Buyaathaillah's Blog

Bayan Syuro Dunia : H. Abdul Wahab Amir Raiwind Markaz

BAYAN SUBUH SHEIKH ABDUL WAHAB

(28/01/2000 – Tongi 2000).

 

Bila buat usaha iman dan amal, maka Allah s.w.t akan kembangkan agama ke seluruh alam. Usaha kita ialah bawa manusia dgn perasaan kasih sayang, mendirikan mrk di hadapan pintu syurga. Itulah kerahiman dan simpati yg paling besar yg kita boleh buat utk umat Muhammad s.a.w. Org Islam tidak pandang kpd bangsa, negeri, negara, musim, cuaca. Agama Islam adalah utk seluruh alam. Kita kena buat usaha, kita kena ada sifat kerahiman, kasih sayang dan simpati utk setiap manusia di mana sahaja dia berada, apa juga cuaca di negeri dia, semua itu tidak akan membawa kesan kpd kita. Hak umat Baginda s.a.w ialah kita mesti ada perasaan kerahiman dan simpati utk mereka. Itu hak mereka. Kita sbg umat Baginda s.a.w, tggjwb kita ialah pujuk rayu mrk, usaha atas mrk supaya mereka dpt beriman dan beramal soleh dan bawa mrk ke hadapan pintu syurga.

 

Utk itu, kita sendiri kena beriman, bertaqwa, amal soleh. Bila kita ada iman yang kuat, maka kehidupan kita akan jadi kehidupan yang bertaqwa, niat kita baik, dlm hati kita ada perasaan kasih sayang dan simpati utk manusia. Perkara ini dgn mudah akan dpt dihasilkan dgn bantuan Allah s.w.t. Kita harus membetulkan nafsu kita, diri kita, dan kita harus berusaha bersungguh2 untuk membetulkan manusia. Biasanya untuk urusan2 duniawi, kita buat banyak usaha2 utk beri kejayaan pada duniawi kita. Utk usaha agama pula, berapa banyak kita buat usaha pun, ia masih kurang. Allah s.w.t beri kpd kita iman kpd ambiya a.s. Dlm syariat, Allah s.w.t beri kita syariat yg termulia dan diberi kemuliaan atas umat2 yg lain. Umat ini yg dtg paling kemudian sekali, tujuan dan tggjwbnya utk menunjukkan jln yg betul dan dia akan bawa org kpd agama. Tggjwb umat ini utk sebarkan agama ke seluruh alam. Itulah maksud berjihad di jln Allah s.w.t dgn bersungguh2 dgn menunaikan hak jihad itu.

 

Allah s.w.t jadikan kita dan lahirkan kita sebagai umat Baginda s.a.w. Allah s.w.t gelarkan umat ini umat yang terbaik. Alim ulamak beritahu  Allah s.w.t jadikan kita khalifahNya, Allah s.w.t jadikan kita khalifah RasulNya, Allah s.w.t jadikan kita khalifah kepada kitabNya, tetapi malangnya diantara kita, kita kata saya raja, saya presiden, saya perdana menteri, saya ahli kilang, saya peniaga, saya petani, alim ulamak kata saya orang madrasah. Allah s.w.t jadikan kita khalifah Allah, khalifah RasulNya dan khaifah kepada kitab Allah. Sekarang kita bertaubat kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, engkau lahirkan kami supaya saya dapat usaha untuk wujudkan agama yang sempurna di seluruh alam”. Agama yang ada kena disebarkan. Bila agama ada, kita boleh bergilir2 buat usaha agama. Bila ada kekurangan dalam agama, maka kita kena buat macam Abu Bakar r.a, sebagai contoh dan tauladan untuk kita iaitu semua org kena keluar di jalan Allah s.w.t. 4,000 tentera semua sudah syahid, baki 200 atau 300 org lagi pun syahid, ummatul mukminin pun syahid, org2 yang hendak bayar zakat, mereka hendak ubah tertib zakat, kalau mereka tidak ikut tertib Rasulullah s.a.w, kena pergi dan berjihad dgn mereka.

