Buyaathaillah's Blog

Bayan Masturot : Maulana Daud

BAYAN MASTURAT MAULANA DAUD

(mesyuarat malaysia – nizamuddin – 09/09/97). Allah s.w.t menjadikan lelaki dan wanita untuk mengamalkan agama.  Satu orang atau 50 orang jika ada dalam sesuatu tempat ia perlu amalkan agama.  Ini semua kerana semua kita akan mengalami kematian. Maulana Daud menceritakan bagaimana kisah kerja masturat di Nizamuddin.  Kerja ini bermula apbi seorg perempuan di New Delhi telah mengesyorkan kpd Maulana Daud bahawa Maulana Ilyas telah menghantar jemaah lelaki mengapa jemaah masturat tidak dikeluarkan ke jln Allah.

 

Terdapat 7 dan 6 pasang masturat telah sedia untuk  keluar ke jalan Allah s.w.t.  Maulana Ilyas telah meminta Maulana Daud bertanya 3 org syura Nizamuddin iaitu Maulana Yusuf, Innamul Hassan dan Kadhi Daud akan pendapat mereka yang Maulana Ilyas akan mengeluarkan jemaah masturat. Kesemua mrk tidak bersetuju. Hadzratji Maulana Ilyas rah. telah pergi ke tempat jemaah yang dibentuk bersama Maulana Nor Mohammad dan memberi targhib kpd jemaah. Jemaah itu telah dihantar ke Mewat selama 8 hari. Maulana Ilyas mengatakan, jika masturat bangun membuat usaha agama, agama akan tersebar ke seluruh dunia.  Mufti Kifaitullah (Mufti India) marah apb mendengar Hadzratji Maulana Ilyas rah. mengeluarkan jemaah masturat.

 

Kemudian Maulana Ilyas menyatakan tertib kerja wanita:

 

  1. Mereka keluar bersama muhrim, jika mereka dtg tanpa muhrim, ia diminta balik.

 

  1. Masturat tidak membuat gasht, tetapi wanita membuat taalim di dlm rumah, yg membuat gasht hanya muhrim shj.

 

  1. Apabila jemaah masturat hendak pindah ke rumah lain, muhrimnya akan menemani dan melihat ehwal rumah yg akan di datangi.

 

Maulana Yusuf tidak setuju jemaah masturat dikeluarkan ke jln Allah kerana ulamak2 India ketika itu tidak setuju jemaah lelaki dikeluarkan ke jalan Allah. Maulana Yusuf sebenarnya bukan tidak setuju sebaliknya khuatir ulamak India membuat komplain. Usaha masturat sangat penting kerana apabila Rasulullah s.a.w mendapat kerja nabuwwah, orang pertama yang Baginda dakwah ialah seorang wanita.  Sewajarnya Rasulullah s.a.w perlu berjumpa Abdul Mutalib kerana ia ketua di Mekah ketika itu, tetapi Rasullullah s.a.w berjumpa seorang wanita iaitu Hadzrat Khadijah.  Ini disebabkan sifat wanita cepat sampaikan berita.  Apabila menerima Islam, Khadijah r.a terus dakwahkan kalimah kepada orang lain.  Khadijah r.a dikatakan mempunyai perangai yang berlainan dengan wanita2 Arab ketika itu, dimana kebanyakan wanita Arab ketika itu tidak menerima pandangan suami mereka. Berlainan dgn Khadijah r.a telah menerima seruan/kata-kata lelaki.  Khadijah r.a telah dakwah Zaid bin Harisah.

 

Khadijah r.a seorang hartawan, apabila wanita Arab telah menjauhi beliau, beliau telah  dakwah kalimah.  Hasil usaha beliau ramai wanita di Mekah menerima Islam termasuk anak Umar r.a. Mereka yang telah memeluk Islam ketika itu telah diseksa oleh kafir Quraish utk tinggalkan Islam tetapi mereka tetap tak tinggalkan islam walaupun dipukul oleh kafir Quraish sebagaimana mereka memukul anjing. Ummu Sharif  r.a seorang gadis telah memeluk Islam tetapi keluarganya yang lain kufur.  Setelah memeluk Islam ia telah mendakwahkan Lailahaillallah kpd wanita Quraish.  Rasullullah s.a.w membuat usaha dakwah dikalangan lelaki dan Ummu Sharif r.a dakwah wanita Quraish dalam rumah. Suatu ketika, semasa ia sedang buat dakwah, seorang kafir Quraish melihat dan telah membuat aduan  kepada bapanya dan bapanya telah kurung beliau dan tidak beri makan.

 

Dlm kedahagaan beliau, abangnya memberi air minuman. Abangnya kata jika ia hendak air, ia perlu tinggalkan Islam, tetapi Ummu Sharif r.a memberitahu biar saya mati namun saya tidak akan tinggalkan Islam. Bapanya telah membawa 3 orang musyrik yang besar untuk takutkan Ummu Sharif r.a. Bapa Ummu Sharif telah mesyuarat utk bawa Ummu Sharif keluar dari Mekah dan diikat tangannya ke atas dan diletakkan di padang pasir supaya ia mati kelaparan dgn tidak di beri makan. Allah melihat dan belas kasihNya dtg mencurah2 kepada Ummu Sharif dan Allah telah beri air dlm satu baldi dari Syurga dan di letakkan di mulut Ummu Sharif dan ia minum sedikit demi sedikit dan ia minum dgn tenang.  Wajahnya telah segar dan 2 lelaki musyrik yg tidur telah bangun dan terperanjat melihat ehwal Ummu Sharif.  Mereka tengok bekas makanannya dan didpti tidak berusik dan org musyrik yakin bahawa Ummu Sharif dapat minum dari kudrat Allah s.w.t dan org musyrik itu memeluk Islam. Jika Ummu Sharif menerima desakan bapanya dan murtad, bagaimana mungkin 3 org musyrik memeluk Islam.

 

Seorang anak yatim piatu iaitu Zindirah r.a telah memeluk Islam dan telah dipukul bergilir-gilir oleh kafir Quraish.   Dikatakan Umar r.a yang belum Islam  ketika itu telah memukul perempuan itu hingga bajunya koyak dan Umar r.a telah sakit tangannya kerana memukul gadis itu.  Gadis tersebut telah menangis sehingga ia menjadi buta.  Abu Jahal marah kerana kawan-kawanya tidak dapat menangani Zindirah  dan telah berjumpa Zindirah.  Abu Jahal telah takutkan Zindirah kalau betul-betul semua datang dari Allah mengapa kamu buta, bukan saya yang buta, Zindirah kata yang ia tidak ada apa-apa, kerana orang beriman pun sakit dan orang kufur pun sakit.

 

Seterusnya Zindirah berkata Tuhan kamu (berhala) tidak boleh selamatkan dirinya sendiri, bagaimana hendak menjadikan Zindirah buta.  Zindirah tidur dan esok pagi penglihatannya telah baik spt sedia kala. Aishah r.a berkata tidak ada wanita yg telah berhijrah tinggalkan Islam tetapi terdapat lelaki yg hijrah telah tinggalkan Islam. Agama anak2 kita bergantung  dengan agama pada ibu-ibu. Ummu Habibah r.a ikut rombongan hijrah ke Habsah, waktu malam mimpi wajah suaminya bertukar menjadi babi, esok pagi ia mengetahui suaminya Ubaidullah telah murtad memasuki Nasrani.  Suaminya telah ajak Ummu Habibah ikut sama murtad.  Tetapi Ummu Habibah kata, “Sebelum saya kahwin dan semasa kahwin dgn kamu dan skrg yg memberi saya makan ialah Allah s.w.t”

 

Bayangkan seorang wanita yg berpurdah apa yg ia boleh lakukan, suaminya sudah tidak ada.  Perkara ini telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w telah menghantar surat kepada Raja Habsah yang meminta Ummu Habibah dikahwinkan dgn Baginda. Sebenarnya ramai perempuan yg telah memberikan pengorbanan terhadap agama. Yang mula2 menerima Islam ialah seorg wanita dan yg mula-mula syahid juga seorg wanita. Maulana mengisahkan perihal Nabi Musa s.a dimana ibu Nabi Musa telah mendapat perintah dari Allah s.w.t bahawa anak yg baru kamu lahirkan hendaklah dimasuk kan ke dlm peti dan hanyutkan ke dla sungai.  Lepas itu Allah akan jaga dan hantar anak kepadanya utk disusukan.

 

5 asas kerja wanita :

  1. Hidupkan ta’alim di rumah
  2. Sembahyang awal waktu
  3. Membaca Al-Quran dan bertasbihat 300 pagi dan 300 petang
  4. Hidup sederhana
  5. Galakkan muhrim keluar ke jalan Allah.

 

Wanita-wanita perlu hadirkan diri dalam ta’alim mingguan.  Wanita dalam marhallah yang sama boleh hadir tanpa muhrim tetapi jika pergi ke marhallah lain walaupun ia perempuan tua, muhrimnya perlu ikut.  Dalam program ta’alim mingguan wanita yang datang tidak pakai purdah jangan ditegur.  Jika keluar jemaah masturat, perlu bersama muhrim.  Jemaah masturat bolehlah keluar di tempat yang dikenali, sebelum hantar ke rumah itu, tengok ehwal rumah itu.

 

Blog di WordPress.com.