Buyaathaillah's Blog

Karguzari Dakwah Masyeikh

​*MENAKLUKAN SATU DUNIA*
Subhanallah!
Sembang² dengan Dr Manzoor, Amir jemaah Masturat Pakistan juga merupakan Syura Pakistan dan Amir Kasymir yang sedang tasykeel di KK, Sabah sambil berkongsi pengalaman dengan beliau.
Beliau telah mengembara lebih dari 50 buah negara dalam kembara Dakwahnya.
#)1961, England hanya ada 2 Masjid, kini melebihi 3,500 buah masjid
#)1962, France hanya ada 1 Masjid, kini melebihi 5,000 buah masjid
#)1988, Ketika beliau di Perancis, Dr Wisab, syura Peranchis diziarahi oleh Naib Menteri Kementerian Dalam Negeri Perancis. Beliau mengemukakan beberapa soalan mengenai Jemaah Tabligh;
A) Siapakah Presiden

B) Di mana pejabat² 

C) Bagaimana kewangan

D) Apa misi
Jawapan beliau;

A) Presiden kami ialah Nabi Muhammad s.a.w, semua arahannya kami turuti
B)Semua masjid² dan surau² di seluruh Dunia
C) Duit setiap ahli jemaah adalah duit Jemaah dan mereka membelanjakan mengikut perbelanjaan masing² ke mana mereka akan pergi.
D)6 sifat unggul Sahabat untuk semua orang Islam
Jawab Naib Menteri KDN  tersebut, kalau beginilah caranya sistem Jemaah Tabligh berjalan, tiada siapa yang dapat menahan dari Jemaah ini bergerak ke seluruh dunia!
#)260 negara seluruh Dunia, semuanya ada ahli jemaah Tabligh. Sebanyak 50 negara mampu mengendalikan usaha Tabligh dengan sendiri dengan mengadakan Ijtima’² dan mengeluarkan ratusan² jemaah sendiri.
#)Sebuah pepatah mutiara dalam Urdu,
“Ilyas ni Yas ko As mé

Badaldia!”

Terjemah nya “Ilyas telah mengubahkan ‘putus harapan’ kepada ‘ada harapan’
Maksudnya Maulana Ilyas r.ah telah mengubahkan Dunia Islam kepada tiada harapan’ lagi untuk bangun semula dari kejatuhan Islam kepada bermulanya kebangkitan Islam.
#)Peristiwa 11September ialah perancangan kuffar untuk menjatuhkan Islam secara besar²an tetapi lihatlah apa yang berlaku disebalik perancangan mereka,

2002, seramai 40,000 orang memeluk Islam di USA
2003, seramai 30,000 orang memeluk Islam di USA
2004, seramai 35,000 orang memeluk Islam di USA
Kemasukan Islam yang mendadak selepas peristiwa  11September Pengeboman NYWTC
Kuffar telah menyempurnakan teknologi mereka tetapi kebingungan sebab tiada penyelesaian untuk menjatuhkan Islam dengan teknologi mereka.
#)IRAN

Beliau pernah safar di Iran.

Usaha dakwah berjalan dengan lancar di seluruh Iran walaupun Tehran adalah Pusat Kefahaman Syiah.
Kerajaan Iran tak tahu nak ambil tindakan tatatertib ke atas Muslim Sunni yang menjalankan usaha Dakwah & Tabligh kerana perjalanan mereka lansung tidak mengganggu urusan kerajaan/tiada rekod terorism. Terdapat 15 markas² tabligh yang besar di Iran dan usaha Dakwah bergerak maju di Iran.
#)Beliau pernah bersafar dengan Maulana Jamshed Raiwindy selama 10hari di England, Maulana hanya tidur sekitar 10minit sepanjang malam dan beberapa ketika di siang hari.

Blog di WordPress.com.