 

Kata Abu Bakar r.a, “Kalau kamu semua tidak mahu pergi, saya akan pergi seorang”. Selepas itu, semua orang Madinah keluar, selama 3 malam tidak ada laungan azan di masjid Nabawi, tidak ada orang lelaki. Apa maksudnya? Bila datang kekurangan dalam agama, maka kita kena tinggalkan segala2nya untuk usahakan agama. Kalau kita tidak buat demikian, kita sudah putuskan hubungan sebagai khalifah Allah, khalifah Rasul dan khalifah kepada kitabullah. Mana2 persatuan dibuat ada tujuannya. Kalau ia tidak dapat menunaikan tujuannya, maka itu bukan persatuan lagi, itu hanya golongan manusia sahaja. Persatuan mesti ada maksud. Begitu juga umat ini, umat ini ialah umat Baginda s.a.w, umat ini kena jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sbg maksud hidupnya. Di mana2 shj di seluruh dunia, ada manusia, kita mesti ada sifat kerahiman dan simpati ke atas mereka, walaupun mereka hindu, sikh, kristian dan lain2. Kita diutuskan utk semua org.

 

Sptimana ibubapa cintakan anak2nya, mrk fikir bagaimana hendak memberi kesenangan kpd anak2nya. Begitu juga tggjwb kita sbg bapa dan ibu kpd semua kaum manusia di atas muka bumi ini, untuk buat simpati kpd mereka. Allah s.w.t jadikan kerja setiap ahli umat ini supaya umat ini akan buat usaha dakwah. Selagi kita tidak dpt dtg kpd kerja yg asal, kita punya apa juga masalah, infradi, ijtimai, kita tidak akan dapat capai. Kita tidak akan dapat capai apa pun kemajuan dalam apa juga bidang yg kita buat. Tempat2 yang kita keluar sekarang ini, kita kena anggap kita org sana. Ada orang dtg dpd kilang, dia kata saya orang kilang, org yg dtg dari madrasah, dia anggap kerja dia sebenarnya mengajar di madrasah, ada menteri dtg sini, dia anggap kerja asal dia di kementerian. Kalau kita hendak mengembangkan agama, jadikan maksud Rasulullah s.a.w sbg maksud hidup kita, maka kita layak untuk dapat bantuan Allah s.w.t yg sempurna. Org2 Arab duduk sini, mrk kata kami org Arab, org mesir kata kami mesir, org kilang kata dia org kilang, org usahawan kata dia peniaga.

 

Semoga Allah s.w.t ampunkan tuan2 dan saya, sebenarnya kita ialah khalifah Allah, khalifah Rasulullah, kahlifah kitabullah dan tggjwb yg Allah s.w.t beri kpd kita itulah yg patut kita fikir, iaitu Allah s.w.t utuskan kita utk sampaikan seruan Allah s.w.t kpd setiap manusia di seluruh alam. Utk itu, kita kena buat usaha bersungguh2 dan itulah harus dijadikan kerja kita. Selagi kita tidak jadikan kerja ini sbg kerja kita, maka kerja kita semua yg lain2 tidak akan berjaya. Semua kerja kita yg lain tidak akan ada kejayaan sampai bila2 pun. Satu permohonan saya kpd tuan2 iaitu tuan2 dan saya semua minta keampunan/taubat Allah s.w.t. Kita punya fikir pun tidak akan betul selagi kita tidak minta keampunan/taubat Allah s.w.t. Pendirian otak kita tidak akan betul. Ini semua org tabligh dan ini ijtimak besar, kita fikir berapa banyak jemaah kita boleh bentuk dpd ijtimak ini. Ini adalah fikiran yg lemah. Skrg kita semua kena fikir berapa banyak manusia di atas muka bumi ini yg belum dpt seruan Allah s.w.t. Kita punya tggjwb utk sampaikan kpd mrk, siapa perlu pergi? Semua kita kena pergi, semua kita kena keluar.

 

Kita tashkil siapa yang hendak bagi satu tahun, siapa hendak bagi 7 bulan, siapa hendak bagi 4 bulan, apa maksudnya? Maksudnya ialah kerja kita adalah kerja lain, kerja utama kita adalah kerja lain dan bukan kerja asal kita. Kita sanggup bagi setahun, 7 bulan, dsbnya, ini fikiran yang sudah silap dan satu kezaliman. Ini berlaku kerana kita anggap kita ini orang Pakistani, orang sini, orang sana. Di dunia sekarang ini, beribu-ribu manusia mati tanpa iman. Kalau kita tidak fikir hendak bawa mereka kepada Islam, ini adalah kesalahan yg sangat besar. Kesilapan yg kita buat ini bukanlah kesalahan yg kecil, ia adalah satu kesalahan yang besar. Dosa yang besar kalau kita tidak bawa fikir hendak bawa org bukan Islam kepada Islam. Selagi kita tidak minta keampunan Allah s.w.t, maka selagi itulah akal kita tidak akan jadi betul. Kita tidak boleh fikir dgn cara betul. Allah s.w.t beri kpd kita kerja nabi2 dan Allah s.w.t kata, “Bila kamu buat kerja nabi2, Kami bersama dgn kamu”. Allah s.w.t jadikan saya dan tuan2 kakitangan/pekerja Baginda s.a.w. Allah s.w.t beritahu, “Kami bersama dgn kamu”.

 

Yang akan jadikan sesuatu ialah Allah s.w.t, yg dpt membereskan masalah ialah Allah s.w.t. Allah s.w.t sanggup bersama dgn kita kalau kita jadikan diri kita sbg kakitangan/pekerja Baginda s.a.w. Jadi, semua kita minta maaf dan keampunan kpd Allah s.w.t dan selepas itu kita kena janji kpd Allah s.w.t, “Ya Allah, saya akan letak agama di hadapan saya dan saya akan buat kerja mengikut tuntutan agama dan saya akan fikir, saya kena buat usaha bersungguh2, bawa mereka kepada agama yg sempurna, saya kena fikir dan usaha bersungguh2 supaya org2 bukan Islam pun dpt dtg kpd agama Allah s.w.t”. Inilah azam dan niat yg kita kena buat. Kita minta keampunan Allah s.w.t atas kecuaian kita yang salah selama ini, iaitu kita anggap kita ini bukan khalifah Rasulullah s.a.w, bukan kakitangan/pekerja Rasulullah s.a.w, kita anggap kita ialah pekerja yg lain dan dpd kesibukan2 kita yg lain, kita keluarkan sedikit masa utk agama Allah s.w.t. Ini satu kesilapan yg begitu besar yg perlu kita minta keampunan dari Allah s.w.t.  Semoga Allah s.w.t ampunkan kita semua.

 

Ibrahim a.s. buat kerja dengan meletakkan di hadapannya kerja dia yang sebenar. Selepas itu Allah s.w.t bantu dia dan kalahkan Namrud. Bila Musa a.s letak kerja dia di hadapan dan dia buat bersungguh2, Allah s.w.t gagalkan Firaun dengan kudratNya. Segala batil2 yg ada di atas muka bumi ini, kita selalu pandang dan fikir macam mana kita hendak musnahkan batil itu. Kita tidak harus pandang benda itu. Allah s.w.t berkuasa utk gagalkan semua kebatilan bila kita dtg kpd kerja asal kita. Ibrahim a.s buat kerja dia, dia tidak buat persiapan2 yg lain, Musa a.s pun tidak sediakan tentera. Baginda s.a.w pun, 313 org, pedang pun tidak ada, kenderaan pun tidak ada, tidak ada baju besi, tidak ada persiapan, kelengkapan, Allah s.w.t gunakan kudratNya utk gagalkan musuh2 Baginda s.a.w. Dlm peperangan Khandak, Allah s.w.t dengan kudratNya hancurkan musuh.

 

Dlm peperangan Hunain, bilangan org yg sedikit beroleh kemenangan atas golongan yg besar. Setiap manusia di atas muka bumi ini harus jadi org yang simpati, kasih-sayang dan kita kena fikir bagaimana mereka datang kepada agama Allah s.w.t. Kudrat Allah s.w.t bersama dgn kita. Segala batil yg ada dlm dunia ini, Allah s.w.t akan musnahkan mereka, tumpaskan mereka melalui kudratNya. Kita kena lihat di depan kita, apa perintah Allah s.w.t terhadap kita sepertimana Allah s.w.t perintahkan pada Baginda s.a.w, “Apa yg disampaikan kpd tuan, tuan kena sampaikan. Sekiranya tuan tidak sampaikan apa-apa yg disuruh, tuan tidak menyempurnakan hak risau, hak kerasulan”.

