Buyaathaillah's Blog

Dakwah Menaklukkan Dunia

USAHA DAKWAH  DALAM RANGKA MENAKLUKAN SATU DUNIA
SubhanALLAH..!!! Sembang-sembang dengan Dr Manzoor, Amir jemaah Masturat Pakistan yang juga merupakan Syura Pakistan dan Amir Kasymir yang sedang tasykeel di KK, Sabah sambil berkongsi pengalaman dengan beliau. Beliau telah mengembara lebih dari 50 buah negara dalam kembara dakwahnya:
1) 1961, England hanya ada 2 masjid, kini melebihi 3,500 buah masjid.
2) 1962, France hanya ada 1 masjid, kini melebihi 5,000 buah masjid.
3) 1988, Ketika beliau di Perancis, Dr Wisab, Syura Perancis diziarahi oleh Naib Menteri Kementerian Dalam Negeri Perancis. Beliau mengemukakan beberapa soalan mengenai AMALAN DAKWAH Tabligh:
A) Siapa Presiden Tabligh

B) Di mana pejabat² Tabligh

C) Bagaimana kewangan Tabligh

D) Apa misi Tabligh
Jawapan beliau:
A) Presiden kami ialah Nabi Muhammad S.A.W, semua arahannya kami turuti.

B) Semua masjid² dan surau² di seluruh dunia.

C) Duit setiap ahli jemaah adalah duit jemaah dan mereka membelanjakan mengikut perbelanjaan masing² ke mana mereka akan pergi.

D) 6 sifat unggul Sahabat Nabi S.A.W untuk semua orang Islam.
Jawab Naib Menteri KDN Perancis tersebut, kalau beginilah caranya sistem Tabligh berjalan, tiada siapa yang dapat menahan dari jemaah ini bergerak ke seluruh dunia.
4) 260 negara seluruh dunia, semuanya ada amalan Tabligh. Sebanyak 50 negara mampu mengendalikan usaha Tabligh dengan sendiri dengan mengadakan Ijtimak-ijtimak dan mengeluarkan ratusan jemaah sendiri.
5) Sebuah pepatah mutiara dalam bahasa Urdu, “Ilyas ni Yas ko As mé Badaldia” Terjemahannya, “Ilyas telah mengubah ‘putus harapan’ kepada ‘ada harapan’. Maksudnya Maulana Ilyas r.ah telah mengubah dunia Islam kepada tiada harapan untuk bangun semula dari kejatuhan Islam kepada bermulanya kebangkitan Islam.
6) Peristiwa 11 September ialah perancangan kuffar untuk menjatuhkan Islam secara besar2an tetapi lihatlah apa yang berlaku disebalik perancangan mereka:
2002, seramai 40,000 orang memeluk Islam di USA

2003, seramai 30,000 orang memeluk Islam di USA

2004, seramai 35,000 orang memeluk Islam di USA
Kemasukkan Islam yang mendadak selepas peristiwa 11 September pengeboman NYWTC

Kuffar telah menyempurnakan teknologi mereka tetapi kebingungan sebab tiada penyelesaian untuk menjatuhkan Islam dengan teknologi mereka.
7) IRAN – Beliau pernah safar di Iran. Usaha dakwah berjalan dengan lancar di seluruh Iran walaupun Tehran adalah Pusat Kefahaman Syiah. Kerajaan Iran tak tahu nak ambil tindakan tatatertib ke atas Muslim Sunni yang menjalankan usaha Dakwah & Tabligh kerana perjalanan mereka lansung tidak mengganggu urusan kerajaan dan tiada rekod terorism. Terdapat 15 markas-markas Tabligh yang besar di Iran dan usaha dakwah bergerak maju di Iran.
8) Beliau pernah bersafar dengan Maulana Jamshed Raiwindy selama 10 hari di England. Maulana hanya tidur sekitar 10 minit sepanjang malam dan beberapa ketika di siang hari.
Dicatat oleh, Ustaz Lokman Shazly Bin Dato’ Seri Azlanii Zaharin.
DAKWAH NI BUKAN JEMAAH ATAU AHLI ATAU PERGERAKAN, TAPI AMALAN,TANGGUNGJAWAB SELURUH UMMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KERANA TIADA LAGI NABI AKAN DIHANTAR UNTUK MENGUBAH UMMAT KECUALI KITA

Blog di WordPress.com.