Buyaathaillah's Blog

Bayan Masyeikh : Maulana Ahmad Lath

BAYAN MAULANA AHMAD LAT

(mesyuarat malaysia – nizamuddin – 05/09/2000). Tuan2 yg mulia. “Ayat2 yg Maulana baca tadi, kesemua ayat2 itu dimana Allah s.w.t menerangkan sifat2 dan kehendak2 Allah dan cara2 dan apa2 yg ada pada org2 yg buat usaha agama Allah. Hadith2 yg Maulana baca pun, membawa maksud yg sama, apa2 sifat2, kebaikan2 yg patut ada pada org2 pengikut Baginda s.a.w”. Bila Allah s.w.t buat keputusan untuk hendak buat kebaikan kepada mana2 hambaNya, mula2 Allah s.w.t akan beri pada org itu keinginan atau kefahaman utk amalkan agama, bila khair itu diberi, Allah mahu dia jadi org beragama, beberapa perkara akan bangkit dlm hatinya, pertama, keinginan utk amalkan agama, kedua, keinginan hendak tahu apa itu agama, ketiga, keinginan sanggup belanja masa dan harta utk mempelajari agama. Keinginan ini akan timbul dan kerana khair dpd Allah s.w.t, org ini akan gunakan ketiga2 perkara ini utk amalkan agama Allah s.w.t. Bila sahaja satu keinginan yg dtg dlm hati manusia utk amalkan agama Allah s.w.t, sebenarnya perasaan atau keinginan ini dtg dpd ketinggian yg begitu tinggi, iaitu dtg dpd Allah s.w.t sendiri.

 

Keinginan itu dtg dlm hati manusia seolah2 satu tetamu diutus oleh Allah s.w.t ke hati manusia, tetamu ini bila dilayan dgn baik, tetamu itu akan gembira, di mana sahaja dia pergi, dia ceritakan bahawa saya jadi tetamu di beberapa tempat, tetapi sekian2 tempat, begitu hebat, layanan mereka begitu baik, begitu mesra dsbnya. Sekiranya kita tidak layan tetamu itu dengan baik, tetamu yg sama akan pergi dpd tempat kita, dan cerita keburukan kita, iaitu saya pergi sbg tetamu, tidak dikisah, tidak dihirau, dsbnya. Keinginan adalah tetamu, bila datang dpd Allah s.w.t dlm hati kita, dan sekiranya kita tidak layan tetamu itu dgn baik, tetamu ini kembali kepada Allah dan mengadu kepada Allah s.w.t sendiri. Pendek kata, bila sahaja ada keinginan yg dtg dlm hati manusia, keinginan yang begitu baik, keinginan yang begitu elok, kerana manusia ini hendak mempelajari agama, hendak amalkan agama dan dia sudah buat keputusan untuk hidup di atas muka bumi ini dgn kehidupan yang beragama. Agama yang datang dalam diri kita, atau agama datang dalam diri mana2 manusia, atau agama tersebar ke permukaan alam ini, semua itu sebenarnya dibuat hanya sanya oleh Allah s.w.t, tetapi kerana dunia ini adalah satu tempat dimana asbab digunakan, jadi kita kena gunakanlah beberapa asbab utk dapat capai matlamat ini.

 

Agama datang dalam diri kita atau agama datang dalam diri manusia, keinginan dalam hati kita, semua itu datang dpd Allah s.w.t. Sama sptiapa juga dalam dunia ini, segala pengendalian dalam dunia ini, semua dibuat oleh Allah s.w.t ttpi utk semua urusan dlm dunia ini, Allah s.w.t jadikan asbab2, sbg contoh, bila org lapar, asbab utk hilangkan lapar ialah makanan, asbab utk hilangkan haus ialah air, dll. Begitu juga, supaya agama berada di dlm diri kita, untuk itu Allah s.w.t bagi 2 asbab. Kedua2 asbab ini kena dibuat oleh manusia. Dlm dunia ini, apa juga keadaan dunia ini, keadaan yg baik atau keadaan yg buruk dlm dunia ini, semua dtg kerana manusia, tidak kira lelaki atau perempuan. Oleh itu, dua2 asbab yg Allah beri utk bawa agama dlm diri pun, diberi kpd manusia. Asbab yg pertama ialah dakwah dan asbab yg kedua ialah doa. Dakwah dan doa, dua2 ini kena dibuat oleh manusia, tidak kira lelaki atau perempuan dan utk itu, Baginda s.a.w beri berita gembira, “Bertuahlah, beruntunglah, bernasib baiklah org2 yg hidup di atas muka bumi ini, sbg kunci2 kebaikan dan mangga kpd keburukan”. Guna kunci utk buka kebaikan dan manggakan keburukan. Baginda s.a.w mohon doa buruk/kebinasaan utk org2 yg hidup di atas muka bumi ini sbg mangga kebaikan dan kunci keburukan.