 

Mana-mana manusia yg jaga keselamatan perniagaan dia dan tidak kisah ttg kerugian dlm agama, maka bila dia ucap Lailahaillallah, Allah jawab, “Kamu pendusta, kamu sibuk dgn kamu punya urusan, agama makin lama makin kurang, masih kamu sebut Lailahaillallah, jadi sebutan kamu dusta”. Daripada lubuk hati kita, kita kena minta maaf daripada Allah s.w.t. Kita ialah khalifah Allah s.w.t. Hari ini, tuan-tuan yang mulia, pendirian kita hari ini ialah kita khalifah kepada raja2, khalifah kepada menteri2, khalifah kepada perniagaan2 kita, khalifah kepada pertanian2, nauzubillah, taubat cepat2 sebelum Allah s.w.t pukul tuan-tuan dengan kasut. Kita kena lihat perangkaan dalam kerja kita, fikir tentang orang datang kepada agama dan iman. Berapa yang sudah beriman, berapa yang belum beriman. Itulah kita punya kerja utama. Kita kena buat kerja itu dan kita kena sediakan org2 lain untuk buat kerja Baginda s.a.w dengan memberitahu kepada mereka, “Bila buat kerja nabi, akan dpt manafaat di dunia dan manafaat di akhirat”.

 

Kita beritahu kepada manusia kehidupan yang kekal abadi ialah akhirat dan kehidupan dunia sementara dan Allah s.w.t hantar untuk usaha. Kita kena fikir untuk diri kita dan fikir untuk org2 lain bagaimana kita dapat buat usaha agama dan bawa org kpd usaha agama. Sepertimana Allah s.w.t bantu ambiya a.s, begitulah Allah s.w.t akan bantu kita. Kesilapan kita yang paling besar ialah kita punya gerak-geri mengikut keadaan zaman, mengikut keadaan batil. Kita kena jalankan kerja kita dengan pandang pada kuasa dan kudrat Allah s.w.t, bukan apa yang ada pada kita. Allah s.w.t akan aturkan urusan dunia ini dengan nizam ghaibNya sendiri bila kita ambil tggjwb dan buat kerja kita yang sebenar. Apa kerja kita yang sebenar? Di setiap penjuru di atas muka bumi ini, kebesaran Allah s.w.t dapat dilaungkan, sampai kepada org supaya orang beriman kepada Allah s.w.t. Apa yang Allah s.w.t mahu ialah supaya manusia dapat beriman kepada kehendak Allah s.w.t. Jangan kamu pandang apa-apa di hadapan kamu. Ingat! hanya kudrat dan kuasa Allah s.w.t sahaja di hadapan. Fikir apa yang Allah s.w.t mahu kita buat skrg ini.

 

Kalau kita buat apa yang Allah s.w.t mahu kita buat, maka Allah s.w.t akan bantu kita dgn kuasa gilang-gemilangNya. Allah s.w.t akan gunakan kudratNya dan akan gagalkan batil dan segala rupabentuk batil. Bukan kita punya kerja utk mengalahkan batil atau memusnahkan batil, itu kerja Allah s.w.t, sepertimana Allah s.w.t telah buat di Badar, sepertimana Allah s.w.t buat di Hunain, sepertimana Allah s.w.t telah buat di Khandak. Hari ini pun Allah s.w.t akan buat dgn cara yg sama. Di mana2 ada batil, di Eropah, di Amerika, jangan tuan2 takut, jangan letak benda dalam pandangan, jangan fikir perkara itu. Allah s.w.t berkuasa, satu angin datang, hati2 batil semuanya boleh berubah, jadi baik atau batalkan mereka punya rancangan dan gagalkan mereka punya rancangan. Tidakkah kita lihat bagaimana Allah s.w.t beritahu kepada kita, macamana Allah s.w.t tukarkan keadaan waktu Namrud, waktu Firaun, waktu Qarun, segala persiapan yang mereka ada, Allah s.w.t terbalikkan hasil2 dan natijah dan gagalkan perancangan mereka. Hari ini, kita kena anggap diri kita sebagai khalifah Allah s.w.t, kita kena sediakan diri kita untuk bawa agama ke seluruh manusia, sekiranya selama ini kita tidak buat demikian, itu adalah satu kesilapan yang besar dan kita harus bertaubat dan beristighfar. Kita buat usaha dgn cara dan tertib yg diajar oleh Baginda s.a.w.

