Buyaathaillah's Blog

Mudzakarah Pesanan Wanita

8 PESANAN utk WANITA ❤

Pesanan Ulama’ terhadap para wanita:

1. Solat di awal waktu.
2. Membaca Al Quran secara istiqamah.
3. Ta’lim wa ta’allum.
4. Mendidik anak secara sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menutup aurat secara sempurna.
7. Melayani suami dengan baik.
8. Mendorong suami dan mahram untuk keluar di jalan Allah.

1. Solat Di Awal Waktu.
a. Berwudhu sebelum azan.
b. Mendorong suami, saudara lelaki, anak lelaki, bapa untuk solat berjemaah di masjid.
c. Meninggalkan semua kegiatan waktu azan berkumandang.
d. Memperbanyak solat-solat sunat (rawatib, Isyraq, dhuha, tasbih, awwabin, tahajud dan witir).

2. Membaca Al Quran dan Zikir Pagi Petang secara Istiqamah.
a. Mengusahakan membaca 1 juz setiap hari bagi yang sudah lancar membaca dan 3 juz setiap hari bagi mereka yang hafidzah.
b. Membaca surah As Sajadah dan Al Mulk di antara Maghrib dan Isyak.
c. Membaca surah Yasin pagi dan petang.
d. Membaca surah Al Waqiah sebelum tidur.
e. Membaca surah Ad Dukhan setiap hari.
f. Membaca Tasbihat , selawat, dan istighfar masing2 100 kali di waktu setelah solat Subuh dan setelah solat Asar.

3. Ta’lim wa Ta’allum.
a. Menghidupkan ta’lim secara istiqamah setiap hari di rumah.
b. Menceritakan kisah para Nabi dan para sahabat dengan cara yang mudah difahami oleh anak.
c. Mengajarkan cara solat, cara berpakaian secara sunnah, dan sunnah2 nabi dalam seharian (makan, tidur, safar, istinja’, dll).

4. Mendidik anak Secara Sunnah.
a. Memperkenalkan Sunnah kepada anak sejak seawal mungkin
b. Mendidik mereka adab-adab, doa-doa Nabi dan cara bergaul.
c. Beri contoh dengan contoh yang baik-bail.
d. Mendidik solat ketika usia 7 tahun dan membiasakannya untuk solat 5 waktu dan solat2 sunat.

5. Hidup dengan Cara Hidup Sederhana
a. Kita harus mencontohi kehidupan Rasulullah yang sederhana.
b. Jangan sembarangan membelanjakan harta suami secara berlebih-lebihan dan tidak tepat, bermesyuaratlah untuk setiap pengeluaran.
c. Belanja menurut keperluan bukan memenuhi keinginan nafsu.
d. Mengatur kewangan keluarga.

6. Menutup Aurat secara Sempurna.
Aurat wanita di luar solat seluruh tubuhnya harus di tutup secara sempurna ketika keluar rumah dan ditemani dengan mahramnya.

7. Melayani Suami.
a. Mempersiapkan semua keperluan suami dan menguruskan rumah dengan bersih dan rapi.
b. Mencuci baju dan memasak.
c. Diam ketika suami berbicara.
d. Menghantar suami ke pintu apabila mahu pergi kerja.
e. Berhias / rapi / bersih / wangi di hadapan suami.
f. Memakai wangi-wangian.
g. Memelihara bau mulut.
h. Menawarkan diri ketika mahu tidur.

8. Mendorong Suami dan Mahram untuk Keluar di Jalan Allah.
a. Mengingatkan dan menyiapkan keperluan mereka.
b. Mengorbankan segala yang ada untuk memperjuangkan agama Allah.

Wallahu’alam…
Semoga Bermanfaat.

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.