Buyaathaillah's Blog

Mudzakarah Pergerakan Kekuatan Islam

*Jemaah Tabligh vs Politik Demokrasi*
oleh : Al Ustaz Maulana Helmi
° Telah Hafaz 30 Juzuk Al Quran pada usia 14 tahun
° Dauroh Aliyyah Di Jamiatul Uloom Islamiyyah, Pakistan
° Tamat Daurotul Hadith Di Jamiah Darul Ulum Zakariyya, Johannesburg, South Africa
° Diploma Usuluddin (Tafsir) Kolej Al Ihsaniah, Perak
° Ijazah Siyyasah Syari’ah Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Kebangkitan Islam :
——————————————-
Konsep pemerintahan ideal utk umat Islam yg diredhai Allah ada 3 : iaitu sistem nubuwwah, khilafah dan monarki Islam.

Buktinya adalah kerajaan Islam yg dibangunkan melalui sistem tersebut dipelihara oleh Allah hingga ianya mampu bertahan hingga 1,200 tahun lebih.
Melalui sistem inilah maka Allah kembangkan Islam hingga ke 2/3 dunia.

Di kala itu dakwah, jihad dan khilafah dijalankan oleh umat Islam secara ijtimaie (kolektif).
Namun demikian, sebagaimana pepatah Arab mengatakan bahawa bagi setiap era kegemilangannya pasti akan ada zaman kejatuhannya.

Maka, sekitar 200 tahun terakhir ini, tepatnya ialah sejak kejatuhan empayar Uthmaniyyah maka bermulalah era kejatuhan dan kemunduran umat Islam secara globalnya hingga terpecah menjadi komponen negara2 yg berbeza.

Kemunduran umat ini begitu hebat hingga ke tahap mereka kehilangan jati diri dan identiti. Malah tak percaya lagi yg Islam akan kembali gemilang jika mereka memenuhi syarat2nya iaitu kembali kepada Minhajin Nubuwwah.

Dalam keadaan yg genting inilah maka Allah SWT telah membangkitkan tiga golongan yg Mukhlisin, iaitu jemaah Tabligh, Ikhwanul Muslimin dan Mujahidin utk membangunkan agamanya.

Penjelasannya ialah seperti berikut iaitu sebagaimana saya jelaskan sebelum ini, manhaj dakwah Rasulullah saw ada tujuh peringkat :

1) Dakwah
2) Baiat
3) Hijrah
4) Nusrah
5) Jihad
6) Fatah
7) Khilafah

Jemaah Tabligh ambil manhaj nombor 1 hingga ke nombor 4 darinya (Dakwah, Baiah, Hijrah & Nusrah). Mujahidin ambil 3,4,5 (Hijrah, Nusrah & Jihad) dan gerakan Ikhwan ambil manhaj yg ke tujuh (Khilafah).

Kesemua marhalah ini masih belum dijalankan dalam erti yg sebenarnya, yakni baru sekadar lakonan & latihan, kerana realitinya ketiga gerakan tersebut masih juga belum mampu memacu bidang masing2 ketahap kesempurnaan.

Habis tu siapakah yg akan menyempurnakan Manhajin Nubuwwah tersebut?

Logikanya, individu yg akan menegakkan ketujuh marhalah trsbt pastilah seorang yg hebat (pilihan Allah). It will be Al Mahdi Al Muntazar. Setelah kita melihat dgn zahirnya di depan kita bahawa keberadaan ulamak2 bertaraf dunia pada hari ini pun masih buntu menyelesaikan pertikaian di kalangan umat ini.

Sebab itu, hari ini Jemaah Tabligh selalu menyebut dalam bayan mereka bahawa kita baru belajar2 dakwah, belum buat dakwah. Sebabnya ialah kerana kita baru berani mendakwahkan orang2 Islam, dan belum berdakwah dalam ertikata yg sebenarnya.

Adapun larangan para masyaikh agar rakan seusaha tidak mendakwah org kafir bukanlah larangan dalam bentuk tashri’ie (syariat), tapi irsyadie (kesesuaian dan kerana kelemahan umat Islam dalam menjalankannya).

Ada maslahah yg Allah tunjukkan kepada mereka. Iaitu menurut firasat mereka kita belum mampu bertahan dengan serangan batil sewaktu mendakwahkan non-Muslim, berjihad dan menegakkan negara Islam.

Kelemahan ini terjadi akibat umat Islam telah melupakan tanggungjawab dakwah sejak lebih 200 tahun yg lalu.

Jadi adalah lebih penting memupuk kesedaran umat Islam (para daie) yg sedang lalai, daripada memberikan tumpuan kepada orang lain.
Hakikatnya orang Islam belum bersedia menerima kehadiran para muallaf dalam bilangan yg ramai dalam komuniti mereka, dan merasakan Islam sebagai agama eksklusif umat Islam.

Jika para sahabat dahulu sanggup menyediakan apa saja utk sambut orang yg nak masuk Islam, kita hari ini sebaliknya merasakan bebanan…

Justeru itu ada baiknya kita tumpukan perhatian kepada ummat Islam seketika sebagai persiapan ke arah dakwah yg lebih sempurna.

Dan ini bukanlah kesilapan, kerana sebagaimana hukum lari dari medan perang itu satu dosa, tetapi jika seseorang itu melarikan dirinya dengan niat utk membuat persiapan yg lebih rapi maka hukumnya tak salah di sisi Allah SWT.

Jika demikian keadaan jemaah Tabligh, maka begitu juga dengan aktiviti jihad yg dilancarkan oleh para Mujahidin di serata dunia juga masih belum kaffah (bersifat runcit2), sebab bukan dalam satu saf, bukan di bawah pimpinan seorang amir, dan umat Islam di serata dunia belum mendapat tarbiyyah yg menyeluruh.

