Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ibrahim Dawla

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(26/11/2014 – nizamuddin) –

Duduk dgn tawajjuh, asal drp usaha ialah bergerak dan belajar, nak tahu kena belajar – kena ada keinginan, kalau kita tak nak tahu maka kita tak nak belajar, semoga Allah bagi sifat talab dlm diri. kita harus betul-betul haus utk agama, kalau tak ada talab diri tak akan dpt amal agama. talab/keinginan perlu diwujudkan dlm diri, kena tahu setiap fadilat dlm setiap amal, spt kita tahu fadilat kerja dunia dan kita tak main2 dlm kerja dunia. Allah adalah maha sempurna’. Segalanya ada pd Allah, Buat amal kerana Allah akan dtgkan hasil utk kita, Allah maha memiliki segalanya, Allah maha pengampun. Bila seseorg buat satu dosa, Allah tak terus tulis dosa tersebut, Allah suruh malaikat tunggu 24 jam, Kita check diri kita dulu. Jgn check diri org lain. Diri kita yg belum sempurna, Setiap perkataan yg keluar dari mulut ditulis oleh malaikat raqib dan atid, Raqib tulis kebaikan dan atid tulis keburukan, Hamba yg baik, bila buat dosa terus bertaubat dan solat 2 rakaat.

 

Banyakkan mentelaah kitab2, jgn bercakap sia-sia, Ilmu ma’a zikir – org yg berilmu akan ingat Allah, Setiap org islam kena tahu perintah Allah dan apa larangan Allah – ini dinamakan ilmu, Bila buat dosa, ambil wuduk dan solat taubat, Org yg tak mahu taubat, dia kurang ajar dgn Allah, Para ambia adalah org yg selalu bertaubat pd Allah, Daud a.s selalu menangis sehingga keluar darah dari mata, Bila bertaubat, Allah sayang pd kita dan kehidupan akan jadi baik, Kalau tidak, selalu lupa pd Allah – tak boleh buat kebaikan walaupun berada di tempat yg baik, Jadilah hamba yg bila buat dosa – istighfar dan bila dpt nikmat – syukur, Bila buat kebaikan – syukur pd Allah, Bila buat dosa – cepat-cepat minta ampun dgn Allah, Nabi telah ajar pd kita solat taubat, Kena solat taubat setiap hari kerana kita tak tahu langkah kaki mana yg buat dosa, kelipan mata mana yg buat dosa, Jgn tidur tanpa solat taubat, Sunnah nabi – baca istighfar sehingga tertidur.

 

Doa nabi – berikanlah yg terbaik dlm akhir umurku, Ya Allah, hari terakhir/hari matiku, jadikanlah hari yg terbaik bagi ku, Maksud tabligh ialah semua perkara dlm kehidupan jadi agama, Minum jadi agama, Kencing pun jadi agama, tidur jadi agama, etc, Agama akan ubah kehidupan kita. Kita kena belajar agama, Kalau tak belajar agama, kita akan buruk kan agama, Nabi telah amal agama dan ajar agama pd kita, Nabi dakwahkan agama pd setiap org, Dg dakwah, dtg kekuatan dlm amal. Yg terbaik ialah amal dan sampaikan, Kena tahu setiap perintah Allah dgn cara nabi, Nabi ajar buat amal dgn tertib dan dakwahkan. Buat amal dgn istiqamah, Setiap amal ada cara, ada tertib, ada tempat, ada niat – baru amal tersebut diterima oleh Allah, Amal utk dpt pahala dan syurga Allah. Bila beramal, dtg sifat takut dgn azab Allah, Amal utk dpt redho Allah adalah amal yg terbaik, Buat amal kerana mensyukuri nikmat Allah.

 

Tak semua org diberi taufik utk solat (bila dpt solat kena syukur), Tak semua org diberi taufik utk bayar zakat (bila boleh bayar zakat kena syukur), Tak semua org diberi taufik utk zikir (bila dpt berzikir kena syukur), Tak semua org diberi taufik utk baca quran (bila dpt baca quran kena syukur), Nabi solat hingga bengkak kaki sebab syukur dgn nikmat Allah, Setelah beribadat kita bersyukur. Sifat hamba ialah selalu syukur pd tuannya. Adakah ubat di dunia ni yg dpt menahan dari kematian? Makan ubat pun mati, Tak makan ubat pun mati, Allah cipta penyakit dan Allah cipta ubat, Allah cipta lapar dan Allah cipta makanan. Kita perlu pd Allah. Allah tak memerlukan kita. Allah memiliki segalanya. Harap hanya pd Allah. Meminta hanya pd Allah. Org beriman hanya harap pd Allah.

 

Syaitan menakutkan kita dgn keadaan. Syaitan takutkan kita dgn kefakiran. Nabi s.a.w takutkan manusia dgn azab. Tanamkan perasaan takut pd Allah. Bila taat perintah Allah–segala sesuatu akan dtg pd kita. Bila taat perintah Allah, sabar dan beramal–Allah bagi syurga–drp emas dan perak–utk selama2nya–malaikat jadi istiqbal–penuh dgn nikmat–kesenangan selama2nya. Hari ni kita belajar hal dunia bertahun-tahun, cukup ke belajar agama 4B? Di kubur tak tanya pasal dunia, lulus atau tidak. Sempurnakan amal baru dpt syurga. Kalau tak sempurna dpt neraka. Kehidupan dunia adalah utk beramal. Nabi telah khabarkan segalanya pd kita. Solat fardu 5 waktu kena buat betul2 dan sungguh2 baru akan dpt ganjaran 50 solat. Kalau tak buat- kita kurang ajar dgn Allah. Semua org boleh amal agama. Org yg tak ada tangan dan kaki pun boleh amal agama.

 

Allah telah bagi banyak nikmat. Keluar di jln Allah–dpt 700,000 ganjaran atau lebih, sukahati Allah nak bagi banyak manapun–tak terhitung. Allah maha kaya. Bila Allah kenal kita, Allah tak akan biarkan kita dlm kesusahan. Bila kenal Allah – dpt banyak faedah. Allah cipta manusia utk kenal Allah. Dgn usaha dakwah ini dpt lebih kenal Allah. Kenal sifat-sifat Allah dan tak berpaling dari Allah. Buat amal utk dpt dunia–ini adalah amalan yg palsu–macam wang palsu–tak laku–tak dpt redho Allah–ini sangat bahaya. Allah maha kuasa dan maha kasih sayang. Kekuasaan Allah maha sempurna. Kasih sayang Allah maha sempurna. Allah tak mezalimi. Bila ada masalah–minta penyelesaian dgn Allah. Ambia a.s fikir seluruh umat dan da’i pun fikir seluruh umat. Bertemu dgn Allah dgn pengorbanan atas agama. Iman sebesar zarah dpt syurga 10 kali besar dunia – jadi raja dlm syurga. Allah inginkan kehidupan akhirat utk manusia. Kalau tak kenal Allah akan kembali pd Allah dgn keadaan Allah murka.

 

Kenapa takut dgn kematian? Kita dtg ke dunia utk mati. Ada kehidupan yg lain – kubur, mahsyar, mizan, sirat, syurga. Allah maha memilki kekuatan. Kekuatan kita pun diberi oleh Allah. Kalau Allah tak beri kekuatan, kita akan lumpuh. Taat semua perintah Allah–baiki hubungan dgn Allah.  llah akan baiki hubungan sesama manusia. Jgn keras kepala, jgn ikut nafsu, jgn berjalan spt qarun dan firaun. Amal yg baik akan dibalas dgn kebaikan. Amal yg buruk akan dibalas dgn azab. Semua benda adalah pinjaman dari allah – angin, api, air, etc. Semua makhluk lain berkhidmat pd kita. Kita tak ada apa-apa. Utk dpt redho Allah, hanya satu jalan iaitu jln agama. Agama adalah taat. Oleh itu kena buat pengorbanan.

 

Allah perintah guna asbab utk agama. Bukan guna asbab utk bersuka ria. Org kafir guna asbab utk bersuka ria. Org beriman sentiasa fikir akhirat. Buat usaha utk bina kehidupan akhirat. Guna dunia utk akhirat. Jgn guna dunia utk dunia. Guna sekadar keperluan sahaja. Mesin perlu pd petrol, manusia perlu pd keperluan. Allah cipta keperluan utk ibadat. Makan, minum, pakaian–jadi ibadat. Dunia ini dicipta utk bantu dlm usaha agama. Dunia ini di laknat, dijauhkan dari rahmat Allah. Dunia tidak ada nilai disisi Allah. Dunia jadi berharga sekiranya digunakan utk agama. Org yg beriman kena jadi org yg beragama. Wujudkan agama dlm diri. Letak kehidupan atas landasan agama.

 

Org beriman guna dunia utk agama.  Allah bagi harta utk bina akhirat. Qarun telah diazab supaya jadi pengajaran utk seluruh umat. Jgn jadikan diri kita macam qarun. Isyhraf adalah belanja lebih dari keperluan. Isyhraf menjadikan kita org yg berhajat pd harta. Belanja lebih, perlu lebih duit, kena bagi masa lebih utk dunia. Maka tak ada masa utk agama dan tak dpt bina akhirat. Kehdupan dunia sedikit sahaja – hanya 24 jam. Hajat semakin banyak – Masa tak bertambah – dunia jadi sempit. Ini di panggil azab Allah. Kehidupan dah lebih dari keperluan – tiada masa utk bina akhirat. Syaitan telah buka jln isyhraf – guna diri, harta, masa lebih drp yg sepatutnya. Supaya kehidupan manusia berpaling dari agama. Manusia telah ikut dakwah syaitan. Syaitan tipu supaya tertib kehidupan tak sama dgn tertib kehidupan nabi. Syaitan buat kerja supaya manusia sibuk dgn dunia. Jln syaitan ialah lalai dari amal dan jahil agama.

 

Bila satu org buat kebaikan akan dpt taufik utk buat kebaikan yg lain. Cth : ambil wuduk, kemudian solat wuduk, kemudian doa : amal kebaikan yg berturutan. Begitu juga dgn satu dosa dan maksiat akan bawa kpd dosa yg lain. Cth : seorang pencuri, kemudian dia menipu : amal keburukan yg berturutan. Buat kerja agama dgn faham. Allah suruh berlumba2 dlm buat kebaikan supaya tak rasa berat utk buat kebaikan. Org yg tak biasa – rasa berat utk buat kebaikan. Keluar di jln Allah – biasakan dgn kebaikan, jgn habiskan masa di bazar. Agama perlu di setiap tempat sebagaimana cahaya perlu di setiap tempat. Masuk bazar bawa agama. Jgn belanja lebih dari keperluan. Jgn terkesan dgn barang-barang di bazar. Syaitan suruh kita guna harta di tempat yg salah. Allah bagi asbab supaya kita buat pengorbanan utk agama. Bukan di suruh kita tak kerja. Kalau tak kerja nanti akan jadi tamak dgn harta org lain. Dibolehkan kerja utk sempurnakan keperluan. Yg selebihnya digunakan pd tempat yg hak. Tertib nabi ialah guna harta dan diri utk agama. Tertib syaitan ialah guna harta dan diri utk dunia.

 

Dlm isyhraf – akan terangkat keberkatan. Jgn isyhraf dan jgn bakhil. Jadi org yg sederhana dlm dunia dan sederhana dlm agama. Bila ikut tertib agama jadi mudah. Tak ikut tertib agama jadi susah. Tapi hari ni tertib kehidupan kita dah berubah – sangat berat utk amal agama. Maulana yusuf kata : org yg isyhraf ada perasaan tak malu dlm kehidupan. Kehidupan nabi adalah kehidupan yg malu dan sederhana. Lepas isyhraf, kita membazir. Isyhraf – belanja lebih dari keperluan. Membazir – belanja bukan utk keperluan, hanya utk puaskan nafsu. Cth : buat perkahwinan jutaan ringgit. Belanja bukan utk keperluan adalah saudara syaitan. Belanja bukan pd tempatnya akan bawa kesempitan dlm hidup. Kehidupan sederhana adalah sunnah. Kehidupan yg tak ada kesederhanaan adalah kehidupan yg tak ada sunnah. Perkahwinan yg membazir adalah perkahwinan yg tak ikut sunnah – tiada keberkatan. Nabi s.a.w suruh kahwin dgn org yg beragama, dgn perkahwinan kemiskinan akan hilang, bawa kehidupan yg sederhana ikut sunnah, maka akan dtg keberkatan. Mizaj org yahudi – nak kahwin tengok org berharta. Mizaj org nasrani – nak kahwin tengok org yg cantik. Mizaj nabi s.a.w – nak kahwin tengok org yg beragama. Berkat ada dlm cara nabi s.a.w. Kehidupan halimaton saadiah jadi berkat bila ambil nabi s.a.w, susu jadi berkat.

 

Bagaimana pula bila kita ambil kerja nabi s.a.w? Kerja nabi akan bawa keberkatan. Kalau tak buat kerja nabi maka kita akan terperangkap dgn keperluan/mal. Kena keluar dari suasana yg ada. Walaupun nabi sayang mekah, tempat lahir nabi, tempat berkat. Nabi keluar dari kota mekah utk bina suasana. Di mekah tak dpt wujudkan suasana. Kena keluar/kena hijrah dari suasana isyhraf dan membazir – ini jln nabi. Keluar di jln Allah, buat usaha, bina suasana – maka akan dpt keberkatan. Setiap kerja ada maksud dan cara. Cara akan sampai kpd maksud. Maksud : Iman, ibadat dan akhlak akan jadi bagus dan jadi contoh. Berjalan dgn iman, ibadat dan akhlak yg  baik akan tersebar pd umat. Abu jahal tahu dakwah nabi adalah hak – tak nak dengar tapi dlm hati kata benar. Abu jahal macam ni pun ada zaman sekarang ni. Bawa agama dlm kehidupan dan pergi jumpa umat. Belajar agama dan sebarkan agama. Amal agama dan sebarkan agama. Ambil agama dari Allah dan bagi pd umat. Belajar dan mengajar pd umat. Maulana yusuf kata : belajar agama cara yg asal/asli iaitu cara sahabat. Sahabat tak mempunyai banyak asbab – sahabat tak record, tak tulis. Waktu siang sahabat dengar dari nabi, waktu malam sahabat hafal.

 

Dgn dakwah, agama dlm diri jadi mantap. Jgn takut dgn penghalang, takut hanya pd Allah. Allah akan bantu. Zaman nabi ada nusrah Allah, zaman skrg pun ada nusrah Allah. Kita tak berhajat pd wang dan harta org. Cukup Allah sebagai pembantu dan bantuan Allah dtg bila kita buat usaha. Kadang2 bantuan dtg cepat, kadang2 lambat – ini hikmah Allah. Yakin dgn bantuan Allah. Yakin dgn kerja ini. Yakin akan wujud bila buat usaha. Syaitan akan takutkan kita dgn keadaan – manusia akan teragak2 utk buat kebaikan. Nabi takutkan manusia dgn azab. Langgar perintah Allah, pasti dpt azab. Syaitan/ahli batil takutkan kita dgn masalah, tapi ini tidak pasti. Taat adalah buat apa yg Allah suruh. Apa sahaja yg berlaku adalah ketentuan Allah, tawakkal pd Allah. Bila buat tabligh dan dtg kesusahan, pasti akan dtg bantuan Allah. Ini yg terjadi pd nabi – setiap kerugian dan kesakitan ada bantuan Allah. Bila hijrah, org muhajirin jadi miskin, mereka tak dibenarkan bawa harta. Hijrah tanpa harta, kerugian pd org muhajirin. Berlaku kerugian bila tunai perintah Allah, tapi inilah kejayaan. Mereka tak berterusan fakir. Allah akan hilangkan kefakiran, Allah selesaikan masalah. Dlm masa 5-6 thn Allah bagi harta pd muhajirin dan mrk telah pulangkan semula semua harta ansar yg dipinjamkan pd mereka. Allah selesaikan masalah ansar dan muhajirin. Dlm hijrah ada keberkatan. Allah juga selesaikan masalah wabak penyakit/demam dan kemiskinan di madinah. Agama dtg bersama keberkatan dlm kehidupan. Ajar agama dan bagi makan, dtg keberkatan. Allah tutup pintu kemiskinan. Allah tutup pintu kelaparan. Allah tutup pintu kedahagaan.

 

Bila buat pengorbanan Allah pelihara. Hasil pengorbanan dpt keberkatan, dpt hidayah, musuh jadi sahabat, musuh dpt hidayat. Org yg tak ada keinginan dibunuh, Abu jahal & abu lahab mati dlm keadaan yg teruk. Khalid al walid, ketua dan ahli perang, pun dpt hidayat. Kemampuan dan kebolehan beliau digunakan atas perkara yg hak dan utk agama. Guna harta utk bangunkan agama. Kita buat usaha , Allah bagi hidayat. Hati manusia ditangan Allah. Buat usaha dgn sempurna pasti Allah terima. Nabi buat usaha 13 thn di mekah dgn penuh kesusahan. Bila sampai satu tahap, Allah buka pintu hidayat. Abu sufyan dan hindun pun dpt hidayat, masuk islam. Buat kerja dgn ikhlas, dgn pengorbanan, dgn doa. Buat kerja dgn cara yg betul. Buat kerja dgn usul. Buat kerja dgn sempurna. Jgn buat kerja separuh jln. Allah akan bantu. Allah buka pintu keberkatan. Allah buka pintu hidayat. Doa diterima. Asbab jadi berkat. Akhirat terbina, dunia pun terbina. Selamatkan manusia dari neraka.

 

Bawa agama dlm kehidupan dan bawa agama kpd manusia. Jgn isyhraf dgn harta. Masa keluar di jln Allah, jgn isyhraf, maka akan dtg keberkatan dlm amal. Jaga usul, akan dpt hidayat dan tarbiyah. Inilah yg dinamakan mujahadah. sebab ada banyak kemudahan hari ni maka kurang pengorbanan. bila tiada pengorbanan, maka tiada peningkatan. dari segi kuantiti banyak tapi tiada kualiti. jumlah bukan ukuran. Jumlah 4B/40H sgt banyak, cuma adat shj jgn biasa dgn adat. Istiqdat (kemampuan dan kebolehan) adalah perkara yg penting tingkatkan kekuatan usaha nabuwwah. inilah t/jwb kita. Kita buat kerja dgn betul/benar. Perlu kekuatan dlm diri. belajar kerja dan mengajar. sahabat adalah alim dan muallim. Tiada sahabat yg jahil. Walaupun dia seorg hamba, dia tak jahil. seluruh kehidupan sahabat ada dlm kehidupan nabi s.a.w. peningkatan adalah bila buat kerja dgn betul dan dgn penuh perhatian, maka Allah akan bagi kefahaman.

 

Solat dpt menjauhkan diri dari fahsyak dan mungkar. tapi kalau solat cepat2 tak dpt cegah  fahsyak dan mungkar. sepatutnya solat membetulkan kehidupan kita. apa kesan dari usaha nabuwwah? Bukan sekadar habiskan masa 4B/40H. Adakah kerja telah selesai slps 4B/40H? Bukan hari yg kita sempurnakan tapi kerja yg sepatut nya kita sempurnakan. Kerja dah sempurna atau belum? Inilah takazah agama. Dlm usaha nabuwwah, Allah sendiri yg akan nilai. Allah maha melihat. Bila rasa Allah maha melihat, maka kita tak lalai. Apa kerugian tak buat usaha dakwah? Dakwah adalah utk diri sendiri. Kena buat dgn sungguh-sungguh. Kebaikan akan dtg pd diri. Ini jln utk baiki diri kita sendiri. Tak cukup hanya dgn bergerak. Kena bentuk keikhlasan dlm setiap amal. Amal kecil pun Allah terima kalau ada ikhlas. Maksud dakwah/tabligh–apa yg dibawa oleh nabi s.a.w wujud dlm kehidupan kita. Dgn usaha dakwah wujud 2 perkara – 1. yakin  2. taqwa. Yakin pd apa yg disampai kan oleh nabi.

 

Allah yg berhak disembah. Yakin pd yg hak. Pahala, dosa, kiamat, kubur, mizan, sirat, syurga, neraka adalah hak. Pasti semua akan dtg. Kena yakin. Syurga akan dinampak kan pd org yg bertaqwa. Neraka akan dinampakkan pd org yg langgar/ingkar perintah Allah. Yakin sehingga dtg ketakutan. Yakin sehingga dtg ketaatan. Yakin pd perkara yg ghaib. Yakin pd apa yg dijanjikan oleh Allah. Azab dari Allah amat keras. Rahmat Allah sgt luas. Bentuk takluk/hubungan dgn Allah. Timbulkan ketakutan pd Allah–jadi org yg bertaqwa. Allah maha mengetahui segala sesuatu. Apa yg ada dlm hati pun Allah tahu. Setiap daun yg gugur dlm pengetahuan Allah. Allah maha melihat. Bila ada perasan takut dilihat oleh Allah, maka akan buat kerja dgn betul. Yakin yg disertai dgn ketakutan. Bila yakin-taat semua perintah Allah dan rasul. Bila yakin-takut pd Allah. Jika takut tapi masih buat dosa/maksiat–ini adalah org yg pembohong. Buat usaha dgn betul – Allah akan tunaikan janjiNya. Buat usaha dgn yakin, taqwa, taat dan ikhlas. Ini bukan kerja 4B/40H dah selesai. Ini kerja seumur hidup hingga mati. Buat kerja dgn cara nabuwwah. Hanya ada 1 cara sahaja yg mukammal/sempurna.

 

Sempurnakan semua perintah Allah (ibadat, muamalat, muasyarat) dgn cara nabi s.a.w. Sempurnakan perintah Allah di mana sahaja kita berada. Bawa agama dlm kehidupan 24jam. Semua org pernah buat dosa–bila buat dosa cepat2 taubat. Dgn taqwa–akan dijauhkan dari jurang kebinasaan. Takazah dakwah–iman, amal dan akhlak jadi betul. Bawa usul dlm kehidupan. Bukan sekadar muzakarah. Adil ialah apa yg kita suka dan kita menyukainya utk saudara kita. Allah suka pd org yg berbuat adil. Adil dlm setiap perkara. Bagi menafaat pd og lain. Jgn ambil hak org. Satu org wanita penzina, bagi air pd seekor anjing, Allah masukkan dia dlm syurga. Bila sedekah akan dijauhkan dari bala dan musibah. Buat baik, adil dan ehsan. Jgn bergaduh. Bila bergaduh Allah akan tarik keberkatan.

 

Agama dtg dgn dakwah. Jgn disebabkan perbuatan kita buat org marah. Bawa akhlak yg baik–baru org terima dakwah kita. Bila ada keadilan–maka akan tunaikan hak. Tiada keadilan–maka berlaku kezaliman. Dunia adalah tempat utk tunaikan hak. Akhirat adalah tempat utk terima hasil. Kalau tak tunai hak–maka di akhirat akan dituntut. Dunia bukan tempat utk sempurnakan nafsu dan keinginan. Kita amal agama dan bawa org pd agama. Tafsir kehidupan sahabat ada dlm kehidupan nabi. Tafsir kehidupan nabi ada dlm kehidupan sahabat. Semua kehidupan mereka ada dlm quran. Para sahabat adalah org yg benar. Org yg ikut jln sahabat akan jadi org yg benar. Kekuatan Allah bersama dgn org yg buat dakwah. Bila dtg nusrah Allah – lawan akan jadi kawan – org melawan akan kalah. Bila dtg keberkatan – semua jadi mudah. Bila Allah terima kita dlm usaha ini – Allah ubah kehidupan kita.

 

Blog di WordPress.com.