Buyaathaillah's Blog

Bayan Masturot Bhai Mustaq

USAHA MASTURAT OLEH BHAI MUSTAQ

(mesyuarat malaysia –  11/10/2015).Dari hari pertama lagi nabi s.a.w telah bawa kaum wanita bersama baginda dlm usaha ini. org yg mula2 dpt kemuliaan utk bersama baginda ialah wanita. Org pertama yg belanjakan harta utk usaha nabi ialah wanita. Yg mula2 sekali dpt kemuliaan utk susah payah utk agama ialah wanita. Yg mula2 dpt kemuliaan utk bagi nyawa utk agama ialah wanita. Yg pertama ucap kalimah ialah wanita, khatijah r.ha. dia seorang kaya di mekah. Di rumah beliau ada emas dan perak. Dia telah kata pd nabi semua harta saya dan diri saya adalah utk agama. Tuan belanjalah utk kehendak tuan. Khatijah juga bersama nabi susah payah selama 3 thn. Wanita pertama bagi nyawa utk agama ialah sumayyah r.ha. wanita adalah org pertama yg buat kerja agama bersama nabi. Bila nabi terima wahyu pertama dari jibrail a.s, nabi jadi takut dan susah hati.

 

Baginda balik ke rumah. Khatijah sambut nabi dan ucapkan kata2 yg telah tenangkan nabi. Allah tidak akan sia2 tuan. 1 org khulafak rasyidin sahaja dpt hidayat secara langsung dari nabi. Baki lagi 3 khulafak rasyidin dpt hidayat dari wanita. Umar r.hu dpt hidayat melalui adik perempuan dia. Di rumah fatimah khattab ada amalan taklim. Taklim inilah telah ubah kekerasan hati umar. Usman r.hu dpt hidayat melalui ibu saudara dia. Ali r.hu dpt hidayat melalui khatijah r.ha. sepertimana lelaki bagi pengorbanan utk agama, wanita juga bagi pengorbanan utk agama. Bila wanita ada fikir utk buat pengorbana utk agama, maka mudah bagi mereka utk korbankan seluruh keluarga utk agama. Kerana itu Allah telah meredhai para sahabat, suami, isteri, anak lelaki dan anak perempuan mrk. Lelaki jadikan kehidupan sahabat contoh, wanita juga kena jadikan kehidupan sahabiah sbg contoh. Semakin bnyk wanita jadikan sahabiah sbg contoh maka semakin banyak kehidupan beragama masuk dlm keluarga. pada zaman sahabat bukan shj kaum lelaki dpt bantuan secara langsung dari Allah, wanita juga dpt bantuan direct dari Allah.   

 

1) Ummu Said telah dpt hidayat dan berhijrah ke madinah bersama anaknya. Ummu Said telah diserah pd wanita islam dan ditarbiyah di rumah. Anak lelakinya telah di letakkan di masjid. Anaknya telah jatuh sakit dan meninggal. Ummu Said telah berdoa pd Allah supaya menghidupkan kembali anaknya supaya dia tak dihina oleh kaumnya sbb masuk islam dpt azab dan anak meninggal. Maka anaknya telah hidup kembali.

 

2) Ummu Syarif telah ditawan oleh org kafir. Beliau telah dikat dan tak diberi makan dan minum. Dia telah doa pd Allah maka Allah telah turunkan air dari syurga.

 

3) Saidatina Zanirah ialah hamba kpd abu jahal. Beliau telah dizalimi dan telah dihentak ke dinding dan telah menyebabkan dia menjadi buta. Dia telah berdoa, ya Allah kembalikanlah pandanganku. Pada masa itu juga Allah telah celikkan mata dia.

 

4) Satu org wanita telah keluar di jln Allah, bila balik dia dapati 12 ekor kambing dan mesin jahit telah hilang. Dia telah doa pd Allah dan Allah telah kembalikan 13 ekor kambing, lebih seekor. Dan mesin jahit juga telah dikembalikan. Wanita pd masa itu telah diusahakan hingga  mereka ada hubungan yg baik dgn Allah. apa sahaja masalah yg dtg, tumpuan mereka hanya pd Allah.

 

5) Ummu haram ialah saudara nabi s.a.w. satu hari nabi s.a.w telah pergi ke rumah ummu haram tutk berehat. Nabi tertidur dan bila bangun nabi telah senyum. Ummu haram tanya kenapa tuan senyum? Nabi senyum sbb ada jemaah sedang bergerak dlm kapal di atas lautan. Ummu haram minta nabi doa supaya dia berada dlm jemaah tersebut. bila nabi tidur lagi sekali dan bangun, nabi senyum lagi. Ummu haram tanya lagi kenapa senyum? Nabi kata dia lihat satu lagi jemaah sedang bergerak dlm kapal dia atas lautan. Ummu haram suruh nabi doa supaya dia berada dlm jemaah yg kedua juga. Nabi kata kamu dlm jemaah yg pertama. Bukan dlm jemaah yg kedua. Ummu haram telah keluar di jln Allah di zaman umar r.hu. jemaah tu telah pergi ke cyprus. Semasa nak balik, dia terjatuh dari tungganggan, patah leher dan meninggal. Bukan lelaki sahaja syahid di jln Allah, wanita pun syahid di jln Allah.

 

110,000 sahabat & sahabiah telah syahid di jln Allah di seluruh dunia. Kita tak tahu di mana kubur2 mereka. Lelaki amal agama dan wanita juga amal agama. Lelaki buat usaha agama. Wanita juga buat usaha agama. Oleh kerana itu kita kena cerita pd wanita2 kita kisah sahabiah. Macam mana wanita di zaman nabi telah korban utk agama. Bila org dtg bagitahu Hadrat Khansa bahawa keempat2 anaknya telah syahid di jln Allah, dia gembira dan syukur pd Allah dgn ehsan Engkau telah terima 4 anak saya syahid di jln Allah. Bila ammar bin jamoh telah di targhib keluar di jln Allah dan syahid di peperangan uhud, bila suruh unta bawa balik jenazah dia ke Madinah, unta tak bergerak.

 

Nabi tanya isterinya adakah ammar bin jamoh ada cakap apa2 sebelum keluar. Dia telah doa, ya Allah jgn kembalikan saya kpd keluarga saya. Sebab tu unta tak nak bergerak. Jenazah dia telah dikebumikan di medan uhud. 2 golongan kena buat usaha. Lelaki dan wanita. Ini adalah asas dlm kerja agama. Maulana Umar palampuri selalu kata jgn kamu mati dlm keadaan mandul. Mandul ialah wanita yg tiada anak. Dlm usaha agama, org buat usaha mandul sebab tak sediakan anak isteri utk buat usaha agama. Bila org macam ni meninggal dunia, dari rumah dia 2 jenazah akan keluar. Satu jenazah dia dan satu lagi jenazah tabligh. Sebab dlm rumah dia dah tak ada org utk sambung buat usaha agama. Org ramai akan kata, inilah rumah org lama yg buat usaha agama tapi dlm rumah dia tak ada org buat usaha agama. Hari ni kita fikir seluruh alam tetapi dlm rumah kita sendiri kita tak fikir.

 

Berapa ramai tuan2 yg ada disini yg telah buat usaha atas keluarganya dan bawa mereka bersama2 buat usaha agama? Utk menunaikan keperluan dunia mereka kita sedia bagi masa 12 jam setiap hari. Tapi utk membina kehidupan akhirat mrk, usaha supaya mrk amal 100% agama, supaya mereka buat usaha agama, kita tak sedia bagi walaupun 1 jam utk mereka. Syariat agama wajib kita bagi nafkah utk kehidupan dunia mrk dan syariat yg sama juga kita bertggjwb utk selamatkan mrk dari api neraka. Allah bagitahu dlm quran dgn jelas, selamatkan diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yg mana bahan apinya adalah manusia dan batu. Ali r.hu tafsir ayat tersebut, ajarkanlah mrk agama.

 

Wanita ada kemampuan lebih dari lelaki utk menerima yg benar. Wanita ada kemapuan yg lebih dari lelaki utk tetap dlm agama. Selepas nabi wafat, ramai lelaki yg murtad tapi tak ada wanita yg murtad. Bila org islam hijrah ke habsyah, ada suami telah murtad tapi isteri tak murtad. Sehingga Allah telah jadikan dia isteri nabi s.a.w, telah jadi umahatul mukminin. Kita kena bawa ahli keluarga kita bersama-sama dlm usaha agama. Kita kena sedarkan mereka tentang t/jawab agama. Kamu bukan isteri kpd doktor, isteri kpd peniaga tapi kamu adalah isteri kpd org yg buat usaha agama.

 

Setiap lelaki dan wanita kena ada fikir dan risau nabi s.a.w. lagi banyak wanita risau pasal agama, lagi banyak agama akan masuk dlm rumah. Isteri kita bersama dgn kita utk urusan keluarga, urusan perniagaan dsbnya tapi kenapa isteri tak bersama dgn kita dlm urusan agama? Zaman sahabat, bila lelaki balik ke rumah, wanita akan tanya 4 perkara. Apakah ayat quran yg dibacakan oleh nabi s.a.w?, apakah haidth yg telah disabdakan oleh nabi s.a.w?, apakah masail yg telah di ajar oleh nabi s.a.w.?, apakah takazah di masjid nabawi? Takazah masjid dtg ke rumah. Kita tengok dlm peperangan badar dan uhud berapa ramai wanita telah sediakan anak2 lelaki mereka utk bagi nyawa di jln Allah. semua lelaki, wanita dan kanak2 ada jasbah yg sama iaitu agama tersebar ke seluruh alam walaupun terpaksa bagi nyawa. Mereka sedia dgn apa sahaja mujahadah yg dilalui. Selagi kita tak bawa masturat dlm usaha agama ini, maka jasbah tak akan wujud dlm hati wanita2 kita. 4 perkara yg Allah telah beri pd wanita. Alihkan tumpuan mereka. Pertama, Allah bagi kemampuan bercakap pd wanita. Mereka boleh cakap berjam2 pasal dunia.

 

Kalau fikir mereka dibentuk maka mereka akan cakap pasal iman, pasal Allah, pasal akhirat, mereka akan bentuk fikir anak2 mereka. Kita perlu keluarkan mereka di jln Allah utk ubah jasbah mrk. Dgn taklim di rumah dpt ubah jasbah mereka. Kena masukkan dlm hati setiap wanita saya kena cakap kebesaran Allah di rumah saya. Kedua, mrk ada sifat menangis. Dlm apa keadaan pun mereka boleh menangis. Ini senjata yg besar yg mana mrk boleh pujuk lelaki dan seluruh umat dgn tangisan. Kerisauan adalah utk umat. Tapi hari ni mrk guna tangisan tersebut utk dunia. Tangisan wanita yg duduk antara 4 dinding rumah akan jadi asbab hidayat utk seluruh kemanusiaan. Ketiga, mereka ada kemampuan utk berterusan dlm sesuatu perkara. Kalau fikir mereka dah dibentuk utk agama maka mereka sanggup melalui kelaparan, kesusahan dan akan hantar suami keluar di jln Allah, jgn risau pasal saya, kamu keluar di jln Allah, saya boleh uruskan semua urusan.

 

Ramai wanita2 di mewat, pelihara ayam dan jual telur ayam dan hantar suami mrk di jln Allah. dlm musim sejuk, bln dec, mereka ada 1 sahaja cadar/selimut, mrk bagi pd suami keluar jln Allah dan mrk panaskan diri mrk dan anak2 di depan api dlm rumah. Dlm usaha dakwah ini wanita juga telah buat pengorbanan. Ramai wanita yg jual brg kemas utk bantu suami keluar di jln Allah pergi ke negara jauh. Lelaki tunaikan takazah negara jauh dgn duit brg kemas isteri mrk. Semua perkara ini nampak mcm mimpi tapi kalau kita usaha utk ubah fikiran mrk kita akan nampak perkara ini jadi kenyataan dlm rumah kita. Keempat, mereka ada sifat tahan kesusahan. Anak2 menangis, mereka sabar. Bila dah bentuk fikir mereka pd fikir agama, maka mereka sanggup tgg segala kesusahan dlm agama. Kalau kita tak jadikan isteri kita org beragama, maka kita tak boleh jadikan anak2 kita, keturunan kita org beragama.

 

Pangkuan ibu adalah madrasah pertama anak2 kita. tarbiyah anak2 adalah t/jwb ibu. Lelaki bert/jawab bagi agama pd wanita dan wanita bertggjwb bagi agama pd anak2. Anak2 sahabat yg telah buat pengorbanan yg besar adalah hasil dari tarbiyah ibu mereka. Segala kemaksiatan dan kemungkaran yg kita tengok di semua tempat adalah asbab kerana tidak ada agama dikalangan wanita kita. oleh itu, tggjwb lelaki bagi agama pd wanita. Dlm hadith bagitau, kalau satu org dpt isteri yg ada agama dia telah dpt kebaikan dunia dan akhirat. 3 t/jawab besar yg diberi pd wanita dlm syariah.

 

Dlm menunaikan ketiga-tiga t/jawab ini, khatijah r.ha adalah contoh utk semua wanita. t/jawab pertama, wanita kena jadikan kehidupan dia sendiri ikut sunnah dan syariah. Wanita ada kemampuan utk maju dlm taqwa, sabar, amal, dlm susah payah utk agama. 10 thn pertama kehidupan khatijah r.ha bersama nabi, dia telah bawa begitu banyak agama dlm diri, begitu banyak sifat taqwa sehingga dia layak utk dpt salam dari Allah. Abu bakar siddiq dapat salam dari Allah semasa tabuk. Khatijah dpt salam dari Allah pd thn ke-10 seblm dtg perintah utk hijrah. Begitu banyak usaha telah dibuat utk bina diri dia. Setiap wanita boleh bina diri mrk utk sampai ke tahap yg tinggi dan hampir dgn Allah.

 

Darjat dan ketinggian khatijah r.ha  jadi contoh dlm kehidupan. t/jawab kedua, wanita jadi pembantu pd lelaki dlm usaha agama. Utk wujudkan kemudahan pd suami utk maju dlm usaha agama. Selama 10 thn khatijah bersama membantu nabi s.a.w dan bersama dlm semua pengorbanan. Sehingga akhir hayat nabi masih ingat pengorbanan khatijah. Dia bantu nabi pd masa tiada siapa nak bantu. Dia beriman dgn nabi pd masa tiada siapa nak beriman. Dia telah korbankan seluruh harta dia utk agama. Semua anak nabi dari khatijah. t/jawab ketiga ialah tarbiyah anak2. ibu yg sediakan anak2 jadi yatim, ibu yg wujudkan keinginan utk syurga, ibu yg sediakan jasbah utk korban utk agama. Dlm perkara ini khatijah jadi contoh. Dia telah jaga 4 org anak perempuan dan layak masuk syurga. Fatimah r.ha adalah ketua wanita dlm syurga. Khatijah telah tunjuk mcm mana nak laksanakan ketiga-tiga t/jwb tersebut.

 

3 bulan dapur di 11 rumah nabi tidak dinyalakan. Apa yg kamu makan? 2 benda hitam. Air dan kurma. Isteri2 nabi jadi contoh utk semua wanita beriman. Tapi hari ni semua rumah kita bergantung pd duit. Setiap hari fikir duit. Barang dah naik harga. Isteri2 nabi telah uruskan rumah mereka tanpa duit. Aisyah kata mereka tak pernah makan 2 kali dlm keadaan yg kenyang. Mereka telah korbankan segala2nya utk takazah agama. Cucu baginda menangis kerana kelaparan. Dgn pengorbanan merekalah kita telah dpt agama. Hari ni kita tak nak buat pengorbanan, baju kena seterika, makan-minum dirumah tak boleh kurang, macam mana agama nak tersebar ke seluruh alam. Satu ketika fatimah r.ha telah masak roti stlh beberapa hari tak makan dan dia telah bagi sedikit pd nabi s.a.w. Nabi kata dia telah 3 hari tak makan. Ini bukan cerita dongeng, ini kehidupan nabi dan sahabat.

 

Bila ada rumahtangga yg buat pengorbanan  macam tu barulah agama akan tersebar ke seluruh alam. Maulana ilyas juga telah buat pengorbanan, kelaparan, kesusahan, tiada makanan, hasil drp itulah agama tersebar ke seluruh dunia. Hari ni dlm masjid ini, 24 jam, sentiasa ada makanan kerana pengorbanan mrk. Berkat pengorbanan wanita dlm keluarga maulana ilyas rah. oleh itu, kita kena buat keputusan utk bawa wanita kita bersama dlm buat usaha agama. Utk ini kita kena jaga beberapa amalan. Pertama, kena wujudkan lemah lembut dlm diri kita. tapi hari ni kita diluar rumah lembut tapi bila balik rumah jadi kasar dgn anak isteri. Krn kekerasan dan akhlak kita tak baik telah menjauhkan keluarga kita dari usaha agama. Nabi s.a.w kata beliau adalah yg terbaik dgn keluarga baginda.

