Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Saad Al Khandalwi : Taqwa dan Akhlaq

Ijtimak Umat Islam Sedunia Januari 2017 di Tongi.
Bayan Maulana Saad Al Khandalawi :

Menjadi ketentuan Allah dlm setiap zaman,  akan dipilih beberapa org untuk menjalankan kerja dakwah ke seluruh dunia. Untuk pilihan Allah ini , syarat utama ialah TAQWA. Berusahalah sedaya-upaya untuk mentaati perintahNya dengan sempurna dlm diri.

Syarat utama TAQWA ialah ittiba’ sunnah. Sunnah ibadat, sunnah adat dan sunnah dalam dakwah. Sejauh mana kita ittiba’ dlm ketiga-tiga sunnah ini, sejauh itulah Allah SWT akan memilih kita sebagai ahli di dalam kerja dakwah.
Sunnah dakwah ialah UMUMIAT, iaitu sejauh mana kita tidak “pilih bulu” atau mendahulukan golongan-golongan atau individu-individu tertentu. Dalam urusan dakwah ini, Nabi SAW sendiri “turun-padang” serta mendatangi setiap individu dari kalangan umat. Kebanyakan nusrah ghaibiah datang dari dakwah infradi. Tidak ada usaha yg lebih besar untuk menarik nusrah ghaib ALLAH SWT melainkan melalui jalan dakwah infradi.
Langkah pertama, Nabi SAW akan menyediakan org yang didakwah itu untuk menjadi seorang daie. Setiap individu daripada kalangan sahabat nabi (R.anhum) adalah seorang daie. Pernah nabi SAW memilih berhijrah dengan mengikut jalan yang ada perompak dilaluannya, bertujuan mendakwahkan perompak kepada Islam. Nabi SAW menganggap  setiap individu itu penting dan layak didakwahkan walaupun mereka adalah dari kalangan perompak yang jahat.
#Seluruh para anbia’ membuat usaha dakwah dengan pandangan basirah (yaqin). Penyelesaian kepada segala jenis rintangan serta pancaroba ialah dengan jalan dakwah. Misalnya Nabi Yusuf (A.S). Baginda berkeadaan ditimpa ujian yang hebat, difitnah dengan fitnah yang berat, dituduh dengan macam-macam tuduhan namun semasa disumbatkan ke dalam penjara, baginda masih meneruskan amal dakwah dengan gigih atas satu keyakinan bahawa penyelesaian masalah ialah di dalam urusan dakwah. Jika dakwah ditinggalkan , alamatnya akan datanglah 1001 macam masalah serta musibah dalam hidup.

 

Dalam kehidupan para sahabat nabi SAW, tiada bukti di dalam sejarah, yang mereka melemahkan diri atau mengurangi kegigihan mereka dalam dakwah. Pernah satu ketika,  diperingatkan oleh Abu Talib kepada rasulullah SAW, dengan kata-kata “wahai muhammad, tolong dengar cakap aku….tolonglah tinggalkan dakwah”. Maka nabi SAW menjawab, meskipun mereka mampu meletakkan matahari dikananku dan bulan di kiriku maka untuk tinggalkan dakwah ini…tidak sekali-kali”. Nabi SAW tidak pernah mengurangi dakwah dalam apa pun keadaan.