 

Usaha agama kita ini, usaha yg kita buat ini, selama ini apa yg sudah dibuat, semuanya Allah s.w.t yg mengendalikan, apa yg sedang dibuat, Allah s.w.t juga yg mengendalikan dan apa juga yg akan dibuat, itu pun juga Allah s.w.t yg mengendalikan. Semua urusan agama yg tersebar selama ini, Allah s.w.t yg buat, yg sedang tersebar, Allah s.w.t yg buat, yg akan tersebar, akan datang pun, Allah s.w.t yg buat. Perkara ini sgt penting sebab, sekali ada perhimpunan org2 lama di sini, masa itu Hadzratji rah. masih hidup lagi dan dia beri nasihat kpd mereka, “Wahai kawan2, usaha yg kita buat, semua itu semata-mata dgn kurniaan Allah s.w.t, selama ini apa yg sudah dibuat, sudah terjadi, apa yg sedang terjadi, akan terjadi, semua dpd Allah s.w.t, janganlah sesiapa pun fikir usaha ini maju kerana dia, kerana saya punya bayan, kerana saya punya tashkil, kerana saya punya fikir, kerana saya punya gerak-geri, kerana saya punya kehebatan, kerana saya punya ini, kerana saya punya itu, kalau siapa2 anggap macam itu, kerana dia sesuatu terjadi dalam usaha ini, usaha berkembang kerana dia, Hadzratji rah. tamsilkan orang itu seperti mana anjing betina yang berjalan di bawah kereta lembu”.

 

Kereta lembu yang dipenuhi oleh barang, ditarik oleh lembu, semasa kereta itu berjalan, tiba2 datang seekor anjing dan masuk bawah kereta lembu itu, dia pun ikut rentak kereta lembu itu jalan, dia anggap semua barang2 itu dia yang bawa. Kalau siapa2 fikir apa2 sumbangan dalam perkembangan usaha ini disebabkan oleh dia, keadaan dia tidak lebih dari anjing betina tadi. Oleh itu, satu perkara yang kita semua kena faham dan masukkan ke dalam hati sanubari kita, iaitu apa juga hidayah yg berkembang, agama yg tersebar selama ini, semuanya Allah yg buat, Allah yg buat, Allah yg buat. Apa yg berlaku sekarang ini, Allah yang buat, yang berlaku akan dtg, apa-apa juga perkembangan agama, Allah yang buat. Bertuah dan bernasib baiklah orang yang Allah s.w.t jadikan asbab, Allah s.w.t turunkan bantuan ke atas dia, dan gunakan dia utk mengembangkan agama Allah, tidak kira lelaki atau wanita, bernasib baiklah org itu.

 

Apa usaha yg sdg berjln, kerja yg sudah ada, apa juga yg ada, semua itu dpd Allah s.w.t. Sesiapa yg digunakan utk usaha agama, sesiapa shj yg digunakan utk berapa sedikit atau berapa banyak pun, bertuahlah org itu, bernasib baiklah org itu, utk itu kita kena banyak bersyukur kpd Allah s.w.t. Maulana Yusuf rah. pernah berkata, “Usaha ini, kalau org dpt buat usaha ini paling sedikit, sebenarnya nilainya begitu banyak dan sesiapa yg dpt buat banyak pun anggaplah ia masih sedikit”. Buat banyak ttpi masih sedikit kerana ada banyak lagi yg belum dibuat ttpi dari segi nilai, buat sedikit pun ia dianggap banyak. Oleh itu, sesiapa shj diantara kita ini, walaupun kita dpt digunakan dgn apa cara, apa corak, dlm apa2 aspek usaha agama ini, apa2 juga yg kita dpt buat, utk itu, kita harus bersyukur kpd Allah s.w.t dan perkara2 yg perlu kita buat, perkara2 yg patut kita buat utk tingkatkan usaha kita, utk itu kita harus berfikir. Maksud berfikir, bukan duduk diam termenung shj, bukan itu maksudnya.

 

Fikir maksudnya kita kena fikir usaha yg perlu dibuat lagi, perkara yg kena buat lagi, bagaimana harus kita gunakan diri kita supaya kita dpt buat kerja. Kena fikir bagaimana utk bergerak dan ambil tindakan2 yg perlu utk buat usaha agama Allah s.w.t. Kita perlu syukur dan kita juga perlu fikir utk agama Allah s.w.t. Usaha yg kita buat ini, semirip2 yg kita boleh buat dgn sunnah Baginda s.a.w dan sebanyak mungkin yg kita boleh buat mengikut apa yg terkandung di dlm kitab suci Allah s.w.t iaitu Al-Quran, maka sebanyak itulah keselamatan kita dan kemajuan kita. Oleh itu, ramai org minta Maulana Yusuf rah. tuliskan satu kitab usul. Beliau kata, “Kalau saya tulis kitab usul, yg akan baca kitab itu hanyalah org2 yg menjadi pengikut saya atau org2 yg terlibat dlm usaha ini, org2 yg ada kepercayaan terhadap saya, mereka sahaja yg akan baca, yg lain tidak akan baca, walhal usaha ini adalah usaha yg dtg dpd kehidupan sahabat, kerana Allah s.w.t telah jadikan sahabat2 sbg contoh dan teladan utk umat, utk semua kemanusiaan, dijadikan contoh dan teladan, dan apa yg Allah tekankan dlm kitab suci menjadi satu undang2 utk mereka. Oleh itu, saya tulis hayatus sahabah”. Maulana Ahmat Lat kata, “Sedaya upaya saya, setakat mungkin dgn masa yg ada, akan terangkan pada tuan2 kisah hayatus sahabah”.

