Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Yakoob Rah.A

BAYAN MAGHRIB MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia – nizamuddin – 04/09/1999). Tuan2 yg mulia. Kita digalakkan dtg awal utk solat, duduk di saf pertama, dekat dgn imam, luruskan barisan dan berdiri rapat2. Dlm bayan begitu juga, kita cuba duduk depan dan duduk rapat2 kerana limpah kurnia dpd Allah s.w.t akan dtg dgn kadar iman yg ada dlm kehidupan kita. Skrg, sunnah belum lagi diamalkan, kita masih duduk jauh2. Minta tuan2 semua duduk rapat2 lagi. Jgn duduk jauh2. Jgn tinggal langsung tmpt kosong di depan kita. Memanglah suara akan sampai ttpi sunnah masih lagi tertinggal. Sebenarnya pembesar suara ini menghapuskan sunnah. Duduk jauh2 menghapuskan sunnah. Dia fikir dia boleh dengar. Kalau tidak ada pembesar suara, semua ada keinginan dan keredhaan utk dtg dekat2 utk dengar apa yg dikatakan ttpi bila ada pembesar suara, semua org fikir duduk jauh pun tidak mengapa.

 

Tuan2 dtg dpd satu tempat yg jauh, tuan2 telah belanjakan wang yg banyak dan tuan2 telah menanggung berbagai kesusahan. Sebenarnya bagi keseluruhan kehidupan seorg mukmin, pemiliknya adalah Allah s.w.t. Allah s.w.t telah membeli harta dan diri mereka utk syurga. Tuan2 telah dibeli oleh Allah s.w.t. Org telah dibeli, telah menjadi milik org lain, maka dia tidak boleh guna harta dan dirinya mengikut sesuka hatinya. Oleh kerana itu, kita tidak bolehlah membelanjakan diri kita, harta kita, masa kita mengikut apa yg kita suka bahkan kita akan membelanjakannya dgn cara yg diredhai oleh Allah s.w.t dan dikehendaki olehNya. Satu perkataan Arab yg bermaksud seseorg itu dipegang dpd ikrarnya. Allah s.w.t telah jadikan kita dan kita pun telah dijual.

 

Allah s.w.t telah beli kita dan kalau Allah s.w.t beri wang, itu juga daripada Allah s.w.t. Kita datang ke dunia dahulu dlm keadaan berbogel, tidak ada seurat benang pun dan kita akan pergi ke kubur dlm keadaan tidak ada pakaian juga. Pakaian yang ada bukan untuk selamanya tetapi sekadar untuk dibawa ke kubur. Setelah kita berada dalam kubur, samada kita akan ditukar dengan pakaian daripada syurga atau tempat tidur daripada api neraka. Sebenarnya kain kafan yg disyariatkan semata2 sebagai ikrar manusia bahawa dia ditutup sedikit utk dibawa ke kubur dan akan dibangunkan di padang mahsyar dgn keadaan berbogel, tidak ada pakaian. Hadith Nabi s.a.w, “Wahai manusia, kamu akan dikumpulkan di padang mahsyar, di akhirat kelak dalam keadaan berbogel, tidak ada kasut dan badan kamu dalam keadaan tidak dipotong, iaitu kulit yang dipotong dulu akan kembali semula”.

 

Kita yang datang ke sini, dengan lidah kita telah ikrar bhw kita telah memberi waktu kita untuk Allah s.w.t. Kita telah ikrar dengan lidah kita sendiri bahawa 3 atau 4 hari yg kita bagi ini adalah utk markaz. Syukur kepada Allah s.w.t, di dalam markaz ini makanan ada, minuman ada, keperluan kemanusiaan, tempat utk buang air kecil, air besar, semua ada. Utk faedah kita semua, beberapa hari yg kita beri utk Allah s.w.t ini, kita duduk di dlm masjid seolah2 org beriktikaf, kita tidak boleh keluar dpdnya, boleh keluar hanya utk keperluan hajat sahaja, buang air kecil, buang air besar. Selain dpd itu, kita berada di dlm masjid. Dlm perkara iktikaf ini, Nabi s.a.w ketika beriktikaf tidak keluar dpd masjid kecuali utk hajat kemanusiaan, buang air kecil atau air besar. Ketika beriktikaf seseorg itu, dia sentiasa berada di dlm masjid. Iktikaf ini hanya sah bila kita berada dlm masjid shj.