Begitu juga seluruh para anbia’ tidak pernah  mengurangi dakwah,  dalam apa keadaan mereka istiqomah dalam jalan dakwah.
Fastaqim kama umirta….(diberikan ayat2 perintah untuk laksanakan perintah dakwah dll) .. semua nabi laksanakan dakwah dgn istiqomah.
Maulana Ilyas melafazkan ” Para sahabat nabi , tidak tinggalkan dakwah. Allah SWT pasti akan menurunkan ujian-ujian yang berat kepada para DAEI. Nabi Ibrahim a.s diuji untuk menilai sifat taat. Kisah ini boleh dijadikan iktibar untuk kita. Apabila kita tinggalkan sifat taat maka ia juga akan menjadi asbab penyingkiran. Ketika Adam dicipta oleh ALLAH SWT …ujian sifat taat sudah pun bermula. Ujian untuk iblis pula …dengan sombong berkata bahawa dia lebih bagus dan ada lebih kelayakan,  ia lupa kepada perintah Allah SWT…dan tidak taat lagi kepada perintahNya. Apa yang berlaku? ALLAH SWT menyingkirkannya dari syurga.
Allah juga menguji sejauh mana ketaatan kita kepada AMIR. Diberikan 2 contoh. Bila seseorang itu  tidak taat,  Allah akan gunakan solahiyah dia sendiri untuk melanggar perintah Allah SWT. Sepertimana IBLIS yang mana kemampuannya yang ada , diberikan oleh ALLAH sebelumnya, pada akhirnya hanya digunakan untuk menghalang manusia kepada hidayat.
Contoh ke 2,  Ikrimah R.Anhu apabila ia bertaubat,  ia mula taat Allah, gunakan solahiyah dan kemampuannya  untuk dekatkan manusia kpd Allah.
#Setelah Allah uji malaikat, kedua-dua anbia’ tadi juga diuji. Allah SWT ingin melihat adakah mereka undur kebelakang atau sebaliknya. Nabi Ibrahim A.S telah lulus ujian. Melalui ujian pertama, seluruh ujian adalah  bercanggah dgn nafsu, satu perintah untuk menyembelih anak. Tidak ada ayah yang tidak sayangkan anak. Nabi Ibrahim A.S, pada pagi esoknya, telah bertanya kepada nabi Ismail A.S,  bukan niat untuk melambatkan perintah Allah, sebaliknya bertujuan untuk bermesyuarat (walaupun pada ketika itu nabi Ismail masih seorang budak yang kecil). Nabi Ismail pun faham atas perintah itu, malahan kanak-kanak itu (nabi ismail A.S jika tidak sedia pun maka dia akan disembelih juga). Daripada pertanyaan nabi Ibrahim A.S kepada anaknya, baginda ingin beritahu kepada nabi ismail a.s bahawa itulah sebenarnya perintah Allah. Maka nabi Ismail menjawab “laksanakanlah dan engkau akan lihat aku dari kalangan orang-orang yang sabar.” Perlu difahamkan di sini bahawa , tidak kira siapa walaupun anak nabi, jika tidak ada sifat taat, maka dia juga akan gagal.
#Setelah ujian kepada anbia’, ALLAH SWT juga turunkan ujian kepada para sahabat R.Anhum, iaitu ujian ketaatan sahabat kepada nabi SAW. Melalui sifat taat maka akan datangnya IJTIMA’IYAT,  walaupun dalam keadaan tak suka, bertentangan dengan keinginan sendiri, taat tetap taat. Ada ketika nabi berkata “kalau kamu semua sayangkan aku,  kamu pancunglah kepala bapa-bapa kamu dan bawalah kepadaku.
Satu ketika semasa sedang bersolat, perintah untuk ubah arah kiblat diturunkan. Semasa itu berlaku pada waktu zuhur,  Para Sahabat tidak sedikit pun bertindak menggunakan logik akal mereka. Kalau digunakan logik akal, sepatutnya biarlah dihabiskan dahulu 2 rokaat lg, baru hadap ke qiblat yg baru. Setelah 2 rakaat sudah habis, (tanpa menunggu 2 rakaat baki)  tanpa banyak soal mereka terus menghadap ke mekah kiblat baru mereka. Ini contoh ujian kepada para sahabat. Di sini Allah SWT ingin menguji, siapakah yang taat, dan siapakah yang tidak taat.

Dlm quran, untuk ubah arah qiblat adalah rumit melainkan dengan jalan petunjuk dari nabi SAW. Org yahudi berkata kamu menghadap ke baitulmaqdis itu sia2. Allah menjawab tidak sia2 kamu hadapkan kiblat,  apabila kamu mendapat hidayat mudah bg kamu.
Untuk sempurnakan sifat taat, maka kita kena korbankan perasaan. Semasa zaman saidina Umar Al-Khattab,  dia telah melihat seorang wanita berpenyakit, dia sentiasa mengganggu org lain.Maka Umar Al-Khattab beritahu  “Kamu tidak perlulah tawaf”. Apabila zaman sesudah Umar Al-Khattab wafat, orang sekitar menyuruh wanita tadi untuk tawaf semula. Maka wanita tersebut menjawab “mana mungkin aku hanya taat kepada amirulmukminin pada masa dia hidup saja,  apabila dia mati maka aku tidak taat??. Ini tidak mungkin!!.”

 

#Banyak kisah di dalam kitab hayatussshabah tentang mereka mengorbankan jazbah mereka. “Kami tak diutus melainkan untuk taat”. Dengan sifat taat akan datangnya ijtimaiyyat. Apabila kita tinggalkan ketaatan kepada amir maka akan hilanglah kesatuan…maka nusrah ALLAH juga terangkat. DALAM quran,  Allah ajar 4 usul.
1.KELEMBUTAN,  Semua nabi santuni umat dgn kasih sayang

2.Maafkan kesalahan manusia lain

3.Mintakan istighfar untuk mereka sembunyi-sembunyi (tanpa pengetahuan mereka)

4.Bermesyuarat dgn cara terbuka. Bukan mesyuarat cara tersembunyi.

 

Nasihat kepada zumidar. Perlu ada sifat tawaduk,  kena rendahkan diri kita pd umat.

#sesungguhnya manusia ini adalah himpunan dari kesalahan dan himpunan lupa.
Nabi Adam juga lupa dan buat kesalahan. Kesalahan paling besar ialah,  “setiap org dakwah bebas dr kesalahan”. Ini tak mgkin. Kita tetap akan buat kesalahan. Kita lupa islah diri kita sendiri. Sibuk cari kesilapan diri sendiri. Nabi ajar,  depan majmak,  nabi puji kelebihan sahabat supaya kita tak berpandangan merendahkan seseorang yang lain. Pandang kebaikan yang ada pada org yg sejahat-jahatnya pun. Pernah Nabi SAW hendak solatkan satu  jenazah, maka Umar tahan nabi. Nabi tanya adakah sesiapa nmpak orang ni membuat apa-apa kebaikan?. Seorg sahabat berkata “aku pernah tau yang dia ada berjaga dijalan Allah. Nabi solatkan jenazahnya. Nabi beritahu umar kamu tak boleh “check” amalan seseorg.

Satu ketika Usamah R.Anhu yang berusia masih muda telah dilantik menjadi amir,  maka dia telah terlewat dtg,  org lama Yaman dengan suara merendahkan Usamah berkata “…apalah budak ini. Kerana dia sorang kita terpaksa lambat bergerak”. Org Yaman yg pndg buruk Usamah ini akhirnya mati dalam keadaan murtad. Kita kena latih semua manusia dgn pandangan mulia.

 

##kesalahan tetap akan berlaku pd seseorang,  terutama kpd karkun. Ulamak latih kita kena pandang korban dia yg  terdahulu,  kita akn nmpak kecil salahnya. Kita minta ampun pdnya. Para Sahabat jika dilihat telah membuat kesilapan nabi latih supaya kebaikannya dipandang. Ada seorang sahabat bernama Habib bin Abi Baltaah , dia telah membocorkan rahsia,  nabi SAW dalam perjalanan hendak berperang ke arah Mekah. Nabi SAW tahu pembocoran rahsia itu melalui wahyu,  maka nabi hantar sahabat mengejar wanita yang membawa surat itu terus berjaya merampas kembali surat tu. Sahabat itu  menangis,  dia kata dia  tiada keluarga di Madinah melainkan satu2nya keluarganya di Mekah. “Aku buat ini (membocorkan rahsia) bukanlah untuk berpaling tadah, tapi demi nak menyelamatkan keluarganya yang tunggal di Mekah itu supaya tidak di apa2kan. Dgn usaha ini maka org-org mekah akan simpati kepada keluarganya. Umar R.anhu meminta izin untuk memancung kepala sahabat tadi. Nabi SAW melarang. lantas memberitahu bahawa dia adalah ahli badar. Dlm quran Allah SWT sudah pun mengampunkan mereka. Nabi mengajar serta mentarbiah sahabat supaya lihat kebaikan org lama. Doa ampun untuk mereka. Nabi SAW menyuruh Habib beristighfar.. kemudiannya.

 

##Ketika ketua munafik meninggal dunia. Nabi SAW berkata “Aku akan doa istighfar untuk dia (ketua munafik). Turun ayat ini, walau 70 kali kamu mohon ampun Allah tidak akan mengampuni dosanya. Nabi kata bahawa baginda akan berdoa lebih dari 70 kali istigfar. Umar tegur nabi, bahawa ini adalah ayat alquran. Nabi nak ajar supaya sentiasa mohon ampun kepada sahabat yg buat kesilapan.

 

##Sabar dan tahamul. Bila mana kamu sabar dan bertaqwa musuh tak akan kalahkan kamu. Sabar tanpa taqwa adalah zalim. Orang yang ada sifat sabar maka Allah akan pelihara dari musuh. Sabar ialah salah satu alamat kenabian. Ada satu ketika, nabi SAW dalam kesusahan untuk makan.
Nabi SAW bertanya Siapakah yang boleh memberikan hutang buah kurma. Lalulah seorg yahudi Zaid bin Saadah,  dia berikan hutang dgn syarat dan dalam satu tempoh. 3 hari sblm tempoh tamat ,  yahudi tadi datang menuntut hutangnya. Dia memaki dan menumbuk nabi SAW, Umar minta izin untuk memancung kepala yahudi tersebut sambil meninggikan suara serta berkata2 kesat. Nabi SAW menegur Umar Al-Khattab  seraya menyuruh Umar ke baitulmaal dan membayar lebih 2 cupak kepada si yahudi tadi . 2 cupak yang lebih itu adalah disebabkan kata2 kesat kamu Umar. Sebelum beredar, Umar bertanya kepada yahudi …” aku lihat kamu adalah seorang pendita Yahudi, tapi kenapa kamu bersikap begitu keras pd nabi?”.
Maka jawab yahudi “Sebenarnya…sebelum ini aku sudah menyaksikan 8 daripada 10 tanda kenabian pada baginda Muhammad SAW …dan pada hari ni aku telah dapat melihat 2 lagi baki tanda kenabian nabi SAW iaitu 1)sabar dan tahamul nabi SAW dan 2) Baginda tidak membela org yang menyebelahi baginda.

Maka orang yang membuat usaha nabi juga perlu contohi sifat sabar dan tahamul nabi.
##Sifat Hasad hanya akan merosakkan org lain. Sifat Hasad membakar kebaikan kita seperti api. Sahabat tak cemburu org lain. Allah boleh majukan sesiapa saja. Maulana ilyas kata,  Allah pilih burung ababil untuk selamatkan kaabah. . Adakah kita nak cemburu serta hasad kepada burung ababil. Allah blh guna burung,  haiwan atau siapa saja untuk sebarkan agama. Sifat sahabat ialah apabila mrk melihat org lain maju maka mereka akan mula mencari apa kelebihan yang ada pada sahabat tersebut.
Satu ketika Nabi SAW keluarkan pedang.. Nabi kata aku akan berikan pedang ini  kepada  sesiapa yg boleh tunaikan haq pedang ini. . Umar mengangkat tangan tanda sedia. Nabi terus berkata “kamu tak layak”. Walaupun Nabi pernah bersabda: “…. kalau ada nabi selepas aku, maka Umar adalah yang paling layak”. Nabi bertanya sekali lagi, “…. aku akan berikan pedang ini kepada sesiapa yang boleh tunaikan haqnya. Kini, seorang sahabat bernama Zubair bangun. Nabi kata “..kamu tidak layak…”. Kali ketiga Nabi bertanya. Akhirnya pedang tersebut diberikan kepada Abu Dujanah R.Anhu. Umar dan Zubair tidak sedikit pun merasa dengki, namun mencari-cari apakah kelebihan yang ada untuk digapainya semasa perang.
Satu ketika nabi SAW berkata ada seorg ahli syurga akan datang. Maka Saad yang datang. Sahabat bernama Abdullah bin Umar mendatangi rumahnya untuk menyelidiki selama 3 mlm apakah yang istimewa. Saad berkata “…bila aku melihat kebaikan org lain, aku tak pernah hasad dengki padanya. Kalau kita berhasad dengki, semua pahala kita dihapuskan.. ini bahaya sifat hasad.
##Majunya seseorang pada kerja dakwah ini adalah berkait rapat dengan dirinya sendiri. Kena ada sifat ikhlas..seperti maulana ilyas melafazkan… Ia tiada kaitan dengan buat hubungan dengan seseorang. Kita kena tambah korban sgn kekuatan diri sendiri berkat hubungannya dengan ALLAH. Iklan dari langit Allah kasih pada kamu, kamu kena kasih pada org ini. Ini kemulian dari langit. Dia kuatkan hubungan dgn Allah.
Ada seorang sahabat  sangat rapat dan baik hubungannya dengan amirulmukminin,  Umar Al-Khattab. Bila tidak tambah  korban; maka dia diketepi. Ada sahabat balik dari karkuzari, sahabat ansar, dipanggil umar kedepan.. sehingga ada sahabat yg rapat dgn khalifah iaitu Suhail bin Amar dan Hisham..(R.anhuma) terkeluar dari majlis Umar. Apabila selesai, mereka berdua bertemu dengan Umar Al-Khattab, lalu bertanya “bagaimana kami nak mencapai darjat seperti mereka…maka Umar R.Anhu menjawab,  “Kamu tidak akan bersama mereka sehinggalah kamu sendiri menambah korban, keluar dan syahid dijln Allah, barulah boleh bersama mereka..”

 

##HANYA KESATUAN UMAT  akan dapat jadikan usaha ini mencapai umumiat,  BUKAN kalau kita berkumpul sesama kita. Kita diperintahkan bertebaran bkn berkumpul. Apabila para sahabat selesai melaksanakan haji, Umar R.Anhu berkata “kamu perlu bertebaran….. Aku takut akan jadi sesuatu kepada kamu…” Bawa orang baru, akan datang peningkatan dalam diri kamu. Pergi dakwah yg lemah, kita akan terpelihata.
Murtad berlau kerana TIGA  sebab.  Maulana ilyas melafazkan TIGA sebab atau TIGA golongan ini.

1.Jahil

2. Miskin dan

3. Tempat yang ada suasana untuk jadi murtad.
Buatlah usaha ke atas keTIGA-TIGA  golongan ini.

Azam 10hr khuruj setiap bulan. , azam 8 jam setiap hari. 4bln stiap tahun.

Kita perlu tingkatkan pengorbanan di Jalan ALLAH. Bantulah org yg zalim dan di zalimi.
Bgmana utk menimbulkan kesatuan hati di antara kita;
1. Bersifat rahmah dan lemah lembut sesama rakan seusaha

2. Maafkan mereka

3. Minta ampun utk sahabat2 kita

4. Banyakkan mesyuarat
Kesalahan ahbaabuddakwah adalah kita lupa bahawa rakan seusaha kita adalah manusia yg penuh dgn kesalahan.Sbb itu kita mula mencari kesalahan sahabat kita dan terlupa utk islah diri sendiri ….

Manusia adalah himpunan kesalahan2 dan

Manusia jg himpunan sifat lupa …
Syarat utk dipilih oleh Allah taala terima dlm kerja dakwah adalah ;

1. Ittiba’ussunnah
Sunnah utama …. Ummumiyyat
Rasulullah menegur Sayyidina Omar kerana menyangka buruk kpd si mayat tersebut
Pernah Rasulullah hendak menyembahyangkan mayat seseorang, tiba2 dtg Saiyidina Umar menghalang Rasulullah dr menyembahyangkan mayat tersebut kerana dia orang jahat.

Maka Rasulullah menanya kpd org ramai ‘adakah sesiapa melihat sebarang kebaikan si mati ini ? Tiba2 dtg seorg beritahu bhw si mati itu pernah sekali berjaga sepanjang malam utk menjaga barangan jemaah jihad yg tidur keletihan.

Maka sabda Rasulullah, brgsiapa berjaga malam di jalan Allah maka Alllah akan mgharamkan beliau dr api neraka maka Rasulullah terus menyembahyangkan jenazah tersebut
Seorang sahabat Badar, Hatib bin Abi Balta’am telah membuat kesalahan besar iaitu mendedahkan rahsia kedudukan tentera islam kpd org kafir Quraisy.Beliau telah menyerahkan surat kpd seorg perempuan utk diserahkan kpd kafir.

Allah taala telah memberi mimpi kpd Rasulullah dan Rasulullah telah mengarahkan sahabat utk menangkap perempuan tersebut.

Sayyidina Omar dtg nak memenggal kepala Hatib

Setelah isi surat dibaca, maka Hatib bin Abi Balta’am telah ditangkap dan dibawa kedepan Rasulullah SAW
Antara penyebab perpecahan kita adalah perasaan  HASAD

Apabila kita lihat sahabat kita lebih laju dlm usaha agama kita kena anggap yg Allah taala yg mengambil kerja dr dia

Maulana bagi contoh

Apabila kita mendengar kisah Burung Ababil melontar batu api neraka kepad tentera Abrahah adakah kita nak rasa Hasad dgn burung Ababil

Majunya seseorang di dlm kerja dakwah bukan kerana faktor luaran

Apabila kita lihat sahabat kita lebih maju dlm usaha agama kita kena kaji dan teliti apakah sifat2 yg mulia yg menyebbkan sahabat kita maju dan kita turut cuba utk membina sifat spt sbht kita itu
Seseorang itu tidak akan maju dgn menumpang seseorang

Maulana Ilyas pernah beritahu sebuah kereta akan kuat dgn kehebatan ia sendiri spt lampunya, enjinnya dll
Kita nk maju dlm kerja dakwah dgn membina kerohanian (hbgn kta dgn Allah taala)

Ada org mendapat kemajuan dlm usaha dgn membina hbg dr langit dan ada org yg cuba maju dgn membina dgn takluq manusia.

Yg membina takluq dgn manusia tidak akan lama dlm usaha agama
Binalah hbg dgn Allah dlm diri sendiri dan tambahkan keikhlasan barulah kita akan maju dlm usaha ini..
Nukilan dr sahabat yg hadir..

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.