 

Mula2 kita kena buat usaha atas iman, selepas itu bawa org kpd iman. Allah s.w.t beri segala hukum-hakam dlm urusan2 kita. Kita kena menyempurnakan hukum-hakam Allah s.w.t, wujudkan suasana belajar dan mengajar agama, bermuzakarah bagaimana Baginda s.a.w dpt menunaikan takazah2 agama. Hendak musnahkan batil, bukan kerja kita, ia adalah kerja Allah s.w.t, Allah s.w.t boleh buat. Allah s.w.t boleh beri iman kpd org atau gagalkan perancangan mereka. Kita kena sediakan hati kita iaitu segala kejayaan dari Allah s.w.t. Segala kejayaan akan dtg kpd kita bila kita amalkan kehidupan yg dibuat oleh Baginda s.a.w. Pada umumnya semua org Islam ke arah ini. Dia usaha atas dirinya, usaha atas org2nya, maka Allah s.w.t akan beri anugerah dan kurniaanNya kepadanya. Inilah kerja asal kita. Selagi kita tidak dapat datang kepada kerja asal kita, maka daya fikir kita pun tidak akan betul. Oleh kerana itu, kita mohon kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, Engkau beri kpd kami, kerja yg besar ini, jadikan kami khalifah kpd ketua kpd semua ambiya a.s”. Bila kita minta dpd Allah s.w.t supaya kita dpt buat kerja dgn pandangan semua org di hadapan kita, seluruh manusia di hadapan kita, jadi Allah s.w.t akan bantu kita. Allah s.w.t akan bantu kita mengikut kita punya fikir. Allah s.w.t akan beri kpd kita fikir utk mengendalikan kerja seluruh alam.

 

Sebagi contoh, ada org mengendalikan satu kedai di satu bandar, ada org mengendalikan 3 kedai di satu bandar, ada org mengendalikan lebih dpd 3 kedai di negaranya, ada org menjalankan perniagaan antara bangsa, dia mengendalikan pejabat2 di seluruh alam. Mana dia dpt daya fikir? Allah s.w.t yg beri kpdnya. Begitu juga bila kita letak seluruh kemanusiaan di hadapan kita, Allah s.w.t akan beri kita kemampuan, kekuatan, bantuan dan fikiran supaya kita dpt buat usaha seluruh alam. Semua manusia diberi daya faham oleh Allah s.w.t. Fikir juga dtg dpd Allah s.w.t. Matlamat kita, semua raja2a di dunia, semua sultan2 di dunia, semua pekilang2 di dunia, semua pekedai2 di dunia, semua peniaga2 di dunia, semua petani2 di dunia, semua dtg kpd iman dan amal soleh. Itulah matlamat usaha kita. Semua kita yg dtg dari mana2 pun, kita jangan anggap kita daripada situ. Bukan juga kita dipunyai oleh jawatan2 yang kita kerja. Kita sekarang buat kezaliman atas diri dan buat kezaliman atas seluruh manusia. Kita kena minta keampunan Allah s.w.t. Kita kena buat keputusan bahawa kita akan buat usaha bagi pihak Baginda s.a.w. Kerja kita ialah bawa kalimah ini kepada semua manusia. Bila kita cakap dgn org, “Qulu lailahaillallah tuflihun”, “Wahai manusia, ucaplah lailahaillallah, pasti kamu akan dpt kejayaan”, kalau kita cakap sbg satu individu atau sbg raja atau sbg peniaga, maka kesannya lain, ttp bila kita cakap kalimah yg sama sbg khalifah Rasulullah s.a.w, maka kesannya lain. Bila kita cakap sbg khalifah, maka ia menjadi sbg satu tggjwb.

 

Pada satu pagi, Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t utuskan saya sbg rasul utk seluruh alam, saya kena sampaikan seruan Allah s.w.t kpd semua manusia di atas muka bumi ini. Wahai manusia, dgn yakin kpd Allah s.w.t, sampaikanlah seruan Allah s.w.t kpd semua manusia di seluruh dunia. Wahai manusia, tggjwb kamu ialah kamu kena sampaikan seruan Allah s.w.t kpd setiap manusia di seluruh permukaan alam ini”. Ini ialah permintaan Baginda s.a.w kpd umat ini. Kita kena bertaubat dgn hati yg benar, dgn sebenar2 taubat iaitu kita bukannya dtg tanpa maksud, ttpi kita ialah umat Baginda s.a.w. Tidak kiralah kita dpd mana pun, Australia, Amerika, Afrika, kita dihantar, diutuskan utu seluruh manusia di seluruh alam. Kita kena letakkan di hadapan kita seluruh alam dan buatlah kerja kita yg sebenar. Bukan sahaja seluruh alam, malah sampai hari qiamat. Zaman kita ialah zaman sampai hari qiamat. Kita punya kekuatan, kita punya pemikiran, semua harus digunakan utk kerja ini iaitu dgn kita letakkan dunia di depan kita sampai hari qiamat. Sebagaimana seorg peniaga dia fikir pada waktu malam, apa yg dia hendak buat esok. Petani fikir, apa dia kena buat esok, fikir ttg sarapan, sarapan perlu difikir sesuai dgn kerja dia. Kita tidak anggap kita ini ditggjwbkan utk seluruh manusia di seluruh alam supaya org jadi beriman, supaya semua org jadi org Islam. Allah s.w.t akan beri fahaman dan fikir mengikut tahap itu. “Kalau kamu bersusah payah di jln Kami, Kami pasti memberi petunjuk kpd kamu”, ini janji Allah s.w.t dlm kitab suciNya. Org2 yg berusaha utk Allah s.w.t dan sanggup bersusah-payah dan bermujahadah utk Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan beri kepada kita nur fahaman, nur basirah, yg tersendiri. Allah s.w.t ajar mereka jalan ke syurga. Sepertimana mrk berusaha utk menambahkan daya upaya dalam usaha mereka spt itulah Allah s.w.t meninggikan mereka dan amal kerja dpd mereka dan Allah s.w.t tarbiyah mereka, beri fahaman kpd mereka.

 

Bantuan Allah s.w.t akan dtg mengikut susah-payah dlm usaha. Allah s.w.t akan beri hikmah kpd kita bagaimana kita dpt tarik seluruh dunia, setiap manusia kpd agama Allah s.w.t. Fahaman kerja ini akan diberi oleh Allah s.w.t kpd kita. Jadi, ini semua akan dtg bila kita jadikan kerja ini sbg kerja kita yg asal, kerja kita yg sebenar. Kita sudah rancang, bila habis ijtimak kita semua akan balik rumah atau paling maksima kita akan keluar 3 cillah/4 bulan. Ada yg dtg utk menyertai ijtimak. Bukankah kita dtg dan kumpul utk bawa fikir Rasulullah s.a.w? Fikir bagaimana setiap manusia di permukaan alam ini dpt iman. Org yg sudah beriman, berapa banyak dpd mrk sudah amalkan Islam, berapa banyak yg belum amalkan Islam, berapa banyak sudah amalkan perintah Allah s.w.t atau tidak. Ini kita tidak fikir. Di mana kekuatan org Islam digunakan hari ini? Adakah utk agama atau bukan agama? Kita tidak fikir supaya bagaimana setiap manusia di atas muka bumi ini dtg kpd agama Allah s.w.t. Kita tidak ada fikir langsung atas perkara tersebut, yg jaga pun tidak fikir, yg tidur lagilah tidak boleh fikir. Yg tidur, tolong tuan2 kejutkan. Kita kena fikir sama2, semua org yg hadir di sini, bagaimana dan apa kita perlu buat supaya seluruh manusia di seluruh muka bumi ini dtg epd iman. Semua kita patut gelisah sepertimana Hadrat Aishah r.a, hilang satu kalung, beliau gelisah hendak cari.

 

Hari ini, tujuan hidup kita sudah berubah, cara usaha pun berubah. Allah s.w.t sudah tunjukkan pada kita dari awal sampai ke akhir, macamana usaha2 dibuat oleh sahabat2. Seorg sahabat yg masuk dlm Islam terakhir sekali, dia pun diberitahu tggjwb yg sama. Satu org dtg kpd Baginda s.a.w pada akhir2 hayat Baginda, dia sanggup masuk Islam ttpi tidak sanggup pecahkan patung2, tidak sanggup solat, tidak sanggup bayar zakat. Baginda s.a.w kata, “Tidak, kamu kena pecahkan patung2, kamu kena solat”. Bila Baginda s.a.w hantar Muaz b. Jabar r.a ke Yaman, Baginda s.a.w beritahu padanya, “Mungkin bila kamu balik esok, kamu akan lihat kubur aku sahaja”, Muaz b. Jabar r.a tanya nasihat, “Apakah nasihat2 terakhir utk saya?” Baginda s.a.w kata, “Kerja pertama kamu ialah bawa mereka kpd Islam, suruh mrk mengucap kalimah syahadah dan selepas itu ajak mrk kpd solat”. Begitu juga hari ini, kita kena fikir, setiap manusia di atas muka bumi ini dtg atau tidak kpd kalimah syahadah? Ini kita kena fikir skrg ini, bukannya kita fikir bila kita balik nanti. Cara Baginda s.a.w sudah diberitahu. Slps bersyahadah, apa ibadat yg pertama? Solat. Macamana hendak solat? Tarekat itu kita kena ajar. Inilah kerja pertama kita, kerja org2 Islam, bawa setiap org di atas muka bumi kpd kalimah syahadah, bawa setiap manusia di muka bumi kpd ibadah kpd Allah. Ibadah perlu dipelajari dgn cara yg diajar oleh Baginda s.a.w. Kita kena menyediakan setiap org atas perkara itu. Selagi kita tidak buat perkara ini, semua apa yg kita buat akan jadi terbalik, semua kerja yg kita buat tidak akan jadi betul.

 

Oleh itu, kita bertaubatlah dengan sebenar2nya dengan hati yang bersih, “Ya Allah, kami ini sepatutnya jadikan maksud Rasulullah s.a.w sbg maksud kami, ikut cara Rasulullah s.a.w buat usaha agama tetapi selama ini kami tidak buat perkara ini”. Kita kena bertaubat, kembali kepada usaha itu, menyediakan org kpd syahadah dan menyediakan org kpd beribadah kpd Allah s.w.t. Diri kita sendiri, kita jadikan diri kita yang dapat ikut perintah2 Allah s.w.t dan menyediakan org2 supaya mereka juga dpt amalkan perintah2 Allah s.w.t dalam keseluruhan hidup kita. Kelemahan dan kekurangan kita ialah sampai sekarang ini, kita belum jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sebagai maksud hidup kita. Tuan2 yang datang di sini, dalam kita buat usaha dakwah, perkara yang paling penting dlm agama kena diutamakan, selepas itu yg kedua, ketiga dan seterusnya. Perkara yg paling penting sekali, paling mustahak sekali ialah saya dan tuan2 kena jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sbg maksud hidup kita. Selain dpd perkara ini, kita jgn fikir dahulu. Kita jadikan maksud hidup Rasulullah s.a.w sebagai maksud hidup kita. Selepas itu, fikir yg kedua ialah setiap manusia di atas muka bumi ini dtg kpd kalimah syahadah. Berapa yg datang? Berapa yang tidak datang lagi? Kejayaan manusia bukan daripada kerajaannya, bukan dpd hartanya, bukan dpd tenteranya. Kejayaan manusia ialah bila dia amalkan perintah Allah s.w.t dengan cara Baginda s.a.w. Kita kena bawa seluruh manusia kepada fikiran ini.

 

Selepas itu kita lihat, apa dia perintah Allah s.w.t yg lain. Macamana kita hendak melaksanakannya? Bila kita mengandalkan usaha agama dgn tertib ini, tertib yg Rasulullah s.a.w amalkan, maka segala nizam dan pentadbiran ghaib Allah s.w.t akan bantu kita. Org lelaki, org perempuan, semua nampak kejayaan dlm khazanah Allah s.w.t. Org Islam akan lihat, kejayaan bukan dlm wang ringgit, pangkat, jawatan, ttpi kejayaan dpd khazanah Allah s.w.t. Setiap manusia akan belajar perintah2 Allah s.w.t dan tidak akan ambil masa yg panjang utk ajar agama kpd org kerana setiap org akan ingin belajar agama kerana dia tahu iaitu bila dia amalkan agama, maka dia akan dpt kejayaan daripada Allah s.w.t. Kita bukan datang ke sini untuk buat bayan yang panjang2. Kita datang ke sini untuk buat fikir bagaimana setiap org dtg kpd kalimah syahadah. Selagi kita tidak jadikan maksud hidup Baginda s.a.w sbg maksud hidup kita, maka selagi itulah daya fikir kita tidak akan jadi betul. Segala kekuatan kita akan jadi sia2 sahaja. Maksud kita mesti betul. Cara hendak capai maksud itu juga mesti betul iaitu cara Baginda s.a.w. Setiap manusia di seluruh alam harus sedar iaitu kejayaan mereka, kegagalan mereka, kemuliaan, kehinaan, semuanya di tangan Allah s.w.t. Kita tidak harus hidup dgn pandang keadaan dan harta benda ttpi kita hanya akan lihat perintah Allah s.w.t. Apa yg Allah s.w.t suruh amalkan, kita amalkan, apa yg Allah s.w.t suruh tinggalkan, kita akan tinggalkan.

 

Bila kita melaksanakan perintah Allah s.w.t, maka kita akan dpt kejayaan. Perintah Allah s.w.t yg terbesar iaitu setiap manusia di atas muka bumi ini, dlm hati mereka dpt dtg kebesaran Allah s.w.t. Di mana sahaja kita berada, dalam apa keadaan kita berada, ada perintah Allah s.w.t yg menuju kepada kita dan kita kena melaksanakan perintah itu. Utk melaksanakan perintah Allah s.w.t, kalau kita kena korbankan keuntungan, maka kita kena korbankan, kalau kita kena mengalami kerugian, kita sanggup mengalami kerugian, asalkan perintah Allah s.w.t tidak tertinggal. Kita benar2 bertaubat atas kesilapan kita dan kekurangan kita. Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya akan beri kepada kita faham yang betul, daya fikir yang betul dan kekuatan kita, kemampuan kita, akan kita dapat gunakan dengan cara yang betul dengan bantuan Allah s.w.t. Semua nizam2 atau pentadbiran Allah s.w.t, semua pentadbiran Allah s.w.t di atas muka bumi ini, Allah s.w.t akan betulkan dan yang batil akan dihapuskan. Yang penting kita datang kepada kerja asal kita. Berapa besar maksud hidup yang Allah s.w.t telah beri kepada kita. Allah s.w.t jadikan kita khalifah kpd Allah dan Rasul. Inilah kerja asal kita.

 

Baginda s.a.w bersama2 sahabat, sampai ke Madinah, apa fikir mereka? Utk makmurkan bandar? Tidak. Sampai sahaja disana, mereka buat kerja asal mereka. Fikir utk buat kerja asal mereka. Kita kena beritahu pada setiap manusia di atas muka bumi ini, ya aiyuhannas, raja, menteri, peminta sedekah, peniaga, “qulu lailahaillallah tuflihun”, ucaplah lailahaillallah, pasti kamu akan dpt kejayaan. Bila kita dtg kpd kerja asal kita, kita tidak perlu pandang kpd benda2 lain. Satu ketika, Hadrat Ali r.a dlm keadaan lapar, masih buat kerja agama, kemudian baru dapat kerja dgn yahudi. Waktu itu, dia boleh fikir, kerja dulu, makan dulu, kemudian barulah buat kerja Nabi. Mereka utamakan kerja nabi dahulu, kerja utk makan di kemudiankan. Allah s.w.t yg beri makanan kpd kita, Allah s.w.t beri rezeki kpd kita, tetapi kita anggap kita yg buat, kita yang hasilkan makan minum. Semua makhluk di atas muka bumi ini dipelihara oleh Allah s.w.t, diberi rezeki oleh Allah s.w.t. Kita dtg kepada maksud yang sebenar.

 

Bila melaksanakan maksud asal kita, kalau kita dat kelaparan, kerana kelaparan kita dan haus kita, maka akan jadi asbab utk mengeluarkan berjuta-juta manusia dpd kelaparan yg sebenar iaitu kelaparan di neraka, tidak ada makanan. Satu hari kita lapar kerana agama Allah s.w.t, mungkin akan jadi asbab untuk selamatkan berjuta-juta manusia dpd kelaparan di akhirat utk selama2nya. Tempat2 yg jemaah belum sampai, tempat2 itupun kita kena hantar jemaah supaya org dtg kpd agama. Tuan2 keluar dlm apa juga keadaan yg tuan2 ada ke sana. Bila tuan2 keluar dlm keadaan tuan2 ada, jadi fikiran tuan2 tidak akan pergi kpd harta benda dsbnya. Pemikiran kita hanya akan bergantung kad Allah s.w.t. Perkara yg paling penting ialah jauhkan pandangan kita dan pemikiran kita dpd segala2 dan hanya tumpu pada Allah s.w.t. Kita pergi mana2 shj dan kita mohon dan minta dpd Allah s.w.t. Skrg tuan2 bentuk jemaah ke tempat2 yg tuan2 hendak pergi.

 

Blog di WordPress.com.