 

Mungkin di Malaysia iktikaf boleh dibuat di kedai2 atau dia sedang iktikaf, dia boleh pergi ke bazar, ke pekan, ke kedai dan tidak membatalkan iktikafnya tetapi yang ada dalam kitab2 fekah, ulamak2 beritahu bahawa makna iktikaf ialah tidak boleh keluar dpd masjid selain dpd keperluan kemanusiaan, kalau tidak, maka akan batallah dia punya iktikaf. Kedtgan tuan2 ke sini, sangat banyak memberi faedah. Org yg dtg ke sini, Allah s.w.t akan memberi kepada mereka fikir dakwah. Org yg dtg ke sini, Allah s.w.t akan memberi basirah/hikmah dlm dakwah dan dgn limpah kurnia dpd Allah s.w.t, Allah s.w.t akan mencampakkan di dalam hati org2 yang membuat usaha dakwah bahawa dpd kecintaan dunia beralih kepada kecintaan akhirat. Apabila kita gunakan waktu kita dgn betul di sini, Allah s.w.t akan menjadikan kita org yg ghairah/suka doa kepadaNya.

 

Di dalam masalah dakwah ini, Nuh a.s telah bekata kepada umatnya, “Apakah aku hendak memaksa kamu kepada agama padahal kamu benci dan tidak suka kepadanya”. Seseorang yang dtg ke sini dgn dlm hatinya ada fikir, risau, ada talab, keinginan utk mendapatkan sesuatu, maka Allah s.w.t akan beri sesuatu kpd mereka. Allah s.w.t akan menerima mereka, utk negara mrk, negeri mereka. Kita datang ke sini, kita gunakan waktu dgn betul, kita akan dapat pahala. Tanpa kita dtg dgn fikir dan risau, dpt pahala, tetapi Allah s.w.t tidak memberi kpd kita faedah yg sebenar dan fahaman dakwah yg sebenar. Kita ambil dari sini dan sampaikan di tempat2 kita. Dlm solat, maka perlu kita hadirkan hati kita.

 

Oleh kerana itu, perlulah tuan2 berada di sini dan hadirkan hati tuan2 dlm semua kerja2 yg ada di dlm masjid ini. Kalau badan kita shj yg hadir ttpi hati tidak hadir bersama, maka kita tidak akan mendpt faedah yg sempurna. Seseorg yg mana dpt menunaikan solat dgn hati yg hadir, maka mrklah yg akan mendapat kelebihan, limpah kurnia dpd Allah s.w.t yg sempurna. Sptmana dlm solat, apa kita tunaikan solat, maka diri kita hadir, hati kita juga perlu hadir. Kalau hanya tubuh badan kita sahaja yg berada di dlm masjid ttpi fikiran kita, hati kita, berada di pekan, di bazar, maka solat kita tidak sempurna. Nabi s.a.w tidak memberi galakkan kpd sahabat2 utk beriktikaf. Mula2 Baginda s.a.w sendiri beriktikaf. Pada 1 Ramadhan Nabi s.a.w tidak beriktikaf. Pada tahun berikutnya, Nabi s.a.w telah beriktikaf selama 20 hari. Waktu yg tuan2 beri ini, bukankah utk Allah s.w.t? Ataupun tuan2 telah niat utk bagi pada bazar, kedai atau dtg membeli barang2 dsbnya. Waktu yg tuan2 beri, waktu ini ialah semata2 utk Allah s.w.t.

 

Begitu juga di dlm solat, ingatan kita, tumpuan kita, hanya sanya kpd Allah shj dan org yg beriktikaf juga harus mengganggap dan merasai bahawa saya di dlm iktikaf. Ulamak memberitahu bahawa kita bercakap hal-hal dunia di dlm masjid, ianya akan menghilangkan kebajikan2 kita sebagaimana api membakar kayu2. Waktu yg kita beri 2 atau 3 hari ini, dan segi iktibarnya, secara menyeluruh, seluruh hidup kita adalah utk Allah s.w.t. Tuan2 yg ikrar utk beri masa kpd Allah s.w.t.