 

Hayatus sahabah ialah kehidupan suci murni atau kehidupan org2 yg Allah s.w.t jadikan contoh dan teladan utk kita. Segala usul dan adab akan dtg dpd kehidupan mereka, tidak perlu lagi apa2 usul dan adab dari aspek2 lain. Dpd hayatus sahabah, kehidupan para sahabat itulah akan dtg adab dan usul. Sesiapa yg dpt ikut cara mereka, sebanyak itulah keselamatan dia dan sesiapa yg tidak ikut cara itu, tiada apa2 kepastian/jaminan samada dia akan buat benda yg betul atau tidak. Hayatus sahabah dihimpun dan ditulis dlm 3 jilid. Ketiga-tiga jilid adalah satu keajaiban, kerana sehingga skrg belum ada dlm sejarah percetakan satu kisah dgn cara itu ditulis. Pembukaan kitab itu, ayat pendek yg ditulis oleh Maulana Yusuf rah. mahfumnya ialah, “Ini ialah riwayat kisah org2 yg sudah membenarkan diri mereka dan janji2 mereka dgn Allah s.w.t. Mereka syahid utk Allah atau mereka sedang mencari-cari kesyahidan utk Allah s.w.t”.
Tuan2 yg mulia. Pembukaan kitab dgn ayat tadi dan kesudahan kitab pula ditulis dgn kisah2 ttg bantuan2 Allah s.w.t kpd para sahabat.

 

Antara ayat pertama dan kisah bantuan dari Allah, dlm 3 jilid, dipaparkan kisah2 kehidupan sahabat dan maksud dpd kehidupan itu hanya satu iaitu org2 dpt melihat dan usahakan sehingga mereka benar2 dpt bantuan ghaib Allah s.w.t. Mereka usahakan atas diri mereka dan jadikan sahabat sbg contoh dan teladan sehingga Allah s.w.t akan turunkan kpd mereka bantuan2 ghaib Allah s.w.t dan org2 bukan Islam, bila mereka lihat bantuan2 ghaib Allah s.w.t diturunkan kpd org2 Islam, maka dgn sendirinya mrk lihat kehidupan suci murni org2 Islam, mrk akan teringin masuk Islam, mmg kehidupan ini kehidupan yg paling baik sekali. Bila mrk lihat bantuan ghaib Allah s.w.t, dgn sendirinya mrk akan dtg kpd org Islam dan mahu terima agama Islam kerana mrk juga mahu bantuan ghaib utk mrk juga.

 

Dlm kisah terakhir hayatus sahabah, kisah Hercules yg gagah perkasa, kerajaan yg besar, tentera yg beratus ribu, akhirnya bertempur dgn tentera Islam dan telah hancur lebur tentera Hercules. Bila laporan sampai kepadanya bahawa tenteranya telah kalah, dia hairan dan panggil pegawai2 atasan tentera. Mereka datang dan dia mula tanya pada mereka. Dia mula dgn jawatan kecil, mula dari bawah hingga ke atas. Dia tanya, “Mengapa kita kalah? Apa yg kamu lihat dikalangan mereka”. Bilangan mereka sedikit – ya! Bilangan kita ramai – ya! Senjata kita banyak – ya! Senjata mereka kurang – ya! Mcm mana kita boleh kalah? Org pertama jawab, bila mereka hendak melaksanakan apa yg terkandung dlm syariat mereka, mereka amalkan perintah2 itu dgn penuh kesungguhan, mrk ambil berat utk melaksanakan amalan2 itu dgn sebaik mungkin, solat dan amalan2 yg lain.

 

Org kedua kata, apa yg org pertama cakap tadi semuanya betul, saya pernah lihat satu perkara lagi, iaitu sbgmana mrk jaga, ambil berat amalkan kehendak2 agama mereka dgn begitu baik, dgn begitu sempurna, begitu juga mrk ambil berat dan jaga2 diri mrk dpd perkara2 yg dilarang dlm agama mereka. Kalau mereka ambil berat utk bersungguh2 dlm solat, begitu juga mrk ambil berat dan bersungguh2 tidak akan cakap bohong. Kalau mrk ambil berat dan bersungguh2 dlm puasa mereka, paling sempurna, paling baik, begitu juga mereka ambil berat supaya mereka tidak mengumpat sesiapa dsbnya. Pendek kata, mereka ambil berat dlm suruhan2 Allah s.w.t dan bersama dgn itu, mereka ambil berat yg sama, kesungguhan yg sama, dlm meninggalkan larangan2 Allah s.w.t. Selepas itu, Hercules panggil org yg ketiga, ketua angkatan perang dan tanya apa pendapat kamu? Kedua-dua org pertama dan kedua tadi betul. Kenapa kita kalah? Kita sudah ada semua persiapan.

 

Pada pendapat saya mereka menang dgn bantuan Allah s.w.t, bantuan ghaib kpd mrk. 2 perkara tadi yg menyebabkan mrk dpt bantuan Allah s.w.t di mana mrk bersungguh2 dlm menjalankan suruhan2 agama dan mrk begitu berhati2, berjaga2 dlm larangan2 agama mrk. Sebab itulah mrk menang. Bersama2 itu ada satu sifat lagi di mana bila bertempur, tentera org2 Islam ini, setiap dpd mrk mahu maju ke hadapan. Dia mahu dahulukan diri dia dpd kawan dia manakala tentera kita pula tolak kawan ke hadapan. Mereka tolak kawan ke belakang dan diri sendiri pergi ke depan, itulah sbb kita kalah. Slps mendengar semua cerita itu, Hercules kata, jika apa yg semua kamu kata ini betul, amalkan segala perintah dan suruhan Allah s.w.t dan tinggalkan segala apa yg dilarang dan bersungguh2 hendak beri nyawa dlm apa yg hendak di buat, jadi dlm dunia ini tidak akan ada mana2 kekuatan yg boleh menahan kemaraan mrk.

 

Mungkin tuan2 pernah dengar, kalau terbaca nasihat yg tertulis atas dinding pun, ambillah nasihat itu, ia akan memberi menafaat kpd kamu. Siapa yg bagi nasihat ini kpd kita? Musuh Islam. 3 perkara ini dicakap oleh musuh Islam, laporan ini diberi oleh musuh Islam kpd musuh Islam. Dlm keadaan begini pun, apa yg mrk cakap, kita dpt satu nasihat yg begitu besar di mana mmg sebenarnya itulah perkara yg asal sekali utk dapatkan kejayaan. 3 perkara : Pertama, Buat apa yg disuruh oleh Allah s.w.t. Kedua, tinggalkan apa yg dilarang oleh Allah s.w.t. Ketiga, Apa juga takazah yg dtg, masa itu, depankan diri, jgn cuai, jgn malas. Takazah mungkin pada masa itu takazah zikir, infradi amal, baca Quran dsbnya, boleh jadi takazah usaha tempatan, boleh jadi takazah keluar dijalan Allah s.w.t, apa juga takazah agama yg dtg pada masa itu, disitu kita depankan diri kita, kita bersungguh2, jgn kita malas, ini pasti dan pasti kejayaan akan diberi oleh Allah s.w.t.

 

Bila kita buat 3 perkara ini, bantuan ghaib yg dtg daripada Allah s.w.t, begitu rupa sehingga musuh2 Islam pun akan nampak bantuan itu. Dalam hati tuan2 ada atau tidak keinginan supaya tuan2 dpt lihat bantuan ini? Kisah ini adalah kesudahan dpd hayatus sahabah. Semua cerita ada kesudahannya tetapi hendak cari kesudahan, perlu ada permulaannya. Maksud daripada kesudahan ialah tempat kita kena tuju dan tahap yang kita kena capai. Kita tidak inginkan apa-apa dalam dunia ini, kita tidak mahu negara, kita tidak mahu kerajaan, kita tidak mahu harta, kita tidak mahu jawatan dsbnya, kita tidak mahu apa-apa pun, itu semua bukan maksud dan hajat kita. Maksud dan hajat kita hanya satu sahaja iaitu bagaimana kita dapat usaha supaya bantuan Allah s.w.t turun atas muka bumi ini, supaya mangga kejahilan, mangga kesesatan dapat dibuka oleh kunci2 hidayat atas setiap jiwa yang belum diberi hidayat oleh Allah s.w.t. Itulah keinginan kita yg sepatutnya. Allah s.w.t ambil kerja dpd org2 di mana hati mereka, mrk kosongkan dpd setiap jenis keinginan.

 

Tidak ada apa2 keinginan, tidak ada apa-apa kemahuan, tidak ada apa2 benda yg diidam2kan, apa pun tidak ada dlm hatinya, dlm hatinya hanya ada satu perkara shj iaitu bagaimana Allah s.w.t dpt masukkan hidayat dlm setiap hati manusia di atas muka bumi ini. Apa yg diceritakan tadi ialah kesudahan iaitu bantuan Allah s.w.t, keinginan yg kita hendak capai supaya setiap org dpt hidayat, itu adalah kesudahan, kesudahan dlm kisah hayatus sahabah. Sebelum itu ada 3 jilid yg penuh dgn kisah2 bagaimana hendak capai perkara tersebut. Kata maulana, saya tamsilkan 3 jilid itu spt mana satu lautan yg mempunyai ombak yg besar. Tuan2 tinggal di satu negara yg dikelilingi oleh lautan, oleh itu tuan2 lebih mudah hendak faham. Tiga jilid ini, adalah satu lautan dgn ombak yg begitu hebat. Sesiapa yg hendak turun ke dlm ombak itu, dia kena sediakan diri dia terlebih dahulu. Kenapa?

 

Pakaian malam lain, pakaian siang lain, pakaian kerja lain, pakaian utk berenang pun lain. Utk berenang dlm lautan kena pakai pakaian yg special. Ayat yg Maulana Yusuf rah. tulis pada permulaan kitab, yg maulana baca tadi itu, ayat itu sebenarnya adalah pakaian, pakaian utk org yg hendak masuk ke dlm lautan ini, dan dia hendak berenang dan berenang dan berenang sehingga dtg bantuan dari Allah s.w.t. Mereka punya keinginan satu sahaja. Apa keinginan mereka? Keinginan mereka ialah, pertama, hendak syahid, dan kedua, menunggu hendak syahid. Hidup kita dpd skrg ini, tidak harus ada apa2 idaman lagi, tidak harus ada apa2 keinginan, tidak harus ada apa2 keseronokan lagi, semua tidak perlu ada, keinginan kita cuma satu sahaja iaitu bagaimana setiap org di atas muka bumi ini, dpt hidayat dari Allah s.w.t dan bagaimana saya usaha, saya usaha, saya usaha, sehingga saya dpt rasa dan mati syahid di jalan Allah s.w.t. Oleh itu, semua pakaian yg tuan2 pakai skrg perlu ditanggalkan dahulu.

 

Apa pakaian kita? Saya seorg doktor, saya seorg lawyer, saya seorg peniaga, saya org Kuala Lumpur, saya org Johor Bahru, saya org Malaysia, dsbnya, ini semua pakaian2 kita. Semua pakaian2 ini kena ditanggalkan dahulu. Saya sbg suami, saya bapa kpd anak, saya pemilik kedai, ini semua kena ditinggalkan. Buang semua pakaian dan lepas itu kena pakai pakaian special, satu bawah, satu atas  iaitu saya ialah hamba Allah dan umat Baginda s.a.w. Sbg hamba kpd Allah s.w.t, saya akan melaksanakan segala perintah2 Allah s.w.t, cara yg dikehendaki oleh Allah s.w.t, cara Baginda Muhammad s.a.w dan kerana saya adalah umat kpd Baginda s.a.w, sbg umat, saya akan jadikan kerisauan Baginda sbg kerisauan saya, fikir Baginda sbg fikir saya, rintihan Baginda sbg rintihan saya, segala keinginan dan kehendak Baginda sbg keinginan dan kehendak saya, dengan niat dan semangat inilah baru kita boleh mula buat kerja.

 

Dlm jilid yg pertama, kisah2nya adalah berkenaan mujahadah, bagaimana bila sahabat mula buat usaha, mereka didtgi kesusahan, ketiadaan makanan dan minuman, ketiadaan pakaian, ketiadaan serba-serbi, macam2 kesusahan, macam2 penderitaan, semuanya datang kepada para sahabat bila mereka mula buat usaha agama Allah s.w.t. Inilah permulaan dlm kerja. Sahabat kata, kebaikan demi kebaikan, atau dlm kebaikan ada kebaikan yang lebih baik, kebaikan yang macam itu pun kami dapat dalam keadaan di mana semua keadaan bertentangan dgn diri, bertentangan dgn nafsu, dlm itulah kami dapat kebaikan yg paling banyak sekali.

 

Dlm jilid pertama, semua adalah kisah2 dakwah. Dlm proses kisah2 dakwah, kesukaran dan masalah dihadapi oleh sahabat2. Bagaimana kesukaran yg datang kepada Bilal r.a, kepada Khabab r.a, kepada keluarga Ammar b. Yasir r.a, kpd Abu Bakar siddiq r.a, dan sahabat2 yg lain, bermacam2 kesusahan, penderitaan datang. Adakah mereka ini orang2 yang tidak baik, adakah mereka rampas harta org, adakah mereka rampas tanah orang, adakah mereka telah buat sesuatu kepada orang dan dibalas dendam, tidak! Satu keburukan pun mereka tidak buat, mereka hanya buat satu amalan iaitu mereka dakwah manusia kepada agama Allah s.w.t. Itu sahaja yg mereka buat.

 

Bila penderitaan dan kesusahan yg dihadapi oleh para sahabat sampai ke satu kemuncak, di mana sukar hendak tahan lagi, sehingga mereka minta bantuan dari baginda s.a.w dan apa yang diberitahu kepada mereka iaitu, bersabarlah dan Baginda s.a.w beritahu kehidupan dalam dunia ini singkat sahaja. Allah s.w.t akan beri kelapangan dan keluasan di akhirat. Bila sahaja dtg penderitaan, maka Baginda s.a.w akan sentiasa beritahu pada mereka kelapangan dan keluasan akhirat. Begitu juga, maulana baca syair, beberapa rangkap, maksudnya lebih kurang, bila sahaja kamu didatangi dengan penderitaan dan kesusahan, kamu bayangkanlah surah alamnasrah, di mana setiap kesempitan ada keluasan. Antara 2 kesempitan akan ada keluasan. Macam mana susah payah dlm dunia ini pun, sekiranya kita berada atas agama Alah s.w.t, atas usaha agama Allah s.w.t, pasti dan pasti kepuasan dan kelapangan hidup utk selama2nya yg akan diberi kpd kita di akhirat esok.

 

Sahabat2 pun manusia juga. Dlm penderitaan mereka, keseronokan dan kelazatan yg mereka rasai tidak dpt dirasa oleh org lain di tempat yg paling baik sekali, sepertimana dlm tangisan mereka di waktu malam, penderitaan yang mereka rasa dan dalam penderitaan itu ada keseronokan yang tidak dapat dirasai oleh orang yg minum arak pada masa itu. Dlm tangisan mrk pada Allah s.w.t, keseronokan dan tangisan yang mereka rasa tidak dapat tidak rasai oleh mrk yg makan sajian2 istana, walau bagaimanapun sahabat2 adalah manusia juga. Setiap perkara ada kesudahan. Sabar dlm menanggung penderitaan dan kesusahan pun ada satu tahap, dimana lebih daripada tahap itu, mereka pun tidak boleh terima. Bila mereka tidak boleh terima lebih daripada itu, Allah s.w.t pun tidak akan memberi lebih dpd itu dan pada masa itulah akan sampai, waktu2 dimana bantuan ghaib Allah s.w.t akan dtg.

 

Ttg perkara itu, Maulana Yusuf rah. pernah menulis iaitu ayat yang Maulana baca tadi, ambiya a.s pun, dimana kesabaran dan ketabahan mereka berada diperingkat yg paling tinggi bila dibandingkan dgn manusia2 lain, mereka juga ada satu tahap dimana lebih daripada itu mereka pun tidak boleh terima, tidak boleh buat apa-apa, tidak ada apa2 perkara yang boleh bantu lagi dan bila tidak ada apa-apa kebendaan yang boleh bantu hamba2 Allah lagi khususnya ambiya a.s, masa itulah Allah s.w.t akan buka pintu ghaib pada mereka dan perkara yg sama jadi pada sahabat2 iaitu bila sabar mereka sudah tidak boleh buat apa-apa, tidak ada kebendaan yang boleh bantu mereka, masa itu Allah s.w.t buka pintu ghaib pada mereka dan bantuan yang datang pada mereka begitu hebat dan begitu dahsyat.  Bila-bila masa pun, Allah s.w.t telah jadikan beberapa orang sebagai asbab untuk sebarkan hidayat, yang tuan-tuan lihat sekarang ini, ramai orang yang ada, di seluruh dunia kerja sedang berjalan, bukan semua orang datang serentak, sama seperti ambiya a.s, mana-mana waktu pun biasanya nabi akan diutus seorang sahaja pada satu masa, dia akan buat usaha seorang diri, selepas itu beberapa orang akan jadi pengikutnya dan selepas itu akan mula bertambah.

 

Begitu juga dgn kedtgan baginda s.a.w, kehidupan di kota Mekah, begitu lama, beberapa tahun, yg datang jadi kawan kepada baginda, terima agama, sedikit sahaja, dalam keadaan sembunyi, dsbnya. Selepas 13 tahun, berhijrah ke Madinah, di situ bilangan bertambah, lelaki dan wanita sehingga menjadi satu golongan yg besar. Begitu juga di mana2 waktu, di mana2 tempat, akan ada cara itu ttpi bila mula-mula usaha dibuat, ada beberapa org akan dtg dan mereka akan beri pengorbanan dengan ikhlas dan orang yang beri pengorbanan dengan ikhlas, maka Allah s.w.t akan jadikan mereka sebagai tunjang, sebagai asas dan gunakan mereka untuk sebarkan hidayah ke tempat2 lain. Begitu juga, di mana-mana zaman, di mana sahaja bila ada beberapa org yg buat usaha dgn ikhlas dan semangat serta niat mereka, tidak mahu apa-apa, tidak ada apa-apa keinginan, tidak ada apa-apa jasbah dlm diri mereka selain hidayah Allah s.w.t. Bila mereka buat usaha, Allah s.w.t jadikan mereka sbg asbab utk sebarkan hidayah ke tempat lain.

 

Bila usaha dibuat di satu tempat, org mula bertambah sedikit demi sedikit, ramai org sudah mula buat kerja dan yang datang buat kerja, datang dengan bermacam2 kemampuan, kebolehan, istiqdat mereka berbeza2, sehingga baginda s.a.w bersabda, setiap manusia spt satu lombong, lombong emas, lombong perak, lombong berlian. Istiqdat dan kemampuan semua org adalah bernilai, nilai berbeza2, bermcm2 kemampuan dan kebolehan, macam itulah manusia, bila org2 spt ini ramai telah berkumpul dan buat usaha, maka mrk akan didatangi ujian2. Apa ujian pertama? Ujian pertama ialah siapa hendak jadi ketua. Antara ramai2 ini siapa punya cakap akan diikuti. Inilah ujian pertama. Bila2 pun dan di mana2 pun, bila ramai telah berkumpul dan berhimpun maka ujian pertama ini dtg.

 

Allah s.w.t tunjukkan jln macamana hendak lulus ujian ini. “waman ahsanuqaulam mimman daa illallah…..” , Hadzratji rah. kata dalam ayat ini Allah s.w.t beritahu 3 perkara. Pertama, satu orang sebagai umat baginda s.a.w, dia kena fikir alami, fikir seluruh dunia macamana usaha boleh dibuat di seluruh dunia. Selepas fikir itu jangan lupa diri sendiri. Diri sendiri lalai, muamalat tidak betul, muasyarat tidak betul, jual-beli tidak betul, akhlak tidak betul, pergaulan tidak betul, Quran tidak jaga, zikir tidak jaga, amalan infradi tidak jaga, diri sendiri lalai, cuma fikir seluruh alam, bentuk jemaah, orang ini adalah orang yg cacat dlm usaha dakwah. Satu orang lain pula, begitu jaga tentang dirinya, jaga solat jemaah, jaga amal infradi, zikir, Quran, akhlak, muasyarat, muamalat, semua jaga tetapi langsung tidak ada fikir apa sedang jadi di dunia, apa takazah di tempat lain, orang macam inipun adalah adalah orang yang cacat, dakwah yang cacat. Kalau ada orang buat kedua-dua dengan sempurna, dalam fikir sempurna, dalam usaha sempurna, bentuk jemaah, buat semua kerja, hantar jemaah dsbnya, selepas itu dpt jaga pula diri dia, muasyarat, muamalat, akhlak, Quran, zikir, solat, semua dapat dijaga. Apa yang akan selamatkan dia, dia berkata, “Saya seorg Islam yg biasa sahaja”.

 

Perkara yg ketiga, saya seorg Islam yg biasa, saya tidak layak dijadikan syura, saya tidak layak bagi pandangan, saya tidak layak utk diutuskan ke mana2, saya tidak layak diminta syor, dsbnya, saya spt org biasa sahaja, saya terus akan buat kerja saya, sptimana yg saya buat, dan tidak perlu saya jadi syura, tidak perlu saya jadi ahli mesyuarat, tidak perlu saya dimuliakan, tidak perlu saya dihormati, tidak perlu saya diberi jawatan, tidak perlu saya diberi penghargaan, sifat itu kita kena usahakan, barulah kita akan selamat, barulah dakwah kita akan jadi dakwah yg sempurna. Bila org ramai kumpul, bila ujian pertama dtg, biasanya apa akan jadi? Hadzratji rah. beritahu ujian pertama, ialah kebanggaan diri “I’m somebody”. Ramai org buat kerja, ttpi org ini telah buat keputusan ttg kedudukan dia sendiri, ttg kemampuan dan kebolehan dia. Andaian dia ialah bayan dia bagus, bayan dia berkesan, kerja dia bagus, pengorbanan dia hebat, oleh kerana itu, org punya tingkah laku dgn saya patutlah mereka jaga saya punya harga, saya punya kedudukan, mereka harus jaga. Bila mereka hendak berhubung dgn saya, hendak bercakap dgn saya, bila apa2 kerja hendak dibuat, mereka haruslah pentingkan saya, minta pandangan saya. Dia telah buat keputusan tentang kedudukan diri dia, orang lain tidak tahu tentang keputusan itu, mereka ingat kita sama-sama buat usaha maka semua orang biasa sahaja dgn dia, mereka pun bagi pandangan, kebetulan pandangan itu bertentangan dengan pandangan dia dan kadang2 dia cakap sesuatu, perkara itu tidak diterima dan dia jadi geram, dia geram dengan semua orang lebih-lebih lagi orang buat keputusan tidak ikut pandangan dia.

 

Dia akan kata orang ini musuh saya, apa saya cakap semua tidak mahu terima, syor saya tidak diterima. Lama-kelamaan semua nampak musuh kerana org tidak muliakan dia seperti mana dia selayaknya dimuliakan. Dia telah buat keputusan tentang kedudukan diri dia sendiri yang mana orang lain tidak tahu tentang keputusan itu.  Bila manusia ada sifat ini, siapa yang paling seronok? Syaitan meloncat2 dgn keseronokan sepertimana tuan2 masak nasi, nasi meloncat2 semasa mendidih atau semasa rebus telur atau ubi kentang, begitulah juga syaitan meloncat2 keseronokan. Sebenarnya keadaan ini sama seperti satu orang yang keluar dpd rumah dia, dia ambil masa yg lama utk hias diri, pakai seluar, pakai baju, tengok matching atau tidak, tukar lagi, cream rambut, bedak, spray sana, spray sini, banyak masa sudah diambil untuk menghias diri, bawa briefcase, jalan dengan satu gaya/stail, I’m somebody, masuk pejabat, dia andaian diri dia somebody dikalangan orang ramai tetapi org ramai pula tidak tahu dia somebody dan buat tidak kisah dgn dia, itulah keadaan dlm usaha kita bila jadi somebody. Semoga Allah s.w.t selamatkan kita semua dgn penyakit somebody ini. Bila penyakit ini datang, ia akan bawa penyakit hati, bila datang penyakit hati, semua sifat2 terkutuk, terburuk akan masuk dlm hati, iri hati, hasad, dengki, ini semua anak2 kecil.

 

Selepas itu dtg pula mengumpat, ghibah, fitnah, sangka buruk, cerita sini, cerita sana kelemahan dan keburukan orang, ini semua penyakit2 pada sifat utama tadi. Ulamak beritahu, dosa hati lebih besar dari dosa badan. Bila satu manusia cakap bohong, orang lain akan tegur, kenapa cakap bohong, dia pun sedar dan istighfar. Kalau dia istighfar dan taubat dengan betul maka Allah s.w.t ampunkan dosa dia. Dia buat apa-apa benda yang buruk dengan tangan dia dsbnya, orang akan tegur dan dia boleh beristighfar dan bertaubat kerana dia tahu ini benda yang tidak betul. Dosa hati, perasaan, sangka buruk, hasad, iri hati, dengki terhadap orang, mengumpat dan ceria buruk orang, dia tidak anggap itu dosa. Dia tidak anggap benda yang dia buat itu tidak betul, malah dia bangga lagi, dia bagus dan orang lain teruk. Dia tidak tahu benda itu dosa, dia tidak sedar benda itu dosa, dia tidak anggap perkara itu dosa dan dia tidak dapat kesempatan untuk beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. Bila sifat2 ini  datang dalam diri manusia, tidak kira siapa sahaja, sifat2 ini, iri hati, hasad, dengki, fitnah, mengumpat, cerita buruk org, bawa mulut, kalau salah satu dpd sifat buruk ini ada pada manusia, tidak kira apa usaha yg dia buat, maka bukannya bantuan Allah akan dtg tetapi kemurkaan Allah yg akan dtg.

 

Orang sudah buat usaha, dan orang inilah diharapkan supaya mereka akan jadi asbab dan Allah s.w.t akan jadikan mereka sebagai tunjang atau asbab dan atas usaha mereka Allah akan bawa hidayah dan akan sebarkan hidayah tetapi sekarang mereka sudah ada keburukan macam ini, maka bukan bantuan Allah akan datang tetapi sebaliknya kemurkaan Allah yang akan datang. Maulana beri satu tamsil, si buta mengisar dan anjing betina lesapkan. Apa maksudnya? Maksudnya ialah seorang tua buta, dia diberi beras atau gandum untuk dikisar untuk buat roti, sedang dia mengisar, dia buta, dia tidak nampak, kisaran jatuh ke bawah dan anjing betina datang dan makan/lesapkan. Anak orang tua buta itu tanya, “Mak sudah kisar?” Jawab mak, “sudah”. Tanya anak, “di mana?” Jawab mak, “ada di sini”, sebenarnya semua tidak ada, apa pun tidak ada. Begitu juga sifat2 buruk ini, andaian dia, dia sedang maju dalam usaha, tetapi akibatnya jadi macam kes kisar tadi, dimana bukan dia yang maju, kerana perasaan iri hati dan dengki, semua amalan yang dia buat, semua tidak diterima oleh Allah s.w.t. Kerana keburukan itu Allah s.w.t hantar lagi bala dan dosa atas dia. Bagaimana pula orang ini yang sepatutnya dijadikan asbab untuk turunkan bantuan Allah, sekarang ini dia sudah mempunyai dosa, oleh itu macamana hidayah akan tersebar. InsyaAllah tuan2 yang mulia, bila tuan2 datang sini tahun depan, saya akan bagitahu cara bagaimana hendak selamatkan diri daripada ujian pertama tadi. O.K atau hendak sambung? Maulana kata, “apa tuan2 hendak bagi saya? Sekarang baju berenang sudah pakai atau belum?”

