Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Saad Al Khandalawi : Keyakinan atas Usaha

Bayan Subuh Maulana Saad 1 Muharram 1439 Hijriyyah

•Hari ini setiap org di dunia ini mempunyai usahanya masing-masing samaada usaha tersebut merupakan usaha agama atau usaha berbentuk duniawi.

Dan setiap orang meyakini bahawa melalui usaha yang dia lakukan pasti akan membuahkan kejayaan.

Namun demikian hakikat sebenarnya bahawa tidak semua yang berusaha itu pasti akan menghasilkan kejayaan.

Kerana kejayaan yang sebenarnya hanyalah apabila usaha tersebut menepati sunnah Rasulullah saw.

Terdapat perbezaan antara masyaqqah dan mujahadah. Masyaqqah (susah payah) ialah sesuatu pengorbanan yang dilakukan tanpa mengikuti sunnah Nabi saw. Di dalam masyaqqah tiada janji pertolongan dari Allah swt. Sedangkan mujahadah merupakan pengorbanan di jalan Allah swt yang menepati sunnah Rasulullah saw dan didalamnya ada nusratullah (pertolongan Allah).

Dalilnya ialah pada zaman Saidina Umar ra terdapat seorang rahib yang begitu hebat korbannya atas agama. Melihat keadaannya Hazrat Umar r. anhu menangis seraya membaca ayat ini dari surah Al Ghoshiyah:

“A’milatun Nasibah Tasla Naaran Hamiyah”.

Ertinya: Di dunia mereka berpenat lelah namun demikian di akhirat nanti mereka akan di rendam di dalam neraka yang panas membara.

•Di dalam Al-Quran dan hadis ada di sebutkan akan tanda-tanda iman dan nifak.

Kedua sifat ini (iman dan nifak) disebut oleh Allah swt untuk di ambil pengajaran oleh hamba-hambanya yang beriman.

Iman adalah kesihatan dan nifak adalah penyakit. Al Quran menyebut bahawa di hati orang munafik itu ada penyakit. Tanda roh kita sehat adalah kita yakin kepada janji Allah swt sementara tanda roh kita sakit adalah apabila kita merasa ragu terhadap janji-janji Allah swt.

Dan biasa1nya Allah swt akan menaburkan janjinya di saat orang mukmin sedang menghadapi ujian yang berat dari Allah swt.

Contohnya dalam peperangan khandak umat Islam sedang menghadapi ujian yang besar, dengan bilangan musuh yg dihadapi oleh mereka, di samping itu mereka sedang menghadapi kebuluran.

Di kala itulah Nabi saw menyampaikan berita gembira ttg kejatuhan empayar romawi dan persia bahkan kerajaan Arab di tangan umat Islam.

Orang-orang munafik mencibir-cibirkan janji Nabi saw tersebut dengan mengatakan: Nak makan saja pun kita tak mampu bagaimana kita akan mampu menakluki kerajaan Kaisar dan Kisra.

Sementara orang beriman keimanan mereka semakin bertambah dengan berita gembira tersebut.

Maulana Helmi Copas WA

Blog di WordPress.com.