 

Sekali Jibrail a.s dtg kpd Rasulullah s.a.w, utk mengajar kita, maka dia tanya Nabi s.a.w, “Apakah ihsan?”. Nabi s.a.w menjawab bahawa, “Ihsan itu ialah kamu menyembah Allah s.w.t seolah2 kamu nampak Allah s.w.t atau merasai Allah s.w.t melihat kamu”. Sesungguhnya sifat ihsan ini juga terdapat dlm safar tuan2 bahawa Allah s.w.t melihat kedatangan tuan2 ke sini. Allah s.w.t sedang melihat kita, apa yang sedang kita buat, apa yang sedang kita fikir, apakah semangat kita dan apakah kerisauan kita. Allah s.w.t mengetahui samada yang zahir atau yang batin tentang diri kita. Kedatangan tuan2 ini akan memberi faedah dan terus memberi faedah apb tuan2 dtg di sini dgn niat iktikaf. Selain dpd keperluan kemanusiaan kita, tandas dsbnya, maka kita tidak akan keluar dpd masjid ini.

 

Di Malaysia, kita pun pergi tunaikan hajat kita, ke tandas dan sebagainya. Kita pergi haji dan sebagainya. Beberapa org dpd negara kita pergi menunaikan haji dan balik sebagai haji, ada yg balik yg mana mereka tidak dpt menghayati haji yg mereka lakukan, setengahnya pula mereka dtg tunaikan haji utk mengubah kehidupan mereka seluruhnya dan begitu juga apb kita keluar di jln Allah s.w.t kita kena membentuk, satu rupabentuk yg akan buat perubahan dlm kehidupan kita dan Allah s.w.t akan memberi hidayat kpd kita. Ini adalah satu jln utk menghasilkan hidayat kerana jln dakwah ini adalah jln nabi2 dan rasul2 dan merupakan jln sahabat2 r.a.

 

Kita gunakan waktu kita dan masa kita sebagaimana sahabat2 r.a telah gunakan masa mereka dan waktu mereka. Kita berjalan sbg mana sahabat2 r.a berjalan, maka dengan itu jalan ini akan menyampaikan kita kpd jalan hidayah Allah s.w.t.  Hidayah ini ialah samada hidayah petunjuk atau hidayah kesesatan. Apabila di dalam sesuatu hukum, untuk semua perkara, ada perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka itu ialah jalan hidayah. Amalan ini, kadang2 ada bentuk hidayat tetapi tidak ada cara Nabi s.a.w, maka ia tidak akan menjadi sumber hidayah. Sebagai contoh, satu orang solat, tetapi dengan cara dia, ikut suka dia, bukan dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w, maka amalan solat ini tidak boleh dikatakan amalan hidayah. Sebaliknya, satu orang yang lain, dia pergi ke tandas iaitu satu tempat yg kotor, ttpi dgn cara Nabi s.a.w, baca doa, masuk kaki kiri, tunaikan hajat, keluar kaki kanan, baca doa, maka amalan dia masuk tandas juga dikatakan amalan hidayah kerana di sana ada cara Nabi s.a.w.

 

Maulana Yusuf rah. berkata, “Setiap amalan samada ia menjadi sumber hidayah ataupun sumber kesesatan”. Amalan yg dilakukan bertepatan dengan perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka ia ialah jalan hidayah dan sesuatu kerja yang mana dihadapannya tidak ada perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka ia akan menjadi sumber kesesatan. Dgn amalan hidayah ini, apabila ada hidayah, maka ada nur dalam hati dan ruh akan jadi baik tetapi sebaliknya amalan yang membawa sumber kesesatan menyebabkan datang kegelapan, zulumat di dalam hati dan ruh akan manjadi busuk. Setiap masa dan ketika akan menjadi sumber hidayah dan setiap masa dan ketika juga mungkin menjadi sebab kesesatan. Satu org guna lidah dia ikut perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka dia akan menjadi sumber hidayah. Bila guna mata ikut perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka akan jadi sumber hidayah. Apb sesuatu perkara atau sesuatu amalan yg tidak ada perintah Allah s.w.t, tidak bertepatan dgn perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, walaupun ia berbentuk agama tetapi ia akan menjadi sumber kesesatan.