 

Baginda s.a.w, beliau telah ajar segala2nya kepada kita. Beliau ajar satu doa, “Ya Allah, biarlah aku ini dipandang rendah dlm pandangan saya sendiri, dan biarlah pada pandangan org lain, saya dipandang mulia”. Cari masa lapang, latih diri iaitu saya ada kelemahan2 dan kawan2 lebih baik dari saya. Setiap masa, pandang kawan2 dan cari kebaikan mrk, setiap org mesti ada kebaikan, cari kelemahan sendiri, kita mesti ada kelemahan. Ini adalah satu cara paling mujarab utk keluarkan kita dpd ujian pertama tadi. Perkara tersebut, baginda s.a.w amal sendiri, bukan hanya mengajar. Baginda buat sendiri utk diri baginda supaya kita dpt diajar. Doa, baginda selalu baca doa itu. Satu bab dlm hadith, ttg kemuliaan/keunggulan sahabat, keunggulan2 sahabat, kebanyakkannya diceritakan oleh baginda s.a.w sendiri. Abu Bakar, begitu punya kemuliaan dan kebaikan dia. Usman, dia telah buat satu perkara, mcm ini punya kebaikan, slps ini bila kita sebut mana2 dosa pun, Allah s.w.t tidak akan hukum dia. Umar, dia punya kebolehan, dia punya kemampuan, kalau pintu nabuwah masih terbuka, dia akan jadi nabi selepas aku. Sahabat2 yg lain juga, penuh kitab hadith dgn kebaikan dan kemuliaan sifat2 yg baik yg disebut oleh baginda s.a.w kpd org lain. Kenapa? Kerana baginda s.a.w nak ajar kita, hendak ajar kita bagaimana kita hendak hidup sama2 dgn sahabat2 dan kawan2 kita. Kalau kita buat demikian, apa akan terjadi?

 

Pertama, Allah s.w.t akan wujudkan dlm diri kita, sifat tawadduq, sifat rendah diri. Kedua, ceritakan kebaikan org, langsung tidak cerita keburukan org, dgn sendirinya perasaan kasih sayang, cinta akan wujud dikalangan kita. Kedua2 perkara ini akan dapat dihasilkan melalui cara yg diajar oleh baginda s.a.w. Banyak perkara yang hendak dicakap, tetapi masa tidak ada. Di mana tempat tuan2 buat usaha, supaya tuan2 dapat jaga penyatuan hati, ijtimaiyat, kesatuan. Kesatuan sgt penting, sebagai contoh, tuan2 tahu penyapu? Penyapu dibuat dpd apa? Lidi. Apa kekuatan lidi? Tiada kekuatan. Satu lidi, hendak sapu apa2 pun kemungkinan besar lidi itu sendiri akan patah, tidak dapat bersihkan apa2. Ttpi bila lidi2 ini dpt disatukan, jadi penyapu, maka kita boleh sapu apa2 sahaja. Begitu juga sekiranya tuan2 buat usaha dgn ijtimaiyat dan perkara ini amat penting sbb tidak ada sesiapa antara kita di sini atau di mana2 yg boleh kata saya sudah menyempurna kan hak usaha dakwah. Ertinya saya punya kemampuan dan kebolehan begitu punya hebat, saya sudah menunaikan hak usaha dakwah, tidak ada siapa antara kita boleh kata begitu, maksudnya kita semua kamzur, kita semua lemah, lemah kita macam lidi ttpi kalau kita bersatu, kita akan jadi penyapu.

 

Bila jadi penyapu, segala keburukan2 dlm masyarakat yg dtg dlm muamalat, dlm muasyarat, dlm akhlak, dlm ibadat, apa2 keburukan yg ada, semua akan dpt disapu bersih oleh usaha org2 yg buat dgn satu hati. Contoh, negara tuan2, usaha ada di seluruh negara, universiti, kolej, di rumah2, semua ada, tuan2 sendiri boleh lihat, natijah yg Allah s.w.t bawa kpd kita. Di tmpt di mana anak2 perempuan kita pergi belajar, mrk belajar sebenarnya bawa kebanggaan dlm kebogelan, pergi ke universiti dan keluar dari universiti dgn tutup aurat. Pergi tidak tutup aurat, keluar universiti tutup aurat. Inilah kebersihan muasyarat, bnykkanlah perkara2 yg lain. Perkara2 ini amat penting, mcmana pun, mmg kita semua lemah, hendak cerita org punya keburukan memang ada, krn kita semua lemah, bila buat kerja dgn satu hati, dgn kasih sayang, Allah s.w.t akan gunakan kita, lidi2 yg lemah ini, utk bersihkan muasyarat kita, bersihkan negara2 dpd segala jenis keburukan. Akhir sekali, hadith Rasulullah s.a.w, “kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu jadi mukmin, kamu tidak akan jadi mukmin selagi kamu tidak berkasih sayang antara satu sama lain”. Kalau hendak masuk syurga, kena jadi mukmin, hendak jadi mukmin, kena sayang menyayangi. Sifat sayang menyayangi ini ialah sebenarnya pintu masuk ke syurga, jln masuk ke syurga, dan perasaan hasad dengki, benci, tidak suka satu sama lain, ialah amalan itu, dgn sendiri kita tutup jln ke syurga. Semoga Allah selamatkan saya dan tuan2.

 

Buat situs web atau blog gratis di WordPress.com.