Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ahmad Lath

BAYAN MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia – nizamudin- 06/09/97). Maulana memberitahu bahawa setelah beberapa tahun semenjak zaman Khulafa Rasyidin, usaha dakwah secara ijtimai telah ditinggalkan sehingga Allah s.w.t membangunkan semula usaha ini melalui usaha yg dibuat oleh Maulana Ilyas rah. Usaha dakwah adalah mudah ttpi ia halus dan terlampau tinggi, kerana ia mempunyai hubungan terus kpd Allah s.w.t dan Muhamad s.a.w. Oleh itu sudah tentu mempunyai tertib dan peradaban tersendiri. Tertib kerja ya mulia ini telah diamalkan oleh para ambiya a.s. Dgn ini, dlm melaksana kerja dakwah seseorg itu perlu mempraktikkan sifat2 ambiya. Sejajar dgn hadith Rasulullah s.a.w bermaksud, “Kamu tidak akan menjadi seorg mukmin sehingga cara hidup kamu berdasarkan apa yg saya bawa”. Dalam usaha dakwah Nabi, mizajnya/tertibnya adalah seperti berikut:

 

  1. Melakukan apa yang dipercakapkan terlebih dahulu.

 

  1. Melakukan kerja dengan penuh ummumiyat.

 

  1. Menghargai orang dibawah dengan penuh kasih sayang dan ikram.

 

  1. Dalam pengorbanan atas agama, mendahului korban berbanding dengan yang lain.

 

  1. Pengamalannya melebihi dpd org lain, contohnya apabila beribadat memanjangkan rakaat. Nabi solat sehingga bengkak2 kaki.

 

Sifat2 mulia yang ada pada sahabat semuanya terbentuk dari usaha Rasullullah s.a.w, contohnya, Amir bin Said, apabila dia menjadi Amer, ia akan bercampur dengan makmumnya dan jika menjadi makmum, risau runsingnya begitu tinggi seolah2 ia menjadi Amer. Sehingga Rasulullah meminta sahabat yang lain, jadilah seperti Hadrat Amir bin Said. Allah meminta Rasullullah s.a.w berkorban spt gerak geri Nabi Ibrahim a.s yg dipanggil Kalilullah (kawan Allah) sehingga Nabi s.a.w telah berjaya membentuk ramai kaum Ansar dan Muhajirin berkorban utk agama Allah. Sehingga Baginda dipanggil Habibullah (kekasih Allah). Usaha Nabi asasnya ialah pengorbanan.

 

Pengorbanannya yg mula2 ialah berhijrah meninggalkan Baitullah. Di mana Rasullullah s.a.w terlalu mencintai Baitullah yg mempunyai talian terus dgn Baitul Makmur. Baginda telah diperintahkan berhijrah ke Madinah tanpa membawa anak dan isteri, dlm waktu-masa yg tidak diketahui dan pergi ke tempat yg tidak diketahui. Inilah hijrah yg terbesar yg dibuat oleh Baginda Rasullullah s.a.w.  Melalui hijrah spt inilah agama tersebar. Oleh itu bagi memastikan agama tersebar maka Baginda telah memberi contoh bahawa Baginda melakukan terlebih dahulu.

 

Maulana Yusuf rah. memberitahu terdapat 3 golongan yang amalannya menjadi asbab hidayat:

 

  1. Golongan ambiya a.s

 

  1. Golongan sahabat r.a

 

  1. Golongan siddiqin

 

Sifat2 mulia yg ada pada mereka menjadi asbab turunnya hidayat, rahmat dan berkat kehidupan manusia di dunia. Oleh itu perlu kita mengambil contoh pengorbanan tiga golongan di atas. Pengorbanan Baginda Rasulullah s.a.w begitu tinggi, apabila berlaku fatah Mekah semua org telah menunjukkan kpd Rasulullah. Tetapi ketika itu Rasulullah menundukkan dirinya dan mengatakan ia tidak membuat apa-apa. Sebaliknya mengembalikan semuanya kpd Allah. Sifat terpuji Rasulullah s.a.w ialah Baginda tidak pernah marah. Seorg itu apabila melahirkan sifat marah sebenarnya di hatinya ada ujub. Sifat marah adalah sifat syaitan. Oleh itu kita perlu usaha dan berdoa semoga sifat itu tidak ada dlm diri kita. Usaha agama tersebar berasaskan pengorbanan iaitu pengorbanan diri, harta dan perasaan. Tertib pengorbanan ini telah dibuat semenjak Hadzratji pertama, Hadzratji kedua dan Hadzratji ketiga. Intipati usaha ini dirangkumkan melalui usaha jemaah masjid. Sesiapa yg mengambil dan memegang usaha ini ia kan selamat dunia dan akhirat.

 

Pengajaran: Maulana memberitahu org lama yg hendak kekal dlm usaha ini ia perlu melibatkan diri dgn usaha jemaah masjid (kerja tempatan). Ini adalah sebenarnya kehendak (mansya) elders Nizamuddin. Seterusnya dlm membuat usaha ini kita perlu sentiasa membuat hubungan dgn elders di Nizamuddin dimana mrk membuat kerja dgn mujahadah. Iaitu melakukan semua perintah Allah secara yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Utk faham bagaimana kerja yg hendak dibuat secara baginda Rasulullah s.a.w semuanya perlu dirujukkan kpd elders. Utk meningkat dlm kerja ini, pengorbanan diri, harta dan perasaan perlu dibuat. Pengorbanan seseorg dgn seseorg yg lain adalah berbeza. Pihak yg menentukan pengorbanan seseorg ialah org bertggjwb yg dipilih utk mengendalikan mesyuarat (Syura). Disamping itu perlu kita membuat kerja secara mizaj baginda Rasulullah . Seterusnya membuat kerja dgn ummumiyat .

 

Maulana Ahmad Lat – 08/09/97

 

Utk tarbiyah manusia Allah s.w.t telah dtgkan para ambiya a.s dan rasul. Baginda Rasulullah s.a.w adalah nabi akhir zaman dan selepas Baginda, Allah s.w.t telah tggjwbkan kerja dakwah kpd ummatnya. Semua nabi diberi dua senjata iaitu dakwah dan doa yg mustajab. Semua ambiya a.s selain dari Rasulullah s.a.w telah menggunakan doa mustajab mereka, ttpi Rasulullah s.a.w belum menggunakan doanya kerana kerja kenabiannya belum disempurnakan selepas kemangkatannya dan akan diteruskan oleh ummatnya. Senjata doa Nabi s.a.w yg mustajab akan digunakan oleh Baginda pada hari mahsyar nanti.

 

Pada hari mahsyar nanti, keseluruhan manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar yg penuh dgn kesengsaraan sehingga manusia akan berlari2 berjumpa nabi demi nabi, dari nabi Adam a.s hingga nabi Muhammad s.a.w meminta hisab dipercepatkan. Baginda ketika itu telah sujud memuji2 Allah s.w.t dgn menggunakan perkataan2 yg belum pernah dipersembahkan oleh manusia utk memuji Allah di mana pujian2an itu Allah sendiri yg ajar Baginda sehingga kemurkaan Allah s.w.t telah reda dan meminta Nabi s.a.w mendongak kepada Allah dan menanyakan apa yg beliau minta lantas Rasulullah s.a.w memohon hisab dipercepatkan dan Rasulullah s.a.w telah menggunakan senjata doa utk meminta doa keampunan ke atas umatnya sehingga Allah s.w.t menerima doa Baginda dan mengampunkan ramai umat Rasulullah s.a.w dan ramai yg berbondong2 memasuki syurga.

 

Maulana memberi tamsil bahawa kita yang membuat kerja agama ini perlu seperti perahu dalam ombak, di mana ianya perlu dikendalikan dgn sempurna supaya tidak karam. Usaha agama skrg kemurniaannya tetap sama seperti yg dibuat manusia kurun pertama (sahabat). Jika ia dibuat dengan teratur dan rapi pasti ia akan dpt menarik pertolongan Allah s.w.t. Masalahnya sekarang, kita yg melakukan usaha. Dlm usaha ini, Allah s.w.t sembunyikan berjuta2 hidayat, berjuta2 syurga utk org2 yg kufur seblm ini. Hadzratji Maulana Inamul Hasan rah. menyatakan usaha ini bergerak dan berjln semata2 dgn kudrat Allah s.w.t. Maulana memberi tamsil bahawa apb seseorg itu meganggap usaha agama berjalan hasil usaha seseorang itu ia diibaratkan spt seekor anjing betina yg berjln di bawah kereta lembu yg ditarik oleh lembu pada musim panas terik.

 

Di mana apb lembu itu menarik kereta lembu berkenaan maka anjing itu ikut berjalan. Sang anjing menganggap bahawa ia yg menarik kereta berkenaan. Sesungguhnya kita telah diberi tggjwb utk membuat usaha agama di seluruh dunia seluruh alam. Di samping itu usaha perlu juga dibuat bagi menjaga amalan infradi sptimenjaga gasht pertama, gasht kedua, tertib keluar 3 hari setiap bulan. Disamping itu, sikap ikram, rendah diri dan ikhlas perlu ditambah. Jika perkara ini tidak dijagai maka usaha dakwah seseorg itu akan cacat. Utk mengatasi perkara ini, perlulah karkun2 selalu dtg ke Nizamuddin supaya faham mizaj org2 tua di Nizamuddin. Sesungguhnya dlm membuat usaha agama ia memerlukan mizaj (pendekatan) rasul2 a.s. Apa dia mizaj para ambiya:

 

  1. Usul ialah untuk diri kita sendiri

 

  1. Untuk orang lain, beri kemudahan dan kelonggaran

 

Dlm usaha dakwah ini jika perbalahan adalah disebabkan kita dan kawan2 kita lari dari usaha ini, kita adalah org yg paling buruk nasibnya di dunia ini. Org yg berjaya dlm usaha ini ialah org yg membuat usaha yg sentiasa berniat mengislahkan diri. Dgn cara ini kita akan dpt berbagai menafaat. Elakkan diri kita dari menjadi pakar rujuk dlm usaha dakwah, kerana jika tidak dijaga, sifat keakuan akan wujud. Oleh itu perlu sentiasa muhasabah diri supaya sifat rendah diri dan taqwa akan wujud. Takazah terbesar kita skrg ialah penyatuan hati. Maksud usaha ini ialah menghidupkan keseluruhan cara hidup Baginda Rasulullah s.a.w dlm kehidupan manusia. Dlm membuat kerja ini amal buruk yg bersarang di hati kita perlu dikikis. Kita perlu takut apa yg akan berlaku pada diri kita pada hari kebangkitan. Kita juga perlu sentiasa menangis tidak dpt menunaikan hak kerja ini. Perlu wujudkan kasih sayang antara satu sama lain dan penyatuan hati. Bantuan Allah s.w.t akan dtg apb kita buat usaha dgn satu hati dan kasih sayang. Dlm membuat kerja ini kita perlu fikir alami, di samping itu kita jgn lupa diri kita sendiri. Hadzratji menyatakan, saya takut org yg tidak buat kerja menganggap dia telah buat kerja. Jika dia tidak usaha 6 prinsip pada dirinya, selagi itu dia belum lagi buat kerja dakwah. Jika seseorg itu usianya sama dgn umur dunia dan dia membuat usaha utk menanamkan 6 prinsip maka keyakinannya tidak akan mencapai keyakinan yg dicapai oleh Baginda s.a.w.

 

Semasa kita berada di masjid Banglawali kita perlu usahakan 3 perkara :

 

  1. Fikir macam mana agama dapat diamalkan dalam setiap diri orang mukmin
  2. Banyak duduk dalam amalan masjid
  3. Bawa fikir yang ada kepada masjid kita.

 

BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia nizamuddin – 09/09/98). Manusia adalah semulia2 makhluk atau Ashraful Mahlukat. Ia telah diberi tggjwb yg amat tinggi iaitu sbg khalifah Allah, khalifah Rasul dan khalifah kitab. Allah s.w.t menjadikan agama sbg petunjuk kpd manusia dlm menjalani kehidupan dan Rasulullah s.a.w dijadikan contoh terbaik.  Setiap perkara yg Baginda  lakukan  telah diikuti oleh sahabat. Allah s.w.t sebenarnya yg mengatur kehidupan manusia. Ia yg mengaturkan pembahagian harta, adanya kaya dan miskin, berapa banyak seseorg itu makan dan minum Allah s.w.t yg tetapkan. Dlm kehidupan ini manusia diberi ikhtiar. Jika manusia membuat ikhtiar yg betul maka ia akan mendpt natijah yg baik di kehidupan akhirat.  Jika manusia menggunakan lidah utk mengucap kalimah taiyibah, kesannya sampai ke langit, tiang arasyh Allah s.w.t bergoncang. Ia tidak berhenti selagi dosa yg mengucapkannya tidak diampun. Percakapan mulut, penglihatan mata, pergerak kan tangan seseorg itu adalah ikhtiar seseorg dan jika ia membuat amal baik ia akan mendpt syurga tetapi ikhtiar yg dilakukan membuat amal yg tidak baik ia akan membawanya ke neraka.

 

Oleh itu perlu membuat usaha atas iman. Semakin kuat iman seseorg semakin banyak amal baik ia lakukan. Seseorg itu perlu dibangunkan di atas 3 asas iaitu – iman, amal dan akhirat. Kita perlu beriman kpd Allah s.w.t spt mana sifat dan zat Allah s.w.t.  Sejauh mana kita beriman kpd Allah s.w.t maka mudah org itu membuat amalan yg mendpt keredhaan Allah s.w.t. Iman bukan benda kecil. Ia begitu berharga di sisi Allah. Walaupun seseorg itu mempunyai iman sebesar biji sawi, ia akan diberi syurga 10 kali besar dunia. Manusia yg masuk syurga akan mengetahui nilai iman. Bagaimana jika usaha membentuk iman kita sebesar gunung.  Oleh itu segala kemampuan sahabat digunakan utk belajar iman. Inilah maksud kita keluar 4 bulan, 40 hari ialah utk membina iman. Dgn beriman kita dpt mengikut perintah Allah s.w.t. Nabi inginkan setiap umatnya mendpt kejayaan. Mereka mengajak kaumnya kpd kebaikan. Kita jika hendak membuat usaha jemaah masjid sifat pertama yg perlu ada ialah keinginan semua org mendpt kebaikan. Segala kesusahan telah diajukan oleh org Quraish kpd Rasulullah sehingga makanannya diracun ttpi keinginan Rasulullah ialah utk kebaikan utk semua umat dan memasuki syurga Allah.

 

Setiap manusia akan merasai maut. Jln manusia dtg ke dunia ialah melalui saluran yg sama iaitu saluran ibunya. Begitu juga jln kejayaan bagi manusia juga adalah sama iaitu bagaimana ia membawa agama dlm kehidupannya. Kita sebenarnya naib nabi, mempunyai tggjwb yg besar iaitu utk membina kehidupan sendiri dan bertggjwb utk umat seluruh dunia, seluruh alam. Nabi s.a.w sbg contoh ikutan terbaik dan kita adalah juga sbg contoh kpd umat.  Solat bagi seorg mukmin spt lubang di atas siling, segala kekotoran akan keluar dari dlm rumah. Rasulullah s.a.w telah tarbiyah dan bangunkan umat ini atas 3 perkara iaitu iman, amal dan akhirat.  Semua amalan manusia di dunia akan dicatat dan akan dihisab dlm kehidupan akhirat. Sbg contoh seorg dijadikan gabenor pada zaman khalifah Umar, ia meminta jgn dijadikan gabenor di mana2 pun.

 

Hari ini, kita belum membuat kerja. Dlm masjid kita senang beramal, ttpi di luar masjid lain keadaannya.  Hari ini mahul agama belum wujud, suasana masjid belum wujud dlm bazar. Berbanding dgn sahabat di mana dlm bazar hidup amal  syariat agama. Di zaman Rasulullah s.a.w tempat perkumpulan ialah di masjid, org kaya spt Abdul Rahman bin Auf dtg ke masjid, Abu Hurairah ketua muhaddithsin dtg ke masjid dan ada org yg dtg ke masjid tidak tahu adab masjid dgn kencing berdiri dlm masjid juga dtg ke masjid.  Mahul agama telah wujud pada zaman sahabat. Apa-apa amalan dlm masjid Nabawi telah dibawa balik ke rumah2 dan dihantar ke seluruh dunia, sehingga org yg duduk di Bukhara menerima kesan amal masjid Nabawi. Oleh itu usaha yg sungguh2 perlu dibuat utk memakmurkan masjid.

 

Fikir risau agama dan korban apb ditingkatkan, usaha 2½ jam akan menjadi ringan. Setiap masa  dan harta seseorg perlu dikaitkan dgn masjid. Bagaimana sahabat telah menggunakan diri dan harta mereka dgn betul. Org yg dtg ke masjid adalah org yg mempunyai talab utk amal agama. Oleh itu kita perlu ikram dan sediakan org khariah kita utk bersama2 membuat jemaah masjid. Jika kita menjalani kehidupan ini mengikut kehendak Allah dan Rasul maka kehidupan kita akan selamat dan berjaya, ttpi jikalau kita membuat usaha agama mengikut kemahuan sendiri maka kita akan jatuh/terkeluar dari kerja ini. Doa seseorg mukmin utk mendpt penerimaan ia perlu membuat amalan yg mempunyai roh. Ia perlu menjlni kehidupan mengikut jln kebaikan dan bukannya jln syaitan. Amal manusia memberi kesan pentadbiran ghaib Allah s.w.t:

 

1) Riba jadi umum: Allah tahan hujan.

 

2) Zina jadi umum: Allah jadikan gempa bumi.

 

3) Mencaci ulamak : Allah turunkan penyakit yang tidak ada sebelum ini.

 

Jika kita dizalimi kita kena sabar dan minta bantuan Allah s.w.t, jgn menyatakan kesusahan kpd org lain.  Nabi Musa membuat usaha dakwah yg berterusan maka doanya telah diterima oleh Allah. Firaun ditenggelamkan dlm Laut Mati. Hari ini kita perlu membuat 2 amalan, iaitu doa dan solat dgn membuat amal itu doa akan diterima.Semua yg berlaku di dunia adalah ditangan Allah s.w.t. Ia yg memberi kejayaan dan kehinaan, yg menghidupkan dan yg mematikan.  aum Nabi Musa telah gunakan doa dan solat utk tarik bantuan Allah s.w.t sehingga Allah s.w.t  perkenankan semua doanya. Kaum Kibti telah jumpa Bani Israel utk doa kpd bertentangan dgn Nabi Musa. Ia solat istikharah minta pertunjuk dari Allah, Allah s.w.t memberitahu jgn doa yg bertentangan dgn Nabi Musa. Allah s.w.t akan tarik rezeki yg diberi. Kaum Firaun dtg lagi kpd Bani Israel memberi tawaran emas. Ia telah tamak dan doa bertentangan dgn Nabi Musa.  Mulut org itu Allah s.w.t tarik lidahnya menjadi panjang sampai ke dadanya dan badannya menjadi lumpuh.  Allah s.w.t telah tarik kekuatan doa. Manusia yg melanggar perintah Allah tidak akan ada ketenangan.

 

Pendosa, hatinya gelap dan tidak ada kemampuan menerima kebaikan. Maulana Ilyas rah. ketika hendak meninggal ia berkata kpd Maulana Yusuf rah., usaha agama adalah sbg satu kerja, jika dibuat main2 ia akan menjadi main2an ttpi jika ia dibuat bersungguh2 ia akan memberi kesan yg luar biasa. Maulana Yusuf memberitahu jika masjid kita spt masjid Nabawi, skrg Allah yg sama yg membantu sahabat, kita juga akan mendapat bantuan yg sama. Jika ahli jemaah kita fikir akhirat, sentiasa sibuk ziarah dan hidup dgn kasih sayang, maka kita juga akan dpt bantuan Allah spt mana Allah yg sama memberi bantuan kpd sahabat. Hari ini bantuan Allah tidak turun kpd kita kerana kita yg membuat kerja ini tiada sifat. Sifat enam prinsip belum dtg lagi dlm kehidupan. Amal jemaah masjid spt bangun tengah malam minta keampunan, ulang-alik ke masjid memakmurkan rumah Allah dan berulang-alik menziarahi satu sama lain, maka org melakukan amalan ini kedudukannya ditinggikan oleh Allah s.w.t atau hampir dgn Allah. Sahabat2 ahli Badar kedudukannya tinggi disisi Allah, menyebut nama mereka dan kemudiannya berdoa, maka doanya tidak ditolak oleh Allah s.w.t. Amalan jemaah masjid apb hidup di sesuatu kawasan, jika Allah turunkan azab di kawasan itu, Allah s.w.t akan tarik azab di situ.

 

BAYAN SUBUH MAULANA AHMAD LAT

 

(mesyuarat malaysia – nizamuddin – 11/09/98). Oleh krn dlm dunia ini yg penting ialah manusia, maka Allah telah mengutamakan asbab tarbiyah kpd manusia berbanding dgn makhluk2 Allah yg lain. Sebagaimana yg kita maklum apb satu jemaah dibentuk, akan dipilih zumindar  dan di tarbiyah bagaimana mrk dpt membelanjakan diri, harta dan masa mrk mengikut perintah Allah s.w.t. Apb diri, harta dan masa manusia digunakan dgn betul mengikut kehendak Allah s.w.t, maka manusia akan dibentuk kehidupannya. Oleh itu ambia2 dihantar oleh Allah s.w.t di kalangan manusia untuk menunjukkan kehidupan suci murni yg manusia perlu ikuti, nabi2 adalah manusia yg maksum. Seluruh tarbiyah nabi2 kpd manusia ialah menunjukkan bagaimana mentauhidkan Allah s.w.t.

 

Asas tarbiyah manusia ialah pembinaan iman yg betul. Jika iman manusia sempurna, keseluruhan kehidupannya akan betul. Hari ini tumpuan manusia samada kpd makhluk atau kpd khaliq. Sabda Rasulullah s.a.w “Barang siapa membetulkan hubungannya dgn Allah, Allah s.w.t akan membetulkan hubungannya dgn manusia”. Rasulullah s.a.w memberitahu seluruh masalah dunia akan selesai melalui usaha agama/mentaati Allah s.w.t. Org miskin tidak akan resah gelisah dan meminta2 kpd makhluk, org kaya tidak sombong dan tamak, pemerintah tidak menzalimi rakyat dan rakyat akan menjadi taat dan tidak memberontak. Amalan manusia akan memberi kesan kpd pentadbiran alam, sehingga memberi kesan kpd  anak yg baru lahir. Sepasang suami isteri yg membuat hubungan jenis dan terlepas solat subuh dan tidak mengqadho’nya, maka anak yg lahir dari hubungan itu menjadi anak yg lalai dan derhaka kpd ibu bapa.

 

Ucapan yg mengatakan kebesaran Allah s.w.t akan sampai kpd hati. Hubungan manusia kpd Allah s.w.t tertakluk kpd hati. Nabi-nabi adalah manusia yg maksum dan semua yg dicakapkan atau dibawa oleh ambia adalah utk kebaikan manusia walaupun apa yg dipercakapkan bertentangan dgn jasbah manusia.  Maksud kita membuat kerja ini, bagaimana hendak menyediakan manusia membuat maksud sebenar ia dihantar. Sahabat2 adalah manusia contoh terbaik, apa yg diucapkan di lidah menzahirkan apa yg ada dlm hati mereka. Ucapan kalimah taiyibah di mulut dpt menzahirkan di hati mereka bahawa seluruh yg bersifat makhluk tidak berkuasa. Mereka dapat mengeluarkan seluruh kebesaran makhluk dlm hati mereka. Perkara yg tidak sepatutnya di dlm hati mereka telah dibuangkan dari dlm hati mereka. Org yg kufur dan munafik hanya mengatakan ia beriman ttpi di dlm hati tidak ada iman.

 

Org spt inilah yg membawa kesesatan dan kerosakan dlm muka bumi ini. Apb golongan ini diberitahu betulkan iman dlm diri kamu, mereka engkar. Pengharapan kita perlu hanya pada Allah s.w.t. Jgn mengharap kpd yg lain, jika hendak meminta, mintalah kpd Allah s.w.t  jgn meminta kpd yg lain. Kisah Abu Hurairah yg kelaparan  beberapa hari telah pengsan, org lain menyangka ia terkena penyakit sawan, sebenarnya ia telah kelaparan dan kesusahannya tidak diberitahu kpd org lain. Nabi s.a.w telah bersabda kpd Abu Hurairah bahawa ehwal kamu ialah untuk memberitahu seluruh umat hingga hari qiamat. Semua amalan hendaklah mengikut cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, apabila dlm kelaparan jgn meminta kpd makhluk ttpi harap dan minta pada Allah s.w.t . Dlm kelaparan itu Rasulullah s.a.w memanggilnya ke rumah dan memberi satu mangkuk susu. Rasulullah s.a.w meminta ia memanggil seluruh ahli suffah yg lain iaitu hampir 70 org utk meminum semangkuk susu. Keadaan itu bertentangan dgn kemuslihatan Abu Hurairah sendiri, kerana air susu yg semangkuk itu perlu diberi kpd beliau kerana beliau dalam kelaparan.

 

Tetapi amalan Rasulullah s.a.w penuh keberkatan dan apabila Abu Hurairah mentaati suruhan Rasulullah s.a.w maka semangkuk susu dapat mengenyangkan sepuas2nya semua ahli suffah itu. Allah s.w.t sebenarnya membawa perintahNya adalah bergantung kpd keupayaan atau kemampuan manusia untuk mentaatiNya. Takazah agama yang dibentangkan perlu dilihat keupayaan seseorang dan ia hendaklah  dibentangkan bagi memenuhi sesuatu takazah. Orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini perlu di bawa kepada kebaikan dengan membuat kerja suci murni Rasulullah s.a.w.  Orang mencuri dikatakan tidak mencuri kecuali ketika ia mencuri ini ia tidak beriman, oleh itu ia telah membuat amalan yang menyusahkan org lain seperti mengambil kasut orang, kereta orang dan sebagainya. Orang seperti ini perlu diusahakan supaya dpt mengubah kehidupan mereka dari engkar perintah Allah s.w.t kpd mentaati perintah Allah s.w.t.

 

Apa maksud kalimah Laillahaillallah, ialah utk membuang kebesaran makhluk dlm hati dan hanya masuk kan kebesaran Allah s.w.t melalui membuat amalan yg dpt membina kehidupan akhirat. Khalid Ibnu Malek dan Amru bin As dua org sahabat karib telah dtg ke Madinah. Sebelum ini ia pemusuh Islam, di Uhud ia telah berperang di sebelah tentera kafir. Rasulullah dan seluruh ahli Madinah telah memuliakan dan tidak menghina beliau. Seluruh ahli Madinah telah istiqbal dan Rasulullah s.a.w telah menghamparkan serban nya. Layanan Rasulullah SAW itu telah memberi kesan kpd hati beliau dan sampai bila2 pun ia tidak akan lupa. Layanan itu menyebabkan ia memeluk Islam dan darinya tersebar banyak kebaikan.  Begitulah mengikut Maulana, berbahagialah seseorg itu sebab usahanya banyak kebaikan tersebar di marhalahnya. Menafaat usaha dakwah ini tidak akan lahir kecuali kita membuat usaha dgn ikhlas dan istikhlas. Sbg contoh seora yg bekerja sbg penjaga satu kedai, ttai ia membuka satu lagi kedai utk anaknya. Tuan punya kedai memberitahu org tadi, kamu jgn kerja dgn aku, kerana tumpuan kerja kamu tidak pada kedainya tetapi dgn kedai lain. Itulah yg dimaksudkan istikhlas.

 

Sahabat apb menyambut takazah dari Rasulullah s.a.w tidak memilih masa, tempat atau keadaan. Sebagai contoh kisah Huzaifah, bagaimana ia dipilih oleh Rasulullah s.a.w untuk mengintip musuh Islam pada waktu malam yg sejuk.  Walaupun pada ketika itu musim sejuk, apabila Huzaifah sedia bangun utk menunaikan takazah agama, maka Rasulullah s.a.w telah mendoakan Huzaifah, “Ya Allah, selamatkanlah Huzaifah dari atas, bawah, kanan, kiri”, dan ia berjalan seolah2 dlm bekas yg panas. Ia adalah bersesuaian dgn firman Allah s.w.t, “Sesiapa yg membantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu”. Setiap org yg Allah ingin berikan kebaikan, nescaya Allah akan uji, jika seseorg lepas dari ujian itu ia akan dimasukkan dlm makam istiqfar.  Allah s.w.t tidak mempunyai hajat dgn makhluk apabila hendak membuat sesuatu.

 

Dalam membuat usaha agama kita perlu membuat cara yang ditunjukkan oleh nabi-nabi, contohnya Nabi Nuh a.s, beliau membuat usaha dakwah, Allah perintahkan membuat kapal di atas gunung.  Amalan ini menjadi bahan ketawa kaumnya.  Nabi Nuh memberitahu kaumnya Allah s.w.t perintahkan membuat kapal kerana akan berlaku banjir yang besar.  Kaumnya mentertawakannya kerana mana datang air di kawasan padang pasir.  Allah s.w.t keluarkan air dari tanah, dari batu, dari langit.  Begitu juga jika kita membuat kerja tempatan, apabila kita membuat gasht/khususi jangan membuat sangkaan orang yang akan kita ziarahi itu akan menerima kita atau tidak.  Kita perlu masukkan dalam hati bahawa hati-hati saudara itu ditangan Allah s.w.t.

 

Hidayat juga ditangan Allah s.w.t, kita perlu yakin sungguh2 janji2 Allah s.w.t dan melihat kudrat Allah s.w.t yg berkuasa membuat sesuatu. Hari ini kita perlu bangun membuat pengorbanan dgn menggunakan diri, harta dan masa kita keluar ke jalan Allah s.w.t, janganlah pejabat, kedai, kilang, pertanian kita menjadi penghalang utk kita keluar ke jalan Allah s.w.t. Jangan sekali2 kita membuat berbagai alasan kerana ditakuti kita akan mendapat kemungkaran Allah s.w.t sepertimana kemungkaran Allah s.w.t kpd Abu Lahab yg menolak Islam. Ketika dia mati, bumi di Mekah tidak menerima mayat Abu Lahab, sehingga mayatnya terkeluar 3 kali dari tempat pengkebumiannya. Kita perlu membuat keputusan bahawa kerja ini maksud hidup kita. Kita memang lemah dan daif ttpi melihat kudrat Allah s.w.t kita perlu terus membuat kerja sehingga keletihan. Dgn dakwah sahaja manusia akan mendapat tarbiyah dan islah.

 

 

Blog di WordPress.com.