Buyaathaillah's Blog

Surat Hadratji Maulana Yusuf Al Khandalawi : Taklim, Tazkiah, Tarbiyah

Pesanan Hadratji Maulana Muhammad Yusuf Al Khandalawi RahimahuLLAH

Orang yang kenal agama melalui dakwah, mereka akan taksub pada dakwah. Orang yang kenal agama melalui tareqat, mereka akan taksub pada tareqat. Orang yang kenal agama melalui ilmu, mereka akan taksub dengan ilmu. Sedangkan jalan suci para Nabi dan Rosul ialah menjalani hidup dengan agama yang sempurna bukan hanya dengan satu bahagian dari agama saja.

Orang yang hanya mujahadahnya dakwah, imannya akan tinggi melangit, tetapi hati mereka akan kotor dan tak akan merasakan ruhani istimewa yang dirasakan oleh ahli-ahli tareqat. Mereka akan mengganggap diri mereka sebagai pemilik hidayah dan menganggap sesiapa yang tidak mengikut jalannya sebagai golongan yang ‘belum dapat hidayah’ walaupun orang itu seorang ulama besar ataupun wali ALLAH SWT mereka akan merasa sangat berjasa pada umat kerana kerja-kerja mereka yang akhirnya orang memang berbondong-bondong akan mendapat manfaat dari dakwah mereka… TETAPI… Mereka sendiri gagal islah diri dengan dakwah mereka sendiri.

Orang yang hanya sibuk dengan tareqat, hatinya tentu akan bersih suci dari segala penyakit hati, mudah taubat dan insaf, rendah diri dan melihat diri hina dan lain-lain sifat kemuliaan akan zahir pada batinnya, tetapi dia tidak akan mendapat kekuatan iman sebagaimana yang didapati oleh para daie melalui mujahadah dan pengorbanan mereka. Dia tidak akan dapat fikir dan risau para Nabi dan tidak mendapat sifat peduli pada umat dengan penuh kasih sayang dan hanya akan sibuk dengan diri mereka sendiri.

Yang lebih menakutkan ialah apabila ditipu syaitan dengan perkara keruhanian seperti kasyaf, karomah, sirr, nur dan sebagainya hingga dia hanya sibuk mencari kesemua itu, tetapi bukan mencari Redho ALLAH SWT. Banyak yang tersesat dalam diri sendiri dan memandang orang lain yang tidak mengalami apa yang dia alami sebagai batil dan sesat.

Orang yang hanya sibuk dengan ilmu, (kajian-kajian saja), tanpa peduli pada dakwah dan tareqat, mereka akan mengalami masalah hati yang sangat dahsyat. Mereka akan mengejar dunia dengan ilmu, mengejar mahsyur dengan ilmu, mengejar nama dan pujian dengan mahsyur, kemudian beranggapan dirinya paling berjasa pada umat dan mengganggap semua orang yang jahil sebagai hina termasuklah para pekerja agama. Maka akan wujud para ulama Dunia yang sangat jelas dan terang mengejar untung Dunia dengan ilmunya. Tanpa Dunia, ilmunya tidak akan diberikan kepada sesiapapun. Takabur akan membesar, tamak akan subur dan sifat-sifat lain yang semuanya dapat ditutup dengan pakaian ulama sehingga banyak orang menganggap dia adalah pewaris Nabi yang sohih.

Semoga ALLAH SWT Melindungi kita semua dari fitnah-fitnah (perkara-perkara yang menjauhkan kita dari agama).

** Kesimpulannya kerja Nabi Muhammad SolaLLAHu Alaihi Wasallam itu kena ada

  1. Tarbiyatul Dakwah
  2. Ta’alim
  3. Tazkiyyah **

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.