Buyaathaillah's Blog

Januari 14, 2020

Bayan Masyeikh : Maulana Ibrahim Dawla

Filed under: Tidak Dikategorikan — Buya Athaillah @ 4:37 am

BAYAN MAULANA IBRAHIM

(mesyuarat malaysia – Nizamuddin – 06/09/97). Maulana menyatakan bahawa utk kejayaan manusia, Allah s.w.t telah menurunkan agama yg sempurna. Utk mengamalkan agama, usaha atas agama perlu dibuat dan usaha itu perlu dibuat dgn pengorbanan. Utk manusia mengamalkan agama dikatakan berat. Inilah menunjukkan bahawa perkara ini adalah hak. Apb manusia menunaikan tggjwb agama dgn susah payah maka Allah s.w.t akan menurunkan bantuan. Di samping itu ia akan membuka pintu2 hidayatNya dan kebolehan bagi manusia mengamalkan agama. Seseorg itu boleh mengamalkan agama dan membuat usaha agama bukan di atas kebolehannya ttpi semata2 hidayat taufiq dari Allah s.w.t. Hidayat Allah tersebar apb adanya kerja agama dilaksanakan secara ummumiyat, dgn ini org awam akan faham kepentingan amal agama. Seseorg da’i/karkun dlm membuat usaha agama memerlukan beberapa sifat:

 

  1. Agama yang sempurna perlu diamalkan terlebih dahulu dalam diri seseorang da’i.

 

  1. Persekitaran hidup seseorg da’i perlu dibangunkan dgn amal agama. Mahul (suasana) agama perlu diwujudkan dlm kehidupan keluarga (rumah), tempat kerja dan marhallah.

 

  1. Seorang da’i juga perlu meletakkan tanggungjawab seluruh alam dalam membuat usaha agama.

 

Para sahabat apb dpt agama dari Rasulullah telah balik kpd kabilah2 mrk dan telah membuat usaha bersungguh2 sehingga semua kabilahnya memeluk Islam. Seorg sahabat telah berjumpa dgn Rasulullah s.a.w dan meminta nasihat kpd Rasulullah bagaimana hendak membuat usaha di kalangan kabilah. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan cara membuat kerja kpd sahabat itu dan beliau telah balik membuat usaha di kalangan kabilahnya tanpa menokok tambah apa yg diperolehi dari Rasulullah s.a.w. Sehingga ia telah membuat usaha bersungguh2 dan seluruh kabilahnya memeluk Islam. Saidina Abbas r.a menyata kan tidak pernah ia melihat sahabat yg berjaya membuat usaha sebegitu cepat. Seorg sahabat lagi Abu Umamah r.a telah membuat usaha agama dikalangan kabilahnya, ttpi pada peringkat awal kaum nya tidak menerima beliau, ttpi ia tidak berputus asa sehingga kabilahnya semua memeluk Islam. Kisah ini adalah contoh kpd kita bagaimana sahabat membuat usaha dikalangan kaumnya tanpa putus asa. Satu lagi kisah seorg sahabat iaitu Saidina Tufail Dausi bin Amir menerima Islam dari Rasulullah s.a.w dan membuat usaha dikalangan kaumnya, ttpi semua kaumnya tidak menerima dakwah.

 

Beliau telah merujuk dan balik berjumpa Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah tanya kpd Tufail apa yg perlu dibuat. Tufail menyata an meminta Rasulullah doa kebinasaan kpd kaumnya. Ttpi sebaliknya cadangan itu tidak di terima oleh Nabi dan Nabi telah mendoakan hidayat kpd kaumnya. Seterusnya Nabi meminta Tufil balik ke kabilahnya dan membuat usaha dgn lemah lembut krn ramai dikalangan kaumnya yg mempunyai kualiti yg baik spt Hadzrat Tufail sendiri. Sahabat tadi telah balik ke kabilahnya, sehingga beliau telah membuat usaha di kalangan kaumnya selama 6 tahun. Beliau selama itu tidak berjumpa Rasulullah dan pada tahun ke 7, beliau telah membawa 80 keluarga berjumpa Rasulullah dan menyatakan inilah hasil usaha yg telah dibuat selama itu. Di antara org yg dibawa utk memeluk Islam ialah Hadzrat Abu Hurairah r.a. Pengajaran: Dlm membuat kerja agama jgn sekali2 membuat doa kemusnahan, ttpi perlu sentiasa mendoakan utk hidayat. Usaha agama di marhallah adalah satu takazah besar yg perlu disempurnakan dlm membuat usaha agama. Rasullullah s.a.w memberitahu sahabat jgn membuat usaha agama sbg mana kaum Nabi Isa. Di mana apb mrk diminta pergi kesesuatu tempat, mrk memberi alasan tidak mengetahui bahasa tempat itu. Sehingga dgn kudrat Allah pada esok paginya semua kaumnya mengetahui bahasa di tmpt itu.