 

Nabi telah tunjuk akhlak yg baik terhadap isteri2 baginda. Bila balik lewat malam, nabi akan masuk rumah perlahan2 tanpa mrk sedari nabi dah balik. Nabi bagi salam sehingga org tertidur tak jaga. Nabi bergaul dgn keluarga dan tak nampak pun dia seorg nabi. Kita kena tunjuk akhlak yg paling baik dan lemah lembut tehadap keluarga kita. kena ada dlm hati isteri kita yg paling kita sayang ialah dia. Kena ada dlm hati anak2 kita yg paling kita sayang ialah mrk. Bapa kena ambil tahu ttg ehwal mrk. Barulah suasana agama akan wujud dlm rumah kita. barulah akan wujud korban utk agama.

 

Oleh itu kena hidupkan 5 amal di rumah. Kena wujudkan kerisauan umat dlm hati wanita2 kita. bila balik dari khuruj kena bagi karguzari pd isteri supaya mrk pun ada kerisauan umat. Lima amal ialah halaqah quran, taklim kitabi, muzakarah 6 sifat sahabat, tashkil dan mesyuarat.  Kita kena wujudkan hati yg risaukan umat dikalangan wanita. Mrk pun kena tahu umat di luar sana berada jauh dari amalan agama. Dgn kerisauan begini baru amal dirumah akan dpt dihidupkan. Bila kita buka kitab taklim, kita hendaklah mengeluh kerisauan.  Timbulkan kerisauan dlm hati isteri melalui kisah para sahabat. Supaya mereka tahu mereka bukan sahaja bert/jwb utk suami, anak dan rumah bahkan mrk juga bert/jwb atas agama sekelian umat di seluruh alam. Lembutkanlah percakapan kita. kalau kita guna kekerasan utk beri didikan agama pd mereka maka akan timbul sifat benci dan munafiq dlm hati mereka. Kita tak boleh memaksa utk mrk terima tapi usahakan supaya hati mereka boleh menerima.

 

Kita jadikan mrk kawan. Maka mudah agama akan masuk ke rumah. Setiap hari kita usaha utk betulkan bacaan quran. Ada isteri yg pandai baca quran maka kita belajar dari mereka. Kita juga kena dengar bacaan quran anak2 kita. kita kena wujudkan tempat belajar quran di masjid. Semasa kita ziarah dari rumah ke rumah, kita iklan pd mrk ada kelas belajar utk quran utk anak2 di masjid. Dtgkan kepentingan belajar quran pd bapa2 supaya mrk hantar anak mrk belajar quran. Di malaysia ada beribu masjid. Pastikan setiap masjid ada maktab belajar quran. Walau setinggi mana ijazah kita di dunia, tidak ada janji Allah. ijazah dunia tak dpt menyelamatkan kita di akhirat. Tapi janji Allah pd org yg hafal quran. Dia boleh selamatkan 10 org dari memasuki api neraka. Ini anugerah dan keuntungan yg besar utk ibubapa. Oleh itu azamlah utk jadikan anak kita hafiz quran.

 

Kemudian hendaklah hidupkan taklim di rumah. Bergilir2 baca fadilat amal/sedekah/muntakhab hadith. Baca taklim dgn tertib. Wujudkan keinginan dan kesunguhan utk baca taklim. Bila kita bersungguh2 maka anak dan isteri juga akan bersungguh2 buat taklim. Maka akan timbul keinginan utk korban mcm sahabat. Kemudian kita muzakarah 6 perkara setiap hari. Supaya timbul keinginan pd isteri dan anak utk buat dakwah. Kalau ada sesiapa antara ahli keluarga yg tiada keinginan utk buat dakwah maka kebatilan akan masuk ke dlm rumah melalui dia dan kita tak ada kemampuan utk menghalangnya. 6 perkara ini akan memberi kemampun pd seluruh ahli keluarga utk amalkan keseluruhan agama.

