Buyaathaillah's Blog

Bayan Hadratji Maulana Saad : Asbab Nafkah

Usaha atas *Asbab* dan mengharapkan *hasil dari Allah* tidak ada beza dengan orang *Mushrik* yang menjadikan perantaraan benda sambil mengatakan Allah yang bagi hasil.
Usaha atas *Amal* dan harap hasil dari Allah adalah lebih mendatangkan banyak hasil, lebih lama dan lebih banyak faedah.

Tetapi Maulana kata TINGGALKAN ASBAB ADALAH KEJAHILAN… KEJAHILAN.. KEJAHILAN.

Kata Nabi s.a.w: Seorang *Suami* yang berusaha mencari rezeki yang *Halal* untuk diberikan pada anak dan isteri akan bangkit di akhirat nanti dalam keadaan mukanya bersinar, ada *Nur dan bercahaya*

Maulana ulang… Meninggalkan pekerjaan dan anak isteri *bukanlah Mujahadah*. Bila tidak ada mujahadah.. Maka tidak ada *Hidayat*.

Apabila ada pekerjaan, perniagaan dan dalam masa yang sama kita bagi masa yang banyak untuk usaha agama adalah MUJAHADAH. Dan mujahadah ini lah yang akan menghasilkan *Hidayat*.

Kita ambil terus dari *Khazanah Allah* melalui perantaraan *Amal*.
Nabi pesan pada sahabat.. *Solat 2 Rakaat* sebelum pergi berniaga.
Yang salahnya kata Maulana Saad,….adalah Usaha atas Asbab sehingga Yakin dengan Asbab dan meninggalkan Amal… Lalu tinggalkan Dakwah.

Usaha dengan Amal dan harap pada Allah. Nabi saw pesan pada para sahabat.. *Solatlah 2 Rakaat* dan pergi lah berniaga, bukan tinggalkan perniagaan. Tetapi dengan amal solat 2 rakaat tadi Allah akan tunaikan janjinya.

Mentarghib orang untuk tinggalkan Asbab bagi mendapatkan bantuan Allah.. Adalah.. KEJAHILAN.. KEJAHILAN.. KEJAHILAN.

Meninggalkan Asbab bukan cara Nabi2 dan bukan cara sahabat2. Dalam Islam tidak ada *Rahbaniah* Iaitu cara hidup Rahib. Ada isteri.. Ada anak.. Ada kerja… Tapi kita *bagi banyak masa untuk Agama*…Itu adalah Mujahadah.. Dan dari MUJAHADAH itulah akan hasilkan HIDAYAT.

Maulana Saad berkata, siapa lagi yang lebih kuat iman dia drpd Abu Bakar r.a.
Pada hari pertama dia jadi Khalifah, dia telah pergi ke pasar…

Orang ramai bertanya dia, kamu adalah seorang Khalifah, kenapakah kamu berniaga..?

Kata Abu Bakar r.a.. Siapakah yang akan menguruskan keperluan anak isteri aku? Adakah iman Abu Bakar lemah kerana jawapannya ini? Maka Umar r.a telah dapat kan daripada Baitulmal untuk keperluan Abu Bakar r.a.

Jadi meninggalkan Asbab bukan lah jalan Nabi2 dan bukan jua jalan sahabat2…

Mereka usaha atas *Asbab* TETAPI ASBAB MEREKA TIDAK MENGHALANG MEREKA DARI MAJU DALAM USAHA AGAMA. Ini adalah *Point utama*…
*Orang yang ingat Allah bukanlah orang yang berzikir pagi dan petang sahaja*…

Tetapi *orang yang ada peluang berbuat dosa, tetapi dia tinggalkan dosa tersebut kerana takutkan Allah*.. Maka dia lah orang yang ingat Allah.
Untuk dapat Nusrah terus daripada Allah.. Adalah melalui dengan perantaraan *Amal* Mereka *bertawasul* dengan amal-amal mereka.

Maulana menceritakan mengenai 3 orang yang terperangkap didalam gua. Ia mengisahkan tentang *Akhlaq, Muamalat dan Muasyarat*.

Syarat pertama untuk dapat kan pertolongan Allah ialah dengan kosong kan hati kita daripada keyakinan kepada *ghairullah* termasuklah malaikat.

Maulana bagi kisah Nabi Ibrahim a.s dengan malaikat Jibril.

Musibah2, keburukan dan kerosakan umat ini tidak akan terangkat dgn *Amal2 Solat, Zakat, Puasa dan Haji*
Melainkan apabila umat ini betulkan *Akhlaq, Muamalat dan Muasyarat*. Maka kata Maulana, mereka itulah orang yang ingat Allah… Bukan sahaja orang yang berzikir pada waktu pagi dan petang.

Kisah salah seorang daripada 3 orang didalam gua itu, dia tidak jadi berbuat maksiat dengan saudara perempuannya kerana takut pada Allah, walaupun dia berpeluang untuk berbuat maksiat.

Usahalah untuk sempurnakan solat. Tetapi bersihkanlah juga harta kita daripada Riba, Syubhah dan lain-lain. Bersihkanlah diri kita bukan dengan air sahaja.

Air hanya dapat bersihkan yang zahir sahaja. Betulkanlah *Taharah* kita. Tetapi bersihkanlah harta kita daripada yang *Haram* termasuklah dalam taharah.

Kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah disebabkan *Amalan-amalan orang Islam* itu sendiri. Bersih menggunakan air itu adalah taharah zahir sahaja.
Apabila pendapatan kita bersih, maka muamalat dan muasyarat kita akan turut jadi bersih.

Apabila orang Islam pergi dan jauh daripada Allah, apabila sampai kepada satu tahap, maka *Allah akan sentap mereka dengan musibah*
Allah akan datangkan musibah-musibah tersebut didalam perniagaan orang Islam, didalam kerajaan orang-orang Islam, adalah kerana mereka telah langgar perintah Allah didalam kerja dan perbuatan mereka..

Kita hanya tengok, buat kira-kira tentang perniagaan kita pagi hingga petang, tetapi kita tak tengok, tak terfikir dan tak sedar untuk *Muhasabah akan akhlaq, Muamalat dan Muasyarat* kita waktu pagi dan petang.

Allahu, semoga apa yang telah disampaikan oleh Maulana Sa’ad ini dapat hendaknya kita ambil iktibar, kita fikirkan setiap daripada pesanannya itu, kita amal dalam kehidupan kita dan niatlah untuk sampai kan kepada mereka-mereka yang lain.

InshaAllah…

Blog di WordPress.com.