 

Pengajaran: Dalam membuat usaha agama perlu sentiasa bertawakkal dan jangan membuat sesuatu alasan.  Sahabat Nabi dalam membuat usaha agama telah meletakan tanggungjawab seluruh dunia, seluruh alam dalam melaksanakan kerjanya. Apabila sahabat mengambil tertib yang dinyatakan di atas maka agama telah hidup dimarhallahnya dan seluruh dunia, seluruh alam. Maulana memberitahu dalam membuat usaha perlu bersikap ummumiyat iaitu membuat usaha di kalangan seluruh golongan, bukan sesuatu kumpulan sahaja. Maulana memberitahu bahawa agama itu nasihah iaitu dalam membuat usaha agama kita perlu mempunyai keinginan untuk kebaikan seluruh manusia. Apabila mereka telah menerima kita, perlu sentiasa menghargai mereka. Maulana memberitahu di zaman Rasulullah s.a.w, dalam Baginda membuat usaha agama, di kalangan mereka memeluk Islam,  tetapi ada yang pura-pura Islam dan sebenarnya mereka musuh kpd Nabi.  Tetapi Rasulullah melayani org itu sama dgn sahabat2nya yg lain.

 

Pengajaran: Dalam membuat usaha agama kita jangan melayani mereka yang menjadi penentang kita sebagai musuh sebaliknya sebagai kawan. Maulana menyatakan dalam membuat usaha agama kita perlu mendengar daripada orang-orang tua kita di Nizamuddin dan cuba menyampaikan dengan hikmah kepada kawan-kawan kita.  Seterusnya dalam menyampaikan usul  jangan berpecah-belah, kerana apabila berlaku perbalahan, Allah akan tahan hidayat. Seterusnya dlm menyampaikan usul jgn berkeras ttpi berlemah-lembut/kelonggaran kpd org lain. Maulana memberitahu kerja agama tidak berjalan dgn kekerasan ttpi berjalan dgn lemah-lembut. Dgn kaedah itu semua org boleh mengamalkan agama. Maulana seterusnya menjelaskan usaha ini adalah usaha ijtima’i iaitu dengan bermesyuarat bersama.  Dgn itu kebolehan2 seseorang itu dapat dicungkil dan mrk boleh membuat usaha agama lebih dpd kita. Maulana seterusnya menyatakan usaha ini banyak cabangnya. Oleh itu kita sentiasa perlu bergerak. Melalui mujahadah itu Allah akan membuka pintu2 hidayat.  Maulana Yusuf rah. menyatakan utk memahami usaha ini, kamu perlu dtg kepada kami dan seterusnya bergerak ke seluruh alam. Dlm membuat usaha ini terdapat susah payah, di mana kadang2 kita diterima dan kadang2 tidak diterima.  Semua ini adalah tarbiyah kpd kita dan akan hilanglah sikap ujub bahawa saya mengetahui segala2nya.

 

Maulana Ibrahim – 07/09/97

 

Allah s.w.t menjadikan manusia sbg Ashraful Makhlukat dan tidak membiarkan begitu sahaja sebaliknya Allah telah lantik manusia sebagai khalifahNya di muka bumi ini. Utk memimpin manusia ke jln kehidupan sebenar, Allah s.w.t telah turunkan agama yg sempurna. Apakah agama dan bagaimana ia dtg dlm kehidupan manusia dan apakah kesannya?

 

Apakah agama: Agama ialah apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Agama bukan beberapa amalan, tetapi kesempurnaan amalan iaitu merangkumi akidah,ibadat, mua’malat, mua’syarat dan akhlak. Bagaimana agama datang dalam kehidupan: Agama akan datang dalam kehidupan apabila manusia membuat usaha ke atasnya. Dlm menjalani kehidupan ini manusia perlu belajar bagaimana hendak mengamalkan agama. Apabila kehidupan manusia ada agama maka semua pihak akan faham tggjwb mereka. Seorang bapa akan faham tggjwb apabila ia ada agama, seorang isteri akan faham tggjwbnya begitu juga seorang anak akan faham tggjwbnya apabila ia amal agama. Kesan amalan dakwah: Dakwah adlh satu amalan yg sgt besar. Melalui dakwah Allah sembunyikan ribu2 hidayat. Amalan dakwah ini akan mendtgkan kesan apb dibuat mengikut tertib yg betul. Dlm membuat kerja ini jgn mewujudkan kemusykilan. Kerja dakwah hendaklah dibuat dgn mudah dan jgn disusahkan.

 

Sahabat2 Nabi s.a.w  adalah golongan yg paling tinggi dalam amal. Keunggulan amal mereka tiada tolok bandingnya. Dlm membuat amalan agama mereka tidak terkesan dengan ehwal persekitarannya. Kesan amalan telah digeruni oleh manusia di seluruh dunia. Sehingga Raja Kerajaan China yg terletak berpuluh ribu batu dari masjid Nabawi terkesan dan amalan sahabat Nabi.  Sahabat2 Nabi dalam membuat amalan agama dilakukan semata2 kerana Allah. Mrk tidak melakukan amalan yg melanggar perintah Allah s.w.t. Mereka beramal ikhlas semata2 kerana Allah. Jika ada golongan yg cuba menghalang sahabat usaha mereka akan gagal. Jika  negara cuba menghalang sahabat, negara itu akan hancur. Beginilah kefahaman yg telah dimasukkan di hati Raja China itu, di mana mereka tidak hendak menyerang sahabat kerana mereka faham jika mereka menentang sahabat pasti mereka gagal.

 

Pengajaran:  Dlm membuat kerja dakwah perlu membuat usaha bersungguh2 utk terus dpt menarik bantuan Allah. Usaha2 yg kita telah buat skrg perlu diteruskan dan mempertingkatkan amal jemaah masjid. 3 amal jika dibuat dlm sesuatu marhallah akan dapat menjauhkan bala yg hendak diturunkan di tempat itu. Sebaliknya dpt hidayat Allah:

 

  1. Ada golongan ziarah-menziarahi dan berkasih sayang semata-mata kerana Allah

 

  1. Terdapat golongan yang berulang-alik ke masjid memakmurkan rumah Allah

 

  1. Terdapat golongan yg bertaubat bangun tengah malam memohon doa keampunan dirinya, keluarganya dan seluruh ummat seluruh alam.

 

Dlm membuat amal jemaah masjid, perlu buat dgn kasih sayang dan jgn melihat dan menghebohkan keburukan org lain. Syaitan memang suka melaga2kan sesama karkun supaya berpecah-belah. Jika ada perpecahan, bantuan Allah akan terangkat. Dlm membuat usaha agama kita perlu menjauhkan diri dari melakukan perkara2 yg merosakkan amalan dan menolak bantuan Allah. Maulana Ilyas rah. memberitahu Maulana Yusuf rah. bahawa jika usaha dakwah dibuat dgn tertib yg betul, Allah s.w.t akan sembunyikan ribu-ribu hidayat dlm kurun2 yg akan dtg. Rasulullah s.a.w sebelum 4 bulan wafat telah kumpulkan kaum Muhajirin dan kaum Ansar dan telah memberi targhib supaya setiap kaum itu menunaikan hak satu sama lain dan jgn berpecah belah.

 

Pengajaran: Seruan Rasulullah s.a.w menyatukan antara kaum Ansar dan Muhajirin itu adalah satu garis panduan kpd kita semua bagaimana perlu bersatu hati dlm membuat kerja agama. Maulana memberitahu usaha yg perlu diperbanyakkan sekarang ialah kita perlu membanyakkan bercakap kebesaran Allah s.w.t. Dgn cara ini maka iman akan meningkat dan lebih banyak boleh membuat amal agama. Raja rom telah bermesyuarat sesama mrk bagaimana hendak menjatuhkan sahabat. Mrk sebulat suara bahawa mereka perlu berusaha merosakkan amal sahabat Nabi iaitu spt merosakkan kesucian makanannya, meletakkan wanita cantik disepanjang perjlnan sahabat menuju ke istana mrk. Sahabat Nabi telah mengetahui dan sedar tipu daya org rom itu dan dlm perjalanan ke istana mrk telah merendahkan pandangan.

 

Pengajaran: Dlm membuat usaha agama kita jgn terkesan dgn ehwal persekitaran. Usaha yg sungguh2 perlu dibuat dan diteruskan dlm meningkatkan 5 amalan masjid iaitu meliputi gasht pertama, gasht kedua, taalim masjid, taalim di rumah dan beri masa setiap hari 2½  jam berjumpa jiran2 kita utk dakwah kebesaran Allah.

 

Maulana memberitahu melalui 5 amal masjid ini kehausan amal agama akan dtg di hati jiran2 di marhallah kita dan kita sendiri yg membuat usaha ini akan dpt menjaga iman dan seterusnya dpt meningkat pengorbanan utk bergerak di seluruh alam. Dgn ini ummat seluruh alam dpt ditemui dan diberitahu akan kepentingan amal agama. Ummat di seluruh dunia di katakan skrg hidup dla kesesatan. Mereka tidak tahu mengenai halal-haram dlm makanan, pakaian dan ehwal rumahtangga. Oleh itu setiap karkun perlu ada fikir alami. Dgn ini semua golongan di seluruh alam, iaitu golongan muda, tua, kanak2 dpt ditemui dan di targhib utk membina kehidupan akhirat mereka. Maulana memberitahu apabila semua kita membuat usaha agama dgn tertib yg betul, maka bantuan Allah s.w.t akan dtg kpd kita dan Allah akan turunkan malaikat dari langit dan akan membantu kita jika ada org yg cuba menghalang kita dari membuat usaha agama. Allah s.w.t dtgkan agama dari langit.  Di mana juga manusia tinggal ia perlukan agama. Kejayaan setiap peringkat manusia adalah dlm agama. Jika manusia tidak bawa agama ia akan tertipu di dlm asbab. Mrk menyangka kejayaan mrk pada asbab. Sbg contoh seorg peniaga menyangka perniagaannya yg memberi kejayaan. Mrk menganggap perniagaan mereka spt madu yg manis, ttpi terdapat racun di dlmnya. Allah s.w.t  jadikan dunia ini manis utk semua org, yg mana semua org suka kpd kemanisan.

 

Amalan akan menjadi amalan apb manusia bawa agama dlm kehidupan mereka. Ahli dunia mengatakan semua kerosakan di dunia ini disbbkan agama. Keadaan ini sama spt Firaun yg mengatakan kerosakan di Mesir adalah disebabkan agama yg dibawa oleh Nabi Musa a.s. Agama akan membawa nur, rahmat, keberkatan, kasih sayang dan bukannya membawa kerosakan. Tanpa agama, manusia tidak akan mendpt kejayaan sama sekali. Tanpa agama manusia akan menjadi mayat. Usaha dakwah dikatakan spt mengair kan tanah utk tanam tumbuhan. Allah s.w.t  memberi ganjaran kpd mrk yg amalkan agama dgn niat dan tertib yg betul. Amalan itu akan membawa kejayaan. Manusia hari ini mengetahui nilai harta, oleh itu mrk sanggup meninggalkan negara mrk untuk pergi ke negara lain utk dptkan harta, sebalik nya mrk menyata kan tiada masa utk membuat usaha membina kehidupan akhirat mrk.

 

Allah s.w.t  telah perintahkan kpd nabi2 utk mendakwahkan kebesaran Allah di dlm hati2 manusia. Sbg contoh kisah Nabi Musa a.s yg dirancang utk dibunuh oleh Firaun ttpi keputusan Allah s.w.t menghidupkan Nabi Musa. Satu kuasa pun tidak boleh ubah keputusan Allah s.w.t. Apb agama dtg dlm kehidupan manusia setiap amalan akan ada kemanisan. Hari ini kita perlu membuat usaha ke atas iman, krn iman kita tidak boleh menegah/meng hindar diri dari fahsyak dan mungkar. Contohnya jika iman manusia kuat  ia boleh membawanya men dokong perintah Allah swtspt solat, sama keadaannya ia boleh dtg  ke pejabat, membuka kedai, berladang dan berbagai corak kehidupan. Kita masih tidak dpt menganggap solat itu satu yg difardhukan, sebagai mana fardhu atas kita pergi kerja pejabat. Org yg imannya kuat akan menganggap dosa spt duri yg akan menembus kulit. Tidak akan berkumpul iman dan dosa. Iman akan mengeluarkan dosa dari diri kita.

 

Maulana Ilyas memberitahu usaha dakwah ialah usaha tahrikul iman iaitu usaha menggerakkan agama yg mati. Kerosakan di seluruh dunia begitu laju spt keretapi mel. Usaha dakwah boleh dikatakan usaha ke atas hati org beriman yg sedang tidur supaya sedar kembali. Kerana org yg sedang tidur halal-haram sama shj bagi dirinya. Usaha ini juga boleh diertikan usaha utk mengeluarkan manusia dari lembah kegelapan kpd hidayat. Dlm mentaati perintah Allah s.w.t ada bantuan Allah s.w.t, sebaliknya dlm keengkaran tiada bantuan Allah s.w.t. Maulana memberitahu bahawa iman kita seperti bara api di bawah orang, yang perlu ditiupkan supaya ia dapat membakar nafsu. Oleh itu manusia perlu dibawa keluar ke jalan Allah s.w.t untuk sucikan nafsu-nafsu jahat yang penuh zulumat. Apabila urusan dunia kita bawa perintah Allah maka dunia itu akan memberi menafaat kepada kehidupan kita.  Nabi-nabi dakwah manusia bukan untuk tinggalkan dunia, tetapi hendak membawa agama dalam urusan dunia. Contohnya seorang  menteri apabila sakit akan meninggalkan tugas untuk berubat. Dengan ini orang Islam yang sakit iman perlu tinggalkan dunia dia sementara untuk berubat.  Iman yang dihasilkan dari pengorbanan akan mencegah manusia dari perkara fahsyak dan mungkar. Hidayat akan tersebar dengan mujahadah.

 

Allah s.w.t menjadikan manusia bukan utk melakukan dosa, ttpi perlu memasukkan hatinya dgn nur iman supaya dgn ini ia akan tawajjuh dgn Allah s.w.t. Barang siapa betulkan hubungan dia dgn Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan betulkan hubungan dia dgn makhluk.  Apabila manusia korbankan hak untuk Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan korban utk manusia.  Apabila manusia korban utk agama, org lain akan mendapat menafaat termasuk org kafir .

 

Maulana Ibrahim – 09/09/97

 

Maulana memberitahu dlm membuat usaha dakwah kita cuba hidupkan 3 perkara dlm kehidupan kita iaitu:

 

1) Berusaha bgmana dpa mengamalkan agama yg sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

 

2) Berusaha meningkatkan iman, ibadat, mua’malat, saksiah dan akhlak dalam setiap kehidupan.

 

3) Cinta untuk ummat bertambah, cinta mematuhi hukum-hakam dan perintah Allah s.w.t  bertambah, seterusnya kebesaran dan kepentingan akhirat datang dalam kehidupan.

 

Maulana memberitahu bahawa Baginda s.a.w pernah bersabda maksudnya bahawa usaha hidayat yg di anugerahkan kpd manusia adalah ibarat kepentingan air kpd manusia. Apb usaha atas iman dibuat, maka iman akan meningkat dan cinta pada iman akan bertambah. Baginda s.a.w adalah seorg yg berlemah-lembut. Oleh itu ramai yg suka mendampingi Baginda s.a.w. Suatu ketika sahabat menjemput Baginda s.a.w makan tengah hari di rumahnya, ttpi Baginda s.a.w menyatakan bahawa Baginda ingin membawa isterinya Hadzrat Aishah r.a bersama. Pelawaan itu diulangi oleh sahabat tadi sebanyak 3 kali dan Rasulullah sedikit pun tidak marah. Kelemah-lembutan Baginda s.a.w adalah hasil rahmat Allah s.w.t.

 

Pengajaran:  Sikap lemah lembut sgt penting dlm membuat usaha agama, dgn lemah lembut org akan mendampingi kita dan dgn itu ia akan taat.  Sejauh mana ketaatan seseorg itu sejauh itulah hidayat akan wujud dlm diri seseorg.

 

Maulana seterusnya memberitahu bahawa dlm membuat usaha dakwah jgn tekankan usul. Usul2 diada kan sebenarnya adalah utk memudahkan usaha dakwah dan utk memudahkan kpd karkun melaksana kannya. Hadrat Muaz bin Jabal adalah Mufti dan Imam Masjid Nabawi, sahabat mengadu kpd Rasulullah bahawa Muaz membaca Al-Quran yg panjang dlm solatnya dan Rasulullah s.a.w menegur Hadrat Muaz adakah melalui pembacaannya yg panjang dlm solat subuh utk pecah belah. Usaha skrg telah ber kembang, oleh itu kita memerlukan rakan yg ramai. Seterusnya kita perlu sentiasa bermesyuarat. Dgn kasih sayang org akan dtg kpd kita dan sanggup melapangkan masa bagi membuat usaha agama. Mesyuarat akan mendtgkan kasih sayang, mesyuarat akan dpt menghasilkan penyatuan hati dan kasih sayang. Allah s.w.t perintahkan Baginda s.a.w bermesyuarat dgn rakan2. Bermesyuarat adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Berdasarkan mesyuarat Rasulullah dgn sahabat banyak wahyu2 baru diturunkan oleh Allah s.w.t. Disamping itu sahabat2 mempunyai sifat taat. Ketaatan dtg dgn mengenepikan pandangan sendiri dan menerima keputusan yg diambil. Musibah kaum Nabi Nuh a.s krn satu golongan dari kaum itu berdegil dgn satu keputusan yg dicapai oleh Nabi Nuh a.s. Jika manusia tidak taat, maka nafsunya akan membinasakan diri sendiri. Sangka buruk berlaku dan keaiban terdedah, dgn ini pecah belah berlaku.

 

Maulana Ilyas memberitahu, ‘Usaha ini ialah jual beli kebaikan’. Seterusnya dalam membuat usaha agama pengorbanan perlu ditambah dan membuat usaha secara ummumiyat. Dalam membuat usaha jemaah masjid libatkan kerja karkun dengan mesyuarat. Dalam mesyuarat perlu diambil fikir ahli mesyuarat apa kerja yang perlu dibuat, siapa yang perlu diziarahi di marhallah kita . Dgn mesyuarat juga ramai org berbagai golongan di masjid itu dapat dijumpai. Apabila berjumpa org tempatan perlu membuat dgn niat yg besar, bagaimana jemaah 4 bulan ke negara jauh dapat dikeluarkan dari masjid.  Melalui mesyuarat bagaimana membangunkan orang baru supaya mereka dpt membuat usaha agama dgn cara yg betul.

 

Terdapat 3 perkara penting yang perlu dibuat semasa keluar ke jalan Allah s.w.t.

 

  1. Buat usaha atas diri – usahakan amal infradi dan ijtima’i.

 

  1. Keluarkan jemaah tunai, usahakan org tempatan supaya mempunyai niat yg sama dgn jemaah kita bagaimana jemaah tunai dihasilkan.

 

  1. Memahamkan usaha tempatan kpd jemaah masjid supaya membuat 5 amal masjid. Jika Jemaah Masjid telah wujud perkukuhkan dan apabila belum wujud bagaimana dapat diwujudkan.

 

Semasa keluar ke jln Allah jgn israf dan boros dan jgn menggunakan brg tanpa izin. Seterusnya kita perlu banyakkan masa utk dakwah, taalim-taalum, zikir, ibadat dan khidmat. Bayan perlu dikawal, jgn bayan mengikut semangat. Cakap dlm lingkungan 6 prinsip. Bayan tekankan iman, yakin dan pengorbanan. Perlu faham tahap pemikiran pendengar dan bercakap dgn gaya lemah lembut. Beritahu kisah2 benar para ambiya yg diceritakan oleh Allah dlm Al-Quran. Kisah2 pengorbanan sahabat boleh juga diceritakan. Bagaimana mrk membuat usaha agama bergerak seluruh dunia dan seluruh alam. Bercakap dgn ikhlas dan seterusnya tashkil 4 bulan, 40 hari. Tashkil jemaah tunai dan jika sedia bentuk jemaah usuli.

 

Maulana Ibrahim – 09/09/97

 

Allah s.w.t menjadikan manusia sbg ciptaan Allah s.w.t yg paling mulia. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara, ttpi dlm masa kehidupan sementara inilah yg menentukan kejayaan dlm kehidupan akhirat. Samada kubur seseorg itu menjadi taman syurga atau lubang neraka, samada ia dapat melintas titian sirat, samada mendpt buku catatan amal dgn tangan kanan dan samada dimasukkan ke syurga atau neraka. Semuanya akan ditentukan dlm kehidupan di dunia yg sementara ini. Semua makhluk2 Allah menghabiskan masa kehidupan tersebut termasuk binatang, burung dan lain2 makhluk Allah. Bagi makhluk2 ini kehidupan mereka dihisab berbeza dgn manusia.

 

Oleh kerana manusia adalah ashraful makhlukat dan melaksanakan kerja naib2 maka kehidupan di dunia ini akan diperkira oleh Allah s.w.t. Allah adalah khaliq, Allah s.w.t telah turunkan agama yg sempurna melalui nabi2Nya. Dlm Al-Quran, Allah s.w.t menyatakan kejayaan manusia bukan pada harta tetapi sejauh mana manusia mentaati perintah Allah s.w.t secara yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Al-Quran adalah kumpulan ratusan perintah2 Allah. Jika manusia mempunyai hubungan dgn Al-Quran, maka keseluruhan perintah Allah mudah baginya mematuhinya. Setiap kehidupan manusia dan perintah2 Allah ke atasnya telah Allah terangkan dlm Al-Quran. Al-Quran adalah cara hidup yg sempurna, oleh itu manusia tidak perlu kitab2 lain utk mendapat kejayaan. Sejauh mana kadar Al-Quran dapat dihayati oleh manusia begitulah tahap kejayaannya di dunia. Utk membawa Al-Quran dtg dlm kehidupannya, sahabat2 telah berkorban habis2an.

 

Suatu ketika sahabat bertanya Saidatina Aishah r.a bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w. Aishah r.a memberitahu akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran. Banyak perintah Allah s.w.t dlm al-Quran, memberitahu org beriman supaya berjaga2 dari salah faham bahawa harta dan diri kamu bukan milik kamu, wahai org2 beriman jgn mengumpat, tunai hak, jangan memfitnah, jangan menipu, semuanya Allah s.w.t telah nyatakan dalam Al-Quran. Oleh itu jika ummat Islam hari ini tidak membuat usaha atas iman maka kehidupan Al-Quran telah tekubur dlm kehidupannya. Manusia yg tidak menghayati Al-Quran spt jasad yg tidak ada roh. Apb jasadnya tidak ada roh maka ratusan ulat dan kuman akan menghancurkan jasad itu. Sebaliknya jasad yg ada roh maka ia boleh mendatangkan menafaat kpd manusia yg lain.

 

Usaha dakwah tabligh bukan sekadar menghidupkan 5 amal masjid sahaja, ttpi penghayatan keseluruhan perintah Allah s.w.t. Hari ini kita belum faham hakikat kerja ini. Angin tabligh pun kita belum rasai. Walau pun begitu kita perlu istiqamah dlm membuat semua amalan yg ditertibkan. Hari ini kita membuat amal dakwah turun-naik, kadang2 kita buat, kadang2 tidak. Kita sebenarnya belum menghayati hakikat dakwah tabligh. Hari ini kita perlu dtgkan Al-Quran dlm kehidupan kita. Utk membina kehidupan yg sempurna, Allah s.w.t telah terangkan semuanya dlm Al-Quran. Kefahaman Al-Quran sebenarnya berbeza diantara seseorg manusia. Oleh itu bagi memberi faham Al-Quran maka Allah s.w.t dtgkan Nabi. Dlm setiap perkara Nabi adalah sbg contoh. Semua kehidupan kita jikalau mencontohi kehidupan Nabi akan mendatangkan kesempurnaan dlm kehidupan. Utk membawa kehidupan yg sempurna kita perlu mempunyai iman yg kukuh.

 

Hari ini oleh krn iman kita lemah, maka kehidupan kita terkesan dgn suasana. Org kampung yang hidup simple, apabila pergi ke bandar telah berubah cara pakaian dan cara hidup mereka. Maulana memberitahu, utk membina iman, semua percakapan, bayan, ta’alim perlu berlandaskan 6 prinsip. Sesungguhnya diri, harta dan masa org Islam bukan milik mrk ttpi amanah dari Allah s.w.t. Hari ini apabila manusia tidak mengusahakan 6 prinsip dlm kehidupan mrk, maka diri, harta dan masa org Islam telah menjadi asbab membawa manusia mengeluarkan perintah2 Allah s.w.t dlm rumah dan kehidupannya. Sahabat2 telah bina iman yg sempurna dlm kehidupan mrk. Oleh itu, perintah2 Allah s.w.t yg diturunkan seperti perintah larangan minuman keras, perintah larangan riba, senang sahaja mereka laksanakan. Kehidupan manusia bukan bergantung pada harta, pangkat, kuasa tetapi bergantung pada iman. Jika iman manusia kukuh dan kuat maka kehidupannya sentiasa dalam rahmat dan bantuan Allah s.w.t.

 

Sejauh mana Al-Quran dtg dlm kehidupan, sejauh itu Allah beri kejayaan dan kemakmuran kehidupan kita dan anak2 kita. Sbg contoh bagaimana dgn ehwal Saidina Abbas, suatu ketika beliau telah sediakan air wudhuk dan miswak sebelum Rasulullah s.a.w datang berwudhuk. Rasulullah s.a.w seterusnya berdoa untuk Saidina Abbas r.a semoga Allah lebih beri faham kepada kamu. Kesan doa Rasulullah s.a.w itu, beliau lebih memahami ayat-ayat Al-Quran berbanding sahabat2 ikram yg lain. Anak2 Saidina Abbas yg lain iaitu Abdullah bin Abbas juga Allah s.w.t telah beri kejayaan, di mana dari pagi hingga petang org2 datang belajar agama di rumah Saidina Abbas. Anaknya Abdullah bin Abbas dan Fadzli bin Abbas telah memberi makan kepada orang-orang tersebut. Dengan contoh ini Allah telah beri agama dan dunia kepada sahabat dan keturunannya. Dalam Al-Quran, Allah s.w.t juga telah jelaskan perkara yang halal dan haram. Riba adalah haram. Hari ini manusia tidak hendak mengelakkan diri dari mengambil riba kerana mereka yakin kejayaan dalam harta.

 

Oleh itu kita perlu buat usaha untuk iman, supaya keyakinan kita betul bahawa kejayaan kita bukan pada harta, pangkat dan kuasa tetapi mentaati semua perintah Allah dalam kehidupan. Kerosakan ummat ini berlaku kerana ummat telah salah gunakan diri dan harta mereka. Oleh itu, kehidupan ummat perlu diubah. Ummat perlu dibawa dan dikumpulkan di masjid untuk buat amalan, bukan berkumpul di bazar atau kedai2 kopi atau hotel. Kehidupan sahabat rata-rata dibina di masjid. Org yg membuat usaha agama ada juga melakukan dosa, maka Allah s.w.t tarik kefahaman agama darinya. Oleh itu kita perlu berwaspada dgn tipu daya syaitan, kita perlu berikhlas dlm membuat usaha agama dan memohon taufiq supaya kita membuat usaha agama dlm jln yg diredhai Allah s.w.t. Dlm membina kehidupan, kita perlu membawa diri kita dan membina ummat seluruh dunia seluruh alam kpd kehidupan Nabi s.a.w. Bgmn Rasulullah s.a.w solat kita perlu solat, apa kerisauan Nabi menjadi kerisauan kita. Seterusnya kita perlu banyak beristighfar kerana kita buat tabligh ikut kemahuan diri sendiri. Kita masih tidak gunakan diri, harta dan masa mengikut kehendak Allah dan Rasulullah s.a.w.

 

Tinggalkan sebuah Komentar »

Belum ada komentar.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan komentar

Blog di WordPress.com.