Buyaathaillah's Blog

Bayan Jumidar Markaz Nizammuddin Captain Nuruddin

Bentang takazah & pemantapan nehej : kapt nuruddin
03/10/2018 – sri petaling

Kita duduk dlm majlis ini dgn hati yg terbuka, fikiran yg terbuka, kita terima takazah seluruh alam dan semoga Allah sampaikan niat kita dan juga apa2 sahaja yg berkenaan dgn diri kita ada hubungan dgn Allah s.w.t.

Satu perkara yg sangat besar, perlu usaha yg besar. Allah s.w.t sendiri adalah da’i. Allah s.w.t jemput semua manusia ke syurga. Allah istiharkan bahawa Dia adalah da’i. Allah hantar nabi s.a.w sebagai bukti kerasulan utk ambil kerja dari Allah utk bawa manusia kpd hamparan/syurga Allah.

Umat ini dihantar atas kerja yg sama, iaitu kerja kenabian. Nabi akhir zaman, umat akhir zaman, satu kerja, satu maksud. Kerja yg besar atas maksud yg besar. Usaha yg paling besar ialah usaha dakwah.

Dakwah ada hubungkait dgn iman. Amal dtg selepas itu. Amal adalah hasil usaha atas iman. Tanpa usaha atas iman tidak ada amal.

Amal tanpa usaha atas iman adalah hanya ikutan dan kepercayaan. Amal yg mati. Amal kegelapan.
Umat sekarang dlm kegelapan dlm amal dia sendiri. Amal tanpa usaha kenabian tidak ada hubungan dgn Allah.

2 kalimah, lailahaillallah muhammadurasulullah. Sentiasa kena ada iman dan usaha atas iman.
Perkara yg paling besar ialah iman dan dihubungkan dgn usaha yg paling besar iaitu dakwah.

Amal yg dibuat di masjid nabi dpt ganjaran 50,000 dan di masjidilharam 100,000 tapi keluar di jln Allah dpt 700,000. kenapa?
Sebab usaha utk bawa amal masjid nabawi dan amal di baitullah kpd umat adalah usaha yg sangat besar. Penuh dgn mujahadah. Usaha yg besar ini dihubungkan dgn pahala yg sangat besar.

Sahabat faham perkara ini. Umat ini adalah umat da’i. Umat dakwah. Umat kenabian. Umat mujahadah. Umat yg perlu bergerak. Umat yg perlu bersusah payah. Umat ini bukan hanya duduk dlm masjid. Bukan umat hanya utk solat, zikir. Kita akan ditanya oleh Allah di akhirat tentang t/jawab. Adakah kita telah laksanakan t/jawab kerja agama ini. Kita tak ditanya tentang hasil. Tak pernah kerja agama dihubungkan dgn hasil. Usaha atas hasil adalah usaha dunia.

Bukan semua usaha agama adalah dakwah. Kita kena faham perkara ini. Usaha utk sampaikan agama kpd umat, bukan semua usaha yg diterima. Hanya dgn cara sahabat sahaja di terima. Umat ini kena lazimkan/biasakan dgn kehidupan sahabat. Maksud usaha ialah penerimaan. Bukan utk jadi org lama. Utk jadi org yg diterima oleh Allah. walaupun baru keluar. Usaha yg ada keyakinan penuh tentang janji Allah.

Semasa perang khandak, nabi bagitau, salah seorang drp kamu akan dikahwinkan dgn org paling cantik di parsi, rambut mcm ni, mata mcm ni, kulit mcm ni, pakaian mcm ni, seorang sahabat yg baru telah bangun dan kata kahwinkan saya dgn dia. Dia yakin. Selepas beberapa tahun, zaman saidina usman, org yg sama telah dikahwinkan dgn wanita tersebut, walaupun dia dah tua. Janji Allah bersama usaha.

Setiap masa usaha agama dikaitkan dgn mujahadah. Tidak ada usaha agama tanpa mujahadah. Tanpa mujahadah dan tanpa ikhlas, tiada penerimaan dlm usaha ini. Walaupun siang-malam mesyuarat, usaha tak maju sebab tiada mujahadah dan tiada ikhlas. Kena tolak cara pengalaman, cara kepandaian. Hanya cara sahabat.

Allah s.w.t sedang buat pembersihan seluruh alam. Zaman nabi penuh dgn munafik. Nabi sendiri pun ambil mesyuarat dari org munafik. Allah nak tunjuk kpd kita, cara penerimaan Allah hanya jln kerja yg satu. Allah akan pamerkan kebatilan di dunia ini lagi. Setiap kerja walaupun kecil yg ada hubungkait dgn kerja agama adalah sangat besar.

Allah buat keputusan dilangit tentang umat ini. Masa di arafah, hj widak, 124,000 sahabat, nabi telah lambatkan pergerakan, sahabat semua tunggu, sabar, taat, mereka faham kehendak nabi, Kelewatan bergerak sebab nabi tunggu usamah b zaid, satu org yg tak handsome, hidung kemek, kulit hitam, tapi nabi s.a.w sayang kpd dia. Jemaah dari yaman, telah berkata pada satu sama lain, ‘sebab budak ini kita lambat bergerak’. Mereka tak puas hati. Abdullah ibnu masud bagitau, asbab komen mereka kpd usamah itulah yg menyebabkan ramai di kalangan org yaman telah murtad.

Pentingnya kita hubungkan diri kita dgn jln kerja yg betul, iaitu jln kerja sahabat. Bukan jln kerja org lama, syura.

Usaha ini hubungkan kita dgn kerja kenabian. Bukan hubungkan manusia dgn manusia, dgn org yg kita kenal, dgn markaz. Kerja tak perlu kpd masjid.

usaha bermula dari rumah arqam bin abi arqam. usaha tak bermula dari baitullah. Khatijah r.ha meninggal tanpa perintah solat, tanpa perintah tutup aurat, tanpa perintah puasa, hanya yg ada usaha yg mujahadah tapi Allah kirim salam pd beliau.

Allah hubungkaitkan usaha dakwah ini dgn perkara2 yg berlawanan dgn keadaan. Allah nak tunjuk bahawa usaha atas iman ni tak perlu apa2.

Setiap nabi pergi jumpa musuh Allah. yg cipta musuh Allah ialah Allah. yg beri kekuatan pd musuh Allah adalah Allah. ini sunatullah. Allah cipta hak. Allah cipta kebatilan. Allah bersama dgn usaha.

Nabi2 bawa dakwah jumpa musuh Allah. Nabi2 tak bawa senjata. Dakwah adalah senjata yg paling hebat. Dakwah dan doa.Keluar di jln Allah bawa usaha kenabian, bawa cara kerja yg betul, bawa tertib, bawa usul, bawa satu hati, bawa fikir.

Melalui dakwah ada hubungan dgn kudrat Allah. Melalui perintah Allah, Allah akan ubah keadaan. Perintah Allah bersama dgn usaha. Apa kehendak org yg buat usaha agama itulah kehendak Allah. Kita kena faham kekuatan yg Allah bagi bagi pd seorang da’i. Kekuatan Allah bersama dgn da’i. Allah bersama dgn org yg lemah. Tak pernah lagi dlm sejarah usaha agama, Allah bersama dgn org yg kuat atau bersama majority. Tak pernah dan tak mungkin, ini bukan cara Allah.

Sahabat faham perkara ini. Mereka sanggup pergi walaupun satu org. Satu org sahabat je pergi jumpa raja parsi. Satu org sahabat je pegi intip abu suffian. Bersama satu org sahabat itu ada Allah dan semua tentera Allah. Kita kena sentiasa buat usaha sebagai org yg tiada upaya. Kita yg berhajat pd usaha. Janji Allah bersama dgn usaha.

Kita buang kefahaman yg salah, perlu duit, perlu cuti, perlu benda. Kita hanya perlu penerimaan Allah. Kerja kita angkat kaki. Kerja Allah sampaikan kita dimana2 sahaja Allah suka. Kita kena tolak asbab. Usaha ini tidak pernah dihubungkaitkan dgn asbab. Perkara yg berlaku semasa mikraj tak ada hubungan langsung dgn sains dan asbab.

Iman adalah perintah Allah. “Wahai org beriman, usaha atas iman. Usaha atas iman adalah perintah Allah yg paling besar. T/jawab yg besar ini telah diberi pd umat akhir zaman. Walaupun umat ini umur pendek, badan tak kuat, banyak masalah, banyak keperluan, tapi umat ini yg pertama akan masuk syurga.

Ini cara Allah. Kita kena faham cara Allah ini supaya kita dpt penerimaan dari Allah. Kita tak nak jadi muflis di akhirat nanti. Kita kena bawa diri kpd ketaatan, ijtimaiyat dan ummumiyat. Apa maksud ijtimaiyat, ummumiyat? Melalui ijtimaiyat dan ummumiyat ini, Allah s.w.t akan gegarkan kekufuran. Spt haji, solat berjemaah, ijtimak. Allah akan gegarkan kekufuran. Perlu disyiarkan.

Pada fatah mekah, sayyidina abbas telah bawa abu suffian naik ke tempat yg tinggi dan lihat keadaan sahabat. Bila masuk waktu solat, semua sahabat ambil wuduk, abu suffian terkejut dan takut tengok keadaan tersebut. Ianya telah gegarkan abu suffian.

Hindun yg punya hati yg keras juga telah digegarkan. Pd malam fatah mekah, hindun intai apa sahabat buat. Hindun nampak sahabat sedang menangis, ada yg sedang sujud, ada yg sedang berdoa. Malam kemenangan patutnya bersuka ria tapi sahabat menangis. Ini perkara yg sangat pelik. Ia telah melembutkan hati hindun.

Bila ada ijtimaiyat, sebesar2 batil pun akan hancur. Bukan melalui senjata tapi melalui amal. Melalui satu hati, ijtimaiyat. Bukan peribadi.

Usaha agama berlawanan dgn peribadi. Peribadi akan memecahbelahkan kerja agama. Maksud peribadi ialah kita dahulukan kehendak kita. Kita sembunyikan hasrat dihati dlm mesyuarat. Kita berbaik2 dgn org yg boleh buat keputusan. Ini syaitan paling besar.

Kita kena buang. Kita tak mahu ada sangkut paut dgn kebatilan dlm kerja ini. Kita tak nak jadi org yg rugi dlm usaha agama. Kita tak mahu jadi org yg dikenali. Kita mahu jadi org yg diterima. Kita kena sentiasa doa supaya Allah terima kita. Dlm cara penerimaan Allah ada mujahadah supaya kita sentiasa ada usaha utk mengatasi perkara yg berlaku dlm hidup kita.

Isteri buat hal, anak buat hal, kerja buat hal, kawan2 buat hal, ajk masjid buat hal, kerajaan buat hal. Ini adalah pembersihan. Allah yg akan selesaikan semua perkara tersebut. Bila? Bila ada penerimaan akan ada pembersihan. Selepas pembersihan, keikhlasan dtg dlm hati, Allah yg buat segala-galanya.

Semasa masuk mekah semasa fatah, nabi s.a.w tunduk. Engkau yg lakukan segala-galanya ya Allah.
Kita kena letak umat di depan. Di mana sahaja kita berada walau kita sorang di mahalah kita, dakwah kita atas semua org seluruh alam. Tak boleh lari dan akan ditanya atas perkara tersebut. Kita kena laksanakan t/jawab ini. Ini maksud umat ini. Kemuliaan umat ini adalah dlm kerja ini. Mendatangi umat. Pergi jumpa umat. Bawa amal masjid kpd umat.

Usaha ini besar. Fikir sejenak. Berdiri sejenak. Dpt ganjaran 700 ribu. Allah nak bagitau betapa besar ganjaran buat usaha ini.

Sahabat miskin bukan sebab tak kerja. Mereka terlalu risau pasal akhirat. Tak ada masa. Pendeknya waktu. Mereka tak ada masa nak risau pasal keperluan. Ada jutaan umat lagi akan dtg dtg selepas mereka. Kalau sahabat bagi tumpuan pd keperluan, ramai manusia akan mati tanpa iman. Sahabat ada keluarga, ada ladang. Mereka nampak akhirat. Mereka nampak neraka, mereka nampak syurga. Mereka nak kita juga hari ni nampak perkara tersebut. Barulah kita akan sedar bahawa keperluan kita ni kecik je. Kita tahu nilai duit tapi tak tahu nilai akhirat.

Maksud dakwah ialah jln kerja cara sahabat. Kita kena faham. Buklan cara nizamuddin, bukan cara syura. Usaha kita bawa umat atas jln sahabat. Jln penerimaan. Jln mujahadah. Barulah Allah akan zahir bantuan ghaibiah. Kerja agama sentiasa berlawanan dgn arus.

Usaha atas iman adalah perintah Allah atas setiap individu. Perintah yg berterusan. Usaha atas ilmu ada jangkawaktu. Usaha atas ilmu ada pengakhiran. Usaha atas iman tak berakhir. Usaha atas ilmu berakhir dgn amal. Ilmu yg tak diamalkan bukan ilmu. Itu kebatilan, itu kegelapan. Itu hanya pengetahuan. ilmu utk amal.

Usaha atas iman berakhir bila jumpa Allah. Jumpa Allah bawa iman.Maksud dakwah adalah bagaimana nak menyempurnakan iman. Usaha atas 6 perkara sampai hari kiamat macam mana nak bawa agama yg sempurna dlm kehidupan. Iman tak boleh cacat.

Satu org yg baik, bagus, suka tlg org, warak, tapi hidupnya susah, macam2 masalah, sebab apa? Sebab dia hanya bawa 40% agama dlm hidup dia. Dia hanya bawa ibadat tapi cara hidup tak ada. Tidur macam mana, bangun macam mana, masuk bilik air macam mana, pakai baju macam mana, itu semua agama. Agama bukan sahaja ibadat. Agama yg sempurna akan dtg melalui kerja agama. Barulah ibadat jadi betul, solat betul, puasa betul, haji betul, muamalat betul, muasyarat betul, akhlak betul. Kita jadi quran yg bergerak.

Usaha dakwah bukan utk org lain. kalau kita buat dakwah utk org lain, akan tiba satu masa nanti kita akan tinggalkan dakwah. Ramai org keluar 4B, balik tak buat usaha, sebab dia rasa dah buat usaha. Dia rasa dah o.k. Inilah kezaliman yg besar. Kita umat yg telah 1400 thn jauh dari zaman sahabat. Berakhir zaman uthmaniyah turki 1920, maka keberkatan wahyu telah terputus sehingga lahirnya maulana ilyas rah. Mujadid akhir zaman.

Akan ada mujadidi lain dlm masa 100 thn dan akan bawa usaha ini ke tahap yg lebih tinggi lagi. Kita dlm perjalanan utk bagi diri, harta, masa dan akan berakhir dgn maut. Tak mungkin org buat usaha agama nak mati di rumah. Saidina umar sendiri doa utk mati syahid. Sebab dia org markaz, Allah syahidkan dia dlm markaz, di masjid nabawi, di raudah.

Kita dtg mesyuarat di markaz, mesyuarat di halaqah, di mahalah, di rumah bersama anak-isteri kita, atas maksud yg sama. Maksud macam mana nak sempurnakan kehendak agama di seluruh alam dgn cara kerja yg betul, nehej, method of work. Cara sahabt. Hanya satu jalan. Jalan ijtimaiyat. Jln ummumiyat. Jln pengorbanan. Jln ikhlas. Belakangkan kehendak dan kepandaian diri sendiri. Dahulukan apa kehendak Allah. kita kena mendantangi umat. Kita nak hidupkan amal masjid nabawi di setiap masjid.

Perintah usaha atas iman adalah atas diri. Tapi medan usaha adalah umat. Ini cara Allah yg sangat dahsyat. Dgn mendatangi umat, diri kamu dijanjikan hiayat. Hidayat yg sempurna. Tanpa menyambut takazah macam mana hidayat yg sempurna akan dtg. Tanpa menyambut takazah masalah tak selesai. Tak akan selesai. Antara kita dgn Allah tak ada rahsia. Jangan bagi alasan pd Allah. Kita boleh bagi alasan pd syura, semua org boleh terima, tapi adakah Allah akan terima. Bila bayangan akhirat dah nampak kita akan tinggalkan segala-galanya.

Org yg buat usaha, Allah akan nampakkan bayangan akhirat di dunia ini lagi.

Kita tak boleh dikecewakan oleh keadaan. Tempat tak ada usaha, tempat perpecahan, tetap kena buat usaha. Bila Allah dah buat keputusan utk sampaikan agamaNya, walau satu org kat situ, Allah akan hantar jemaah. Sebelum keputusan dibuat di langit, hak perlu sampai kpd dia. Bukan melalui alatan/whatsapp, tapi melalui kita, melalui bukti.

Sahabat bawa surat nabi jumpa kisra sebagi bukti kerasulan. Bila kisra koyak surat, sebenarnya dia telah koyak kerajaannya. Dia tak koyak usaha. Sahabat yg pergi jumpa kisra sangat lemah. Naik keldai masuk dlm istana. Bukan sahaja kerajaan dia hancur, Kisra telah diracun oleh anak dia sendiri, sehingga ke akar umbi hancur. Sebelum drp tu, kisra telah hantar 2 org jumpa nabi. Nak tangkap nabi. Nabi kata tuhan kamu (kisra) telah dibunuh. Tak perlu senjata.

Pesan elders pd org Malaysia, kena banyak menangis dan syukur pd Allah. spt fatah mekah. Sebab apa? Sebab tak terfikir hari ni org m’sia diberi t/jawab seluruh alam. Allah dah sampaikan, berterusan dan belum putus2 lagi. Banyak lagi negara2 yg diberi utk disempurnakan. Allah ambil kerja drp org yg tak ada upaya. Tak ada resume. Tak pandai bayan. Usaha tempatan tak kuat. Yg sempurnakan usaha ialah Allah.

Allah suruh nabi musa ketuk laut. Taat perintah Allah. Allah bukak 12 jalan. Ketuk pintu Allah utk terima kita dan bukak khazanah Allah. semua mujahadah dari Allah. Allah yg datangkan. Kita kena faham, kita kena buat kerja ini dgn sesungguh hati. Bukan sebagai beban. Kerja ini adalah nikmat dari Allah. Nikmat penerimaan Allah tak tinggalkan kita.

Hari ni, kalau kita ada segala harta di seluruh dunia dan buat pengorbanan utk agama, tak akan sama dgn pengorbanan sahabat. Sebab sahabat buat usaha dgn sepenuh hati. Dlm senang. Dlm susah.

Kita hari ni dtg susah terus minta tangguh. Penyelesaian masalah ada di langit. Kena ada hubungan dgn langit. Masjid tempat penyelesai segala masalah. Dahulukan amal masjid kemudian baru pergi kpd asbab. Baru masalah akan selesai. Muzakarah iman di masjid. Bila iman dibentuk ada penerimaan dlm amal. Walaupun hutang sebesar gunung pasti selesai.

Pertolongan Allah pd kita lebih lagi drp pertolongan Allah pd sahabat. Ini janji Allah. Allah tahu kita lemah. Kita kena ada kesungguhan. Jgn tolak takazah. Allah yg letak takazah depan kita.Org m’sia diberi t/jawab eropah, amerika, china, latin amerika, arab, afrika, oceania etc. Kalau kita fikir cara dunia, tak masuk akal. Usaha dakwah berlawanan dgn logik, kepandaian. Buang semua ni supaya tak ada batil dgn kita.

Kerja agama perlu beri duit,bukan ambil duit.Kita dah hadapi macam2 kebodohan dunia. Tapi sebab usaha agama kita tak terkesan. Kita tak mahu malu di padang mahsyar. Biar kita malu di dunia. Biar kita dibetulkan di dunia supaya ada penerimaan dan dpt gelak ketawa di akhirat. Apa sahaja yg dimesyuaratkan, dahulukan kehendak Allah walaupun tak ada upaya. Allah nak kita ambil t/jawab kerja. Kita semua syura. Kita semua org t/jawab markaz. Kita semua serupa atas kerja kenabian. Kita bertanggungjawab atas semua org.

Allah s.w.t tak pernah tinggalkan satu org nabi pun. Allah s.w.t tak pernah tinggalkan satu org sahabat pun. Begitu juga dgn kita, melainkan kalau kita langgar usul. Siapa yg langgar usul, bawa cara sendiri, siapa yg dahulukan personality, dia tak rosakkan usaha tapi dia rosakkan diri dia sendiri. Asas usaha adalah baiki diri. Jgn sesekali nak baiki org lain. Baiki diri. Medan baiki ialah umat. Yg akan baiki ialah Allah. Allah akan ubah. Lepas keluar 3 hari, pakaian ubah. Lepas keluar 3 hari, kencing betul. Lepas keluar 3 hari, jalan tunduk. Kembali ke jln asal kerja iaitu cara nabi dan sahabat.

Bila tinggalkan sunnah, umat ini gagal. Dgn amal dia sendiri dia gagal. Bukan salah umat, salah org yg buat usaha.
Kemana sahaja kita pergi hari ni, kita akan jumpa org yg sangat jauh dari agama dan mereka mencari agama, tapi mereka malu. Bukan mereka tak suka. Kita bawa manusia kpd kebaikan. Batil akan mati dgn sendiri. Perhatian Allah bersama dgn usaha. Keputusan Allah bersama dgn usaha. Janji Allah dlm mujahadah. Dlm usaha ada mujahadah. Dlm benda tak ada mujahadah. Maksud mujahadah bukan susah payah. Mujahadah ialah kita dahulukan apa kehendak Allah.

Nak keluar 3 hari pun susah sekarang. Semua mesyuarat kita adalah utk keluarkan jemaah. Hak perlu bergerak dan sampai. Hak masjid nabawi perlu sampai kpd umat. Perlu di syiarkan.

Tuan2 adalah org barisan hadapan. Org yg Allah telah ijtimaikan kehidupan kpd umat. Tak boleh lari. Org akan komen pasal kita. Org akan cakap pasal kita. Org akan tengok kita. Allah pamerkan kita kpd umat. Oleh itu, kita kena pamerkan benda yg betul. Taubat dan istighfar atas kekurangan dan dosa.

Usaha berjalan di seluruh alam. Allah buat tapisan yg besar di seluruh alam. Usaha hanya satu. Markaz hanya satu. Perjalanan yg satu. Tak boleh tergelincir dari jln ini. Usaha agama suci. Utk hubungkan satu org dgn pencipta perlu suci.

Mesyuarat adalah ilham dari Allah. Mesyuarat bukan sebab kepandaian atau matematik. Org yg bawa kepandaian dlm mesyuarat, dia rosakkan usaha.

Dahulukan umat. Allah tahu org m’sia boleh sempurnakan takazah seluruh alam. Kita tak akan faham kerja ini. Selagi belum bagi nyawa kita tak akan faham kerja ini. Makin kita tak faham, makin kita betul. Kita kena fikir besar. Supaya pahala besar dan kesan pun besar. Satu org yg ziarah keluarga yg keluar 40H, pahala 40H semua akan dpt pd dia. Dahsyat kerja agama ini. Sentiasa letak seluruh alam di depan kita.

Dunia ni dah tua. Dah tak ada teknologi lepas ni. Yg ada hanya kehebatan Allah. Semua kita ambil t/jawab. Allah akan ambil org2 tertentu sahaja utk pelihara agamaNya. Allah kata, bantu agama Allah maka Allah akan bantu kamu. Kamu tak akan digoncangkan oleh dunia. Melalui usaha inilah agama akan hidup dan bernyawa. Tanpa usaha dakwah agama akan mati, amal tiada nyawa. Usaha ini bawa nyawa pd amal. Usaha ini adalah roh pd dunia.

Segala makhluk, gunung, langit, matahari tak berani nak ambil amanah agama ni. Insan sanggup ambil sebab ada kekuatan hati. Kekuatan Allah ada bersama dgn dia. Kita bergerak dgn kekuatan Allah. Kita buat 2 kerja, amal agama dan usaha agama. Kita akan mati tapi usaha kekal. Org lain akan bawa kerja ini. Jgn kita abaikan baki hidup kita.

Setiap mujahadah pasti dan pasti diterima oleh Allah. setiap saat fikir. Atas maksud ni, takazah seluruh alam ni,
9 region, akan dibahagi-bahagikan ke seluruh Malaysia.

Org KL miskin, banyak hutang, asyik sibuk je. Org kampong lagi kaya. Bendang tuan2 kalau jual mungkin berjuta harga. Jgn tunggu nak mati baru jual. Harta jadi bernilai bila kita berpisah dgnnya. Kalau kita simpan tak de nilai. Kalau ada 10 rumah, jual la, dpt sambut takazah dan dpt bagi pinjam kat org nak keluar jln Allah. Kita fikir cara yahudi, simpan lagi bagus, belanja tak bagus. Dlm agama, belanja lagi bagus, simpan jadi neraka.

Asyik simpan je, semua masalah, semua rugi. Selagi kita tak bersihkan harta kita, selagi itulah Allah hantar penyamun. Harta dibersihkan dgn zakat. Kalau tak keluar zakat, harta jadi najis. Selagi tak dibelanjakan dgn betul, atas jln yg betul, kpd org yg betul, selagi itulah najis. Selagi itulah bermasalah, sentiasa berkurang walaupun ada. Salah faham.

Perbelanjaan yg paling mulia ialah belanja di jln Allah. Nak bagi hutang org keluar pun kita fikir banyak kali. Ini syaitan. Kita kena keluar dari kepandaian kita dan dtg kpd ketaatan. Sebab nak tunjuk kepandaianlah kita jadi bodoh.

Alhamdulillah, bodoh di dunia, jgn bodoh di akhirat. Yg selesaikan masalah ialah Allah. Sahabat tengok burung, terlupa rakaat, seluruh kebun bagi utk infaq jln Allah.

Munafik ialah org buat usaha ikut keadaan. 3H, 40H, 4B hanya latihan. Sepatutnya setiap masa kena tashkil diri, harta, masa. Tashkil 6-8 bln. 4B minima. Pertama sekali, kita kena buat keputusan. Bangun dan bagi nama.

Iklan

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: