Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ibrahim Dawla

BAYAN SUBUH MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat Malaysia – nizamuddin – 10/09/98). Amalan seseorg adalah bergantung kpd niat. Niat seseorg itu Allah mengetahui. Allah swt akan membuat keputusan atas niat seseorg. Semua kerja di dunia tidak akan berlaku tanpa keizinan Allah. Dunia adalah tempat memikul tggjwb, seorg anak yg bertggjwb akan disukai oleh keluarga. Dunia ini Allah s.w.t jadikan utk org rajin bukannya malas. Apakah sifat tggjwb manusia kpd Allah. Tggjwb pertama ialah tggjwb diri iaitu mentaati perintah Allah s.w.t. Sesesiapa yg menunaikan tggjwb kpd Allah s.w.t akan di angkat dari segala dukacita hidup di dunia ini. Amanah manusia ialah jasadnya dan rohnya. Kekuatan kesihatan kepada jasad, Allah s.w.t akan tanya dlm kehidupan akhirat. Apa yg ada pada kita adalah hak Allah s.w.t dan bukan kita punya. Ia adalah amanah. Org yg banyak menerima nikmat biasanya banyak yg lupa kpd Allah swt.

 

Oleh itu kita perlu insaf apa tggjwb kita kpd Allah swt. Pandangan, pendengaran, merasa adalah nikmat, semuanya akan ditanya oleh Allah swt. Allah swt memberi kesan pendengaran pada telinga, kesan melihat pada mata. Utk menyempurnakan hak Allah swt terdpt amalan yg ditunjukkan oleh Rasullulah. Seseorg manusia perlu mengetahui bagaimana menggunakan diri dan harta bagi menyempurnakan keinginan diri sendiri. Jika org itu hanya mengguna diri, harta, masa dan tenaga utk menyempurnakan keinginan diri sendiri sahaja Allah s.w.t akan sempitkan kehidupannya. Oleh itu bagi menggunakan diri, harta dan masa bagi menunaikan hak Allah s.w.t seseorg itu perlu mempunyai iman. Ada org berhijrah ke sesuatu tmpt utk menambah pendapatan. Adakah di tmpt itu ada tuhan lain. Kesenangan di situ krn suasana kerjanya lebih selesa. Sebenarnya Allah s.w.t yg memberi rezeki atau menjadikan seseorg kaya atau miskin. Di mana ia berada jikalau Allah hendakkan seseorg itu menjadi kaya ia akan menjadi kaya. Kekayaan yg diperolehi oleh seseorg tidak bergantung pada tempat dan keadaan.

 

Org yg mengucapkan kalimah taiyibah dgn ikhlas wajib syurga baginya. Maulana telah mengambil karguzari bagaimana seorg boleh keluar ke jln Allah s.w.t. Beliau mengatakan, saya dtg ke masjid Banglawali utk basuh muka dan buang air, seorg istiqbal telah memerhatinya  telah menyediakannya tempat utk solat dan dari situ ia kemudiannya keluar 40 hari. Semasa keluar ia sangat sengsara kerana sebelum ini ia minum arak dan dlm masa keluar ia tidak boleh minum. Semasa keluar ia dpt belajar menghafal ayat2 lazim. Selepas 40 hari ia sambung 4 bulan. Selepas beberapa ketika ia berjumpa Maulana dan memberitahu ia dalam persiapan menunaikan haji. Jika dahulu ia dtg ke Delhi jual arak tetapi sekarang ia dtg utk menunaikan haji. Dgn kekuatan iman seseorang itu dapat mencegah dari fasha dan mungkar.  Allah s.w.t yg memberi hidayat dan memberi taufiq kpd seseorg dari berperangai buruk kepada berbudi pekerti mulia. Dalam Al-Quran Allah berfirman, sesiapa yg berjihad di jalan Allah, pasti Allah s.w.t beri petunjuk. Allah s.w.t hantar manusia ke dunia utk mengamalkan agama, bukan utk perniagaan dan sbginya. Oleh itu dlm kehidupan akhirat Allah s.w.t tidak tanya wang ringgit kita ttpi apa agama kamu.