 

Satu org yg solat dan dia telah bawa perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w ttpi apabila dia tidak bawa perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w dlm solat dia tadi, maka walaupun solat dia tadi berbentuk hidayah, berbentuk agama ttpi ia akan menjadi sumber kesesatan dan akan membawa kegelapan di dlm hati. Spt juga puasa, satu org yg berpuasa tidak makan dan tidak minum ttpi pada waktu yg sama dia langgar perintah Allah s.w.t, dia memaksiati Allah s.w.t, lidahnya sepanjang hari mengumpat org lain, matanya tengok yg dilarang oleh Allah s.w.t, puasanya sah kerana puasa itu menahan diri dari makan, minum dan menunaikan syahwat dpd terbit fajar sadiq sampai terbenam matahari ttpi puasa seperti itu tidak akan menjadi sumber hidayah bahkan akan menjadi sumber kegelapan dlm hatinya dan menyebab kan ruh menjadi busuk. Begitu juga bila bersama dgn isteri bukan dgn cara Nabi s.a.w, maka ia akan menjadi sumber kegelapan dan disitu juga ada perintah Allah s.w.t. Bersama dgn isteri juga ada sunnah Nabi s.a.w dan apabila seseorg mendekati isterinya dgn niat bahawa saya hendak tunaikan hak isteri saya dan ia adalah perintah Allah s.w.t bagi seorg suami utk tunaikan hak isterinya. Nabi s.a.w bersabda, “Atas kamu ada hak yg kamu perlu tunaikan ke atas isteri kamu”. Dgn niat semoga Allah s.w.t, dgn pertemuan kita itu akan memberi anak yg soleh.

 

Apabila dia pergi dgn niat ini, perintah Allah s.w.t dan dgn sunnah Nabi s.a.w, maka bersama dgn isteri juga menjadi sumber hidayah.  Nabi s.a.w bersabda, “Kamu bersama dgn isteri kamu juga mendapat pahala sedekah”, maka sahabat2 terperanjat dan bertanya pada Nabi s.a.w, “Wahai Rasulullah s.a.w, kami bersama isteri kami, menunaikan keinginan nafsu kami, maka bagaimana boleh mendapat pahala pula?” Jawab Baginda s.a.w, “Apa akan terjadi kalau kamu menunaikan syahwat kamu dgn wanita lain? Sudah tentu kamu akan berdosa dan begitu pula apabila kamu menunaikan hajat keperluan syahwat kamu dgn isteri kamu akan mandapat pahala”. Apabila seseorg mendekati isterinya dgn niat untuk menunaikan perintah Allah s.w.t maka dia akan mendapat pahala. Apabila seseorg menyuapkan makanan ke mulut isterinya, maka itu juga Allah s.w.t akan menjadikan pahala. Setiap amal, boleh menjadi sumber hidayah dan amal yg sama juga boleh menjadi sumber kesesatan. Dgn amalan hidayah, hati akan bercahaya. Amalan yg berbentuk kesesatan akan menyebabkan hati menjadi zulumat. Apabila baik, amalan hidayah, menyebabkan ruh akan jadi wangi. Amalan yg berbentuk kesesatan menyebabkan ruh menjadi busuk. Hasilnya ialah apa yg saya hendak bentangkan dihadapan tuan2 supaya kedtgan tuan2di sini dpt banyak faedah. Semoga Allah s.w.t memberi hidayah kepada kita semua.

 

Tuan2 yg mulia, Maulana Ilyas rah. telah banyak sekali mencurahkan air mata utk usaha ini dan mereka telah solat dan rakaat yg panjang2 dan berdoa kepada Allah s.w.t utk usaha ini dan Allah s.w.t telah memberi tempat ini satu kepanasan dan kehangatan dakwah. Org yg dtg ke sini, Allah s.w.t akan memberi kepada mereka basirah, hikmah, kesenian untuk dakwah tetapi dgn syarat di dalam hati kita ada talab, ada sifat menuntut, berkehendakkan bahawa Allah s.w.t akan bagi hidayah pada kita, maka Allah s.w.t akan bagi hidayah. Oleh maksud itulah, tuan2 yg mulia, kita harus duduk disini sbg seorg yg beriktikaf yang mana seolah2 kita berkata dengan lisan hal kita, “Ya Allah, kami datang dihadapan pintu Mu. Ya Allah, berilah sesuatu untuk kami bawa balik”. Org yg beriktikaf ini, sebenarnya dia duduk di hadapan pintu Allah s.w.t, maka tuan2 duduk disini dgn niat iktikaf, maka tuan2 akan dapat banyak benda untuk dibawa balik. Kita bawa fahaman ini dalam hati kita. Kita telah berikrar dengan Allah s.w.t waktu yang kita beri beberapa hari ini, maka hanya sanya kita akan gunakan waktu ini semata2 untuk kerja agama Allah s.w.t. Kita dtg kesini utk dptkan sesuatu dan kita hendak bawa balik sesuatu.

 

Di sini ada apa, tuan2 yg mulia? Di sini ada tertib dakwah, usul dakwah dan sahabat dgn org2 lama (buzruq). Kesan kepanasan dan kehangatan dakwah yang ada di sini akan dtg kpd mereka yang cuba menghampirkan diri padanya. Kalau dia pergi jauh dari sini, duduk sekejap, kemudian lari, org yg macam ini, apa yg dia akan dapat? Setiap masa kita perlu ada disini. Kalau kita keluar dpd sini, mana kita hendak pergi? Tidak lain dan tidak bukan, ke bazar/kedai sahaja. Sebenarnya ia merosakkan kerohanian kita. Firman Allah s.w.t, “Sesungguhnya syaitan musuh kamu, ambillah dia sbg musuh”. Allah s.w.t beritahu keinginan dan sifat syaitan bahawa dia hendak semua orang lain jadi ahli neraka, masuk ke dalam neraka bersama dengan dia. Syaitan letakkan bendera2 dia di pasar, pekan, bazar. Rahmat Allah s.w.t turun di masjid, limpah kurnia Allah s.w.t di masjid dan dgn sbb amalan2 masjid, Allah s.w.t akan memberi keampunan kpd mereka.

 

Amalan2 masjid ini adalah utk membina diri kita, membina iman kita padahal pasar/bazar adalah untuk merosakkan amalan kita. Kita pergi satu dunia, kita seru mereka utk masuk ke masjid. Kita tidak pernah dakwah seseorg untuk pergi ke pasar/bazar. Kita menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Kita dakwah mereka utk datang ke masjid. Muazzin, panggil orang ke masjid. Kita buat gasht, kita panggil orang ke masjid, panggil kepada amalan2 dimasjid. Syaitan dakwah manusia untuk pergi ke pasar/bazar. Misalnya, tuan2 hendak minum teh. Tuan2 bentuk satu jemaah dan pergi minum teh di kedai. Yang terbaik, kalau kita ada kelengkapan, maka kita buatlah teh utk 5 atau 10 org ataupun kita hantar satu org dgn thermos, beli teh dan kita minum di sini. Oleh itu, kita tidak perlu pergi ke kedai ramai2.

 

Di sana ada sleeping bag, bedding dll.  Org India dtg, org Malaysia dtg, org England dtg.  Mereka telah ambil tarikh2 negara mana yg akan dtg mesyuarat. Bila satu org pergi dgn niat dakwah, maka dia akan dpt hidupkan dakwah di pasar/bazar/kedai juga. Kedai2 itu hidup dgn berkat tuan2. Kami tidak pernah buat kedai pun. Di zaman Maulana Yusuf rah., cuma ada 2 kedai sahaja iaitu satu kedai teh dan satu kedai sireh. Bila satu jemaah 10 org pergi kedai, maka org akan tanya, org mana ni? Ini org Malaysia yg bodoh2 (kata Maulana), ramai2 pergi minum teh bersama. Di sana ada macam2, ada sleeping bag, tasbih, sejadah, dll. Selepas minum teh, syaitan kata, jgn balik, tengok brg2 itu dulu. 5 minit punya kerja (minum teh), maka sudah menjadi satu jam. Tuan2 yg mulia, kerja kita, tggjwb kita skrg ini ialah kita hendak keluarkan dpd dlm hati kita takluk, hubungan kita dgn kedai/bazar dan kita hendak taklukkan, hubungkan hati kita dgn amalan masjid.

