkata, “Pada pandanganku, ALLĀH ﷻ hendak mengambil satu kerja yang sangat besar dari kamu pada zaman ini. Aku memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha yang kamu buat.”

Beliau pun beri nasihat, “Kamu kena buat usaha ini dengan penuh hati-hati. Setiap nafas, setiap langkah, setiap percakapan kena dibuat dengan penuh hati². Usaha yang sangat mulia. Maka buatlah dengan sungguh².”

Maulānā ‘Abdul Syakūr beri syor, “..Aku hendak kumpulkan pegawai² kerajaan, hakim, peguam, menteri, orang² berpengaruh di Lucknow kerana Lucknow adalah pusat pemerintahan.”

Beliau telah minta Maulānā Ilyās beri penerangan tentang usaha ini. Maulānā Ilyās telah nyatakan kesediaannya. Maulānā ‘Abdul Syakūr telah mesyuarat dan tetapkan tarikh dan masa untuk buat perhimpunan tersebut.

Masa yang telah diputuskan ialah pada jam 9 pagi. Dia telah suruh khadim pergi beritahu Maulānā Ilyās majlis akan bermula jam 9 pagi.

Malangnya, si khadim ni tidak beritahu Maulānā Ilyās pukul 9 pagi. Dia fikir orang² besar selalunya tidak datang tepat pada masa. Sebaliknya dia maklumkan Maulānā Ilyās agar datang pada jam 9.30 pagi!

Namun demikian, hal yang sebaliknya berlaku kerana orang² di Lucknow kenal siapa Maulānā ‘Abdul Syakūr. Beliau adalah seorang yang sangat menepati masa dan seorang yang sangat garang, berdarah Farūqi. Darah Sayyidina ‘Umar mengalir dalam badannya. Dia seorang yang sangat tegas. Semua orang takut dengannya.

Maka pada hari tersebut, semua orang telah datang pukul 9 pagi seperti yang dijanjikan. Kecuali Maulānā Ilyās tidak ada dalam majlis. Selepas tunggu lama, Maulānā ‘Abdul Syakūr suruh semua orang balik. Tatkala kesemua hadirin sudah balik, Maulānā Ilyās pun tiba, tepat jam 9.30 pagi!

Bila namp

ak sahaja Maulānā Ilyās, tanpa pelawa duduk, sambil berdiri, dia terus marah, dia telah menghujani Maulānā Ilyās dengan kata², “..aku sudah pesan semalam, kena buat usaha dgn hati², jaga usaha ini betul², dia telah marah habis²an.

Maulānā Ilyās tunduk dan minta maaf, kami budak² selalu buat salah, maafkan saya, itu sahaja yang terkeluar dari mulut Maulānā Ilyās. Beliau berterusan minta maaf.

Maulānā Manzūr cuba untuk bercakap. Semua ini bukan salah mereka. Mereka diberitahu untuk datang pada jam 9.30 pagi!

Tapi Maulānā Ilyās pegang tangan Maulānā Manzūr supaya jangan cakap apa², senyap saja. Bila sudah reda kemarahan, baru suruh duduk dan terus bagi nasihat lagi.

Dalam perjalanan balik, Maulānā Manzūr tanya Maulānā Ilyās kenapa tidak beritahu ini bukan salah kita.

Khadim dia yang salah. Maulānā Ilyās kata apa salahnya kalau kita sabar sedikit. Dengan sebab kita sabar tadi, kita tidak rugi apa pun, tidak berlaku pun apa² kecacatan, dan sebaliknya, satu orang hamba Allāh telah selamat dari kena marah!

Kalau kita beritahu perkara sebenar, si khadim akan kena marah, dan kita pun tidak dapat untung apa². Sebab kita sabar, si khadim dapat kesenangan. Demikianlah sikap Maulānā Ilyās rahmatullāhu ‘alaihi.

Kini, si khadim pula yang sudah rasa bersalah yang amat sangat. Di sebabkan kecuaiannya, seorang Ahlullāh pula sudah kena marah. Dia kini rasa serba salah. Dia pun tunggu peluang sehingga Maulānā ‘Abdul Syakūr dalam keadaan yang ceria.

Khadim bagi tahu pada Maulānā, “..saya ada buat satu kesalahan yang besar, tapi saya ingin Maulānā maafkan saya dulu, baru saya akan beritahu kesalahan saya..”

Maulānā pun maafkan dia. Khadim kata, “Hari itu Maulānā Ilyās tidak bersalah datang pukul 9.30 pagi. Bahkan saya yang salah sebab suruh beliau datang jam 9.30am.”

Sebaik sahaja mendengar perkara yang sebenar, Maulānā ‘Abdul Syakūr terus bergegad menyiapkan beg, naik kereta kuda pergi ke stesen keretapi. Beliau telah naik keretapi seorang diri dari Lucknow ke Delhi tanpa khadim dan pengiring.

Sampai sahaja depan Masjid Banglawali, orang beritahu Maulānā Ilyās bahawa Maulānā ‘Abdul Syakūr datang.

Maulānā Ilyās begitu gembira, hingga melompat turun tanpa pakai kasut untuk sambut kedatangan beliau. Maulānā Ilyās sendiri yang angkat beg.

Maulānā ‘Abdul Syakūr kata, “Aku tidak ada apa-apa urusan di Delhi. Daku datang kesini semata² untuk jumpa kamu dan minta maaf. Aku telah marah dan kata macam² pada kamu sedangkan kamu tidak bersalah. Malah khadim aku yang bersalah.”

Maulānā Ilyās terus menangis. Maulānā Ilyās kata, tuan punya marah itu adalah doa untuk saya. Saya tidak terasa hati sikit pun.

Maulānā ‘Abdul Syakūr kata, “Aku ingin dengar dari lidah kamu sendiri bahawa kamu maafkan aku, baru aku akan pergi.”

Maulānā ‘Abdul Syakūr kata, “..Bahkan, kamulah yang benar² layak untuk buat kerja Nabi ini!”

Dalam diri Maulānā Ilyās ada sifat menganggap kesalahan orang, sebagai kesalahannya sendiri. (Sifat) meminta maaf, bagi pihak orang yang buat salah.

Inilah sifat yang perlu ada pada setiap orang tanggungjawab. Orang yang ada sifat macam ini, barulah boleh buat usaha Dakwah.

Bagaimana syaitan datangkan kerosakan dalam usaha agama di kalangan mereka yang buat usaha agama?

Mula² sekali syaitan datangkan sangka buruk. Selepas sangka buruk, cari pula kelemahan dan kesilapan. Seterusnya, mengumpat. Apabila sudah jumpa aib, cerita pula pada orang.

Ketiga-tiga perkara ini adalah dosa yang sangat besar yang akan merosakkan orang yang buat usaha agama.

Ketiga-tiga perkara ini, ALLĀH ﷻ beritahu serentak dalam Qurān

1. Jangan sangka buruk.

2. Jangan cari keaiban orang.

3. Jangan mengumpat.

Firman ALLĀH ﷻ :

يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِّنَ الظَّنِّ ۖ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَّلَا تَجَسَّسُوْا وَلَا يَغْتَبْ بَّعْضُكُمْ بَعْضًا ۗ اَ يُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَّأْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ ۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗ اِنَّ اللّٰهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ

“Wahai orang² yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangka²an (supaya kamu tidak menyangka sangka²an yang dilarang) kerana sesung

guhnya sebahagian dari sangka²an itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari² kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan² yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allāh; sesungguhnya ALLĀH Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

(Sūrah Al-Hujurat 49: Ayat 12)

1. Ketiga² perkara ini adalah dosa yang sangat besar, tiada pengampunan. ALLĀH ﷻ tidak akan maafkan dosa orang mengumpat sehingga orang yang diumpati memaafkan dia.

2. Ketiga² perkara ini akan menyebabkan permusuhan dan pergaduhan. Kawan² yang rapat & baik akan menjadi musuh yang dahsyat disebabkannya.

3. Satu orang yang membuka aib orang lain, ALLĀH ﷻ bersumpah demi kemuliaanNYA, bahawa Dia, ALLĀH ﷻ akan malukan dia dengan keaiban yang sama dalam rumah dia sendiri sebelum dia mati.

4. Ketiga² perkara ini juga akan jadi asbab penghalang Hidāyat dari ALLĀH ﷻ

10 orang yang buat usaha dengan satu hati, boleh jadi asbab hidayat. Tetapi 10,000 orang yang buat usaha tanpa satu hati, tidak akan jadi asbab Hidāyat.

Walaupun Solat, puasa, semua ‘Amal ‘Ibadat sampai ke ‘Arasy, Korban hebat, walaupun ramai, usaha tidak memberi apa-apa kesan, tidak jadi asbab Hidāyat.

Bahkan, orang² yang ada sifat begini, akan jadi penghalang Hidāyat dari ALLĀH ﷻ

Jangan sekali-kali dalam hati kita ada sangka buruk antara satu sama lain, jangan cari keaiban, dan jangan cerita keaiban.

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.