 

Pelajaran pertama seseorg itu dpt semasa baru lahir ialah Allah maha besar. Azan diperdengarkan oleh bapanya di telinga kanan dan iqamat di teliga kiri. Seterusnya diberitahu ttg kejayaan, iaitu kejayaan dlm solat. Barangsiapa yg merosakkan keyakinan, Allah s.w.t akan gagalkan rancangan2nya. Oleh itu Allah s.w.t telah jadikan seseorg itu utk membina iman yg betul dari mula lahir hingga mati. Dgn iman yg sempurna memudahkannya mentaati perintah Alllah dan utk membina iman-yakin itu perlu ada suasana  Jika seseorg itu menjadi org beragama, sekitar kehidupannya dibina dlm agama. Manusia yg tidak beragama ia mabuk. Ia faham benda2 selain agama, ttpi hal2 agama ia tidak tahu.  Satu jemaah datang ke marhalah Maulana, jumpa orang tempatan yang tidak amal agama, mutakallim mengajak orang itu ke masjid, ia kata pergilah dahulu, mutakallim pujuk rayu lagi.

 

Mengapa kamu paksa2 nanti saya tikam kamu, kamu boleh tikam saya ttpi kenalah dtg ke masjid dahulu. Setelah sampai ke masjid ia menyertai jemaah, kemudian keluar 4 bln. Jemaah yg dtg ia nusrah. Ia buka kedai gula2 di sebelah masjid, ia menjadi muazzin di masjid, selama 40 tahun dpt menjaga takbiratul’ula. Hari ini kita perlu usaha membina iman kita ke tahap yg dapat menghindarkan kita dari fasha’ dan mungkar. Barangsiapa dpt menggunakan dirinya mengikut perintah Allah ia akan mendpt hidayat. Utk dptkan iman perlu gunakan diri dan harta keluar ke jalan Allah.  Hidayat bukan benda yg mudah, maksud hidayat ialah syurga. Apakah guna seseorg itu yg senang-lenang dgn makan-minum ttpi masuk ke neraka Allah s.w.t,  usaha agama ialah usaha ingat-mengingati org supaya amal agama. Seseorg itu  yg ada agama ttpi tidak amal agama ia akan berada dlm kegelisahan. Org yg sibuk dgn dunia akan wujudkan :

 

  1. Sibuk dalam hal dunia dengan kerja tidak berkesudahan. 2. Hatinya dalam kegelisahan

 

Tggjwb kedua ialah perlu diwujudkan suasana agama di marhalah. Kehidupan manusia terbina dgn suasana. Musim sejuk, pekedai jual baju sejuk dan musim panas jual baju cotton. Utk bentuk suasana di marhalah usaha pertama ialah hidupkan ta’alim di rumah. Apb dtg agama dlm rumah, bentuk suasana masjid. Masjid Banglawali bermakna Bangla Masjid, ketika itu Raja Islam telah hadiahkan rumah Bangla kpd bapa Maulana Ilyas iaitu Maulana Ismail. Apb kita membawa masjid ke rumah, maka ahli rumah akan hidup beragama. Dgn ini perlu wujudkan suasana agama dlm rumah. Nabi2 dahulu diutuskan utk mewujudkan mahul/suasana agama di kawasan mereka. Jika kita tidak wujudkan suasana agama, susah utk kita amalkan agama.

 

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, “Utk amalkan agama spt mengenggam bara api’. Oleh itu kita sentiasa buat gasht utk mengerakkan agama. Apabila suasana agama terbentuk mudah semua utk amalkan agama. Pembentukan suasana agama di sesuatu tempat ialah sunnah nabi. Tggjwb ketiga disampang kita ada agama dan menyediakan org lain mengamalkan agama di khariah kita bagi membina suasana, maka kita perlu ke seluruh alam.  Kita jgn jadi seperti kaum Hawariyun yg memberi alasan apb ditashkil keluar jauh dari negerinya. Alasannya ia tidak tahu bahasa tempat itu, esoknya 6 org Hawariyun bangun dari tidur mengetahui bahasa tempat yg hendak dihantar itu. Org Islam hidup dlm huru-hara kerana ia tidak menjalankan maksud ia dihantar. Org Islam skrg menyibukkan diri dgn perkara2 dunia yg sentiasa tidak mencukupi. Harta benda yg diberi perlu digunakan utk maksud agama, dgn itu kerunsingan sentiasa wujud dlm hati2 manusia. Agama tidak tersebar dgn wang ringgit.  Jika Allah s.w.t hendak mengambil kerja dari seseorg ia tidak memerlukan harta.

 

Blog di WordPress.com.