 

Satu keperluan atau hajat yang dapat diselesaikan dengan perantaraan satu orang, jadi kita hendak pergi ramai2 ke kedai, ini satu perkara yang tidak baik. Ataupun kita perlu benda2 lain, misalnya buah2an, satu orang sahaja pergi sebagai wakil dan tulis sipolan hendak pisang, sipolan hendak jambu dsbnya. Syaitan bisik pada kita, pergi sendiri lagi baik, boleh pilih sendiri apa yang kita hendak. Bila kita takbir untuk solat, maka semua kedai, barang dsbnya akan berada di hadapan kita padahal dituntut di dalam solat, bila kita kata Allahuakbar, apa pun tidak ada, kedai tidak ada, barang tidak ada, isteri tidak ada, anak tidak ada, semata2 Allah s.w.t yang ada dihadapan kita. Jadi, tuan-tuan yang mulia, kita duduk disini untuk beberapa hari, dengan niat iktikaf, duduk dalam masjid sahaja. Di dalam masjid sentiasa ada amal. Kalau di dalam masjid tidak ada amal ijtimai, maka kita ada amalan infradi yang perlu disempurnakan. Yang kita faham, amal infradi ini ialah amal syaitani iaitu buat apa yg syaitan suruh. Oleh itu, bila amal infradi sahaja, kita pakat pergi kedai/bazar. Maksud sebenar amal infradi ialah amal rahmani yg dikaitkan/dihubungkan dgn Allah s.w.t yg maha penyayang, yg maha pengasih, bukan syaitani. Waktu infradi, kita baca Quran, kita zikir atau berdoa pada Allah s.w.t. Doa tuan2 diterima macam doa nabi2.

 

Sebenarnya syaitan halang kita dpd berzikir, baca Quran, amalan2 dakwah, amalan2 masjid. Sebagai contoh amalan infradi iaitu amalan dakwah infradi. Pagi kita dengar bayan, bila waktu infradi, kita duduk 3 atau 4 orang, kita muzakarah apa yang kita dengar dan faham. Kadang2 kita dengar lain dan kita faham lain. Kalau kita tidak ada muzakarah macam ini, bila balik ke negara kita nanti, maka satu orang kata macam ni, yang lain kata, tidak, sebenarnya macam ni, maka akan jadi ikhtilaf, bertelagah sesama kita. Begitu juga apa yang kita dengar dalam ta’alim, selepas itu kita muzakarah supaya apa yang kita dengar dan apa yang kita faham jadi satu. Kita balik ke negara kita, maka tidak bertelagah. Kita kena sentiasa dengar dakwah. Pagi ada karguzari, pukul 10.00 pagi. Karguzari ini apa tuan2? Karguzari pun dakwah juga. Bukan maknanya kita cerita sahaja, 2 gasht, itu dan ini dsbnya bahkan org2 tua kita minta kita bagi karguzari yang mana dengan dengar karguzari ini akan menaikkan keghairahan semangat org lain untuk buat usaha dan utk keluar di jalan Allah s.w.t.

 

Sebelum kita hendak memperdengarkan dan menerangkan karguzari, kita muzakarah. Kita duduk dan kita mesyuarat, apa yg hendak kita terangkan, apa yg hendak kita ceritakan. Kita cerita dan terangkan semua apa yg kita buat, jgn kita hendak sembunyi2kan apa yang kita buat. Dengan usaha amalan dakwah ini akan menyatukan hati kita. Ini pun kita kena lihat, dengan kita buat usaha dakwah ini samada hubungan hati kita semakin rapat, semakin akrab atau kita bertelagah, kita berpecah. Bila kita bacakan karguzari kita, org2 lama disini akan bagi komen dan nasihat mereka, maka nasihat ini kita dengar dan muzakarah sesama kita. Sahabat kita bagi karguzari macam mana dan jawapannya macam mana, apa cara utk menyelesaikan masalah ini. Jadi, dgn ini, akan menimbulkan keghairahan kita, fikir risau kita, supaya kita faham satu perkara supaya tidaklah ada org yg faham lain, faham salah atau tidak faham dan kita balik dgn satu fikir.

 

Duduk, tuan2 yg mulia, jgn kita keluar lagi. Sabar sebentar. Kita dakwah satu sama lain, ini pun termasuk dakwah infradi. Sahabat mereka berkumpul dan buat muzakarah iman, cerita pasal iman. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda, “Perbaharuilah iman kamu”. Utk maksud apa kita datang ke sini? Kita sibukkan diri kita utk maksud tersebut. Begitu juga dgn ta’alim. Kita dengar secara ijtimai kemudian bila kita duduk sorang2, kita baca kitab yg sama, buat ta’alim infradi. Perdengarkan pada org lain pun ta’alim, mentelaah sendiri pun ta’alim juga. Jadi, kita sentiasa berdakwah satu sama lain di waktu infradi. Ada waktu yang lebih, kita tengok kitab fadhail. Ada lagi waktu yg lebih, kita sempurnakan tasbih/zikir kita. Ada lagi masa, kita solat. Nabi s.a.w bersabda, “Solat adalah penyejuk mataku”.