Kesimpulannya, Dakwah, Jihad dan Khilafah yg sempurna hanya mampu ditangani oleh Al Mahdi a.s sahaja malah kemerdekaan Syiria dan Palestin juga hanya akan berlaku di tangannya. Jika ada yg ragu silalah mencuba!!!

Begitu juga dengan kelompok pan Islamisme. Politik mereka juga tidak bersifat inklusif. Umat Islam menguruskan politik & khilafah di negara masing2…

Walaupun kewujudan kelompok ini tidak memadai namun sekurangnya dapat mengelakkan umat ini dari dosa akibat meninggalkan perkara fardu iaitu membangunkan agama.

Jadi kita lihat jemaah Tabligh cuba bangunkan agama dari bawah. Sebaliknya kelompok Mujahideen mula dari tengah dan Pan Islamisme dari atas.

Semuanya sedang berusaha mengikut ijtihad masing2. Jazahumullah ahsanal jaza’.
Namun begitu, menurut Al Faqir dalam keadaan getir ini, kalaulah kelompok dajjal sedang agresif membuat persiapan menyambut bos mereka, maka apakah Allah tidak buat perancangan bagi pihak umat Islam.

Dah tentu Allah sudah lama juga buat persediaan yg paling canggih & sempurna.

Cuma biasanya persediaan Allah nampak macam lemah, tak mengikut arus perdana dan bertentangan dengan adat kebiasaan dan kefahaman biasa.
Sebab biasanya Allah menewaskan musuh2 nya melalui jalan yg mereka tak sangka…

Dalam hadis Nabi saw ada bersabda: “Sesungguhnya iman akan berkumpul kembali ke Madinah sebagaimana seekor ular yg kembali ke sarangnya”.

Maksudnya memandangkan Madinah suatu masa dahulu adalah markaz orang beriman maka di akhir zaman nanti zaman kegemilangan Madinah akan kembali (suasana Hijrah dan Nusrah)…

Inilah permulaan kebangkitan umat Islam…
Anehnya Nabi saw menyebut perkataan iman.
Secara lojiknya kepulangan iman ke sarangnya pastilah dengan wasilahnya, bukan dengan sendirinya. Dan bila kita mengamati maka kita akan yakin bahawa usaha yg akan mengiringi kepulangan iman ke Madinah adalah tahreekul iman.

Segala puji bagi Allah, satu2 nya usaha di dunia yg Allah lorongkan utk mementingkan halaqah dan majalisul iman adalah usaha Dakwah dan Tabligh….
Bila iman sudah kembali ke Madinah maka marhalah kedua dan ketiga akan tiba iaitu marhalah Hijrah dan Nusrah. Di waktu itu, umat Islam wajib berhijrah ke Madinah utk bergabung dengan kaum Muslimin di sana.

Jika pada zaman Rasulullah saw marhalah bai’ah datang selepas marhalah dakwah Imaniyyah tetapi di akhir zaman, marhalah bai’ah datang selepas umat Islam berhijrah ke Madinah maka di sana barulah mereka akan berbaiah di tangan Imam Al Mahdi a.s, dalam hadis menyebut 80,0000 umat Islam berbai’at di tangan beliau.

Selepas berbaiah maka mereka semua akan keluar berjihad ( marhalah kelima), dan negara pertama yg diserang adalah Syiria dan menyusul selepas itu giliran Palestin..

Selepas Saidina Umar dan Solahuddin Al Ayyubi adakah ada sesiapa di kalangan umat Islam selain Al Mahdi yg mampu merdekakan Palestin?

Penaklukan terakhir umat Islam ke atas Baitul Maqdis menjelang kiamat sudah pasti di tangan Al Mahdi a.s.

Setelah Dajjal dibunuh, dan Yahudi2 dihapuskan dan agama Kristian diluruskan maka bermulalah proses Dakwah, Jihad dan Khilafah dalam skala yg besar (seluruh alam) dan hakiki.

Imam Mahdi akan memimpin dakwah dan jihad sama seperti para Sahabat di zaman Nabi saw, yang mana syiar mereka di waktu itu ialah: aslim taslam (islamlah nescaya kamu akan selamat) inilah masa yg sebenar umat Islam menjalankan dakwah ke atas non-Muslim secara alami. Di sinilah keinginan dan impian orang2 Tabligh akan tercapai.

Jika kamu enggan, maka berikanlah jizyah dalam keadaan hina.

Jika itupun masih enggan maka ketahuilah bersama kami ada segolongan umat yg mana kematian itu lebih lazat di sisi mereka daripada cairan2 arak. Inilah bentuk jihad yg inklusif.

Di sini pula keinginan para Mujahidin tercapai.

Selepas seluruh dunia beriman, menandakan bahawa satu demi satu negara kuffar jatuh ke tangan orang Islam, maka fenomena inilah yg dinamakan Al fatah (penaklukan) marhalah ke enam.
Setelah dunia jatuh ke tangan orang Islam, maka di waktu itu barulah akan terlaksananya segala hukum dan undang2 Islam.

Di sini pula keinginan golongan Pan Islamisme akan tercapai.
Imam Mahdi akan memerintah dunia ini dengan penuh keadilan selama tujuh tahun, kemudiannya Nabi Isa a.s juga tujuh tahun dan setelah itu keadaan akan kembali rosak hinggalah kiamat..

Wallahua’lam ini perkara yg Allah ilhamkan kepada Al Faqir…ianya baru sebatas hipotesis dari seorang pendosa seperti saya, namun, terserahlah kepada rakan2 seusaha utk buat penilaian.

Iklan

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: