Buyaathaillah's Blog

Mudzakarah Terpelesetnya Iblis

SHAIKH SAYYID ABOO TOHIR SHAIKH IBRAHIM:
FAKTA BERKENAAN IBLIS YANG KEBANYAKAN ORANG TIDAK TAHU.
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Ini beberapa fakta berhubung dengan Iblis yang TIDAK diketahui oleh kebanyakan orang Islam termasuk salikin dan juga sebahagian khalifah2. Sehingga ada kala nya mereka thabitkan Iblis dengan kenyataan agama yang haq. Maka berlaku lah penyelewengan dari jalan Suci.

FAKTA 1:

🔴 Iblis adalah bangsa jinn yang di jadikan dari api, BUKAN cahaya.

FAKTA 2:

🔴 Iblis menyangka dia lebih baik dari Adam kerana Adam di jadikan dari tanah sedang dia dijadikan dari api.

FAKTA 3

🔴 Iblis menyangka kejadian dia dari api itu suatu kemuliaan sehingga menimbulkan sifat takabbur dalam diri.

FAKTA 4:

🔴Ketika datang perintah Allah kepada Malaikat supaya sujud (hormat) kepada Adam, maka seluruh Malaikat sujud (hormat) kepada Adam kecuali Iblis. Dia enggan sujud, dan sombong takabbur kepada perintah Allah. Maka jadilah Iblis makhluq terlaknat sampai Qiamat dan menjadi ahli neraka abadi selama nya.

FAKTA 5:

🔴 Iblis adalah ahli ibadah dan BUKAN ahli Ma’rifat. Iblis TIDAK kenal Allah sebagaimana Ahli Ma’rifat yang haq kenal Allah.

Iblis cuma tahu kewujudan Allah melalui khabar Malaikat, BUKAN sebab dia (Iblis) melihat Allah. Allah Ta’ala TIDAK pernah tajalli (nyatakan Diri) kepada Iblis. Maka tiadalah Iblis kenal Allah melalui pandangan hati.

Iblis tertipu dengan amal dia yang banyak dan menyangka dia hebat dari sekalian makhluq kerana dia (Iblis) TIDAK kenal Allah. Jika Iblis kenal Allah dengan pandangan Ma’rifat yang haq, dia tidak akan menyombong diri. Sebalik nya dia akan segera patuh segala perintah Allah tanpa soal.

FAKTA 6:

🔴Walaupun ibadah Iblis tersangat hebat, namun ibadah dia adalah ibadah tanpa Ma’rifat…iaitu umpama alim fiqih yang cuma amal berdasarkan fiqih semata2 tanpa Ma’rifah didalamnya.(alim fiqih yang cuma pegang kepada fiqih dan abaikan Toriqat dan tiada memperoleh Ma’rifat)

FAKTA 7:

🔴 Nabi Adam menjadi lebih mulia dari Iblis kerana Nabi Adam kenal Allah dengan sebenar kenal. (Ma’rifat) Tetapi Iblis tidak tahu rahsia ini. Iblis menyangka dia lebih baik dan lebih hebat dari Nabi Adam, sehingga dia takabbur enggan menurut perintah Allah apabila di perintah sujud (hormat) kepada Adam.

FAKTA 8:

🔴 Iblis cabar Allah Ta’ala bahawa dia akan sesatkan seluruh Bani Adam. Dia sumpah dia akan tarik kesemua mereka bersama dia masuk neraka.

Allah Ta’ala bersumpah Iblis TIDAK akan mampu sesatkan manusia melainkan yang TIDAK Ikhlas. Iblis tahu, dia TIDAK sesekali mampu sesatkan hamba Allah yang IKHLAS.

FAKTA 9:

🔴 Perbezaan terpenting antara Nabi Adam dan Iblis berhubung dengan dosa adalah :

Nabi Adam berdosa kerana memakan buah khuldi (yang dilarang) tetapi mengakui kesalahannya dan BERTAUBAT.

Iblis juga berdosa kerana sombong enggan ikut perintah Allah yang suruh sujud (hormat) kepada Adam. Walau bagaimana pun Iblis enggan mengaku salah dan ENGGAN Taubat.

Maka selamat lah Adam dan Bani Adam yang sentiasa TAUBAT dengan IKHLAS kembali kepada Allah..Sementara Iblis dan kuncu2nya kekal didalam neraka. Wal Iyazubillah.

FAKTA 10:

🔴 Sesungguh nya pada penciptaan Iblis,

pada kisah penderhakaan Iblis kepada Allah,

pada hukuman La’nat Allah kepada Iblis,

pada cabaran Iblis kepada Allah bahwa dia akan sesatkan semua manusia

pada tawaran Allah kepada Iblis untuk lanjutkan usia sampai Qiamat

pada Taqdir bahawa Iblis dan kuncu2nya ahli neraka yang abadi…..

pada semua yang tersebut diatas terdapat rahsia tersembunyi pada Ilmu Allah yang menjadi dugaan kepada insan dalam mengharungi jalan menuju Allah.

Blog di WordPress.com.