 

Nabi s.a.w solat panjang2. Kita punya sunat pun, semua kita pakai serah pada Allah s.w.t, begitulah, ada yg solat, ada yg tidak solat. Dakwah, ta’alim, ibadat/zikir, khidmat – 4 amalan. Disamping itu, doa. Umumnya bahawa hati kita ini tidak ada sifat semangat utk memohon doa kerana kita tidak yakin dgn sepenuhnya bahawa yang menyelesaikan, yg menyempurnakan kerja kita, keperluan kita, ialah Allah s.w.t padahal hukum Allah s.w.t, perintah Allah s.w.t, “Berdoalah kpdKu”. Allah s.w.t minta bahawa kita berdoa kpdNya. “Allah s.w.t perintah berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku kabulkan doa mereka. Org yg membesarkan diri dpd doa kpd Aku, akan Aku masukkan mereka ke dalam neraka”. Hari ini, oleh kerana kita lalai kepada Allah s.w.t, maka kita ganggu org lain. Kita urut belakang org, kita cubit peha org, macam2 kita  buat. Kalau kita berzikir pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan memberi ketenangan dan sentiasa hubungkan kita dgn Allah s.w.t.

 

Solat merupakan ubat kepada penyakit. Letih pun kena solat. Satu ketika, Maulana Ilyas rah. telah bawa jemaah ulamak ke Mewat, kawasan pergunungan, bukit-bukau. Biasanya, ulamak ini, mereka tidak biasa sangat untuk kawasan2 bukit dsbnya. Tempat yang mereka pergi juga tidak ada kemudahan asas. Tidak ada jalan yang baik, tidak ada pengangkutan. Maulana Ilyas rah. biasanya pergi ke Mewat berjalan kaki sahaja. Dpd Delhi, dia akan berjalan ke Mewat. 40 km atau 50 km berjalan kaki. Dia bawa jemaah ulamak ke Mewat. Mereka tidak biasa naik bukit dsbnya. Maulana Ilyas rah., dia seorg yg kurus, hanya ada tulang dan kulit sahaja. Walaupun dia kurus, dia boleh panjat bukit tetapi yg lain2 mengeluh sakan kerana letih. Apabila Maulana Ilyas rah. sampai shj di sana, dia terus solat. Yg lain2 sampai lewat sedikit, tercungap2 dan termengah2.

 

Maulana Ilyas rah. telah terangkan kepada ulamak2 tadi, mujahadah para sahabat r.a. Beliau terangkan, begini para sahabat berjalan, begini Rasulullah s.a.w berjalan, begini mujahadah mereka dsbnya. Di negara kita, Malaysia, Thailand, Singapura, Jepun dsbnya, bila kita sakit dimana2, mulalah kita exercise, berjogging dsbnya. Nabi s.a.w bersabda bahawa ubat bagi penyakit itu ialah solat. Kita menyeru orang kepada zahir, tetapi Nabi s.a.w menyeru kepada solat sebagai ubat penyakit kita. Di akhir hayat Maulana Ilyas rah., dia begitu lemah sehingga dia tidak mampu untuk bangun sendiri. Dia terpaksa dipapah oleh 2 org utk tunaikan solatnya tetapi bila dia mula solat, 15 minit hingga ½ jam, tidak perlu siapa pun pegang dia. Bila bagi salam sahaja, terus lembik.  Di luar solat, dia letih dan lemah ttpi dalam solat, dia kuat. Rasulullah s.a.w telah bangunkan umat ini atas solat. Satu ketika, Abu Hurairah r.a sedang tidur meniarap di dalam masjid. Nabi s.a.w datang dan kuis kaki dia dan tanya, “Mengapa”. Abu Hurairah r.a kata, “Sakit perut”. Kata Nabi s.a.w, “Solat 2 rakaat dan Allah s.w.t akan bagi syifa’ pada kamu”. Nabi s.a.w seru org kpd solat. Dlm solat ada ubat.

 

Tuan2 yg datang ke sini, 4 atau 5 hari kita disini, maka kita gunakanlah waktu kita samada dalam dakwah, ta’alim-ta’alum, zikir, ibadat atau khidmat dan kita jagalah lidah kita ini. Kita cerita kebesaran Allah s.w.t, cerita 6 perkara dan cerita kehebatan Allah s.w.t, cerita yg bersangkutan dgn dakwah sahaja. Kita cubalah belajar buat usaha ini dgn sifat mujahadah. Apa makna mujahadah? Kita tidak mampu buat sesuatu tetapi kita gagahkan diri kita, kuatkan diri kita, tinggikan semangat kita untuk buat lebih tinggi daripada itu. Hasil apa yang saya katakan tadi ialah waktu tuan2 yang selama beberapa hari ini adalah untuk Allah s.w.t khususnya dan pada umumnya semua waktu kita samada kita di Malaysia, dalam kapalterbang, dalam musafir, semuanya adalah untuk Allah s.w.t samada kita kata dengan lidah kita atau kita tidak kata kerana sesungguhnya dlm Quran, kita baca dalam solat kita, “Solat aku, ibadat aku, hidup aku, mati aku hanya untuk Allah s.w.t tuhan sekelian alam dan tidak ada sekutu bagiNya dan untuk itulah aku diperintahkan dan aku dikalangan orang2 muslim, yg disebut oleh Nabi Ibrahim a.s”.

 

Oleh kerana itu, kita duduk di Nizamuddin ini dgn hati yang hadir, dgn tubuh badan kita yg hadir, utk kita mempelajari amalan2 yang saya sebutkan tadi. Kita duduk dgn niat iktikaf dan kita berdoa pada Allah s.w.t. Semoga kedatangan saya, kedatangan tuan2 diterima oleh Allah s.w.t. Kita syukur pada Allah s.w.t, berapa puluh ribu, berapa puluh juta org Islam di Malaysia, Allah s.w.t telah pilih tuan2 untuk datang ke sini. Allah s.w.t telah pilih kita, kita bersyukur padaNya. Sekurang2nya kita akan menjadi satu wakil, wakil sbg seorg dai di negara kita. Kita hendak bangunkan apa yang kita dengar di sini, apa yg kita belajar di sini, kita hendak bangunkan seluruh orang2 di Malaysia atas usaha dakwah ini. Bukan setakat kita tengok dan kita dengar sahaja, kemudian habis bahkan kita tengok, kita faham, kita ingatkan dan bila balik nanti kita beritahu pada org2 lain dan kita bangunkan org2 semua atas perkara tersebut. Sebenarnya, waktu lapang yg kita biarkannya lapang itu merupakan pintu pada maksiat. Kita jangan biarkan waktu kita lapang. Kalau kita rasa sudah tidak ada apa lagi yang hendak dibuat, kita rehat/tidur, jgn sekali2 bercakap dunia. Kalau hendak cakap, cakap yang baik2. Cakap mengenai dakwah, mengenai iman, utk beberapa hari sahaja. Jgnlah kita cakap mengenai pasar, bazar, pekan, rumah, isteri, anak. Kita bercakap kebesaran Allah s.w.t. Waktu yg lapang ini, bukan utk lapang sebenarnya. Kita tidak ada waktu lapang. Waktu yg ada ini kita penuhkan dgn amalan2. Kita tidak  ada masa lapang. Bila kita akan lapang? Bila kita mati nanti. Kita mati, barulah lapang dari amal.

 

Satu ketika, ketika kami di Madinah, berjumpa dgn Maulana Badri Anam rah., seorg ulamak hadith yg besar berasal dari India. Kami hendak terangkan bahawa kami ditashkil keluar ke kawasan kampung org2 Arab di kawasan pendalaman, maka saya tanya Maulana bahawa apa yg hendak saya ceritakan pada mereka kelebihan fadhail dpd amalan ini/kerja ini.  Maulana kata, “Beritahulah kpd mereka bhw inilah satu kerja, satu usaha yg mana tidur di dlmnya pun dapat pahala dan ganjaran”. Tidur pun ibadat tetapi pergi ke pekan/bazar tiada apa2 ibadat. Inilah tertibnya tuan2 iaitu kita sempurnakan/gunakan waktu kita dlm keadaan beriktikaf. Semoga Allah s.w.t terima kedatangan tuan2 dan Allah s.w.t menjadikan kedatangan tuan2 ini sbg sumber utk dpt fikir-risau dan tertib usul dakwah.

 

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: