Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Saad Al Khandalawi : Baiat

Bai’at : Hadhratji Maulana Sa’ad Kandhlawi
Jor Qudama’ 2018
27/03/2018 – Markaz Sri Petaling

اللَّهُ اللَّهُ

LAFAZH #BAIAT

– LAA ILAAHA ILLALLAH, Muhammadur Rasullullah

– Tidak ada yang layak disembah melainkan ALLAH.

– Tidak ada yang layak disayangi melainkan ALLAH.

– Muhammad saw adalah pesuruh ALLAH dan hambaNya.

– Kami beriman dengan ALLAH, dengan malaikat2Nya, dengan kitab2Nya, dengan Rasul2Nya, dengan hari Akhirat, dengan Takdir yang baik dan yang buruk, semuanya dari ALLAH SWT.

– Kami beriman dengan kehidupan selepas mati

– Kami bertaubat dari syirik, dari kufur, dari bida’ah, dari makan harta org tanpa hak, dari darah yg tidak hak, dari berdusta, dari rasuah, dari mengumpat, dari zina,
dari mencuri, dari memfitnah.

– Kami bertaubat dari mengurangkan bergerak keluar di jalan ALLAH, dari mengurangkan dalam menjalankan usaha dakwah.

– Kami bertaubat dari segala dosa besar dan kecil

– YA ALLAH! Terimalah taubat kami.

– Kuatkanlah janji setia kami.

– Terimalah kami untuk kerja dakwah.

– Kami berbai’at dengan Silsilah Maulana Ilyas rahmatullahu ‘alaihi dengan perantaraan (Maulana) Sa’ad.

PESANAN BAI’AT HADHRATJI MAULANA SA’AD:

– Usaha supaya jauhkan dari dosa² besar. Dosa² besar akan jauhkan kita dari rahmat ALLAH. Untuk jauhkan diri dari dosa² besar hendaklah kita jauhkan diri dari dosa² kecil.

– Orang yang ambil mudah dengan dosa² kecil akan menyebabkan dia akan mudah terjebak dengan dosa² besar. Untuk jauhkan diri dari segala dosa samada dosa kecil atau dosa besar maka ada beberapa perkara yang kita kena laksanakan sebagai langkah penjagaan.

– Sebagaimana seseorang menjaga dirinya dari kesejukan, ada asbab² untuk jaga diri dari kesejukan, begitu juga ada asbab² untuk kita jaga diri dari melakukan sebarang dosa.

– Pertama, Ihtimam dengan Solat² Sunat. Tahajjud, Isyra’, Dhuha, Awwabin.

– Terutamanya Solat Malam; Qiamullail.

– Tidak ada amalan yang lebih kuat yang dapat menghancurkan nafsu kita melainkan Solat malam. Semua dosa² yang kita buat kerana nafsu.

– Kedua, jaga mata. Bila jaga mata, ALLAH akan bagi kemanisan dalam ‘Ibadat. Orang yang tidak menjaga mata dari perkara yang diharamkan oleh ALLAH, maka dia tidak akan dapat rasa kemanisan dalam Solatnya, dan dia tidak akan ada keinginan untuk dapat Redho ALLAH. Kemanisan untuk dapat Redho ALLAH akan berkurangan dalam dirinya.

– Ketiga, Ihtimam dengan dzikir. Tapi dengan syarat dzikir dengan penuh tumpuan/tawajjuh pada ALLAH. Maulana Ilyas rahmatullahu ‘alaihi berkata, dzikir tanpa tumpuan akan menambahkan kemalasan dan kelalaian dalam diri.

Untuk kita jaga dzikir ini, kita kena amalkan setiap hari kena dzikir (Kalimah Tamjeed) 100x, Selawat 100x, Istighfar 100x, setiap pagi dan petang. 300 pagi, 300 petang.

– Ihtimam dengan (amalan) membaca Al Quran. Dzikir yang paling afdal ialah tilawah Al Quran. Hadhrat ‘Utsman radhiallahu ‘anhu berkata, kalau hati kamu bersih maka kamu tidak akan pernah kenyang dari membaca Al Quran. Hari ini kita rasa malas dan berat untuk baca Quran sebab hati kita kotor.

– Kita kena ihtimam untuk baca Quran setiap hari.

– Sebelum tidur baca Surah Al Mulk, Surah As Sajdah, Surah Al Waqi’ah dan Surah Yaa-siin.

– Kita kena Ihtimam dengan doa² masnun dalam kehidupan kita 24 jam.

– Mereka yang pernah berbai’at dengan Hadhratji Maulana In’amul Hasan rahmatullaahu ‘alaihi, dan ada ambil dzikir daripada beliau, maka tuan² teruskan Istiqamah dengan dzikir² tersebut.

– Untuk mereka yang baru berbai’at pada hari ini, selain dari dzikir 300 pagi dan 300 petang, maka tuan² juga boleh tambah dengan dzikir sebanyak 1000x ALLAH – ALLAH. Dengan didahului bersolawat 11x pada permulaan dan 11x pada akhirnya. Maka berdikirlah ALLAH – ALLAH sebanyak 1000x dengan tawajjuh kepada ALLAH.

– Kita kena sentiasa utamakan takazah² agama/dakwah keatas segala takazah² peribadi kita. Jadikan takazah agama sebagai kerja utama kita. Kita kena ingat, sebagai umat Nabi saw, setiap daripada kita bertanggungjawab keatas seluruh umat seluruh alam. Dan seluruh umat, di seluruh alam adalah bertanggungjawab keatas setiap umat.

– Kita kena lapangkan masa di jalan ALLAH setiap tahun 4 bulan, setiap bulan 10 hari, setiap hari 8 jam. Dan sediakan org lain utk datang kepada tertib yang sama. Sejauh mana kita sediakan orang lain, sejauh itu ALLAH akan terima kita dan ALLAH SWT akan mudahkan kita untuk amalkan perkara ini.

– Hari ini kita ambil masa dari dunia kita untuk bagi pada agama, ini menyebabkan kita susah hendak memberi masa untuk agama. Kita kena tukar tertib tersebut. Sepatutnya masa kita adalah untuk (kerja) Agama. Dalam kesibukan kita buat usaha agama, maka kita luangkan sedikit masa untuk urusan/keperluan dunia kita. Ini tertib yang sebenarnya yang para sahabat² telah buat. Maka (dengan ini) akan mudah bagi kita untuk laksanakan kesemua takazah² agama, samada takazah dakwah, maupun takazah ibadat.

– Kita kena cuba sedaya upaya bagi masa berterusan 4 bulan setiap tahun, secara berterusan 10 hari setiap bulan, secara berterusan 8 jam setiap hari. Kalau ada keuzuran, hingga tidak mampu bagi masa secara berterusan, maka kita boleh beri masa 4 bulan kepada 40 hari secara 3 kali. (Nisab) 8 jam boleh dibahagi² kepada 2 jam dalam 4 kali. (Nisab) 10 hari setiap bulan juga boleh dibahagi²kan (jika tidak mampu). Tetapi, yang paling afdhal ialah beri (masa untuk nisab) serentak dan berterusan.

Bila kita azam dan usaha, ALLAH akan bantu dan mudahkan untuk kita, INSYAA’ ALLAH.

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.