Buyaathaillah's Blog

Keutamaan Surga

BAYAN SYURGA

1. Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

2. Kenikmatan2 syurga tak pernah didengar oleh mana2 telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.

4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.

5. “Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut.” (Hadis Qudsi)

~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

6. Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore takleh ukur keluasan syurga.

7. Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

8. Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua laki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

9. Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, takyah dok ligan dan jeles sangat dengan orang kafir.

10. Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya.

11. Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

12. Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

13. “Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia.” (Hadis)

14. Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

15. Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.

16. Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.

17. Pintu neraka terbuka siap-siap tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi ‘jammed.’

18. Lalu ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu spesial; Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.

Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

19. Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

20. Malaikat akan umumkan, “Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun”

Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.

Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami.bSetiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

21. Antara nikmat dalam syurga dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.

22. Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan.

23. Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:

“Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?”

“Tiada apa-apa ya Allah.”

“Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu.”

Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.

Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.

Iklan

Blog di WordPress.com.

%d blogger menyukai ini: