Buyaathaillah's Blog

Mudzakarah Ikhtilaf Umur Nikah Aisyah R.ha

Artikel yg sangat menarik, wajib dibaca sampai habis :
UMUR AISYAH 16 TAHUN KETIKA KAWIN DENGAN RASULULLAH SAW

Seorang ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah mengadakan kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Siti Aisyah binti Abu Bakar r.a. ketika kawin dengan Rasulullah Saw. dan beliau juga mengkaji usia Siti Khadijah ketika kawin dengan Rasulullah SAW dan usia putri Nabi SAW ketika kawin dengan Ali r.a.

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli untuk menyanggah pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berasal dari propaganda Syiah yang mau merusak pemikiran umat Islam. Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikawini baginda SAW.

Melalui pembuktian baru ini, beliau menyajikan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahwa:

  1. Siti Aisyah r.ha telah kawin pada usia yang sesuai, yaitu 16 tahun (bukan 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya, Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukan 9 tahun) sesudah peristiwa hijrah ke Madinah.
  2. Umur Siti Khadijah ra ialah 25 tahun (bukan 40 tahun) semasa beliau kawin dengan Nabi Muhammad SAW yang ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkawinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.
  3. Siti Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan kawin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia 19 tahun (bukan 9 tahun).

Maulana Habibul Rahman menulis kerta kerja pada mulanya dalam bahasa Urdu dan kini sudah diterjemahkan dalam bahasa Inggris dan bahasa Melayu untuk membetulkan sejarah.

Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia sependapat dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menguraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan siapa pun yang berminat boleh mempelajari di Darul Kautsar atau melalui youtub dg judul “Umur Aisyah ketika Berkahwin dengan Rasulullah”.

Sejak kita sekolah kita diajarkan bahwa Rasulullah SAW kawin dengan Siti Khadijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh anak atau sejumlah riwayat menyatakan delapan anak.

Bisakah wanita berusia 40 tahun ke atas mampu melahirkan anak tujuh orang?

Kita juga diajarkan bahwa Rasulullah SAW kawin dengan Siti Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkawinan bawah umur.

Perawi dalam hadis umur Aisyah, yaitu Hisham bin Urwah sudah sangat tua ketika dibukukan hadis tersebut. Banyak ulama memperdebatkan hadis Hisham yg berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sejumlah ulama menyatakan Hisham Urwah telah keliru mendengar antara enam belas dengan enam, dan antara sembilan belas dengan sembilan.

Setelah dilakukan kajian mendalam, ternyata umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikawini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.
Ada beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :

  1. Bertentangan dengan Fitrah Manusia
  2. Bertentangan dengan Akal
  3. Tiada Contoh ditemui di Negeri
  4. Riwayat ini bukan hadis Rasul SAW.
  5. Riwayat Ini disampaikan oleh Hisham yg diragukan ingatan/pikirannya.
  6. Hanya Perawi Iraq yang Menukilkan Riwayat ini.
  7. Aisyah r.ha Masih Ingat dg Ayat Al-Quran yang Diturunkan di Tahun Empat Kerasulan
  8. Aisyah r.ha Masih Ingat dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a. ke Habshah.
  9. Aishah r.ha. yang Mengelap Luka dan Ingus Usamah Bin Zaid r.a. yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
  10. Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta dalam Peperangan Badar.
  11. Aisyah r.ha. Menyertai Perang Uhud, sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.
  12. Aisyah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, dan Semasa Peristiwa Hijrah, Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun
  13. Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aisyah r.ha. Lahir di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)
  14. Aishah r.ha. merupakan Orang-Orang Yang Pertama Memeluk Islam
  15. Abu Bakar r.a. Berencana Mengawinkan Aisyah r.ha. Sebelum Berhijrah ke Habshah
  16. Aisyah r.ha. Disebut sebagai Gadis, Bukan Kanak-Kanak Sewaktu Direncanakan menikah dengan Rasulullah SAW.
  17. Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aisyah r.ha karena Masalah Mengumpulkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aisyah Yang Terlalu Muda
  18. Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikawinkan Memerlukan Gadis tersebut telah Cukup Umur.
  19. Kebolehan Luar biasa Aisyah r.ha Mengingati Syair yang Biasa Disebut di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau lahir di Zaman Jahiliyah.
  20. Kemahiran dalam Sastra, Ilmu Silsilah dan Sejarah Sebelum Islam
  21. Keinginan Mendapatkan Anak dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul dari Kanak-Kanak Bawah Umur.
  22. Aisyah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Tidak Pernah Perkawinan Gadis Bawah Umur di Tanah Arab dan dalam Masyarakat Beradab..

  1. Kesepakatan (Ijma) Umat dalam Amalan.
    Marilah kita kembali memahami , meneliti, dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar dan sahih yang telah diselewengkan oleh tokoh-tokoh Syiah dahulu hingga mengelabui umat Islam seluruh dunia sejak dahulu hingga sekarang.

Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebagian fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini.📖📚

Blog di WordPress.com.