Buyaathaillah's Blog

Bayan Maulana Saad Al Khandalawi : Mesjid tempat Dakwah dan Tarbiyat

*Bayan Subuh 31.10.2017*
Maulana M.Saad d.b

▪Perbagai2 usaha atas dunia sekarang ni. Ada yang usaha atas harta dan mengatakan agama akan kuat bila ada harta. Ini asbab yg ada pada org kafir. Sedangkan Nabi s.a.w ada tariqah yg terpakai hingga hari qiamat. Iaitu usaha atas agama atas tarbiyyah dan hidayah. Ummat ini akan diislahkan hanya melalui tariqah yg dibawa oleh Nabi s.a.w dan para Sahabah rhum

▪Usaha dakwah dan tarbiyyah kena hubungkan dgn masjid. Usaha dibuat di masjid. Ummat yg jauh dari masjid akan jauh dari agama (kelalaian, kejahilan dan kemurtadan). Halqah iman dan halqah ilmu sudah tiada sekarang ini.

▪ Mereka rasa perubahan bila keluar dari masjid bila di rumah, pasar dan sebagainya. Sahabat bila di luar masjid sekejap pun kata mereka dah munafik.

▪Dakwah bukan hanya sebarkan saja tetapi kita kena pastikan persiapan di dalam masjid dibuat dgn amal jemaah masjid. Seperti kita ajak org mari rumah utk jamuan makan, kita juga buat persiapan makanan dsb selain dari mengajak itu.

▪ Kerja ini bergantung dan berdasarkan kpd sirrah Rasulullah s.a.w bukan pengalaman seseorang. Amalan Nubuwwah sama pada semua zaman. Tidak boleh tanya org zaman sekarang walaupun byk pengalaman tapi kena ikut sirrah sahabah, usaha di zaman Nabi s.a.w, tariqah Nabi s.a.w.

▪Masjid bukan tempat utk ibadat sahaja tapi utk tarbiyyah insan (ummah) juga. Kumpulkan manusia di masjid utk majlis iman. Maudu’ gash kita adalah utk dudukkan manusia utk tarbiyyah iman dlm suasana malaikat dan rahmat Allah s.w.t.

▪ Perhimpunan sahabat adalah di masjid, wujudkan halqah ilmu, halqah iman dll bila masuk waktu mereka solat. Banyak diberi masa di masjid. Hari ni org hanya dtg masjid utk solat kemudian balik. Tiada halqah2 utk tarbiyyah ummat ini utk lembutkan hati2 manusia.

▪Sahabat dengar dan amik perintah Allah dan bawa balik utk disebarkan di rumah2, ramai wanita dapat perintah utk diamalkan. Sumbernya di masjid. Ilmu ada di masjid. Percakapan iman di masjid2 akan meningkatkan iman.

▪ Bala yg diputuskan utk diturunkan di satu2 tempat akan ditarik balik kerana ada amalan masjid dihidupkan di tempat itu. Malaikat akan membantu orang yang sibuk dgn usaha menghidupkan amalan masjid seperti para sahabat rhum. Sahabat jika hadapi masalah akan datang ke Masjid utk penyelesaiannya.

▪Tamim Dhari r.a datang masjid, Umar ra suruh Tamim Dhari halau api/lava gunung/bukit yang sedang keluar dari bukit menuju ke Madinah. Beliau tak nak buat kerana takut dikatakan ia seorang yang ada keramat. Tapi dia buat juga dgn desakn Syaidina Umar ra. Dia halau api macam dia halau kambing ….api telah masuk semula ke dlm bukit.

▪Sahabat rhum bila skit pun datang ke Masjid. Seorang Sahabat bernama Abu Hamamah ra. Yang ada hutang hingga begitu banyak. Nabi s.a.w suruh dtg dan duduk di masjid dan Nabi s.a.w doa dlm masjid bg selesaikan agar masalah hutangnya.

▪ Amalan Saiyidina Umar r.a bergilir2 dgn rakan kongsinya satu hari dia masjid satu hari lagi rakannya pula.

▪ Mengenai Bacaan Muktakab Hadis kitab yg di karang oleh Maulana Yusoff rah utk menerangkan kerja yg perlu dibuat oleh kita berdasarkan apa yg Nabi s.a.w buat.

▪ Kisah serigala bercakap dgn bahasa arab kpd gembala kambing utk pergi ke masjid Nabawi utk dengar dakwah Nabi s.a.w.

▪Tempat utk selamatkan ummat ni adalah masjid. Gash adalah utk ajak org kepada Masjid. Tempat yg paling Allah suka adalah masjid2. Bawalah ummat ni ke masjid. Orang mukmin/Islam adalah suci yang tak suci adalah org mushriq/kafir.

▪ Seorang kehilangan anak kemudian kita jumpa dia dan bawa kepada keluarganya maka betapa gembiranya mereka. Begitulah gembiranya Allah Taala bila kita bawa seorang ke masjid utk dekati diri kepada Nya.

▪Zikir akhbar adalah bila kita sebut nama Allah dan Allah sebut nama kita di kalangan majlis para malaikat. Bila kita berzikir di masjid maka kita akan dpt zikir akhbar ini.

▪ Azan adalah kalimah dakwah bukannya iklan. Allah suruh panggil ummat ke masjid. Dakwah bersama ibadat. Keperluan kita akan disempurnakan melalui dakwah dan ibadat. Dakwah–>ibadat–>keperluan.

▪ Untuk hidupkan amalan masjidnya adalah amat mudah. Kilang2 pun ada jadual shift begitu juga masjid kita nak buat. Bergilir2. Separuh hari satu group, separuh hari lagi satu group. Begitu jugak malam. Zaman Nabi s.a.w. solat isya dikerjakan lewat sikit. Lepas isya Nabi s.a.w pergi mohalla2 di madinah jumpa org2 ansar….Nabi s.a.w sambil berdiri menceritakan kisah lampau cerita kesusahan2 org2 muhajir di zaman

▪ Masjid2 di Mewat hidup 24 jam. Ini tertib sahabat buat usaha agama. Rahmat akan dtg bila masjid hidup 24jam. Masjid ini bercahaya seprti bercahaya bintang2 di langit.

▪ Selesaikan masalah dgn amal amal ( ibadat) dan membelakangkan asbab. Meninggalkan asbab bukan dinamakan mujahadah ( ini namanya Rabbaniyyah). Kurangkan asbab itu namanya mujahadah.

▪ Asbab adalah fitrah dan ianya utk ujian bagi kita. Malaikat tiada asbab. Kita kena tawakkul dgn tidak zahirkan tak bagi tahu hajat kita dari makhluq, jangan minta dengan org. Jangan zahirkan kemiskinan kita kepada org lain. Kena sembunyikan hajat drp makhluq). Pergi masjid dan minta drp Allah.

▪ Dahulukan amal dari asbab. Sebelum pergi kerja solat hajat dulu 2 rekaat kerana kita nak belajar yakin dgn janji2 Allah. Duduk dalam taklim dlm masjid adalah utk memperbaharui janji2 Allah melalui amal.

▪ Halqah2 Quran di rumah sudah ada di zaman sahabat bahkan sebelum hijrah lagi. Bukan perkara baru. Hadrat Khabab mengajar al quran di rumah ipar Umar ra. Kemajuan agama bila kita tengok org yang terkebelakang ( org2 dulu) manakala kemajuan dunia bila kita tengok mereka yg ke hadapan

▪Jika kita tak syukur atas kemudahan2 nikmat maka Allah akan tarik balik nikmat tu. Kita kena tambahkan usaha dakwah, wujudkan amalan sahabat bawa ke seluruh dunia. Azam semua InsyaAllah.

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.