Buyaathaillah's Blog

Mudzakaroh Kerja Maulana Hashim

BAYAN SUBUH JHOR KARKUN LAMA SERI PETALING 
6 April 2017 

oleh Maulana Hashim anak Maulana Shamim*
Bila kita letak diri kita di hadapan, kita dapat samakan perjuangan kita dengan orang-orang solihin. Bila kita letak kabilah, negeri atau negara di hadapan, kita dapat samakan perjuangan kita dengan ambiya a.s. Bila kita letak di hadapan kita setiap insan di atas permukaan bumi ini, setiap insan  yang akan lahir sebelum hari qiamat, setiap negara hingga hari qiamat, kita buat perjuangan supaya semua insan dapat keredhaan Allah s.w.t, semua dapat masuk syurga Allah s.w.t, jadi kita telah samakan perjuangan kita dengan perjuangan Nabi s.a.w, perjuangan yang dibangun oleh ketua ambiya a.s.
Kenapa kita berhimpun di sini hari ini? Kita habiskan siang kita, malam kita, beramai-ramai kita kumpul, datang dari tempat-tempat yang berlainan, dengan belanja yang berlainan, dengan susah payah yang berlainan. Apa tujuannya? Apa maksudnya? Kita berhimpun di sini untuk memahami maksud kita. Setiap apa sahaja benda di dunia ini, selama dapat memenuhkan maksudnya, jadi benda itu akan selamat.
Melalui benda itu insan lain akan dapat manafaat, serta benda itu akan jadi asbab untuk keselamatan orang lain. Tetapi sekiranya mana-mana benda di atas permukaan bumi ini bila ia tak dapat memenuhi maksudnya, ia tak memberi menafaat kepada orang lain serta ia tak memberi keselamatan terhadap sesiapa pun, ia juga tak dapat memberi manafaat pada diri sendiri, jadi benda itu tak akan selamat. Contohnya, tak ada sesiapa pun yang akan bela lembu hanya untuk tahinya sahaja. Orang akan bela lembu untuk susunya. Selagi lembu itu mengeluarkan susu, jadi lembu itu akan dijaga, akan diberi makan, akan diberi minum, akan diberi keselesaan. Walaupun  keluarga datang ziarah ke rumah, lembu itu tetap akan diberi perhatian. Sekiranya susu telah mula berkurangan, tuan punya lembu akan mula risau.

Dia akan usaha perubatan atau cara-cara lain, bawa ke klinik, jumpa doktor haiwan supaya lembu itu kembali terhadap maksud asalnya, dapat mengeluarkan susu sebagaimana yang dikehendaki. Akhirnya apabila lembu itu tak memberi susu juga, susu terus berkurangan, jadi lembu itu akan disembelih. Tidak ada siapa pun akan simpan lembu itu lagi. Maksudnya ialah apabila setiap benda di atas muka bumi ini, selama ia memenuhkan maksudnya, jadi ia akan dijaga, akan dibela, akan dibelai melainkan bila tak memenuhkan maksudnya, ia tak akan dihiraukan lagi.
#DTIuntukUMAT #BayanMaulana

Blog di WordPress.com.