 

Org yg dtg ke rumah kita, isteri akan dakwah. Kalau pergi rumah org pun isteri akan berdakwah. Kemudian kita hendaklah buat tashkil di rumah supaya wanita sentiasa resah utk hantar suami dan anak2 keluar di jln Allah. kena selalu baca hadith fadilat keluar di jln Allah. setiap 3 bln isteri akan ajak suami keluar masturat. Wujudkan mesyuarat di rumah. Dgn mesyuarat kita telah letakkan sedikit t/jwb pd isteri dan anak2 apa yg mrk kena buat esok. Siapa baca taklim. Siapa buat 6 pts. Siapa tashkil. Pastikan 100% agama hidup dlm rumah kita. perasaan malu akan terbina di kalangan wanita. Muasyarat dan muamalat atas dasar agama akan terbentuk.

 

Hantar isteri dan anak perempuan utk ambil bahagian dm taklim mingguan masturat.

 

3 perkara dlm taklim mingguan masturat:

 

  1. istiqbal 2. taklim kitabi 3. muzakarah 6 perkara

 

perlu ada tashkil setiap minggu selepas selesi muzakarah. Selesai majlis tutup majlis dgn tasbih kifarah. Bayan lelaki boleh buat dlm tempoh 1½ bulan atau 2 bulan. 3 kitab dibaca secara bergilir-gilir. Minggu pertama baca kitab fadilat amal dan fadilat sedekah. Dan minggu depan baca muntakhab hadith. Banyakkan bilangan rumah taklim mingguan. Segera sempurnakan syarat rumah taklim. Kena ada fikir dan risau barulah usaha akan bermula.

 

3 Syarat rumah taklim mingguan:

 

  1. tuan rumah (suami) pernah keluar di jln Allah dan isteri pernah keluar atau ada sekurang2nya ada fikir agama
  2. ada 3-4 org wanita pernah keluar 10H atau 3H beberapa kali
  3. jemaah masjid cukup kuat utk mengendalikan amalan taklim mingguan

 

setiap masjid kena ada taklim mingguan masturat. Dlm jor bulanan halaqah bagi targhib dan fikir.

 

3 syarat utk wanita keluar di jln Allah:

 

  1. keluar dgn purdah yg sempurna dan pakaian ikut syariat
  2. keluar dgn mahram. Siapakah mahram? Lelaki yg boleh mengawal  wanita dia sepanjang keluar
  3. jgn bawa anak2. kena usaha utk ditinggalkan

 

bilangan minimum utk keluar ialah 4 pasang dan maksimum 6 pasang. Perlu diberi bayan hidayat yg sempurna. Bila balik, wanita dihantar ke rumah dan lelaki balik ke masjid dan bagi karguzari. Wanita keluar 3 bulan sekali. Lelaki keluar setiap bulan malah pd bulan ketiga lelaki keluar 3 hari lelaki dan kemudian tambah korban keluar lagi 3 hari masturat.  Dlm setahun keluar 10 hari. Lelaki mestilah dah keluar 40 hari. Yg dah keluar 10 hari boleh ditashkil 40 hari. 40 hari pertama ke IPB dan lepas tu boleh ditashkil ke luar negara. Tashkil juga utk keluar 40 hari dlm negeri. Utk keluar 40 hari suami mestilah dah keluar 4 bulan. Syarat yg telah ditetapkan bukan utk mundurkan usaha ini bahkan utk majukan usaha ini. jgn abaikan syarat2 ini. buat kerja dgn menjaga syarat2.

 

Bila buat kerja dg usul akan berada dlm pemeliharaan dan perlindungan Allah. jgn keluarkan masturat tanpa ikut syarat2. kalau tak boleh penuhi syarat sediakan rumah utk terima jemaah. Semakin banyak rumah sedia terima jemaah maka semakin maju usaha masturat. Utk keluar 40hari, tertibnya ialah 3 tahun sekali. Kalau ada takazah dibolehkan keluar lagi dgn mesyuarat. Setahun 2 kali kita buat jor masturat. Kumpul masturat dan mahram yg pernah keluar 10 hari dan 40 hari. Bagi targhib dan tashkil. Dan targhib utk hidupkan amal di rumah. Dan tutup dgn doa. Masturat tashkil masturat. Lelaki tashkil lelaki. Moga Allah terima usaha kita.

 

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: